Tuesday
Bagaimana Untuk Menggunakan Google Maps Tanpa Sambungan Internet
Tiada sambungan internet semasa merantau ke negara orang bukanlah sesuatu yang aneh. Lebih-lebih lagi jika anda merantau dan dalam masa yang sama mahu menjimatkan kos untuk mendapatkan akses internet.
Masalah ini bukan sahaja tidak mengizinkan anda untuk memasukkan cerita terbaru atau gambar terbaru percutian anda di laman sosial malah ketiadaan akses Google Maps di dalam telefon pintar anda bakal memberi masalah yang sangat besar lebih-lebih jika anda seorang ‘backpacker’.
Kini anda tidak lagi perlu risau memandangkan anda mampu untuk mendapatkan peta sesebuah tempat atau lokasi dengan memuat-turun peta Google Maps terus ke telefon pintar anda.
Cara terbaik untuk memuat-turun lokasi peta Google Maps adalah melalui Wi-Fi semasa anda berada di hostel atau melalui Wi-Fi yang ada pada kedai-kedai yang berhampiran.
Meskipun anda boleh memuat-turun peta sesebuah lokasi, masih terdapat beberapa fungsi yang terhad kepada online sahaja. Jika anda mahir membaca peta, Google Maps offline bakal memberi kelebihan buat anda.
Berikut merupakan cara-cara untuk memuat-turun lokasi sesebuah kawasan melalui Google Maps:
1. Lancarkan aplikasi Google pada telefon pintar anda dan pastikan anda mempunyai akaun Google.
2. Dapatkan nama bandar untuk anda muat-turun.
3. Tekan pada bar di bawah skrin beserta nama bandar yang baru sahaja anda buat pencarian.
4. Tekan ‘Download’
5. Google akan memuat-turun peta sesebuah lokasi yang diingini selepas anda menekan butang ‘Download’ untuk sahkan.
2. Dapatkan nama bandar untuk anda muat-turun.
3. Tekan pada bar di bawah skrin beserta nama bandar yang baru sahaja anda buat pencarian.
4. Tekan ‘Download’
5. Google akan memuat-turun peta sesebuah lokasi yang diingini selepas anda menekan butang ‘Download’ untuk sahkan.
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih