Saturday

Tukang Sapu Menjadi Jutawan .(Kisah Benar Di Mekah Musim Haji 2012)

عامل نظافة يتحوّل لمليونير في مشهد مهيب بمكة!
Marimir Husain berpelukan dengan saudara kandungnya yang telah insaf (foto:Sabq )

Musim haji tahun 2012 baru sahaja berlalu. Seperti biasa, setiap kali musim haji selalu saja memunculkan kisah-kisah menakjubkan. Selalu ada cerita yang mengharukan, penuh hikmah dan menjadi pelajaran bagi umat manusia.

Di antara kisah nyata yang terjadi di musim haji tahun 2012 ini adalah kisah seorang tukang sapu di kota Mekah yang mendadak kaya menjadi seorang jutawan.Bagaimana ceritanya?Semak kisah nyatanya seperti yang diangkat di akhbar al-Sabaq terbiatan Saudi Arabia tarikh 17 Dzhuhjjah lalu (02/11/2012). ( Kisah ini sudah kami edit mengikut keperluan tanpa mengurangkan inti dan bahan cerita ).

Syahdan, seorang lelaki bernama Marimir Husain jihar tengah menyapu sampah dijalanan kota Mekah yang penuh debu. Ia membersihkan jalanan kota suci ini dari kotoran dan sampah-sampah yang dibuang manusia atau yang diterbangkan angin sepanjang masa.

Sudah 5 tahun, pekerja imigran yang berasal dari Bangladesh itu melakoni pekerjaan bersahaja tersebut, pekerjaan yang dipandang sebelah mata orang orang lain. 

Di Arab Saudi, orang Bangladesh sering disebut sebagai "Benggali". Orang Indonesia pun memanggil mereka dengan sebutan demikian.

Rakan-rakan sekerja Marimir tidak pernah tahu asal-usul marimir, sebab ada beratus-ratus ribu (atau mungkin berjuta-juta) orang Benggali yang menjadi buruh kasar di negeri Haramain ini.

Sampai pada suatu hari di musim haji 2012. Ketika Marimir asyik menyapu jalanan di sekitar kawasan Tan'im, tempat di mana orang-orang akan memulakan ( miqat ) ihram untuk Umrah, suatu kejadian tak terduga berlaku.

Seorang lelaki tua berteriak dari seberang jalan memanggil nama Marimir. Lelaki itu berpakaian Ihram, kelihatan hendak melaksanakan ihram untuk Umrah. Dari postur tubuhnya, lelaki tua itu jelas berbangsa Bangladeh.

"Marimir ...! Marimir ...! Marimir ....! "Teriak lelaki tua berkali-kali dari seberang jalan. Namun kerana banyaknya manusia dan lalu lintas yang sibuk, Marimir tidak mendengarnya.

"Marimir ...! Marimir ...! Marimir ...! "Lelaki tua itu kembali berteriak. Kali ini ia berlari ke arah Marimir menghadang jalan.

Aksi lelaki tua itu mengundang perhatian banyak orang di Tan'im, termasuk dari rakan-rakan lelaki tua itu sendiri. Mereka hairan, bagaimana ia mengenali seorang penyapu jalan di kota suci ini.

Tanpa peduli, ia terus berlari tanpa menghiraukan kereta-kereta yang meluncur laju. Orang-orang di sekitarnya berteriak memberi amaran, kerana aksinya itu mengganggu lalu lintas.

"Marimir ...!". Ujar si lelaki tua tanpa henti.

Kali ini Marimir mendengar. Ia menoleh, dilihatnya seorang yang sudah tua berlari ke arahnya. Ia pun hairan, dari mana orang itu mengetahui namanya.
Lelaki itu semakin mendekat. Dan semakin dekat. Ketika sudah jelas baginya siapa yang datang, ia pun terkejut. Alangkah terkejutnya Marimir, ia seolah-olah tidak percaya apa yang dilihatnya.

Ternyata lelaki tua itu adalah abang kandungnya sendiri ....
Dengan beruraian air mata, si lelaki tua itu menghampiri Marimir yang penuh debu, lantas ia memeluk pemuda itu dengan erat sambil menangis.

Aksi jemaah haji tersebut mengundang perhatian orang ramai. Meskipun tidak mengerti, mereka mengabadikan saat yang penuh mengharukan itu dengan kamera. Setelah itu, si lelaki tua bercerita kepada orang-orang yang mengelilingi mereka penuh keharuan.

Ia menceritakan bahawa tukang sapu itu adalah adik kandungnya sendiri, mereka adalah dua bersaudara yang sudah lebih 5 tahun tidak bertemu.
Kisah perpisahan mereka bermula apabila ibu bapa mereka meninggal dunia beberapa tahun sebelumnya. Ayah mereka meninggalkan harta warisan yang sangat banyak, mencapai 17 juta Riyal (sekitar Rp. 42,5 bilion). Bagaimana tidak, keluarganya adalah keturunan bangsawan, dan salah satu datuk mereka adalah bekas menteri di Bangladesh.

Tapi saudara tuanya itu berbuat serakah. Ia tidak mahu membahagikan harta peninggalan itu kepada adiknya. Beberapa kali si adik meminta pembahagian warisan harta pusaka, tapi ia tidak mahu. Bahkan, si adik pernah dimasukan ke penjara kerana menuntut haknya!

Kerana putus asa, akhirnya si adik pergi meninggalkan Bangladesh. Ia pun menjadi pekerja imigran di Arab Saudi. Hingga bertahun-tahun lamanya. 5 tahun terakhir, ia menjadi tukang sapu di Mekah.

Selepas pemergian adiknya itu, saudara tuanya pun diserang penyakit kanser yang ganas.

"Ini hukuman Allah atas kezaliman saya ...". Kenang haji tua itu sambil menangis. Dan sejak itulah ia insaf atas perbuatan serakahnya.

Bertahun-tahun pula lamanya, ia berusaha mencari jejak si adik. Ia bertanya kepada kawan-kawan adiknya, tapi tak satu pun yang tahu. Ia pun sudah membuat iklan, siapa yang mengetahui alamat adiknya akan diberi ganjaran yang besar.

Namun khabar tak kunjung datang. Si adik entah di mana tempat persembunyiannya. Sementara penyakitnya semakin parah, hingga ia mengira umurnya takkan lama lagi.

Hingga datang musim haji tahun 2012. Ketika ia hendak pulang ke tanah air, ia pun melaksanakan umrah terlebih dahulu. Ia bersama rombongannya pun berangkat ke Tan'im, miqat di mana orang Mekah memulakan umrah.

Dan di sanalah keajaiban itu berlaku. Di tempat inilah Allah swt mempertemukannya dengan adiknya yang selama ini ia cari. Dilihatnya seorang lelaki muda tengah menyapu di jalanan, dan ternyata itu adalah saudara kandungnya.

Saat pertemuan itu, saudara tua itu meminta maaf kepada si adik atas kezalimannya selama ini. Kerana keserakahannya, si adik hidup sengsara dan meminta-minta sebagai tukang sapu di negeri orang.

Ia pun mengajak adiknya pulang. Ia sudah membahagikan harta peninggalan orang tua mereka seadil-adilnya. Bahagian untuk si adik sudah ia asingkan, dan akan ia berikan tanpa mengambil sedikitpun, jumlahnya jutaan ringgit ditambah harta yang sangat banyak.

Di tempat yang suci itu, si adik memaafkan abangnya. Ia sama sekali tidak menaruh dendam. Bahkan dirinya merasa bahagia boleh tinggal di tanah suci ini. Di sini, ia menghabiskan masa untuk bekerja dan menghafal al-Quran.

Kepada hadirin yang berkerumun di sekitar mereka, tukang sapu yang menjadi jutawan itu berkata: "Sungguh ini merupakan pelajaran yang besar dalam hidup saya. Saya sudah merasakan bagaimana rasanya menjadi orang yang teraniaya. Kerana itu, saya berjanji tidak akan menganiaya sesiapa pun. Allah mengharamkan kezaliman atas diri-Nya, dan diharamkannya kezaliman itu atas hamba-hambaNya ".

Kisah mengharukan itu menjadi buah mulut jemaah haji. Seorang penjual makanan segera di kota Mekah mengatakan kepada wartawan Sabg:

"Saya sering bersedekah makanan kepada tukang sapu itu, tanpa saya tahu ternyata dia adalah seorang jutawan"

sumber  cerita: putramelayu

carian anda:tukang sapu jadi kawa,jutawan,hebat

kisah benar di makkah 


No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...