Sunday
KECERDASAN VISUAL-RUANG
Visual atau
ruang adalah kecerdasan yang membolehkan seseorang individu melihat sesuatu
secara jauh dan mendalam. Individu yang mempunyai kecerdasan visual-ruang ini
memiliki keupayaan imaginasi yang tinggi dan mampu mencipta sesuatu yang
kreatif atau baru serta sukar untuk difikirkan oleh orang lain. Mereka mampu
untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita
yang baik serta boleh menyatakan segala kebimbangannya dengan jelas dan yakin.
Selain itu, mereka ini juga mampu membuat andaian atau hipotesis mengenai
pelbagai perkara seperti tafsiran mengenai alam. Individu ini sering memberi
pandangan mengenai dunia, alam semesta dan persekitaran. Golongan ini sering
memberi persepsi yang unik dan berbeza terhadap sesuatu perkara. Seringkali,
apa yang dilihat oleh mereka, berbeza dari pandangan individu normal seperti
kita. Mereka juga mempunyai kebolehan mengubah persepsi dan pandangan orang
lain terhadap sesuatu perkara. Individu yang memiliki kecerdasan ini amat peka
akan terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang yang terdapat
disekeliling mereka. Disamping itu, individu yang memiliki kecerdasan ini juga
mempunyai keupayaan untuk berfikir secara tiga dimensi dalam bentuk gambaran dan
bayangan serta amat berminat dalam penghasilan peta minda, carta, lukisan dan
sebagainya. kebolehan pelajar untuk menghubungkan konsep yang dipelajari dengan
menggunakan peta minda, graf dan bentuk grafik yang lain memudahkan seseorang
pelajar itu belajar mengenalpasti dan menghubungkait konsep. Kerjaya yang
sesuai kepada individu yang memiliki kecerdasan ruang visual adalah seperti
pembuat peta, pereka hiasan dalaman, arkitek, pereka landskap, juruseni dan
sebagainya. Menurut Gardner (1983), selalunya kita dapat melihat perkembangan
utama dan potensi kecerdasan ini dalam kegiatan vokasional.
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih