Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Tuesday

Bagaimana Untuk Menggunakan Google Maps Tanpa Sambungan Internet

Tiada sambungan internet semasa merantau ke negara orang bukanlah sesuatu yang aneh. Lebih-lebih lagi jika anda merantau dan dalam masa yang sama mahu menjimatkan kos untuk mendapatkan akses internet.

Masalah ini bukan sahaja tidak mengizinkan anda untuk memasukkan cerita terbaru atau gambar terbaru percutian anda di laman sosial malah ketiadaan akses Google Maps di dalam telefon pintar anda bakal memberi masalah yang sangat besar lebih-lebih jika anda seorang ‘backpacker’.
Kini anda tidak lagi perlu risau memandangkan anda mampu untuk mendapatkan peta sesebuah tempat atau lokasi dengan memuat-turun peta Google Maps terus ke telefon pintar anda.
Cara terbaik untuk memuat-turun lokasi peta Google Maps adalah melalui Wi-Fi semasa anda berada di hostel atau melalui Wi-Fi yang ada pada kedai-kedai yang berhampiran.
Meskipun anda boleh memuat-turun peta sesebuah lokasi, masih terdapat beberapa fungsi yang terhad kepada online sahaja. Jika anda mahir membaca peta, Google Maps offline bakal memberi kelebihan buat anda.
Berikut merupakan cara-cara untuk memuat-turun lokasi sesebuah kawasan melalui Google Maps:
1. Lancarkan aplikasi Google pada telefon pintar anda dan pastikan anda mempunyai akaun Google.
2. Dapatkan nama bandar untuk anda muat-turun.
3. Tekan pada bar di bawah skrin  beserta nama bandar yang baru sahaja anda buat pencarian.
4. Tekan ‘Download’
5. Google akan memuat-turun peta sesebuah lokasi yang diingini selepas anda menekan butang ‘Download’ untuk sahkan.
Read more ...

Sunday

Koleksi Kata-Kata Amran Fans[GAMBAR]

mesti di sini ramai yang kenal amran fans kan?

















Read more ...

Friday

Proses Melupakan Bekas Kekasih Di Media Sosial- Facebook Memperkenalkan Take A Break –


Berpacaran di dunia media sosial ini adalah amat sukar. Ketika masih bersama ratusan gambar akan diambil dan ribuan status memuji insan yang dicintai diletakkan di media sosial. Tetapi sekiranya perhubungan tidak menuju ke jinjang pelamin dan terhenti di tengah jalan ini membawa kepada beberapa masalah. Kesemua status dan gambar yang dimuat naik kemudian harus dibuang satu persatu. Ini bukanlah proses yang mudah dan dari pengalaman peribadi ianya hanya meningkatkan kemarahan. Melihat nama mantan kekasih di susur masa juga akan mendatangkan reaksi yang sama. Jadi apakah yang boleh dilakukan bagi mempercepatkan proses melupakan si dia dengan pantas?
Facebook-Take-A-Break-1
Take A Break ialah fungsi yang sedang dicuba di Facebook. Apabila Facebook mengesan berlaku perubahan status perhubungan dari “dalam perhubungan” ke “bersendirian” pilihan untuk menggunakan fungsi ini akan diberikan. Menerusi Take A Break anda boleh menapis status bekas kekasih dari muncul di susur masa. Terdapat juga pilhan untuk menghalang mereka membaca status yang ditulis  oleh ini. Ini dilakukan tanpa perlu “menyahkawan” ataupun menghalang mereka seperti yang dilakukan sekarang. Kesemua status yang pernah anda tulis berisi nama mereka kini boleh dihalang dari dilihat oleh orang ramai. Aneh sekali pilihan untuk memadam masih perlu dilakukan secara manual.
Fungsi ini akan dicuba pada aplikasi mobil pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu. Ianya adalah fungsi yang kami rasakan sepatutnya sudah lama wujud. Kita kini hidup di dunia di mana ramai yang menemui kekasih menerusi media sosial. Maka apabila berlaku berantakan memori cinta digital ini harus dipadamkan dengan segera. Syabas Facebook untuk fungsi ini.
Mungkin selepas ini akan ada pula fungsi Take A Break From Politics. Apabila fungsi ini dipilih, pengguna boleh menapis kata-kata kunci tertentu dan menghalang status politik dari muncul di Newfeed. Ianya amat menjengkelkan dan kerap menimbulkan kemarahan. Kami ada seorang makcik penyokong tegar parti A yang kerap memuat naik artikel berbaur perkauman yang memperjuangkan satu bangsa. Hendak di nyahkawan nanti beliau kecil hati. Kalau terus berkawan kami pula pedih ulu hati. Inilah masalah dunia pertama.
Facebook-Take-A--Break-2
Sumber : Amanz.my
Read more ...

Sunday

Penjara Yang Mengajar Coding | Lawatan Mark Zuckerberg dan isterinya

Pada minggu lalu, Mark Zuckerberg dan isterinya, Priscilla Chan, melawat San Quentin, iaitu sebuah penjara berhampiran Lembah Silikon yang mengajar penghuninya bagaimana untuk mengaturcara (coding).
Lawatan ini berlaku selepas beliau membaca buku “The New Jim Crow” oleh Michelle Alexander yang menceritakan hubungkait di antara ‘peperangan menentang dadah’, perkauman, dan pemenjaraan besar-besaran di Amerika Syarikat. Zuckerberg melawat San Quentin untuk melihat “keadaan penjara daripada kaca mata rakyat,” tulis beliau dalam satu pos Facebook.
Melalui sebuah bootcamp yang digelar Code.7370, penghuni terpilih diberi peluang untuk mempelajari bagaimana untuk mengaturcara. Program ini dicipta oleh seorang venture capitalist, Chris Redlitz yang pernah memberikan ceramah keusahawanan di penjara itu melalui NGO yang diasaskan oleh beliau, The Last Mile. Kedua-dua projek ini dibuat untuk membantu mengurangkan kadar banduan berulang dan membantu bekas banduan mula bekerja.
Menurut pegawai penjara, program-program latihan semula seperti yang dijalankan di San Quentin melaporkan kes banduan berulang hanya pada kadar 7.1%, berbanding pada kadar 54.3% untuk keseluruhan populasi banduan di California.
Ini adalah Penjara San Quentin, terletak kira-kira 20 batu dari South of Market, rumah kepada banyak startup di San Francisco.
REUTERS/ROBERT GALBRAITH
Selepas salah satu ceramah beliau di penjara, Redlitz begitu kagum dengan tahap pengetahuan perniagaan dan keinginan untuk belajar penghuni-penghuni di situ yang kemudian menyebabkan beliau mula bekerja untuk menyediakan sebuah program “technology accelerator” (pemangkin teknologi).
REUTERS/ROBERT GALBRAITH
The Last Mile ditubuhkan sebagai satu program berdurasi 6 bulan untuk membantu penghuni penjara menukar minat mereka menjadi idea-idea perniagaan. Setelah selesai program, para tetamu dijemput untuk mendengar banduan-banduan ini membentangkan idea bisnes mereka.
REUTERS/ROBERT GALBRAITH
Pada tahun 2014 , The Last Mile melancarkan Code.7370, iaitu program pembelajaran HTML, JavaScript, CSS, dan Python untuk penghuni-penghuni penjara.
REUTERS/ROBERT GALBRAITH
Oleh kerana sambungan internet dilarang di penjara, para penghuni mempelajari pengaturcaraan melalui simulasi servis web dan simulasi servis pengaturcaraan.
REUTERS/ROBERT GALBRAITH
California membayar USD $60,000 setahun untuk Code.7370, mengikut laporan USA Today.
REUTERS/ROBERT GALBRAITH
Tetapi hanya mereka yang terpilih berpeluang mengikuti kelas ini. Daripada 200 orang yang memohon, hanya 23 orang terpilih, menurut laporan VICE News.
REUTERS/ROBERT GALBRAITH
Setelah terpilih, seorang banduan menulis di dalam laman web Quora: “Saya mengaku saya amat gembira kerana terpilih menjadi salah seorang peserta dalam program mengaturcara yang baru dan amat unik ini. Walau bagaimanapun, saya harus mengawal perasaan saya kerana saya sedar terpilih menyertai program ini hanyalah sebahagian kecil daripada cabaran lain yang mendatang.”
REUTERS/ROBERT GALBRAITH
Di sini, banduan duduk dan mendengar ucapan sebagai graduan kelas Code.7370. Harapannya adalah supaya mereka mempunyai kemahiran secukupnya untuk menyertai pasaran kerja.
REUTERS/ROBERT GALBRAITH
Redlitz bercadang untuk mengembangkan lagi program dengan menawarkan kelas visualisasi data serta web dan reka bentuk pada tahun-tahun mendatang.
REUTERS/ROBERT GALBRAITH
Read more ...

Monday

KISAH GADIS SEDEKAH TIKET RM2 DAPAT BALIK RM300 JADI VIRAL


Sebuah cerita menarik tentang seorang gadis yang bersedekah pada seorang lelaki tua dengan membelikan tiket KTM yang bernilai RM2 namun menerima ganjaran RM300 daripada lelaki tersebut tanpa disedari mendapat pujian daripada netizen.

Kisah ini wajar dijadikan contoh agar kita tidak lokek untuk bersedekah walau sekecil mana pun jumlahnya kerana sesungguhnya sedekah tidak akan sesekali membuat seseorang itu jatuh miskin.

Price of RM2
Today i went to Shah Alam for a gathering, so i took ktm from bt caves to shah alam. So while queuing, an uncle line after me. ''Assalamualaikum pakcik, nak p mana?'' He smiled back at me and say ''shah alam'' , ''oh sama lah kita ! then i bought one ticket for adult and one for warga tua (because he's 68). He was stunned, then i said ''it's okay pakcik, saya belanja''. 

The whole journey, we talked to each other and he gave me his business card, but i don't really pay any attention and straight away keep it in my purse. We talked about families, career, he told me he is muallaf, from sabah and ask me to tasmi' his recitation, surah luqman 1-15. 


Nak di pendekkan cerita, last moment before we separated, he asked me. ''What book is that? Can i have a look?'' I said, sure and gave him the book (langit ilahi by hilal asyraf) After we arrived, he said to me..''be good, be genuine, i ll pray for you in mekkah'' (he's going for hajj this sunday).

When I arrived home, i saw RM300 in my book., and I looked at his card, he's captain and project director for marine engineering and dredging corporation. 
Maybe that's why he paid RM2 for RM300 :')

God has promised, we won't be poor by giving out a portion of our wealth for charity.
May God guide us all 

+ Cerita asal dikongsikan oleh Ezzaty Amin melalui Facebooknya.


https://www.facebook.com/ezzaty.amin
Read more ...

Saturday

Selfie Lebih Baik dari Selfish

But first let  me said Alhamdulillah,


Ramai reader kaki selfie ,tangan selfie,monopod selfie, yang sedang membaca di sini.Bagi aku orang yang selfie atau bahasa utagha nowh "berselpiaq" ini lebih baik dari selfish.Sapa nak kawin dengan laki/perempuan selfish ini?cer citer tengok.Tak ada dalam ciri-ciri calon isteri aku ini "selfish" .Sebagai pengguna tegar facebook,berdasarkan pengalaman stalker facebook kawan-kawan dan orang tak dikenali,golongan yang suka selfie ini mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam jiwa dan di luar rumah.Tak pernah tak dapat "like" kalau kongsi gambar selfie ini,mesti dapat punya.Itu pun aku tak tahu "liker" tu ikhlas atau tak ,ataupun batak like semata-mata.




Selfie bermaksud mengambil gambar atau wajah sendiri menggunakan kamera atau telefon bimbit tanpa memerlukan bantuan orang lain. Perkataan Selfie ini juga datang daripada singkatan bahasa inggeris iaitu ” Self Potrait Photography”.

Nak tau apa lebih dasyat?Telah wujud selfie dan selfish pada satu masa.Apakah istilahnya?






Selfie+Selfish=.....?

Contoh situasi yang benar-benar berlaku.Seorang wanita selfie di tempat yang dia duduk dalam LRT,bas untuk tempat orang khas yang pregnant sedangkan terdapat ibu yang hamil di dalam kenderaan tersebut.


Seterusnya,Selfie di tempat letak kenderaan Orang Kelainan Upaya(OKU) .Dah la  pentingkan diri sendiri lepastu selfie upload kat facebook.itu namanya BATAK+BANGANG KEABADIAN


Pentingkan diri dan menganggap diri kita sebagai perhatian akan melukakan hati orang lain terutama mereka di sekeliling kita. Perasaan ini sebenarnya berpunca kerana  inginkan perhatian dari orang sekeliling ataupun ia adalah sikap yang memang tidak menghargai orang lain.



Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah SAW: Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai'at pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).

Huraian Hadith: 
Jujur dan telus adalah sifat yang datang dari dalam jiwa insan yang beriman. Orang-orang yang selalu mementingkan dirinya tidak akan memikirkan kepentingan orang lain sebaliknya akan sanggup berbuat apa sahaja asalkan hajatnya tercapai. Dalam hal ini kehidupan kita bukanlah bersandarkan kehendak hawa nafsu tetapi ia perlu kepada semangat kekitaan dan kasih sayang yang mengenepikan segala unsur peribadi yang menjadikan seseorang itu lupa diri dan lupa saudara. Seharusnya apa sahaja yang dilakukan hendaklah bermula dari niat yang betul dan ikhlas. Kedua-dua sifat tersebut menentukan sejauhmanakah kita bepegang pada prinsip walaupun di akhirnya kita terpaksa berkorban.




Kebiasaannya sikap pentingkan diri sendiri akan lebih serius apabila orang sekeliling sudah mula perasan dan mengambil langkah untuk menjauhkan diri. Tidak semua orang boleh menerima kita sepenuhnya dan mengambil baik dan buruk sikap kita sebagai satu pertimbangan. 
Kalau kekasih pun sanggup meninggalkan pasangannya hanya kerana sikap pentingkan diri sendiri, apatah lagi di kalangan kawan-kawan yang mungkin menganggap sikap kamu itu terlalu melampau dan sepatutnya dijauhkan saja. Bukankah kita yang rugi?

Hilang kawan dan lama-kelamaan kita akan duduk sendirian atas sikap buruk yang terlalu pentingkan diri dan tidak langsung mengendahkan perasaan orang lain.

Justeru, apa kata cuba letakkan diri kamu di tempat dan situasi mereka. Pasti kamu merasai apa yang mereka berdepan dengan sikap buruk kamu. Setidak-tidaknya kamu boleh memahami perasaan mereka kerana sanggup menghadapi sikap mementingkan diri kamu.

Sikap Selfish dikalangan kita sering kita pertontonkan melalui berbagai tindakan kita seperti memotong Q atau barisan terutamanya semasa dalam majlis makan menggunakan sistem buffet,nak membayar makanan atau barangan di kedai makan, atau super mall,menaiki bas .bayar bil.Memang sering berlaku dalam masyarakat tak kira dimana jua… Sikap Selfish boleh kita lihat semasa meletak kenderaan.iaitu tidak meletak kereta dalam petak dengan betul hingga meyebabkan orang lain tak boleh guna petak seterusnya…meletakkan motosikal dalam petak letak kereta..meletakkan kereta di kawasan letak motosikal meletakkan kenderaan mereka sesuka hati di bahu jalan hingga meghalang lalulintas… Selfish juga ditonjolkan semasa dalam keadaan kesesakan trafik.. tidak memberi ruang kepada orang lain walaupun orang itu memberi signal untuk menukar lorong  memandu perlahan di lorong laju hingga menghalang orang lain untuk memotong 

Jika nak di ceritakan banyak sikap SELFISH yang ada pada diri kita yang kadang-kadang kita tak sedari melakukanya demi kepentingan diri..60% yang membaca  ni pernah melakukannya.Kita tak terlepas dari melakukan kesalahan.Namun,jangan mengulangi sikap tersebut.

#TrialSPMmode#GL!

Read more ...

Monday

Facebook tapis imej penderitaan Gaza

  • Naomi Wolf
 1 / 1 
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang penulis buku Amerika Syarikat (AS) yang menentang kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin, Naomi Wolf, mendedahkan dia diberi amaran oleh Facebook yang akaunnya boleh ditamatkan.

Menurutnya, Facebook turut menjelaskan mereka telah menapis imej-imej yang Naomi muat naik daripada sumbernya di Gaza.

“Kami menerima amaran dari (Facebook), mungkin kerana imej-imej mangsa yang cedera dan maut yang dipaparkan oleh para penyumbang dan wartawan rakyat agak mengerikan," katanya yang dipetik dari sebuah portal berita alternatif, Countercurrentnews.com kelmarin.

Pihak Facebook bagaimanapun, tidak menjelaskan secara terperinci bahagian mana kemas kini statusnya yang melanggar syarat, sedangkan Naomi mengakui dia pernah melihat banyak imej-imej mengerikan berkaitan Holocaust di Facebook sebelum ini.

Naomi yang merupakan bekas penasihat politik telah menerbitkan antara buku terlaris di AS iaitu ‘The Beauty Myth’.

Keberaniannya dalam melahirkan pandangan dan pendapat terhadap serangan Israel ke atas Gaza menyebabkan dia diminati dan diikuti pelbagai invididu termasuk rakyat tempatan, umat Islam dan orang Yahudi.
Read more ...

Saturday

Selfie Phenomena


Selfie Phenomena



Selfie? Binatang apa tu? Okay, maybe some of u are getting used with this word but some might be not.. selfie tu maksudnya ambil gambar sendiri.. 0.0 Saintifiknya ialah gambar diambil sendiri menggunakan telefon bimbit dan dimuat naik ke laman sosial.. get it? Hihi.. Okay, kenapa pula aku sibuk- sibuk nak post perihal remeh yang semua orang buat including myself ni.. haiyoo.. Urm, tak sangka benda alah ni boleh jadi sebagai topik dominan kan.. Takpe, kita teroka perlahan- lahan okay. 

Tahu tak, tahun 2013 dikenali sebagai tahun selfie sebab fenomena ni. Masyarakat sekarang diserang dengan fenomena selfie atau mengambil gambar sendiri untuk dikongsi dengan rakan di laman sosial. Plus, kecanggihan teknologi dan kewujudan smart phone serta digital camera menyebabkan selfie yang menampilkan banyak aksi dan mimic muka terus menjadi kegilaan setiap lapisan masyarakat. Bukan setakat selfie je yang wujud, macam- macam bentuk ayat yang muncul seperti helfie pose dengan hair style, welfie yakni pose ketika sedang bersenam, belfie iaitu pose yang tampil dengan bahagian belakang tubuh dan shelfie memaparkan aksi dengan perabot..

Okay, bukan saja je aku post perihal ni tanpa sebarang tujuan kalau tak melibatkan batang hidung sendiri. Kita ambil pendekatan untuk mengetahui dengan lebih lanjut okay. Seorang pakar dalam bidang sosial menyifatkan selfie sebagai revolusi untuk mengumpulkan maklumat autobiografi mengenai diri sendiri dan orang sekeliling. Dia juga memberitahu bahawa selfie merupakan medium terbaik untuk menampilkan diri secara semula jadi.

Tapi ada juga pihak yang berpendapat selfie sebenarnya mewujudkan budaya narsisisme iaitu keadaan individu yang terlalu memuja atau mengagumi diri sendiri. Istilah tersebut dikatakan berasal daripada mitos Yunani mengenai seorang lelaki bernama Narcissus yang jatuh cinta dengan bayang- bayangnya sendiri. Pakar dari Amerika juga menyifatkan orang yang melakukan selfie terutamanya dalam skop makanan, jelas ketara mengalami gangguan physcology. Ni yang nak marah ni.


Penulis dari Amerika menyifatkan selfie tidak ubah seperti pertandingan yang mengejar populariti di sekolah tinggi.. tapi aku tak menolak kenyataan yang bersifat kritikan dan sarkastik itu. Tambahnya lagi, media sosial menjadi medium utama bagi remaja memaparkan aksi pelik dan comel semata- mata untuk menarik perhatian rakan sebaya. Kebanyakkan mereka mempamerkan sikap bangga diri individu terutama jika mereka mempunyai paras rupa yang cantik.. Nak sentap boleh dipersilakan sekarang.

Ada yang beranggapan mereka lebih menyayangi diri sendiri dengan adanya selfie. Entah, pendapat orang kan. Tapi ada je yang menyatakan mereka seronok ambil gambar sendiri. Komen yang sebati dalam diri selfie.. kan? Semakin jelas menunjukkan budaya narsisisme makin menular di seluruh dunia. Ada je yang kata wujudnya selfie ni sebab takde keyakinan diri. That’s y cuba expose dalam sisi lain. Wallahualam

Kajian penyelidik di Britain mendapati terlalu banyak berkongsi gambar selfie boleh merosakkan hubungan dengan dunia sebenar. Perkara yang membimbangkan apabila ada pihak cuba mengeksploitasi mana- mana gambar untuk tujuan porno.. nauzubillah, khuatir pula mendengarnya. Tapi feedback yang diterima berbeza oleh anak- anak muda, mereka kata laman sosial boleh merapatkan hubungan yang terjalin. Apa pun, tepuk dada tanya selera. Niat tu penting..

Selfie ni ada juga kebaikan antaranya sebagai agen penyelamat bagi orang desperate yang perlukan bantuan.. seorang yang cedera parah di Kentucky terselamat apabila post gambar selfie yang berlumuran darah di internet untuk meminta bantuan. Malah, ada juga pencuri yang mencuri smart phone seorang wanita berjaya dikesan kerana gambar yang diambil pencuri tu tersebar di laman sosial wanita berkenaan. macam- macam kan?

Tepuk dada tanya selera.. apa niat anda? Jika ditanya pada aku, tiada tujuan  lain melainkan untuk tampak cantik. Damn answer.. cantik ke? Terpesong.. kalau exam tu guarantee takde dalam skema dan fail.. ingat, cuba kita jauhkan diri dari sifat bangga diri, riak atau sombong. In sha Allah, nasihat untuk diri dan kalian. Ingat, sombong itu sifat Allah, ibarat selendang Allah. Bukan kita iaitu manusia yang serba lemah dan kekurangan. Cuba muhasabah balik, check mana yang lemah dan baiki. Kita cuba, takpe kalau masih fail tu anda masih dalam ruang percubaan.. Semangat tu yang penting. Kalau niat tu betul, dah bagus dah.
Read more ...

Anda Upload Gambar Makanan dalam Facebook?

Adakah anda selalu mengambil gambar makan yang dihidang atau dimasak dan memasukkan foto tersebut ke dalam laman sosial atau internet?

Jika selalu, anda mungkin mengalami masalah psikologi kerana satu kajian pakar mendapati, kecenderungan individu mengambil dan menyiarkan gambar makanan mereka disifatkan sebagai 'sakit mental'.


Ketua Psikiatri Hospital Kolej Wanita di Universiti Toronto, Dr. Valerie Taylor berkata, kegilaan orang ramai berbuat demikian bukan sahaja satu perkara yang menjengkelkan, malah petanda bagi masalah psikologi.

"Saya melihat beberapa klien yang obses dengan makanan mereka.
"Mereka tidak mahu keluar bersosial secara normal dan menjadikan makanan sebagai teman sosial dengan memaparkan apa mereka makan, bila mereka makan dan melakukan perkara yang sama berulang kali," jelasnya.

Kegilaan menyiarkan gambar makanan atau dikenali sebagai "foodstagramming" merupakan trend mengambil gambar makanan dan memuat naik foto itu ke dalam Instagram atau Twitter.

Tabiat tersebut menjadi sangat popular sehingga menyebabkan sesetengah restoran tidak membenarkan pelanggan meraka mengambil gambar makanan yang disediakan atas sebab cahaya kamera dan tindakan itu boleh mengganggu pelanggan lain.

Januari lalu, tukang masak terkemuka New York, David Bouley melarang pelanggan mengambil gambar makanan di dalam restorannya.

Dalam Sidang Kemuncak Obesiti Kanada di Vancouver pada minggu lalu, Taylor menjelaskan tentang gangguan pemakanan dan peranan makanan dalam kebudayaan dan kehidupan moden.

"Trend foodstagramming yang berleluasa ketika ini sangat membimbangkan.
"Kita sepatutnya mengambil gambar yang penting dan bermakna untuk diri kita, namun bagi segelintir orang, makanan menjadi perkara utama buat mereka sehingga menjadi obses," jelasnya.

Taylor turut menegaskan penyiaran banyak gambar makanan memberi kesan buruk terhadap orang ramai dan boleh menaikkan berat badan.

Kenyataan itu dikaitkan dengan kajian Universiti Southern Carlifornia pada tahun lalu yang menunjukkan orang ramai yang meluangkan masa melihat gambar makanan secara dalam talian akan mempengaruhi otak dan menyebabkan mereka makan terlalu banyak. - AGENSI

Source - Utusan Malaysia - Jumaat 10 Mei 2013.

'Foodstagrammers' aren't just annoying - they may have a psychological problem, says leading psychiatrist
[http://www.dailymail.co.uk/health/article-2321307/Foodstagrammers-arent-just-annoying--psychological-problem-says-leading-psychiatrist.html]
Read more ...

Friday

Fenomena Upload Video Bangang Abadi di Facebook Youtube

السلام عليكم
,pa habaq.Dari masa ke masa sering diperhatikan di FB,Youtube dll segelintir makhluk yang upload video di facebook @ youtube secara sengaja..Ada ka makhluk yang upload secara tak sengaja?Depa tidur ➝lepas tu berjalan semasa tidur ➝pergi ke laptop➝log in facebook➝ upload video ..somnambulism atau noctambulism? macam tak logik je...mcm tak logik je..mcm tak logik ja..

Golongan makhluk ini upload video mereka tanpa memikirkan implikasinya dalam jangka masa yang panjang.Apakah teori bagaimana video ini boleh berkembang  bagaikan bunga yang mekar dan seterusnya popular?Selepas orang ramai bosan view,akan senyap dan layu macam tu saja..Anggaran 1-3 bulan ia akan sepi dan orang ramai dah bercakap mengenai video tu..

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur 

wooo..ohohohohoh..huhuuhuh..ooooOOOO...woo...OOOOO..



upload di Facebook➝orang view➝ save to computerupload di youtube➝penduduk facebook share➝rakan-rakan share➝rakan kepada rakan yang share➝dan seterusnya➝ infinity non stop share and view!
Di sini inginku tegaskan ingatlah alam maya ini 24 jam..Jangan jadikan facebook sebagai pusat melabur dosa.



upload di Facebook➝orang view➝save to computer➝upload di page mereka sendiri ➝ramai komen ➝ramai bash ➝ ramai share➝rakan kepada rakan share➝dan seterusnya➝ infinity non stop share and view!
Ada orang tu kan,dia kan page dia biasa ja,dia nak up dengan ramai like,komen,share dengan sebarkan video bangang abadi tu .Dia nampak page lain tak upload lagi,jadi dia pandai mengambil kesempatan..dan orang tu menjadi mangsa bahan maki hamun...PAGE BATAK LIKE?admin yang tak matang...



upload di Facebook➝orang viewbuat parody➝upload youtube➝orang ramai share
 Mejoriti insan yang buat parody ini nak tumpang populariti ja..publisiti murahan?kadang-kadang yang takleh blah sekali parody tu kena kutuk..sebab video dia pun tahap bangang abadi

Pendek kata seperti gambar di bawah:





500K+ view?

 Selalunya akan masuk blog,surat khabar,tv,majalah..populariti akan  up⇧ bangang akan lebih terserlah



Selepas itu?Respond Tuan Punya Video 
dia buat satu video/update status/tulis dalam blog minta maaf sebab buat video tu..dan bla3..bla3 dia cakap..kadang-kadang dia punya alasan tahap cipan.


bobo
video kapel seminggu 
macam cantik jer,macam comel jer
Nak shopping barang-barang exam











Read more ...

Tuesday

Jin ada akaun Twitter | LOL! Jin Peramah






Inilah twitternya > https://twitter.com/s_2017_s





 entahla benar atau tak,laptop apa dia guna ya?dapat mana wifi?~ aku ada jumpa satu conservation






baca ini juga > Sebaik-baik Jin Adalah Sejahat-jahat Manusia (Penipuan Fakta)
jin ni masuk berita juga
Read more ...

Friday

Jodoh, Antara Usaha Dan Taqdir


Jodoh, Antara Usaha Dan Taqdir:


Antara ungkapan para muda-mudi masa kini terutamanya dalam Facebook yang tanpa mereka sedari mendekati aqidah Jabariah ialah apabila mereka berkata: "ramai yang gatal berusaha mencari jodoh, sedangkan ia telahpun ditentukan Allah".

Perkataan sebegini menyalahi aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, bahkan ia sangat mendekati aqidah sesat Jabariah yang melampaui batas menetapkan taqdir, bagi mereka semua perkara yang berlaku adalah atas kehendak Allah semata-mata tanpa elemen usaha dipihak manusia.

Bagi kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah, taqdir Allah itu berkait juga dengan usaha manusia. Meskipun Allah telah menentukan taqdir atas seluruh hambaNya, bukan bermakna hambaNya dibolehkan untuk meninggalkan usaha, kerana Allah telah memberikan qudrah (kemampuan) dan masyii-ah (keinginan) kepada hamba-hambaNya untuk mengusahakan taqdirnya.

Sebagai contoh, selain jodoh, rezqi makan dan minum kita juga telah Allah tentukan sejak kita masih embryo dalam uterus ibu. Ini tidak bermakna apabila kita hendak makan atau minum, kita hanya perlu duduk berteleku menunggu makanan dan minuman itu sampai kepada kita kerana ia telahpun ditentukan Allah SWT!

Sebaliknya kita perlu berusaha, jika hendak makan nasi contohnya, kita perlu berusaha kerja mencari duit, dengan duit itu pula kita perlu berusaha membeli beras, dengan beras itu pula kita perlu berusaha memasaknya dengan air atas dapur, maka barulah kita mendapat nasi untuk dimakan, dan nasi yang kita makan itu sememangnya telah ditentukan Allah sebagai rezqi makanan kita.

Begitu jugalah halnya dengan jodoh. Moga Allah menetapkan kita dalam aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang sahih, dan menyelamatkan kita dari fitnah-fitnah aqidah sesat kerana kejahilan

~ Fathi al-Sakandary ~
Read more ...

Saturday

[Q&A Fathi al-Sakandary] Siri 13 - Hadith Diet Rasulullah SAW


Soalan:

 






Jawapan:
Bismillah, Alhamdulillah..wa ba'd.
# Penjelasan status hadith diet Nabi SAW:
1- Hadith yang dinyatakan dalam poster itu adalah Palsu, kesemuanya adalah Batil, Tiada Asalnya. Kesemuanya tiada dalam al-Qur'an dan tiada juga dalam hadith, baik hadith Sahih, Dha'if ataupun Palsu.

2- Menisbahkan diet sebegini kepada Baginda SAW adalah merupakan satu pendustaan kepada Baginda, celakalah fulan yang mencipta hadith ini dan telah tetap neraka bagi mereka yang menyebarkan poster ini kecuali bagi mereka yang bertaubat. Nabi SAW bersabda dalam hadith yang Sahih: "مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ - Dan siapa yang berdusta atasku dengan sengaja (iaitu menyebarkan hadith Nabi tanpa memastikan ia sahih terlebih dahulu) maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka" [HR al-Bukhari dan Muslim] 

# Disiplin penting dalam menyebarkan hadith Nabi
3- Ramai manusia suka menyebarkan hadith-hadith Nabi SAW dalam internet terutamanya Facebook. Mereka berniat baik atas alasan sabda Nabi SAW: "بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً - sampaikan dariku walau satu ayat". 

4- Tetapi mereka lupa lafaz penuh hadith berkenaan berbunyi:
بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ ، وَلاَ حَرَجَ ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
"sampaikan dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah (apa yang kalian dengar) dari kisah-kisah Bani Isra'il dan itu tidak mengapa (iaitu tidak berdosa walaupun ia tidak sahih dengan syarat memberitahu ia kisah Bani Israil dan bukan hadith). Dan siapa yang berdusta atasku dengan sengaja (iaitu menyebarkan hadith Nabi tanpa memastikan ia sahih terlebih dahulu) maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka".

5- Jangan baca hadith sekerat saja, tetapi bacalah keseluruhannya. Ketahuilah bahawa hadith yang sama ini padanya galakan dan ancaman, bahagian pertama hadith berbunyi "بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً - sampaikan dariku walau satu ayat" adalah galakan manakala ia diringi dengan ancaman pada bahagian akhir hadith berbunyi: "وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ - dan siapa yang berdusta atasku dengan sengaja (iaitu menyebarkan hadith Nabi tanpa memastikan ia sahih terlebih dahulu) maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka". 

6- Oleh itu sebelum anda ingin beramal dengan galakan menyebarkan hadith Nabi SAW itu, jangan lupa ancamannya, tanya dulu diri anda sekurang-kurangnya 3 perkara: 1 - benarkah ia hadith?, 2 - riwayat siapa? , 3- sahihkah ia?. Apabila telah terjawab kesemua 3 soalan asas ini, maka silakanlah menyebarkan hadith itu, jika tidak maka usahlah sebarkan walaupun ayatnya nampak baik dan mampu memberi suntikan jiwa. Kerana tiada lagi yang baik apabila anda telah berdusta kepada Baginda Nabi SAW. 

# Asal usul diet ini
7- Diet ini tiada dalam al-Qur'an atau mana-mana hadith, sebaliknya ia terdapat dalam kitab Taurat dan Talmud kaum Yahudi kini. Amalan diet ini sebenarnya adalah peraturan diet agama Yahudi yang dikenali sebagai "Kosher" (Hebrew = כשר ) atau "Kashrut" (Hebrew = כַּשְׁרוּת). 

8- Kosher/Kashrut adalah set peraturan makanan dalam agama Yahudi sebagaimana yang dijelaskan dalam Torah (Taurat) dan tafsir/syarah bagi Torah iaitu Oral Torah (Talmud). Misalnya larangan memakan daging berserta susu terdapat dalam Exodus 23:19; Exodus. 34:26; serta Deutronomy 14:21 (rujuk disini: http://www.mechon-mamre.org/e/et/et02.htm).

Oral Torah (Talmud) ketika mensyarahkan ayat-ayat ini menyatakan bahawa ia bermaksud daging tidak boleh dimakan beserta susu. Kemudian para Rabbai Yahudi memperluas larangan ini mencakupi ayam, iaitu ayam juga dilarang makan bersama susu. Tidak cukup dengan itu kitab Talmud juga melarang mencampurkan daging dan ikan dalam satu pinggan untuk dimakan bersama. (rujuk: http://www.jewfaq.org/kashrut.htm , http://www.jewfaq.org/kashrut.htm#Rules , http://www.jewfaq.org/kashrut.htm#Separation). 

9- Bagi Yahudi yang beriman dengan Torah dan Talmud, mereka perlu mematuhi peraturan-peraturan makanan ini, kerana ia adalah arahan Tuhan bagi mereka sebagaimana yang dikhabarkan dalam kitab "suci" mereka. Para saintis Yahudi menjelaskan bahawa tanggapan sesetengah pihak bahawa peraturan-peraturan ini mempunyai hikmah agar lebih menyihatkan badan tiada buktinya dari segi sains,
Maka para Rabbai Yahudi menyimpulkan "kita mengikut peraturan ini semata-mata kerana ia arahan Tuhan" atau Islam menyebutnya "ta'abbudi". Para Yahudi mematuhi peraturan makanan ini sebagaimana para Muslimin mematuhi peraturan makanan yang disyariatkan dalam al-Qur'an dan Hadith tanpa soal iaitu dengan semata ta'abbudi. (rujuk: http://www.jewfaq.org/kashrut.htm#Why)

# Melayu ini Islam atau Yahudi?
10- Persoalannya, kenapakah kaum melayu yang "dinobatkan secara percuma" oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai beragama Islam secara tiba-tiba mengekori syariat Yahudi pula??

11- Adakah kamu lupa hadith yang berbunyi "َمَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ - Barangsiapa menyerupai suatu kaum bererti ia termasuk golongan mereka" [Hadith Mauquf Sahih sebagai kata-kata Huzaifah dengan hukum Marfu' , rujuk penjelasan terperinci statusnya disini: http://ansarul-hadis.blogspot.com/2011/11/penjelasan-status-hadith-barangsiapa.html]. 

12- Atau adakah kamu sudah menyerah kalah kepada Yahudi hingga mahu mengikut jejak langkah mereka, lupakah kamu akan firman Allah SWT: "وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ - Orang-orang Yahudi dan Nasrani sama sekali tidak akan senang kepada kamu hinggalah kamu mengikuti agama mereka" [al-Baqarah: 120]. Dimanakah wala' dan bara' kamu? kepada Allah dan Rasul atau kepada Yahud? 

13- Tidak cukup dengan itu, kenapa perlu berdusta pula kepada Baginda Nabi SAW, mengaitkan sesuatu perkara yang tidak pernah Baginda SAW sebut atau lakukannya, lupakah kamu akan sabda Nabi: "مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ - Dan siapa yang berdusta atasku dengan sengaja (iaitu menyebarkan hadith Nabi tanpa memastikan ia sahih terlebih dahulu) maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka" [HR al-Bukhari dan Muslim]? Adakah Syurga itu terlalu nyaman bagi kamu hingga kamu mahukan panas Neraka? 

# Apakah diet Nabi yang Sahih?
14- Diet Nabi SAW yang Sahih ialah beliau memakan makanan yang halal dengan jumlah yang tidak banyak, itu sahaja. Thabit dalam hadith Nabi SAW bersabda: " الْمُؤْمِنُ يَأْكُلُ فِي مِعًى وَاحِدٍ وَالْكَافِرُ يَأْكُلُ فِي سَبْعَةِ أَمْعَاءٍ - seorang mu'min itu makan dengan satu perut, sedangkan orang kafir makan dengan tujuh perut" [HR al-Bukhari, no. 5392]. 

15- Adapun hadith dengan lafaz "نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع - kami adalah suatu kaum, yang tidak akan makan hingga merasa lapar, jika kami makan maka tidak sampai kenyang" , hadith ini tidak ditemui dalam mana-mana kitab hadith Ahlussunnah, baik kutub hadith yang masyhur atau tidak masyhur.

Sebaliknya ia hanya dijumpai dalam kitab syi'ah!! iaitu kitab hadith syi'ah karya al-Sayyid al-Thabathabaie (laknatullah) bernama Sunan al-Nabi (bab makanan dan minuman, halaman 266). Tidak syak lagi bahawa hadith ini adalah hadith palsu, pendustaan kepada Nabi SAW dan berkemungkinan besar ia adalah ciptaan syi'ah (moga Allah melaknat mereka).
Kata-kata ini bukan saja dusta kepada Baginda Nabi SAW, bahkan ia bercanggah dengan sebuah hadith sahih yang menceritakan bahawa Abu Hurairah pernah disuruh Baginda Nabi SAW minum susu hingga perutnya penuh kenyang. Iaitu hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Jami'nya al-Sahih (no. 6452). 

Hadith Abu Hirairah tersebut memberi faedah bahawa bolehnya makan minum hingga perut kenyang, namun kenyang itu bukanlah hingga boleh memudharatkan diri, hingga kenyang masih mahu tetap makan dan makan dengan banyak. [Lanjut rujuk Siri Q&A no. 8 yang lalu disini: https://www.facebook.com/note.php?note_id=186438404777695 ]
Sekian, Allahua'lam
Muhammad Fathi bin Ali
Ma'had `Aaliy Li Quran wa `Ulimihi - al-Azhar al-Syarif
Iskandariah, Mesir

 



Read more ...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...