Monday
Dr Leonid Bedah Diri Sendiri
Semuanya bermula ketika beliau dihantar bertugas ke Stesen Penyelidikan Soviet Novolazarevskaya di Artartika dari bula September 1960 hingga Oktober 1962.Pada satu pagi 29 April 1961,Dr.Leonid merasakan tubuhnya semakin lemah.Secara tiba-tiba dia demam panas,loya dan sakit pada bahagian kanan abdomennya.
Memandangkan di stesen penyelidikan itu tidak mempunyai pegawai perubatan selain Dr.Leonid,maka doktor berusia 27 tahun itu terpaksa mendiagnosis dirinya sendiri.Hasil pemeriksaannya,dia mendapati tubuhnya menghadapi penyakit apendiks di peringkat akhir.Hanya pembedahan saja yang boleh merawat apendiks tersebut.
Kemudian pada 30 April 1961,kondisi kesihatan Dr.Leonid semakin teruk.Dia terbaring lemah di satu kawasan bernama Mirny.Kawasan itu berdekatan stesen penyelikan Soviet.Jaraknya lebih kurang 1,610 km dari Novolazarevskaya.Mengikut rancangan,Dr.Lionid harus diterbangkan ke Novolazarevskaya bagi membolehkan beliau dibedah segera.Malangnya,tidak ada satu pesawat pun yang pun yang boleh digunakan.Keadaan bertambah teruk apabila cuaca tidak mengizinkan sebarang aktiviti penerbangan di kawasan itu.Cuma ada satu jalan sahaja untuk menyelamatkan nyawa Dr.Lionid,iaitu dia perlu membedah dirinya.
Sekitar pukul 8.30 malam,para penyelidik di stesen kajian ini membentuk beberapa pasukan untuk membantu pembedahan Dr.Lionid.Persiapan pertama dimulakan dengan menyediakan bilik pembedahan.Segala barang kelengkapan di bilik Dr.Lionid dialihkan keluar.Cuma tinggal sebuah katil,dua meja dan lampu meja sahaja.
Menurut Gerbovich ketika Dr.Leonid menghiris lapisan kulit perutnya hingga mendedahkan sebahagian isi perutnya,keadaan itu adalah sesatu yang mengerikan.Para penyelidik yang membantu pembedahan ini hampir melarikan diri dan berpaling muka daripada melihat darah yang membuak keluar.
Dua ahli aerologi,Fedor Kabot dan Robert Pyzhov,kemudiannya mensteril kain cadar dan semua peralatan pembedahan.Percahayaan dalam bilik pula diubah kepada sinaran ultra violet.Ahli meteorologi,Alexandr Artemev pula diberikan tugas sebagai tukang hulur alat pembedahahan.
Zinovy Teplinsky yang bekerja sebagai mekanik,dipertanggungjawabkan memegang cermin dan menyesuaikan pencahayaan lampu meja.Manakala,Pengarah Stesen,Vladislav Gerbovich pula membantu Dr.Leonid sekiranya berlaku kecemasan.Tepat pukul 2.00 pagi,Dr.Leonid memakaikan sarung tangan getah ke tangan para pembantunya.Dia kemudian naik ke atas katil dan memilih kedudukan separuh baring.Ubat procaine sebanyak 20 mililiter disuntik ke bahagian abdomennya.
Selepas 15 minit,dia membuat insisi sepanjang 10 hingga 12 sentimeter.Proses itu agak sukar dilakukan kerana keterbatasan penglihatan menyebabkannya tidak dapat mengagak kedalaman luka.Jadi dia perlu fokuskan penglihatannya pada cermin bagi mendapatkan belahan yang tepat.Mata Dr.Leonid tercangak-cangak memerhatikan cermin sambil tangannya meraba-raba.Keadaan itu menyebabkannya mudah letih.Jadi dia terpaksa berehat seketika sebelum meneruskan pembedahan ini.
Selepas 30 hingga 40 minit berlalu,Dr.Leonid akhirnya berjaya mengeluarkan apendiks dari dalam perutnya.Dia melihat ketulan apendiks itu agak gelap dan hitam.Ini bermakna jika terlewat satu hari lagi,apendiks itu akan pecah. Menurut Gerbovich,ketika Dr.Leonid menghiris lapisan kulit perutnya hingga mendedahkan sebahagian isi perutnya,keadaan itu adalah sesatu yang membantu pembedahan ini hampir melarikan diri dan berpaling muka daripada melihat darah yang membuak keluar.Meskipun begitu ,Dr.Leonid tetap tenang dan menumpukan sepenuh perhatian pada kerjanya sehinggalah dia selesai membuang apendiks itu dan menjahit semula insisi yang terbuka itu.Setelah itu,para pembantunya kemudian mencuci dan membersihkan abdomen Dr.Leonid. Apabila semuanya selesai,Dr.Leonid mengambil ubat tidur dan berehat.Keesokkannya,suhu badannya meningkat naik kepada 38.1 darjah Celcius.Bimbang perkara buruk terjadi,dia terus mengambil ubat anti-biotik dan meminumnya.Empat hari selepas itu,fungsinya kumuhannya kembali normal.Dua minggu kemudian,dia sudah pulih sepenuhnya.
Setahun selepas itu,dia meninggalkan Artartika dan pulang semula ke Leningrad.Dr Leonid kemudiannya menyambung pelajaran peringkat PhD dan meneruskan kerjayanya sebagai Pakar Bedah hinggalah dia mininggal dunia pada 21 September 2000 kerana menghidap kanser perut.
Friday
Sejarah Angka 1,2,3,4,5...9
Cabang ilmu aritmetik dari cabang ilmu matematik dengan angka ini mencapai kemuncak perkembangannya di tangan al-Khawarizmi pada pertengahan abad ke-9. Buku al-Khawarizmi yang berjudul On The Calculation with Hindu Numerals (ditulis lebih kurang pada tahun 825) dan buku al-Kindi yang berjudul Kitab fi Isti’mal al-Adad al-Hindi atau On the Use of the Indian Numerals (ditulis lebih kurang pada tahun 830), merupakan dua rujukan pertama yang berperanan besar dalam memperkenalkan sistem angka dari India ke Timur Tengah dan dunia Barat. Dan keduanyalah kita pada saat ini mengenal angka-angka 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7,8 dan 9 (yang dalam bahasa Inggeris kini disebut sebagai(Arabic Numerals); menggantikan angka Romawi yang rumit apabila digunakan dalam kiraan atau mencatat data nombor
Angka Arab ini telah mulai digunakan di Baghdad pada abad ke-8 Masihi ketika seorang terpelajar dan India memperkenalkan sistem angka India pada tahun 771.
Read more ...
*Bahkan,sehingga abad ke-15,bangsa Eropah masih lazim menggunakan angka Romawi yang tentu sahaja amat sukar untuk diterapkan dalam kiran kerana angka Romawi memang tidak dirancang untuk penambahan dan pengurangan. Andaikata kita hendak menambahkanangka 456 dengan angka 734. Dengan angka Romawi, angka yang mudah tersebut akan dltulis CDLVI + DCCXXXIV….mengelirukan sekali, bukan? Bayangkan bagaimana kelirunya para pedagang abad pertengahan Eropah yang hendak mengira keuntungan perdagangan mereka! Angka Arab telah diperkenalkan ke Eropah oleh Gerbert de AuriIlac pada sekitar abad ke-10. Namun, tokoh yang dikenali rapat dengan pengetahuan dan dunia Islam ini malah dimusuhi dan dikatakan sebagai tukang sihir. Angka Arab ini akhirnya popular setelah diimport oleh Leonardo Fibonacci pada abad ke-12.
Angka Arab ini telah mulai digunakan di Baghdad pada abad ke-8 Masihi ketika seorang terpelajar dan India memperkenalkan sistem angka India pada tahun 771.
Sehingga masa itu budaya Mesir, Yunani, dan lain-lain menggunakan angka mereka sendiri dengan cara yang serupa dengan orang-orang Rom. Oleh itu, bilangan 323 menyatakan seperti ini:
Mesir 999 nn III
Yunani HHH ÆÆ III
Roman CCC XX III
Mesir 999 nn III
Yunani HHH ÆÆ III
Roman CCC XX III
Sumbangan India adalah untuk pengganti satu tanda tunggal (dalam kes ini bermaksud "3" dan bermaksud "2") menunjukkan beberapa tanda-tanda dalam kelompok masing-masing di antara tanda-tanda yang sama. Dengan cara ini orang-orang India boleh menyebabkan kekeliruan Roman CCC XX 111 sebagai: 3 2 3.
Dengan cara ini baru nombor bertulis menjimatkan tetapi tidak sempurna. II CCC angka Roman, misalnya, membentangkan masalah. Jika 3 dan 2 masing-masing digantikan dengan Roman kelompok CCC dan II, hasil bertulis 32. Jelas sekali, bilangan yang dimaksudkan bukan 32 tetapi tiga ratus dua Kini sistem baru boleh menunjukkan perbezaan yang kemas antara XXX II (32) dan CCC II (302).
Dengan cara ini baru nombor bertulis menjimatkan tetapi tidak sempurna. II CCC angka Roman, misalnya, membentangkan masalah. Jika 3 dan 2 masing-masing digantikan dengan Roman kelompok CCC dan II, hasil bertulis 32. Jelas sekali, bilangan yang dimaksudkan bukan 32 tetapi tiga ratus dua Kini sistem baru boleh menunjukkan perbezaan yang kemas antara XXX II (32) dan CCC II (302).
*Sistem angka dan India ini kemudian diambil dan diubah mengikut keperluan oleh para ilmuwan Muslim sehingga menjadi angka arab (Arabic Numerals) yang kita kenal sekarang. Perkara ini perlu dilakukan kerana angka India kurang fkeksibe( bila digunakan dalam kiraan (walaupun tidak sekaku angka Romawi). Sistem angka India ditulis dan belakang sehingga bilangan 19 akan ditulis sebagal 91 (menurut laman web Islam City (http://www.islamicity.com/mosque/ihame/Ref6.htm,namun perkara mini memerlukan rujukan dan kajian lebih lanjut).
Pada abad ke-10, para ahli matematik dan Timur Tengah juga menambahkan angka-angka pecahan perpuluhan seperti 0.5, ¼ dan 0.75 dengan menggunakan titik (koma) sebagai penanda pecahan. Pengiraan model ini sudah ditulis dalam sebuah risalah karya seorang ahli matematik dari Syria bernama Abul Hasan al-Uqlidisi yang ditulis pada tahun 952-953. Di dunia Arab sendiri sehingga masa moden, angka Arab atau Arabic Numerals (1,2,3.. .9) hanya digunakan oleh ahli maternatik sahaja. Para ilmuwan muslim lain lebih memilih sistem angka Babylonia, sementara para pedagang menggunakan nombor abjad Arab. Ragam simbol angka “Arab model Barat” yang agak berbeza mula banyak digunakan pada lebih kurang abad ke-10 di wilayah Maghrib (Afrika Utara) dan Andalusia (Sepanyol Islam).Angka-angka yang mirip angka Arabic model sekarang ini disebut angka Ghubbar yang bermakna “meja pasir atau meja debu”
*Sistem angka dan India ini kemudian diambil dan diubah mengikut keperluan oleh para ilmuwan Muslim sehingga menjadi angka arab (Arabic Numerals) yang kita kenal sekarang. Perkara ini perlu dilakukan kerana angka India kurang fkeksibe( bila digunakan dalam kiraan (walaupun tidak sekaku angka Romawi). Sisten, angka India ditulls dan belakang sehingga bilangan 19 akan ditulls sebagal 91 (menurut laman web Islam City (http://www.islamicity.com/mosque/ihame/Ref6.htm namun perkara ini memerlukan rujukan dan kajian lebih lanjut).
Di Barat sendiri, sistem angka Arab pertama kali disebutkan dalam manuskrip berjudul Codex Vigilanus yang ditulis di Sepanyol tahun 976.
*The Persistence of Cultures in World History atau Kebudayaan Yang “Terus Kekal” dalam Sejarah Dunia:Persia/Iran karya Dr.Laina Farhat-Holzman.
Sejak tahun 980- an, Gerbert dan Aurillac (yang kemudian menjadi Paul Silvester II) mula memperkenalkan penggunaan sistem angka ke Eropah, di mana dia kemudian ditolak kerana membawa pengetahuan baru dan aneh dan dunia Islam. Gerbert memang pernah belajar di Barcelona semasa masih muda dan tidak menutup kemungkinan bahawa dia juga pernah menimba ilmu pengetahuan Islam di Andalusia. Sejak saat itulah, sistem angka Arab mulai digunakan di Eropah untuk menggantikan sistem angka Romawi yang rumit. Bagi perkara ini, dunia banyak berhutang pada karya al-Khawarizmi dengan kitab Pengiraan dengan Sistem Angka India. Kitab ini kemudian diterjemahkanke dalam bahasa Latin dengan judul Algoritmi de Numero Indorum. Nama al-Khawarizmi sendiri kemudian diserap menjadi algoritma. Namanya diabadikan menjadi sebuah istilah baru dalam bahasa Latin iaitu algorithmus yang bermakna ‘kaedah pengiraan.’
Monday
7 yang akan diberi perlindungan oleh Allah kelak
Sebuah Hadiths Sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,yang mereka terima dari Abu Hurairah:
"Berkata Nabi s.a.w.: "Adalah tujuh yang akan diberi perlindungan oleh Allah kelak,pada hari yang tidak ada tempat berlindung,kecuali perlidunganNya:
1.Imam yang Adil.
2.Pemuda yang sejak pertumbuhannya semula telah kuat beribadat kepada Allah.
3.Dan seorang yang hatinya terikat kepada mesjid,sehingga walaupun dia telah keluar dari mesjid itu,dia kembali juga ke sana.
4.Dan orang cinta-mencintai,berkumpul atas nama Allah,berpisah pun atas nama Allah.
5.Seorang yang mengeluarkan shadaqah,apapun macam shadaqahnya,selalu disembunyikannya,sehingga tangan kirinya tidak tahu,berapa yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.
6.Seorang yang dipanggil dicumbu oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan tinggi lagi cantik,dia tolak dengan perkataan "Aku takut kepada Allah!"
7.Seorang yang ingat kepada Allah di waktu dia sepi sendirinya,lalu titik air
matanya."
Read more ...
"Berkata Nabi s.a.w.: "Adalah tujuh yang akan diberi perlindungan oleh Allah kelak,pada hari yang tidak ada tempat berlindung,kecuali perlidunganNya:
1.Imam yang Adil.
2.Pemuda yang sejak pertumbuhannya semula telah kuat beribadat kepada Allah.
3.Dan seorang yang hatinya terikat kepada mesjid,sehingga walaupun dia telah keluar dari mesjid itu,dia kembali juga ke sana.
4.Dan orang cinta-mencintai,berkumpul atas nama Allah,berpisah pun atas nama Allah.
5.Seorang yang mengeluarkan shadaqah,apapun macam shadaqahnya,selalu disembunyikannya,sehingga tangan kirinya tidak tahu,berapa yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.
6.Seorang yang dipanggil dicumbu oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan tinggi lagi cantik,dia tolak dengan perkataan "Aku takut kepada Allah!"
7.Seorang yang ingat kepada Allah di waktu dia sepi sendirinya,lalu titik air
matanya."
Bimbingan Rasul SAW Merawat Rasa Sakit dengan Ruqyah
Hadis riwayat Muslim dalam Shahihnya, dari Usman bin Abil Ash diceritakan bahawa ia pernah datang menemui Rasulullah s.a.w. menceritakan sakit yang dialaminya di bahagian tubuhnya semenjak Ia masuk Islam. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda:
“Letakkan tanganmu di atas bahagian tubuhmu yang sakit, kemudian ucapkan ‘bismillah ‘tiga kali, dan bacalah doa berikut sebanyak tujuh kali:
“Letakkan tanganmu di atas bahagian tubuhmu yang sakit, kemudian ucapkan ‘bismillah ‘tiga kali, dan bacalah doa berikut sebanyak tujuh kali:
Aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuasaan Allah dan keburukan yang kudapati dan kutakuti akan berlaku. "
Dalam rawatan ini terdapat beberapa hal, di antaranya: Menyebut nama Allah, menyerahkan urusan kepada-Nya, memohon perlindungann dengan kemuliaan dan kekuasaan-Nya dan bahaya rasa sakit. Semua cara itu dapat menghilangkan rasa sakit, kemudian diulang-ulang agar lebih mujarab dan lebih mengena. Sama halnya dengan meminum ubat yang juga mesti berulang-ulang agar boleh mengeluarkan zat penyakit.Bilangan yang 7 kali itu mengandungi keistimewaan tersendiri.
Di dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim ada hadis yang diriwayatkan bahawa Nabi apabila menjenguk keluarganya yang sedang sakit, baginda mengusap tubuhnya dengan tangan kanan baginda sambil berkata:
“Ya Allah Tuhan sekalian manusia, lenyapkanlah rasa sakitnya, berikanlah kepadanya kesembuhan kerana Engkau Maha Menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kerana pertolongan-Mu;kesembuhan yang tidak diiringi dengan sakit yang lain."
“Ya Allah Tuhan sekalian manusia, lenyapkanlah rasa sakitnya, berikanlah kepadanya kesembuhan kerana Engkau Maha Menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kerana pertolongan-Mu;kesembuhan yang tidak diiringi dengan sakit yang lain."
Ruqyah seperti itu mengandungi unsur tawassul kepada Allah melalui kesempurnaan rububiyah dan rahmat-Nya dengan memberi kesembuhan, sebab memang Allah satu-satunya yang boleh memberi kesembuhan. Sesungguhnya kesembuhan itu hanya berasal dari-Nya. Lalu ruqyah ini sudah mengandungi tawassul kepada Allah melalui tauhid, ihsan dan keyakinan kepada Rububiyah Allah.
Saturday
Tukang Siul Profesional
Setiap orang ada kelebihan tersendiri dan bakat yang terpendam.Fred Lowery,merupakan salah seorang tukan siul profesional yang begitu berjaya sekitar tahun 1940-1950-an.Beliau seorang yang buta sejak umur 7 tahun lagi.Pada umurnya 2 tahun,dia mengalami demam denggi yang teruk sehingga menyebabkan dia telah dihantar ke Texas School di Austin yang disediakan khas untuk golongan cacat penglihatan.
Semasa dia berada di sekolah tersebut,Fred telah menyedari bahawa dia mempunyai kebolehan bersiul dengan baik dengan bunyi yang sangat merdu.Selain itu,Fred juga pandai meniru bunyi burung dan aksinya itu mendapat sokongan rakan dan guru sekolahnya supaya menunjukkan bakat serta kebolehannya di sekolah muzik Ernest Nicholast School.
Ketika itu, era penyiaran radio sedang berkembang secara pesatnya di seluruh dunia. Disebabkan keboleh annya itu, Fred telah diminta oleh stesen radio Dallas WFAA untuk menjadi ikon radio mereka. Malah dia juga telah digelar sebagal “Texas Redbird’ disebabkan kepakarannya bersiul seperti burung. Dia begitu dikagumi oleh rakan-rakannya kerana teknik siuIannya begitu hebat sehingga mereka tidak dapat membezakan antara bunyi burung sebenar dengan siulan Fed.
Walau bagaimanapun, sambutan pada ketika itu tidak begitu memihak kepadanya.Ini kerana pada zaman itu, irama siulan masih belum diterima sebagai satu aliran muzik yang mampu menarik minat pendengar.Malah fenomena Fred ketika itu dianggap sebagai satu pembaharuan dalam sejarah muzik.
Walau bagaimanapun, nasib menyebelahinya apabila dia diterima bekerja bersama Horace Heidt yang merupakan seorang pemain muzik di salah sebuah kelab malam yang Iebih besar dan mempunyai pengunjung yang ramai. Di situ kehidupan Fred bermula sebagai penyanyi latar untuk satu filem yang bertajuk Pot of Gold dengan bergandingan bersama Horace.
Selepas kejayaan itu, Fred mula bergerak solo untuk membina kerjayanya. Dia juga bergandingan dengan seorang penyanyi wanita bernama Dorothy Rae. Persembahan mereka menjadi terkenal di kelab yang termasyhur.
Read more ...
Semasa dia berada di sekolah tersebut,Fred telah menyedari bahawa dia mempunyai kebolehan bersiul dengan baik dengan bunyi yang sangat merdu.Selain itu,Fred juga pandai meniru bunyi burung dan aksinya itu mendapat sokongan rakan dan guru sekolahnya supaya menunjukkan bakat serta kebolehannya di sekolah muzik Ernest Nicholast School.
Persoalannya, bagaimana Fred mampu menjadi tukang siul profesional?Sedangkan dia tidak pernah mempelajari sebarang teknik khusus?
Ketika itu, era penyiaran radio sedang berkembang secara pesatnya di seluruh dunia. Disebabkan keboleh annya itu, Fred telah diminta oleh stesen radio Dallas WFAA untuk menjadi ikon radio mereka. Malah dia juga telah digelar sebagal “Texas Redbird’ disebabkan kepakarannya bersiul seperti burung. Dia begitu dikagumi oleh rakan-rakannya kerana teknik siuIannya begitu hebat sehingga mereka tidak dapat membezakan antara bunyi burung sebenar dengan siulan Fed.
Walau bagaimanapun, sambutan pada ketika itu tidak begitu memihak kepadanya.Ini kerana pada zaman itu, irama siulan masih belum diterima sebagai satu aliran muzik yang mampu menarik minat pendengar.Malah fenomena Fred ketika itu dianggap sebagai satu pembaharuan dalam sejarah muzik.
Justeru, pada tahun 1930, Fred teIah memutuskan untuk mencuba peluang baru di New York. Setelah beberapa bulan mencuba nasib, akhirnya dia telah mendapat tawaran kerja oleh seorang tauke kelab malam bernama Vincent Lopez. Dia telah bekerja dengan Vincent hampir 4 tahun sebagai penghibur di kelab
tersebut. Akhirnya, dia diberhentikan kerana penonton sudah jemu dan tidak mahu melihat seorang lelaki buta bersiul ketika mereka Sedang makan.
tersebut. Akhirnya, dia diberhentikan kerana penonton sudah jemu dan tidak mahu melihat seorang lelaki buta bersiul ketika mereka Sedang makan.
Walau bagaimanapun, nasib menyebelahinya apabila dia diterima bekerja bersama Horace Heidt yang merupakan seorang pemain muzik di salah sebuah kelab malam yang Iebih besar dan mempunyai pengunjung yang ramai. Di situ kehidupan Fred bermula sebagai penyanyi latar untuk satu filem yang bertajuk Pot of Gold dengan bergandingan bersama Horace.
Selepas kejayaan itu, Fred mula bergerak solo untuk membina kerjayanya. Dia juga bergandingan dengan seorang penyanyi wanita bernama Dorothy Rae. Persembahan mereka menjadi terkenal di kelab yang termasyhur.
Sepanjang tempoh itu, Fred telah berjaya menerbitkan beberapa buah album siulan yang kebanyakannya menjadi bunyi latar bagi filem. Salah satunya album yang bertajuk Walking Along Kicking the Leaves berjaya menjadi sebuah album siulan terbaik. Dia juga berjaya memenangi beberapa pertunjukan televisyen kerana siulannya yang begitu halus dan mempesonakan.
FAKTA RINGKAS:
Henry Bardy, 58, merupakan salah seorang tukang siul jalanann yang terkenal. Dia telah berjaya mengelilingi dunia hannya berbekalkan siulannya yang merdu.
Hinnie Ronalde juga merupakan salah seorang legenda siuIan yang berjaya. Kebanyakan filem era 40-an menggunakan siulan Ronnie. Antaranya ‘Bird song at Eventide’ dan ‘Ave Maria’
Friday
Bimbingan Rasul SAW untuk Merawat Penyakit dengan Ruqyah ilahiyah
Hadis riwayat Abu Daud dalam Sunanya menerusi hadis Abu Darda bahawa ia mengkhabarkan:Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang merasa sakit atau mendapati kawannya sakit,hendaklah ia mengucapkan:”Ya Allah Tuhan kami yang ada di atas langit,Maha Suci nama-Mu dan agama-Mu di langit dan di bumi,seperti juga rahmat-Mu di atas langit,turunkanlah rahmat-Mu itu ke bumi.Ampunilah dosa dan kesalahan kami;Engkau adalah Tuhan orang-orang soleh.Turunkanlah rahmat dari sisi-Mu,kesembuhan dari kesembuhan-Mu terhadap penyakit ini.”Nescaya dengan izin Allah akan sembuh”.
Manakala dalam Shahih Muslim diriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri bahawa Jibril pernah datang menemui Nabi dan berkata: “Wahai Muhammad, adakah engkau sakit?” Baginda menjawab “Ya.”
Jibril berkata: “Dengan nama Allah aku meruqyahmu dan segala penyakit yang menggangumu, dan dan setiap jiwa yang jahat, serta dari ‘ain yang membuatmu celaka. Dengan nama Allah, aku meruqyahmu.”
Jibril berkata: “Dengan nama Allah aku meruqyahmu dan segala penyakit yang menggangumu, dan dan setiap jiwa yang jahat, serta dari ‘ain yang membuatmu celaka. Dengan nama Allah, aku meruqyahmu.”
Jika ada orang bertanya: “Apa pendapat anda tentang hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud: “Tidak ada ruqyah melainkan terhadap penyakit ‘ain atau gigitan binatang berbisa,” iaitu binatang beracun?”
Jawapannya “Rasulullah s.a.w. tidak,menolak bolehnya ruqyah untuk selain itu, tetapi maksud hadis itu adalah bahawa tidak ada ruqyah yang lebih bermanfaat daripada ruqyah terhadap ‘ain dan gigitan binatang berbisa. Itu ditunjukkan oleh topik perbincangan dalam hadis, sebab ketika Sahal bin Hunaif diserang ‘ain, Ia bertanya “Adakah ruqyah itu baik?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Tidak ada ruqyah melainkan terhadap penyakit ‘ain atau gigitan binatang berbisa.” Makna itu juga ditunjukkan oleh banyak hadis tentang ruqyah yang bersifat umum mahupun khusus. Hadis riwayat Abu Daud menerusi hadis Anas, mengkhabarkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tidak ada quqyah melainkan terhadap penyakit ‘ain,gigitan binatang buas atau luka berdarah”.
Adapun dalam Shahih Muslim disebutkan:
“Rasulullah s.a.w memberi keringanan untuk ruqyah terhadap ‘ain,gigitan binatang berbisa dan penyakit semut.”
Bimbingan Rasul SAW Merawat Luka Buah Pinggang yang Menyebabkan Kejang-Kejang
Di dalam kitab Gharibul Hadis, Abu Ubaid menyebut menerusi hadis Abu Usman An-Nahdi bahawa ia mengkhabarkan: “Beberapa orang melalui sebuah pohon lalu memakan buahnya, namun tiba-tiba tubuh mereka seperti dihempas angin hingga kejang-kejang. Kemudian Nabi s.a.w bersabda:
“Sejukkan air dalam kantung kulit lalu siramkan kepada mereka di antara dua azan.”
“Sejukkan air dalam kantung kulit lalu siramkan kepada mereka di antara dua azan.”
Kemudian Abu Ubaidah melanjutkan: “Mereka pun menyejukkan air tersebut. Maksud kantung kulit di sini adalah tempat minuman sejenis ghirbah. Di sini yang disebutkan adalah kantung air dan kulit, bukan gentong tanah hat, kerana bersifat dapat menyejukkan air. Maksud di antara azan di sini adalah antara azan Subuh dan qamat. Qamat di sini disebut juga sebagai azan.” Begitulah diceritakan oleh Abu Ubaid.
Sesetengah pakar perubatan menegaskan: Rawatan Nabi s.a.w. ini termasuk yang paling elok untuk jenis penyakit tersebut kalau Ia berlaku di negeri Hejaz, iaitu negeri yang bersuhu panas dan kering. Panas semulajadi akan menjadi lemah di dalam perut para penduduk negeri ini. Menjiruskan air pada waktu yang disebut dalam riwayat tersebut —iaitu waktu paling sejuk dalam sehari- bermakna mengumpulkan semua panas semulajadi yang menyebar dalam tubuh sesorang yang mengusung tenaga tubuhnya hingga semakin kuat membentuk tenaga letup.Tenaga itu terhimpun dari seluruh tubuh hingga ke bahagian dalam tubuh yang menjadi sarang penyakit ini,kemudian tenaga letup itu akan mendorang penyakit keluar hingga hilang dengan izin Allah s.w.t jika Hippocrates dan Gelenius serta pakar perubatan lainnya menuliskan ramuan ubat ini untuk penyakit tersebut,pasti pakar perubatan lain akan tunduk dan merasa hairan terhadap pengetahuan mereka.
Thursday
Pengaruh Muzik ke atas Minda
Muzik dapat memberikan inspirasi kepada ramai orang, termasuk para saintis. Misalnya, baru-baru ini dua orang penyelidik melihat otak pemuzik jazz. Mereka tertarik dengan hasil yang diperolehi apabila penghibur muzikal jazz secara spontan membuat gubahan muzik. Mencipta muzik dikenali sebagai improvisasi atau menggubah. Ia agak berbeza dengan mempersembahkan tulisan nota-nota di atas kertas yang kebanyakannya dilakukan oleh penghibur biasa.
Enam pemain piano jazz profesional bersetuju membenarkan otak mereka diimbas oleh sekumpulan pengkaji dari Johns Hopkins Hospital di Baltimore dan National Institute di Deafness and Other Communication Disorders di Bethesda, Md.
Dalam eksperimen tersebut pemuzik berbaring di dalam satu tiub dalam alat yang dikenali sebagai functional Magnetic Resonance Imaging (fMRI). Mesin tersebut merakamkan aliran darah. Jadi apabila seseorang melakukan atau memikirkan tentang sesuatu, para saintis dapat melihat bahagian otak yang manakah paling aktif bekerja.
Dalam alat fMRI, papan kekunci piano diletakkan di atas riba ahli-ahli muzik yang sedang diuji. Dalam satu latihan, mereka memainkan skala nota muzik mengikut turutan. Kemudian, mereka menggunakan nota-nota yang sama untuk menggubah sebuah lagu.
Dalam latihan yang lain, ahli-ahli muzik menghafal satu komposisi muzik jazz dan memainkannya ketika berbaring dalam alat fMRI. Ketika mengalunkan muzik, mereka mendengar satu rakaman alat muzik jenis lain yang dipasang mengiringi bahagian yang berkaitan. Kemudian, ahli-ahli muzik akan menggubah lagu ketika mendengar muzik latar sama.
Keputusan daripada kedua-dua latihan menunjukkan bahawa otak memproses maklumat dari permainan muzik dengan cara tertentu semasa penggubahan. Terdapat aktiviti tambahan dalam bahagian otak yang dikaitkan dengan keupayaan menggambarkan tentang diri pemain muzik yang sedang diuji. Pada masa yang sama, terdapat kurang aktiviti di bahagian otak yang dikaitkan dengan tindak tanduk perancangan dan pengawalan. Kedua-dua bahagian terletak berhampiran otak di bahagian hadapan.
“Apa yang kami boleh simpulkan dari ujikaji ini ialaha, ketika anda memainkan muzik anda sendiri, anda menutup dorongan dari sel otak (impuls) yang mungkin menghalang aliran idea-idea bernas,” kata Charles J. Limb, salah seorang daripada penyelidik. Beliau juga merupakan seorang peniup saksofon jaz terlatih.
Penggubahan muzik ialah satu teknik penting dalam persembahan kreatif. Selepas ujikaji ke atas ahli muzik, penyelidik merancang untuk mengesan aktiviti yang sama dalam otak penyajak, pelukis dan artis-artis lain.
____________________________________________________________________
kredit to:MajalahSains.
Sunday
KisahTarzan diinspirasi oleh Kisah Hayy karya Ibnu Thufail
Teringat masa aku kecil-kecil :) ,aku memang suka tengok cerita ni,tetapi tak sampai nak tiru aksi mcm tarzan.Jadi hari ini,aku nak kongsikan serba sedikit tentangnya.Kisah Hayy bin Yaqdzan karya Ibnu Thufail ternyata juga amat dikenali ramai dan berpengaruh dalam penulisan novel dan kisah tentang manusia yang hidup di hutan.Salah satu novel yag mengisahkan tentang perkara ini adalah The Jungle Book karya Rudyad Kipling.Novel ini mengisahkan tentang pengembaraan Mougly,seorang bayi manusia diasuh dan dibesarkan oleh serigala,kera binatang hutan lain.Hubung kait kisah Mougliy dengan kisah Hayy amat ketara dengan pemilihan latar belakang lokasi yang mengambil hutan tropika di India.Ibnu Thufail juga menceritakan kisah Hayy dengan latar belakang pulau Wak-Wak di laut Hindi.Kisah Mougliy yang diasuh oleh binatang di hutan juga mengingatkan pembaca pada kisah Hayy yang berjudul Hayy bin Yaqdzan:Manusia dalam asuhan Rusa.
Rupanya,kisah manusia rimba karya seorang penulis Amerika bernama Edgar Rice Bourrough ini juga sedikit banyak mendapat inspirasi dari kisah Hayy.Pada tahun 1971,F.Lacassin menulis buku berbahasa Perancis mengenai kisah Tarzan karya Bourrough setebal lebih dari 500 muka surat.Dalam tulisannya mengenai karya sastera yang menjadi rujukan Bourrough dalam menulis kisah Tarzan, didapati bahawa kisah Tarzan adalah diinspirasi oleh Kisah Hayy karya Ibnu Thufail.
-_-',masa aku darjah 1 aku selalu tengok cerita Tarzan.Malahan ada kawan aku yang meniru aksi Tarzan dalam kelas semasa cikgu tiada...LOL!tetapi aksi parkour lebih hebat malah membayakan diri sendiri.
Read more ...
Rupanya,kisah manusia rimba karya seorang penulis Amerika bernama Edgar Rice Bourrough ini juga sedikit banyak mendapat inspirasi dari kisah Hayy.Pada tahun 1971,F.Lacassin menulis buku berbahasa Perancis mengenai kisah Tarzan karya Bourrough setebal lebih dari 500 muka surat.Dalam tulisannya mengenai karya sastera yang menjadi rujukan Bourrough dalam menulis kisah Tarzan, didapati bahawa kisah Tarzan adalah diinspirasi oleh Kisah Hayy karya Ibnu Thufail.
-_-',masa aku darjah 1 aku selalu tengok cerita Tarzan.Malahan ada kawan aku yang meniru aksi Tarzan dalam kelas semasa cikgu tiada...LOL!tetapi aksi parkour lebih hebat malah membayakan diri sendiri.
Friday
Bimbingan Rasul SAW Merawat Penyakit Melalui Dorongan Jiwa Dan Pembinaan Mental
Hadis riwayat Ibnu Majah menerusi hadis Abu Said Al-Khudri,mengkhabarkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Jika kamu menjenguk orang sakit,maka hiburlah ia menghadapi takdir.Walaupun ia tidak akan mengubah sesuatu,tetapi dapat memperbaiki suasana jiwa sakit."
Hadis ini mengandungi sebuah etika yang mulia sekali,termasuk cara merawat yang paling elok pula,iaitu:membimbing kepada keadaan yang biasanya dapat memperbaiki jiwa si sakit.Misalnya dengan ucapan yang menurut adatnya boleh menguatkan jiwa,menguatkan stamina bahkan juga merangsang panas tubuh secara wajar hingga boleh membantu menghalau penyakit atau sekurang-kurangnya meringankannya.Demikianlah sasaran maksima yang selalu diiginkan oleh seorang pakar perubatan.
Menghiburkan jiwa orang sakit dan memperbaiki mentalitinya serta perkara-perkara yang menimbulkan kegembiraan amatlah berpengaruh secara ajaib dalam merawat sakitnya atau sekurang-kurangnya meringankannya,sebab roh dan tenaga tubuh semakin kuat kerana hiburan tersebut,justeru tubuh menurut adatnya akan dapat melenyapkan unsur berbahaya yang ada padanya.
Masyarakat selalu menyaksikan sebahagian orang sakit yang membaik staminanya kerana dijenguk oleh orang-orang yang dicintai dan dimuliakannya.Dengan melihat,berbual dan bermesra dengan mereka,keadaanya menjadi lebih baik.Demikianlah salah satu manfaat mengunjungi orang sakit berkenaan dengan keadaan si sakit.Kedua,kebaikan untuk orang yang menjenguk.Ketiga,kebaikan untuk keluarga si sakit.Keempat,kebaikan untuk masyarakat.
semoga memberi manfaat ~ sebagai contoh,seorang doktor mengangarkan pesakit hidup dah tak lama dah....hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui ajalnya~ ,takkan lah doktor tu nak kata "awak hidup tak lama dah,lagi 2 minggu katakanlah selamat tinggal kepada dunia kerana awak berada dalam keadaan yang sangat kritikal,lagipun cost perubatan awak sangat tinggi" .rasanya tak semua doktor macam tu kan???kalau doktor beritahu macam tu,pesakit semakin resah dan bimbang.Kalau pesakit yang tak dapat control jiwa dan perasannya,boleh jadi semakin teruk jadinya.Apatah lagi kalau orang sakir jantung atau yang sebelum dah banyak buat dosa,tak pernah solat,melangkah kaki ke pusat pelacuran,berjudi, dll.Saat ajal dah tau nak dekat,masa tu lah baru nak menyesal...nak termenung.Sekurangnya,seseorang tu kembali ke jalan yang benar.bertaubatlah~
diri terpesong,
sorong papan tarik papan,
baru sekarang,
mau minta tolong!
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah
kami kembali.”
Surah Al-Baqarah ayat 156.
sebarang kesalahan dari saya,saya mohon maaf.
Janin Dalam Tiga Kegelapan Sains&Al-Quran
Hanya sekitar kurun ke-20,barulah cabang ilmu embriologi manusia mampu dungkai sepenuhnya melalui perkembangan teknologi.Sebelum ini,hali sains hanya mampu mengeluarkan teori logic tentang keadaan kandungan di dalam rahim ibu yang hanya berlandaskan kepada uji kaji saintifik yang ringkas.
Dalam sejarah peradaban manusia, ahli falsafah Yunani kuno yang bernama Aristotle telah dianggap sebagai pen gasas cabang ilmu embriologi ini. Pada kurun ke-4 Sebelum Masihi, beliau telah melakukan kajian terhadap telur ayam dan mendapati embrio ayam terbentuk secara berperingkat.
Tahap-tahap awal pembentukan embrio manusia
Berdasarkan kajian itu, Aristotle menganalogikan pembentukan embrio manusia adalah sama dengan pembent ukan embrio ayam yang melalui beberapa fasa tertentu. Bagaimanapun, beliau hanya menyatakannya secara rambang dan tidak memperincikan dengan jelas tahap-tahap janin di dalam kandungan.
Selepas Aristotle, seorang lagi iimuwan Yunani kuno yang dikenali Sebagai Galen telah mengeluarkan teori berkaitan embriologi pada abad ke-2 Masihi. Menurutnya, pembentukan bayi di dalam kandungan melalui tiga fasa
yang bermula dan air mani, kemudian bertukar menjadi darah beku dan Seterusnya membentuk daging. Dalam masa yang sama, beliau turut beranggapan bahawa jantung dan otak manusia terbentuk semasa berada dalam fasa kedua iaitu ketika pembentukan darah beku berlaku.Teori ini bertahan lebih daripada 1,000 tahun sebelum mikroskop ditemui pada kurun ke-1 6.
Pada tahun 1677, ahli sains dari Belanda, Hamm dan Leeuwenhoek yang merupakan pengkaji pertama menggunakan mikroskop untuk mengkaji sperma tampil dengan teori ‘perforatin’ Mereka beranggapan bahawa setitis sperma rnengandungi manusia kecil lengkap beranggota yang akan membesar dalam rahim ibu. Bagaimanapun apabila saintis mendapati bahawa ovum perempuan mempunyai saiz yang lebih besar daripada sperma, manusia kecil itu dianggap berada di dalam ovum pula.
Pada abad ke-18, Maupertuis telah mengetengahkan teori ‘biparental inheritance’ yang bermaksudd gabungan sperma dan ovum bertanggungjawab pembentukan bayi yang sempurna. Teori tersebut hampir tepat, tetapi masih belum Iengkap sepenuhnya.
Sehinggalah pada tahun 1940, Profesor Streeder yang berkhidmat di Institut Embriologi Carnegie, Washington, Amerika Syarikat telah tampil dengan satu kajian lengkap dan memperkenalkan satu sistem untuk mengklasifikasikan tahap-tahap pembentukan manusia. Sistem tersebut mengelaskan embrio manusia menjadi 23 fasa berasaskan rupa dan perbezaan, dan Ia terus menjadi pegangan asas dalam cabang ilmu embriologi sehingga kini.
Menurut pensyarah di Pusat Pen gajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohd Arip Kasmo, ketika mana perihal inimenjadi suatu topik hangat suatu ketika dulu, Al-Quran turut muncul dengan hujah-hujah yang komprehensif. Dalam surah Al-Mukminufl, Allah berfirman;
‘.... Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah, lalu kami ciptakan darah beku itu menjadi daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian Kami balut tulang-temulang itu dengan daging.Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Ia menjadi makhluk yang lain sifatnya.” (AI-Mukminun; ayat 12-14)
(Al-Mu'minuun 23:13) | <Embed> | English Translation
Then We placed him as (a drop of) sperm in a place of rest, firmly fixed;
(Al-Mu'minuun 23:14) | <Embed> | English Translation
Then We made the sperm into a clot of congealed blood; then of that clot We made a (foetus) lump; then we made out of that lump bones and clothed the bones with flesh; then we developed out of it another creature. So blessed be Allah, the best to create!
(Al-Mu'minuun 23:13) | <Embed> | English Translation
Then We placed him as (a drop of) sperm in a place of rest, firmly fixed;
(Al-Mu'minuun 23:14) | <Embed> | English Translation
Then We made the sperm into a clot of congealed blood; then of that clot We made a (foetus) lump; then we made out of that lump bones and clothed the bones with flesh; then we developed out of it another creature. So blessed be Allah, the best to create!
Berdasarkan kepada ayat di atas, kata Dr. Arip, embrio terbentuk setetah berlakunya persenyawaan di antara benih lelaki dan benih perempuan di dalam ovari. Selepas persenyawaan, proses kejadian bayi berlaku secara berperingkat.
Pada peringkat awal,embrio berubah menjadi alaqah (segumpal darah) dan kemudian bertukar kepada mudghoh yang memberi tafsiran sebagai daging yang sedikit. Selepas embrio memasuki usia enam minggu, berlakulah pembentukan organ dan pada peringkat lni Ia dikenali sebagai janin atau fetus.
Jelas Dr. Arip, keterangan yang diberikan oleh Al-Quran begitu jelas tentang aspek-aspek pembentukan manusia secara berperingkat di dalam rahim ibu. Sekalipun Ia tidak diterima pakai oleh ahli sains pada peringkat awalnya, namun kecanggihan teknologi kurun ke-20 telah membuktikan bahawa apa yang dinyatakan oleh Al-Quran adalah sesuatu yang sahih dan Iengkap.
Selain daripada itu, Al-Quran turut menerangkan tentang keadaan janin di dalam rahim yang dilitupi oleh tiga kegelapan. Firman Allah dalam surah Az-Zumar, ayat 6;
“Dia menjadikan kamu di dalam rahim ibu mu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan.” (Az-Zumar; ayat 6).
(Az-Zumar 39:6) | <Embed> | English Translation
He created you (all) from a single person: then created, of like nature, his mate; and he sent down for you eight head of cattle in pairs: He makes you, in the wombs of your mothers, in stages, one after another, in three veils of darkness. such is Allah, your Lord and Cherisher: to Him belongs (all) dominion. There is no god but He: then how are ye turned away (from your true Centre)?
Menurut Dr. Arip, kedudukan janin dalam tiga kegelapan adalah selari den gan penemuan sains moden hari ini.Profesor Keith L. Moore dan Universiti Toronto, Kanada berpendapat janin sememangnya hidup di dalam tiga tutupan yang berbeza.
Tutupan pertama ditafsirkan sebagai kulit abdomen atau anterior abdominal wall. Lapisan kedua pula adalah dinding rahim atau uterine wall dan yang ketiga ialah selaput yang menutupi janin sec ara langsung atau dikenali sebagai amniochorionic membrane.
Ketika Al-Quran diturunkan Iebih 1,400 tahun yang lalu, ilmu pengetahuan sains manusia belum mencapai tahap ini. Justeru, apabila isi kandungan Al-Quran mampu menyatakannya den gan terperinci, ianya jelas membuktikan bahawa Al-Quran adalah wahyu daripada Maha Pencipta iaitu Allah yang esa.
tiga kegelapan dalam rahim
Thursday
Bid'ah Mazmumah (Bid'ah Yang Tercela)
"Antara Bid'ah Mazmumah (Bid'ah Yang Tercela) yang tersebar dengan sangat meluas tetapi dibiarkan tanpa teguran zaman ini ialah tambahan lafaz "ta'ala" dalam ucapan salam. Ucapan yang diajar Nabi SAW "Assalamu'alaikum warah matullah" ditambah menjadi "Assalamu'alaikum warah matullah hi ta'ala wa barakatuh". Tambahan lafaz "ta'ala" ini adalah bid'ah mazmumah. Lupakah manusia akan athar sahih bahawa Ibn Umar RA pernah melarang keras seorang lelaki daripada menambah ucapan salawat "Allahumma solli `ala Muhammad" ketika bertahmid membaca "Alhamdulillah" selepas bersin? Hingga al-Suyuti rahimahullah telah menegaskan bahawa penambahan ucapan salawat ketika bertahmid selepas bersin itu adalah bid’ah mazmumah. Kesnya sama sahaja dengan penambahan ucapan "ta'ala" ini, bid'ah idhafiyyah yang tercela (mazmumah)! Maka berhati-hatilah bagi mereka yang mahu berfikir" ~ Fathi Al-Sakandary ~
http://ansarul-hadis.blogspot.com/2011/04/syaikhana-al-tharifi-kesemua-hadith.html
al-Mas'udi dan Sumbangan
Abu al – Hassan 'Ali b. Husayn b. 'Ali al – Mas'udi atau Abu Hassan 'Ali b. al – Hasyn b. 'Abdullah al – Mas'udi. Beliau dilahirkan di kota Baghdad Iraq pada akhir abad ke – 9M. Berdasarkan buku yang berjudul al – Mas'udi and His World, beliau dilahirkan pada tahun 283H / 895M. Pada tahun 345H / 956M beliau beliau berusia 20 tahun. | |
|