Wednesday
Cherniyenko, mengenalkan nilai-nilai Islam sebagai penyelesaian masalah sosial Russia
Taras Cherniyenko seperti kebanyakan pegawai bank muda Russia,
berpakaian rapi, bertali-leher, rambut pendek dan berjanggut nipis.
Sambil duduk-duduk di sebuah cafe di Ulitsa Sretenka, dia menceritakan
perjalanan spiritualnya, bermula ketika masih remaja hingga akhirnya
memeluk agama Islam dan menggunakan nama islamnya Abdul Karim.
Sekarang, Cheniyenko menjawat sebagai wakil ketua organisasi tempat berkumpulnya etnik Russia yang masuk Islam, National Organization of Russian Muslim.
Dia dan rakan-rakannya di organisasi itu, ingin menyebarkan nilai-nilai
yang diajarkan Islam - misalnya larangan mengambil alkohol - pada
masyarakat Russia sebagai penyelesaian untuk mengatasi pelbagai masalah
yang dihadapi negara itu.
"Orang boleh beritahu bahawa minum vodka atau anggur adalah salah satu
aspek penting dalam budaya Russia. Tapi, saya boleh menjadi orang Russia
yang baik tanpa perlu minum minuman beralkohol. Sebahagian besar masalah-masalah sosial di Russia disebabkan oleh pengambilan alkohol," kata Cherniyenko.
"Jika kita boleh memperkenalkan nilai-nilai sosial yang islamik pada Russia, masyarakat dan negara ini akan lebih kuat," sambungnya.
Cherniyenko mendedahkan, kebanyakan orang Russia ingin tahu ketika dia
mengatakan bahawa dirinya seorang muslim. "Ramai di antara mereka
bertanya, mengapa saya pindah agama. Soalan itu bukan kerana mereka
kasar, tapi kerana mereka ingin tahu," ujarnya.
Pegawai bank muda itu lalu bercerita bahawa dia membesar dalam
persekitaran yang liberal di Petersburg. "Ibu saya mendorong saya dalam
hal pendidikan, termasuk mempelajari pelbagai budaya dan agama. Saya
pernah belajar kitab Taurat dalam bahasa Ibrani, belajar Gospel dalam
bahasa Greek dan sedikit belajar teks-teks agama Hindu," tutur
Cherniyenko.
Kerana belajar banyak agama itulah yang membawa Cherniyenko melakukan
pencarian terhadap keyakinan yang sesuai dengan interpretasinya. "Saya
mencari sebuah keyakinan yang tidak menolak Yesus atau menyembahnya
sebagai tuhan, sebuah keyakinan yang mengakui yesus adalah seorang
manusia, yang suci dan tanpa dosa, tapi dia tetap manusia. Itulah yang
menuntun saya pada agama Islam," papar Cherniyenko.
Menurutnya, National Organization of Russian Muslim ketika ini mempunyai
ahli kira-kira 2,000 orang dari 20 kawasan di seluruh Russia. Jumlah
Muslim di Russia sekarang kira-kira 19 juta orang, yang menjadikan
agama Islam sebagai agama kedua terbesar di Russia selepas Kristian
Ortodok.
Cherniyenko mendedahkan, spiritual yang mengikat erat antara ahli
organisasi National Organization of Russian Muslim. "Setiap hari saya
berdoa untuk ibu saya, keluarga, dan untuk keamanan dan kesejahteraan
komuniti Muslim," tegasnya.
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih