Showing posts with label Minda. Show all posts
Showing posts with label Minda. Show all posts

Wednesday

Mencari Kaitan Kisah di antara 'Anak Lelaki' dan 'Pakar Bedah'


Assalamualaikum ~jom uji minda anda~
sila highlight dalam kotak di bawah untuk membaca keterangan:


Nolan(1987) memberikan cerita ini kepada beberapa individu.Mereka bingung semasa mencari kaitan di antara 'anak lelaki' dan 'pakar bedah' terbabit.Tidak logik jika pakar bedah itu bapa anak lelaki itu kerana bapanya terbunuh dalam kemalangan.Mereka mula membuat tekaan seperti mungkin pakar bedah itu bapa tirinya,anak lelaki itu adalah anak haram dan sebagainya.Pakar bedah itu sebenarnya ibu kepada anak lelaki itu..

Menurut Nolan,tabiat berfikir secara logik yang ditanam sejak zaman persekolahan boleh menyebabkan blok mental dan menghalang kita daripada melihat kemungkinan-kemungkinan baru atau kaitan-kaitan baru.Apa yang berlaku terhadap individu-individu yang dikaji beliau ialah mereka terperangkap secara tidak sedar dengan andaian bahawa semua pakar bedah adalah lelaki.Ini menghalang mereka melihat kemungkinan pakar bedah tadi adalah seorang perempuan dan ibu kepada anak lelaki itu.



Read more ...

Matematik, Kanak-kanak dan Perubahan Minda

Jangan rasa lemah semangat jika anda terpaksa mengambil masa yang lama memerah otak untuk menyelesaikan masalah matematik. Menguasai pengiraan, logik dan aritmetik dalam matematik memerlukan keutamaan penyusunan semula cara otak berfungsi.
 
Apabila kanak-kanak membesar, bahagian-bahagian tertentu otak digunakan untuk membuat penyelesaian masalah matematik. Pada peringkat sekolah rendah, bahagian otak yang dipanggil korteks prefrontal teruja ketika melakukan aritmetik. 
 
 
Tetapi apabila kanak-kanak berubah menjadi orang dewasa, kawasan tersebut berada di kedudukan sedikit ke belakang apabila mengira nombor , dan satu lagi kawasan otak, yang digelar superior temporal gyrus sebelah kiri, mengambil peranan. Satu kawasan berdekatan yang digelar korteks parietal juga memainkan peranan lebih besar dalam pengiraan orang dewasa.

BACA : Membaca Matematik
Ahli-ahli sains telah menunjukkan yang superior temporal gyrus sebelah kiri boleh membantu menghubungkan bunyi ucapan kepada tulisan di surat. Kawasan tersebut juga boleh bertindak apabila anda bermain alat muzik, membantu anda menghubungkan bunyi klarinet solo ke nota-nota di kertas muzik. 
 
Ada kemungkinan yang bahagian otak ini membantu orang dewasa menghubungkan nombor simbol kepada jumlah yang tepat, kata Daniel Ansari, dari Universiti Western Ontario di London, Kanada. Ansari dan rakan-rakan setugasnya menjalankan kajian yang mendedahkan anjakan dalam kawasan-kawasan otak untuk kegunaan matematik.
 
Untuk memahami bagaimana otak menangani masalah matematik pada umur yang berbeza, kumpulan Ansari memadankan 19 kanak-kanak yang berumur antara 6 hingga 9 tahun dengan 19 orang dewasa berusia 18 hingga 24 tahun. Penyelidik-penyelidik menunjukkan pasangan nombor bertulis dari satu hingga ke 10 kepada kedua-dua kumpulan tersebut, dan kemudian meminta kanak-kanak dan orang-orang dewasa menyatakan nombor yang mana lebih besar.
Seterusnya, mereka ditunjukkan dengan pasangan imej – setiap satu mempunyai antara satu hingga 10 petak. Sukarelawan diminta untuk menyatakan imej yang mana di antara pasangan itu yang mempunyai lebih banyak petak. Semasa eksperimen tersebut, ahli-ahli sains mengambil gambar otak para peserta menggunakan pengimbas MRI. Mesin ini mengukur aliran darah, yang memberikan maklumat tentang aktiviti kawasan-kawasan tertentu otak para peserta semasa melakukan setiap tugasan.
 
Orang-orang dewasa menunjukkan tugasan yang lebih baik berbanding kanak-kanak, namun setiap seorang mengambil masa lebih panjang untuk memilih jumlah lebih besar apabila perbezaan antara nombor-nombor adalah lebih kecil. (Misalnya, untuk menentukan sekiranya dua petak lebih banyak daripada tiga petak adalah lebih sukar daripada membandingkan satu petak dan sembilan petak.)
 
Ahli-ahli sains mendapati, apabila nombor-nombor semakin rapat, korteks parietal didapati lebih aktif bagi orang-orang dewasa, tetapi tidak dalam otak kanak-kanak.
 “Hasil kajian kami menunjukkan yang asas otak memproses perubahan nombor  berdasarkan peningkatan dan pengalaman,” kata Ansari.

Penemuan-penemuan itu menunjukkan bahawa keupayaan manusia menghubungkan simbol-simbol dengan kuantiti tepat berdasarkan pada satu sistem lama yang digunakan untuk mengagak jumlah kasar. Binatang seperti monyet menggunakan deria nombor lama ini, misalnya, menganggar tindakan mana yang lebih baik apabila memilih antara sebilangan kecil biji bunga matahari.

Selepas beberapa tahun berdepan dengan masalah-masalah matematik, korteks parietal manusia mengambil alih daripada sistem lama, mempercepatkan jumlah kasar kepada angka yang simbolik dan tepat. Malah, selepas latihan yang lebih banyak, Ansari membuat tanggapan bahawa superior temporal gyrus sebelah kiri mengambil alih tugas-tugas matematik utama. Sumber : ScienceNews For Kids
Read more ...

[Video]Tips Menghafal Al-Qur'an Oleh - Syaikh Wahid Abdus Salam Bali









Dulu,Aku selalu dengar  surah al-Mulk  bacaan Sheikh Mishary Rashed Alafasy    kat earphone...dan ikut bacaan  sambil melihat bacaan tersebut pada al-Quran..الحمد لله ,lama-lama  terus ingat..."Tak ku sangka,tak ku duga boleh ingat "  Jom ramai-ramai2 download MP3 al-Quran by Sheikh Mishary Rashed Alafasy!!!!! 


belajar tafsiran surah tersebut dari kitab-kitab ulama ...faham....,hayati semasa baca surah tersebut.. :)  aku yakin hampa buat ,menitis air mata..

..baca dengan betul
..dah  hafal ,jangan tinggal..amalkan, :)

Read more ...

Sunday

KECERDASAN EKSISTENSIALIS



KECERDASAN EKSISTENSIALIS
Menurut Suppiah et al (2009), kecerdasan eksitensialisis ini merupakan aliran falsafah yang fahamannya berpusat kepada kejadian dan kewujudan manusia, erti kehidupan, kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam kehidupannya. Kebayakkan individu yang memiliki kecerdasan ini sering menimbulkan persolan yang berkaitan dengan nilai-nilai hasil pemerhatiannya terhadap persekitaranya. Persoalan yang ditimbulkan oleh mereka kadang kala tidak dapat ditimbulkan oleh individu biasa dan sukar untuk diterima. Individu seperti ini juga gemar dengan pembelajaran yang bermakna, membuat sintesis idea, perkaitan dengan kurikulum, sastera dan budaya. Individu yang memiliki kecerdasan ini memerlukan pengajaran melalui kaedah pengajaran terhadap kajian alam dan mengaitkan bahan dengan tema. Antara tokoh yang dikaitkan dengan kecerdasan ini adalah seperti Plato , Socrates dan Einstein.
Read more ...

KECERDASAN NATURALIS

KECERDASAN NATURALIS
Kecerdasan naturalis melibatkan alam dan kepintaran yang berkaitan tentang keseluruhan alam. Individu yang mempunyai kecerdasan ini adalah seorang yang sangat prihatin terhadap alam, mempunyai sikap penyayang yang sangat tinggi. Selain itu, mereka juga mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi dan rasa empati terhadap semua benda hidup. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mampu membina sesuatu sistem baru, menjana idea yang berkait dan pandangan yang jauh ke hadapan. Mereka juga mempunyai kebolehan dalam mengaitkan sesuatu perkara mengikut urutan, membina klasifikasi atau kelas, menjelaskan dan menggabungkan konsep yang diketahui. Individu yang memiliki kecerdasan ini sangat selesa apabila berada bersama alam yang terbuka seperti pantai, hutan dan sebagainya atau mereka juga dikenali sebagai pencinta alam. Mereka mudah terasa, sensitif atau peka apabila sesuatu isu yang berkaitan dengan alam sekitar wujud.

Keberkesanan pembelajaran individu yang mempunyai kecerdasan ini dapat diwujudkan melalui aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah seperti membuat lawatan dan sebagainya. Melalui penyiasatan praktikal seperti mengalami sendiri hasil pengetahuan tentang semuladi melalui pelbagai jenis eksperimen. Antara aktiviti yang boleh merangsang kecerdasan ini dalam kalangan para pelajar ialah seperti berkebun, memelihara binatang, memelihara tanaman dan aktivi mendaki gunung. Antara kerjaya yang memerlukan kecerdasan jenis ini adalah seperti ahli geologi, ahli biologi, pendaki gunung, petani, ahli botani dan kerjaya lain yang melibatkan sains. Secara amnya, seseorang yang mempunyai kecerdasan naturalis ini hampir sama seperti pemikir dan ahli-ahli falsafah yang telah Berjaya. Antara tokoh pemikir yang mempunyai kecerdasan ini adalah Imam Al-Ghazali. Beliau merupakan seorang ilmuan Islam yang memiliki kecerdasan naturalis, interpersonal, verbal-linguistik dan merupakan seorang tokoh yang amat berjaya dalam kehidupan beliau.
Read more ...

KECERDASAN VISUAL-RUANG

Visual atau ruang adalah kecerdasan yang membolehkan seseorang individu melihat sesuatu secara jauh dan mendalam. Individu yang mempunyai kecerdasan visual-ruang ini memiliki keupayaan imaginasi yang tinggi dan mampu mencipta sesuatu yang kreatif atau baru serta sukar untuk difikirkan oleh orang lain. Mereka mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang baik serta boleh menyatakan segala kebimbangannya dengan jelas dan yakin. Selain itu, mereka ini juga mampu membuat andaian atau hipotesis mengenai pelbagai perkara seperti tafsiran mengenai alam. Individu ini sering memberi pandangan mengenai dunia, alam semesta dan persekitaran. Golongan ini sering memberi persepsi yang unik dan berbeza terhadap sesuatu perkara. Seringkali, apa yang dilihat oleh mereka, berbeza dari pandangan individu normal seperti kita. Mereka juga mempunyai kebolehan mengubah persepsi dan pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara. Individu yang memiliki kecerdasan ini amat peka akan terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang yang terdapat disekeliling mereka. Disamping itu, individu yang memiliki kecerdasan ini juga mempunyai keupayaan untuk berfikir secara tiga dimensi dalam bentuk gambaran dan bayangan serta amat berminat dalam penghasilan peta minda, carta, lukisan dan sebagainya. kebolehan pelajar untuk menghubungkan konsep yang dipelajari dengan menggunakan peta minda, graf dan bentuk grafik yang lain memudahkan seseorang pelajar itu belajar mengenalpasti dan menghubungkait konsep. Kerjaya yang sesuai kepada individu yang memiliki kecerdasan ruang visual adalah seperti pembuat peta, pereka hiasan dalaman, arkitek, pereka landskap, juruseni dan sebagainya. Menurut Gardner (1983), selalunya kita dapat melihat perkembangan utama dan potensi kecerdasan ini dalam kegiatan vokasional.

Read more ...

KECERDASAN VERBAL-LINGUISTIK

KECERDASAN VERBAL-LINGUISTIK

Kecerdasan verbal-linguistik merujuk kepada keupayaan dan kebolehan yang berkait dengan penguasaan bahasa, kesusasteraan, pertuturan dan kemahiran menggunakan bahasa yang kompleks. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, verbal bermaksud lisan atau kata-kata, manakala linguistik mempunyai dua makna iaitu kajian saintifik tentang bahasa atau sesuatu yang berkaitan dengan bahasa. Seseorang yang mempunyai kecerdasan dalam bidang verbal- linguistik ini mampu memberi makna, mentafsir, mendalami sesuatu perkara yang tersirat di dalam bahasa. Menurut Howard Gardner’s, (1983), seseorang yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mampu memahami, bertutur, menulis pelbagai jenis bahasa dan mampu menguasai bahasa asing dengan baik dan fasih. Selain itu, seseorang yang memiliki kecerdasan verbal-linguistik terdiri daripada golongan yang cemerlang pada peringkat persekolahan dalam bidang bahasa. Individu sering melibatkan diri dalam pertandingan berkaitan bahasa dan menonjolkan diri apabila bersuara. Mereka mempunyai kelebihan dalam berbahasa dan sensitif kepada sesuatu perkara serta meminati ilmu falsafah dan isu-isu sosial.

Seterusnya, individu yang mempunyai kecerdasan linguistik kerap membaca serta mempunyai keinginan yang tinggi dalam pengetahuan am. Mereka juga suka membaca bacaan yang meluas dalam pelbagai subjek serta membaca dengan pantas. Selain itu, mereka mempunyai tatabahasa yang tinggi dan menggunakan tatabahasa yang baru dan unik.


Oleh itu, guru amat memainkan peranan akan kepentingan kecerdasan ini kerana dapatan kajian Norliah( 2005) menunjukkan amalan penerapan kecerdasan pelbagai melalui elemen kecerdasan vebal-linguistik dalam pengajaran bahasa melayu diprasekolah mempengaruhi secara signifikan oleh persepsi positif guru-guru terhadap kecerdasan verbal linguistik. Individu dengan kecerdasan ini sering menjadi peguam, ahli bahasa, ahli puisi, penulis atau ahli pidato yang sangat cemerlang. Tokoh bahasa yang cemerlang di negara kita adalah Tan Sri A. Samad Said, Osman Awang dan Za’ba.
Read more ...

Saturday

KECERDASAN LOGIK- MATEMATIK

KECERDASAN LOGIK- MATEMATIK

Matematik adalah ilmu berkaitan kira-kira yang berkait dengan angka. Kecerdasan matematik melibatkan individu yang pintar dalam penguasaan ilmu ini. Sebenarnya kajian perkembangan kanak-kanak oleh Piaget dan Inhelder (1969), tahap perkembangan terawal sekarang yang kita panggil kecerdasan logika matematik ialah manipulasi dan permainan pelbagai jenis objek konkrit dalam persekitaran fizikal dan keupayaan untuk mengenal pasti objek lazim dalam gambar dan memilih objek tersebut keluar daripada gambar-gambar yang banyak mengandungi objek lain yang tidak dikenali. Individu yang memiliki kecerdasan ini adalah seseorang individu yang cemerlang dalam bidang matematik boleh bermain dengan angka dan tidak mudah keliru dengan masalah yang timbul dalam pengiraan matematik. Mereka juga sering memberi nilai, menghitung dan mencari penyelesaian secara tepat mengenai sesuatu perkara.


Kebanyakan individu yang cemerlang dalam bidang matematik sering diberi perhatian oleh semua masyarakat dunia seperti Adiputra, Al- Khawarizmi, dan Einstein. Individu ini mempunyai ingatan yang tinggi dan sering dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat. Kemahiran yang dominan dibahagian kiri otak membolehkan individu tersebut dapat berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang mempunyai berkeupayaan menyelesaikan masalah matematik kerana mereka mampu atau berkeupayaan untuk menaakul secara deduktif. Individu ini lebih berminat untuk melibatkan diri dalam permainan yang membolehkan mereka berfikir dengan aktif seperti puzzle, penyelesaian masalah, catur, teka-teki dan pencarian formula baru. Kebanyakan individu yang memiliki kecerdasan matematik ini cemerlang dalam bidang sains, ahli fizik, kejuruteraan dan menjadi ahli matematik.
Read more ...

Friday

KECERDASAN INTERPERSONAL & KECERDASAN INTRAPERSONAL

http://www.universal-mindpower.com/wp-content/uploads/2012/12/Quantum-Mind-Power-The-Universal-Mind-Power.jpg
KECERDASAN INTERPERSONAL

Kecerdasan Interpersonal adalah berkait dengan rapat dengan emosi. Kecerdasan ini adalah berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Seterusnya, kecerdasan ini juga adalah kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakan murid-murid terlibat dalam sesuatu aktiviti. Menurut Howard Gardner (1993), kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain. Sebagai contoh, melibatkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam program-program motivasi yang pengisiannya mempunyai slot yang memerlukan kerjasama berkumpulan. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan hubungan sosial murid tersebut. Menurut Gardner (1993), kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain. Hubungan sosial mula wujud ketika peringkat awal zaman kanak-kanak, zaman persekolahan dan sehinggalah memasuki alam pekerjaan. Kecerdasan interpersonal dimiliki juga penting kerana kemahiran ini melambangkan keperibadian seseorang itu. Biasanya, seseorang yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang kuat akan menjadi pemimpin dan pandai memberi nasihat. Oleh itu, mereka yang mempunyai kecerdasan yang kuat dalam interpersonal boleh dijadikan tempat rujukan dan pemberi nasihat.

Seseorang yang mempunyai kecedasan interpersonal mempunyai keyakinan apabila bersuara, mampu berdikari dan bijak dalam menyampaikan idea dan pendapat. Sebenarnya kecerdasan I terpersonal ini dapat dilatih melalui pergaulan antara individu yang berbeza umur, meminjamkan mainan dan berkerjasama dalam membuat sesuatu permainan. Menurut Gardner (1983), kebiasaanya kita hanya akan melihat perkembangan utama dan potensi kecerdasan ini di dalam situasi vokasional. Antara kerjaya yang melibatkan kecerdasan interpersonal adalah seperti guru-guru, pakar terapi, ahli politik, pemimpin organisasi dan lain-lain.



http://www.zeitnews.org/sites/default/files/imagecache/teaser_image_homepage_featured/users/18/article_teaser_images/mind-meld-brain-power-best-steering-spaceships-1360109144.jpg

 KECERDASAN INTRAPERSONAL
Kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang individu iaitu kebolehan seseorang mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri, mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri.

Kebolehan mengenali diri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat, kehendak termasuklah kemahiran yang menyebabkan seseorang itu mempunyai persamaan dan perbezaan dengan orang lain. Kecerdasan intrapersonal yang dimiliki oleh seseorang individu dapat membantu individu tersebut menangani perasaan beradab sopan serta mengawal kemarahan dan kesedihan yang dihadapi dengan sebaiknya. Walaubagaimanapun, individu yang memiliki kecerdasan ini lebih suka bersendirian, suka kepada kesunyian dan suka bermonolog. Individu seperti ini juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu dan jika seseorang itu pelajar, mereka lebih selesa belajar secara bersendirian dan suka termenung. Antara ciri-ciri pelajar yang memiliki kecerdasan ini adalah seperti cenderung untuk mempamerkan kebolehan untuk berdikari, lebih suka bersendirian untuk mengejar sesuatu matlamat, hobi atau sesuatu projek serta mempunyai keperibadian yang tertutup.

Seterusnya, terdapat beberapa aktiviti yang boleh melatih kecerdasan interpersonal antaranya ialah dengan menceritakan perasaan sendiri, keinginan, cita-cita, dan mengarang cerita. Antara kerjaya dan aktiviti yang melibatkan banyak kecerdasan intrapersonal adalah seperti kaunselor kerohanian,ahli falsafah, juru meditasi, ahli psikologi dan lain-lain.
Read more ...

Wednesday

KECERDASAN KINESTETIK

KECERDASAN KINESTETIK
Kebolehan yang dimiliki oleh seseorang dalam menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota badan untuk berkomunikasi atau menyelesaikan masalah. Selain itu, kinestetik juga merupakan kecekapan menginteprestasikan pergerakkan anggota atau tubuh. Kecerdasan kinestetik (Gardner 1993), merujuk kepada sensori badan terhadap pergerakan. Antara kaedah yang sesuai untuk memproses idea baru ialah menghubungkan idea tersebut dengan pengalaman yang lepas yang berkaitan dengan pergerakkan badan. Contohnya, menulis sesuatu perkataan dipapan putih dengan menggunakan pen maker adalah langkah yang terbaik untuk memastikan seseorang itu lebih mengingat perkataan tersebut berbanding dengan menggunakan kaedah mengeja. Menurut Howard Gardner, badan manusia bukan sejenis mesin, amat berbeza daripada objek tiruan didunia ini. Ia adalah saluran deria rasa seseorang individu, perasaan peribadi dan cita-cita, dan tidak ketinggalan entiti dimana orang lain bertindak balas secara unik berdasarkan kualiti kemanusiaan mereka yang tersendiri.


Antara ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan kinestetik adalah mereka yang berminat dengan aktiviti sukan dan fizikal yang cergas. Kebanyakkan mereka juga mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa badan lebih suka kepada aktiviti tarian dan lakonan. Kecerdasan kinestetik ini dapat dilatih dalam kalangan pelajar melalui aktiviti bersukan dan aktiviti kesenian seperti latihan menari. Kecerdasan ini boleh dilatih kepada seseorang individu daripada sejak kecil lagi. Menurut Gardner (1983), selalunya kita dapat melihat perkembangan utama dan potensi kecerdasan ini dalam kegiatan vokasional seperti pelakon, buruh binaan, atlit, penari, guru tari, ahli terapi fizikal dan sebagainya.
Read more ...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...