Showing posts with label Love is Cinta. Show all posts
Showing posts with label Love is Cinta. Show all posts

Sunday

Koleksi Kata-Kata Amran Fans[GAMBAR]

mesti di sini ramai yang kenal amran fans kan?

















Read more ...

Tuesday

7 Hantaran Kahwin Yang Pelik


Bagi yang nak melangsungkan perkahwinan tu, mesti korang masih tercari-cari barang apa yang nak dijadikan hantaran. Sebelum ni, aku pun takde idea nak beli barang apa untuk buat hantaran. Selalu je terfikir “Barang apa yang aku nak bagi kat dia ni?” Alhamdulillah, setakat ni, barang serba sedikit dah siap dibeli.

Cuma, sesiapa yang masih ketandusan idea untuk mencari barang hantaran tu, aku nak suggest dekat korang tentang barang-barang hantaran yang pelik dan unik. Hantaran yang aku cadang ni memang murah, lebih-lebih lagi kalau kahwin bajet. Ada tak yang berani nak buat?? hehehe


7 Hantaran Kahwin Yang Pelik

Hantaran Kahwin Kucing 

Hantaran Kahwin Durian

Hantaran Kahwin Game Remote Controller

 Hantaran Kahwin Helmet

Hantaran Kahwin Petai

Hantaran Kahwin Jus Oren

Hantaran Kahwin Kuali
Read more ...

Thursday

Lelaki Lebih Manja semasa Sakit,Selsema dan Demam

Lelaki biasanya lebih manja dan mahukan perhatian serta simpati apabila demam dan selsema menurut satu kajian.

Kajian pertubuhan kesihatan pengguna The Engage Mutual melaporkan sebanyak 57% lelaki mengharapkan perhatian dan simpati apabila sakit, manakala 2/3 suka merengek dan merungut.
Lelaki juga menganggap selesema biasa sebagai demam dan sedikit pening kepala sebagai migrain. Mereka mahu dilayan seperti seorang anak kecil tetapi pada masa yang sama mahukan si isteri melaksanakan urusan rumah tangga seperti biasa.

Penyelidik percaya keadaan itu terjadi berpunca daripada gen MicroRNAs yang mempunyai hubungan dengan fungsi imun dan dikeluarkan oleh kromosom X.

Wanita lebih upaya menentang komplikasi akibat kecederaan atau jangkitan kerana mereka memiliki dua kromosom X berbanding satu yang dimiliki oleh lelaki.

Pakar perbidanan dan sakit puan berkata suami perlukan isteri untuk menjaga mereka ketika sakit kerana kajian menunjukkan lelaki antara 20 dan 40 tahun jarang bertemu doktor.

Lelaki biasanya takutkan doktor dan apabila sakit sedikit, mereka sangat risau. - AGENSI

Kredit Gambar: MyMediaHubOnline
Read more ...

Friday

Bahasa badan berikan keselesaan


Bahasa badan dikenali sebagai cara tersembunyi untuk meluahkan sesuatu. HAZRIL MDNOR dapati kajian dari Amerika Syarikat menunjukkan kelebihan teknik ini berbanding cara lain yang biasa digunakan
Banyak sekali perkara yang boleh memberikan impak hubungan antara pasangan. Seperti yang kita tahu, penggunaan kata dan perkataan boleh mempengaruhi bagaimana sesuatu hubungan boleh bertahan lama atau tidak. Contohnya boleh dilihat apabila penggunaan ayat yang kasar selalu mengakibatkan keretakan dalam hubungan. 
Ramai anak muda sukar mengenal pasti bahasa badan yang dipamerkan. Kadangkala tidak perasan langsung sehingga boleh menyebabkan salah faham. Memerhatikan bahasa badan yang digunakan pasangan sebenarnya boleh menyelamatkan hubungan anda dan pada masa yang sama meningkatkan persefahaman. 

Percaya atau tidak, bahasa badan terbukti boleh memberikan impak yang lebih besar pada hubungan yang terjalin berbanding teknik seperti kata-kata manis ataupun ayat cinta. Jika anda seorang yang selalu kerap menggunakan bahasa badan, ketahui bahawa ada kesan yang tersembunyi di sebalik teknik itu. Penulis senaraikan beberapa teknik yang boleh anda amalkan.
Foto

1. Kajian mendapati individu yang duduk lebih tinggi daripada pasangan sambil meletakkan kaki ke atas paha ataupun merehatkan tangan di bahagian tengkuk menunjukkan kedudukan yang lebih berkuasa. Dengan erti kata lain. mereka yang lebih gemar berada dalam keadaan ‘postur’ rendah seperti duduk dengan gaya biasa sebenarnya adalah seorang yang pasif.

2. David B Givens, seorang penulis di majalah Cosmopolitan pula mendapati seseorang yang ingin meluahkan kata-kata harus melalui proses di mana otak akan memberikan mesej pada bibir dan lidah untuk mengukir kata-kata yang akan diucapkan. Oleh itu, apabila anda mendapati pasangan sedang membuat bentuk bibir menguncup, ia bermakna si dia sudahpun memikirkan sesuatu sebelum berpeluang mengatakan apa yang difikirkan itu. 

3. Pasangan yang melakukan teknik bahasa badan lebih ‘terbuka’ boleh meningkatkan kepercayaan antara satu sama lain. Contohnya, senyuman yang berpanjangan dan isyarat menggunakan tapak tangan adalah teknik yang lebih berkesan berbanding penggunaan kata-kata semata-mata. 

4. Salah satu cara untuk menunjukkan minat dan fokus pada seseorang ialah melalui isyarat mata dan kedudukan. Mengekalkan ‘eye contact’ dan menghadapkan badan anda pada individu yang bercakap adalah salah satu cara untuk melambangkan diri anda berminat untuk memasang telinga bagi mendengar apa yang diperkatakan. 

5. Ingat untuk elakkan diri anda daripada menunjukkan ‘postur’ seperti menyilangkan tangan atau kaki ketika mendengar kerana ia boleh memberikan isyarat seolah-olah ingin mereka menjauhkan diri daripada anda. 

6. Apabila timbulnya pergaduhan, ramai yang mencadangkan untuk berdiam diri bagi memulihkan keadaan. Ia berkesan tapi cuba pula teknik baru ini iaitu memegang tangan pasangan anda. Selain itu, melakukan sentuhan secara fizikal boleh menguatkan hubungan. Sentuhan meningkatkan kadar pengeluaran ‘oksitoksin’ yang meningkatkan elemen kepercayaan dan menurunkan hormon kortisol, seterusnya boleh mengurangkan tekanan. Selamat mencuba!

Read more ...

Saturday

Kucing Setia Temani Pasangan Yang Mati

SEDIH tapi hakikatnya kadang-kadang haiwan yang tidak mempunyai akal mampu menunjukkan sifat penyayang mereka lebih daripada manusia.
Itulah yang terlihat daripada gambar-gambar yang dikongsikan di Group DKG ini.
Seekor kucing jantan meratapi pemergian pasangannya yang mati dilanggar kereta hingga bertindak menemani jasad kucing betina sampailah ia dikuburkan oleh seeorang insan prihatin.
Bacalah keterangan gambar ini dan kemudian renung blok-blok gambar yang dikepilkan;
“Dah 2 3 bulan ni ada seekor kucing betina kerap tumpang makan bersama kucing-kucing saya. Tak tau sama ada dia bertuan atau tidak. Saya panggil dia Sandy.. manja tapi tak suka disentuh. Sandy dah ada pakwe kaler hitam sejak 2 minggu lalu.
Tapi subuh tadi saya nampak Sandy terbaring tepi jalan depan rumah saya dengan si hitam duduk di sebelahnya.. Saya perati kenapa Sandy tak bergerak?
Rupanya Sandy kena langgar. Sedih saya tengok si hitam duduk mnjaga Sandy berjam-jam sampai la saya tanam Sandy pukul 9.30 tadi. Hayatilah erti disebalik gambar-gambar ini..”
kucing sedih
Memang sebak malah perhatikan, si jantan masih setia berada di tepi kubur kekasihnya selepas ia disemadikan dalam tanah.
Manusia pun belum tentu ada yang sesetia ini kan? #mynewshub
Oleh: REM RAMZI
Read more ...

Wednesday

Kepada Perempuan : Tolonglah Jual Mahal!

Saya masih berniat untuk meneruskan slot Kepada Perempuan ini. Bukan semata-mata kerana topik ini paling popular di sini, tetapi saya sebagai seorang perempuan berhak memperjuangkan feminisme – bukan mencari kesamarataan antara lelaki dengan perempuan, tetapi mengembalikan anda dan diri saya sendiri kepada fitrah keperempuanan kita.


Fitnah muncul apabila wanita mula menjual harga diri dengan murah dalam pergaulan. Takut dikatakan sombong dan tidak selari dengan zaman menjadi alasan.

Sebelum ini saya pernah menulis tentang perempuan dan keperluan kami kepada perhatian. Siapa yang tidak teruja kepada perhatian, lebih-lebih lagi datangnya daripada lelaki?

‘Assalamualaikum awak. Tak jawab dosa. Jawab tandanya awak suka saya.’

Ucapan yang pernah saya terima daripada lelaki-lelaki yang kerjanya bersidai di sebuah kompleks membeli-belah berdekatan dengan sekolah saya dulu.


Serlahkan kewanitaan dengan berfikir seperti lelaki

Saya suka memetik tulisan Steve Harvey, seorang DJ radio yang berpengalaman mengendalikan perempuan-perempuan yang mengadu tentang masalah mereka dengan lelaki. Daripada itu, terbitlah buku Act Like A Lady Think Like a Man yang menjadi buku bestseller bagi kategori hubungan lelaki dan perempuan.

Bukannya seorang lelaki yang menentukan samada kamu adalah ikan yang ditangkapnya secara suka-suka dan dilepaskan, atau kamu ikan yang akan disimpan sebagai trofi kebanggaan kami – orang itu adalah kamu. Apabila seorang lelaki mendekatimu, kamu berhak untuk menentukan apa yang berlaku seterusnya – samada dia boleh bersembang dengan kamu, belanja kamu minum, menari denganmu, mendapatkan nombor telefonmu, membawa kamu ke rumah, berjumpa lagi di lain hari, semuanya. Kami mahu mendapatkan semua ini daripada kamu; itulah sebabnya kami memulakan langkah menegur kamu. Tetapi kamulah yang menentukan adakah kami akan mendapat apa yang kami nak dan caranya. Setiap perkataan yang kamu ucapkan, setiap gerak geri kamu, setiap isyarat yang kamu berikan membantunya untuk menentukan samada mereka boleh bermain-main dengan kamu, ikhlas dengan kamu atau memburu mangsa seterusnya.

Di dalam bab yang lain, Harvey memberikan tips bagaimana wanita boleh menjadi lebih berharga dan dihormati oleh lelaki, bukan sekadar menjadi barang permainan iaitu dengan menjual mahal – letakkan standard dan syarat seadanya. Mungkin ada yang terbeliak membaca tips ini. Kalau macam tu bila nak kawin?

Hai! Awak ikan apa?

Jual mahal bukan bermakna anda menolak lelaki tersebut mentah-mentah. Tetapi dalam usaha untuk menapis lelaki mana yang betul-betul ingin serius dengan kamu. Saya berpendapat ianya semudah, “Kalau ingin berkenalan, silalah ke rumah bertemu dengan papa saya.” Saya ucapkan tahniah kalau selepas kamu berkata begitu, lelaki itu langsung tidak menghubungi anda, sebab nampak sangat dia tidak berniat ikhlas terhadap kamu. Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah akan memberikan anda lelaki yang lebih baik daripada itu dan dia bukan jodoh kamu walaupun dalam hati kamu dah ada sekuntum bunga. Sekurang-kurangnya, ia belum menjadi setaman.

Menurut statistik pada tahun 1996, sebanyak 84% kes rogol melibatkan perempuan yang dirogol oleh lelaki yang baru dikenali. Nampaknya bukan sedikit lelaki yang menghulurkan salam perkenalan tetapi bertanduk di kepala- samada di dunia sebenar ataupun di ruangan maya.


Batasan pergaulan : antara keperluan dan kehendak


Suka saya untuk menggariskan di sini agar kita – saya dan kamu – membataskan pergaulan dengan lelaki. Kita akur dengan keperluan wanita keluar bekerja dan belajar hari ini. Tetapi biarlah perhubungan tersebut setakat berlegar dalam ruang pejabat atau kuliah. Tidak berlebihan dalam bersilaturrahim samada hanya kawan biasa mahupun dia yang berpotensi menjadi suami.

Suami saya juga menasihatkan supaya saya menjaga pergaulan dengan lelaki.  Balaslah dengan sederhana apabila ditegur, menjawab apabila ditanya tetapi tidak perlu begitu mesra berbual panjang lebar tentang itu ini terutamanya hal-hal peribadi.

Sebenarnya, diikutkan fitrah lelaki mereka lebih suka kepada perempuan yang bijak menjaga pergaulan dan maruah diri. Berapa kali kamu dengar seorang lelaki berkata begini. “Perempuan macam tu tak layak dibuat bini. Suka-suka bolehlah. Kalau aku kawin, aku mahu yang solehah.”


Melainkan kamu juga seorang yang main-main. Skema sangat la kau ni. Aku nak isi masa lapang je pun.


Apakah kamu menganggap dunia ini tempat bermain-main tanpa arah tujuan dan mati kamu tidak berakhir dengan penghisaban & pembalasan daripada Allah?


Bila menjual, tiada yang mahu rugi.


Ini peringatan untuk kita – saya dan kamu – sesama wanita. Kalau ada pendapat lain yang boleh dikongsi bolehlah meninggalkan komen. Sesungguhnya saya juga masih punya cacat cela dan setiap hari berusaha untuk memperbaik peribadi dan akhlak sebagai muslimah. Wallahualam.

P/S : Lepas kahwin nanti, bagilah diskaun banyak-banyak bila suami mengorat. Tak rugi! ;)


SUMBER:http://www.heliantuse.com/2011/10/kepada-perempuan-tolonglah-jual-mahal.html
Read more ...

Thursday

Kisah Hidup Yasmin J Hunwick Di Novel’kan | Lahir di Dunia Bangkit di Syurga




Kisah Yasmin J Hunwick bukanlah satu kisah baru yang menitip di bibir rakyat Malaysia. Nama diberi Yasmin Johan Eusoffe dan lahir pada 22 Februari 1995 ini adalah pemilik nama gelaran Yasmin J Hunwick. Kisah menyayat hati yang terjadi pada malam 3 Jun 2012 lebih kurang jam 11:55 malam tidak akan hilang dari ingatan insan yang mengenalinya.

Kejadian yang menimpa Yasmin J Hunwick atau Yasmin Johan ini pernah trending di Twitter pada ketika itu memandangkan beliau adalah seorang yang agak popular dikalangan blogger di Malaysia walaupun masih di usia yang muda.

Yasmin pergi menghadap Ilahi pada usia yang begitu muda iaitu 17 tahun. Pemergiannya juga begitu tragis dan mengundang air mata sesiapa sahaja. Yasmin hanya seorang gadis biasa, berparas rupa yang ayu dan berjiwa muzik. Permainan muzik kegemarannya adalah Piano. Yasmin juga tidak lekang dengan senyuman yang menyejukkan hati sesiapa sahaja. Yasmin sama juga seperti kebanyakkan remaja lain yang aktif di Twitter, Instagram, Facebook dan sebuah blog diari hidupnya.

Ditakdirkan, arwah pernah memuatkan satu gambar buku di Instagram bertajuk “BEGINIKAH RASANYA 7 MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR” dan bersama caption “This book kinda interesting” yang ditulis oleh arwah sendiri dan itu merupakan posting Instagram terakhir yang dilakukan arwah sebelum pergi buat selama-lamanya.
Post terakhir arwah di Instagram sebelum meninggal dunia.
Post terakhir arwah di Instagram sebelum meninggal dunia.
Arwah meninggal dunia dalam satu kemalangan motosikal yang ditunggang bersama 2 rakannya. Ketiga-tiga mereka meninggal dunia selepas dilanggar oleh sebuah van pelancong di satu persimpangan lampu isyarat di Langkawi ketika cuba membuat pisangan U. Ketiga-tiga mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di badan dan kepala.
ohartis-yasmin-johan-2
Biodata Arwah yang diambil terus dari blog arwah.

Nama Sebenar : Yasmin Johan Eusoffe
Nama Famous Samaran : Yasmin J Hunwick
Tarikh Lahir : 22.2.1995
Asal : Georgetown, Penang
Menetap : Langkawi, Kedah
Status : Yang pasti aku tak kahwin lagi.
Seorang yang : periang , tidak suka perkara remeh temeh , suka berkawan , agak kasar , open-minded , pendiam pada mulanya berkawan tapi akan menggila kemudian , pemain piano , catur , arimathical ,cheerleader.
Tinggi : 164 cm
Berat : 43.2kg
Ciri ciri Fizikal : sangat kurus , berdarah kacukan melayu-inggeris , berjerawat pasir -..-

Facebook : Yasmin J Hunwick / Yasmin J Hunwick II
Twitter : @yasminhunwick
Tumblr : themeanofmien.tumblr.com
NOVEL
  
Teaser yang kami lakukan di Facebook Oh! Media selepas buku diterima.
Jika anda berminat untuk mendapatkan novel ini (kini tinggal 150 naskah sahaja lagi), ianya hanya berharga RM30 termasuk penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM35 untuk Sabah/Sarawak. Anda boleh menghubungi Facebook penulis novel ini, saudara Syimir melalui Message di Facebook [klik] secara terus. Untuk makluman, novel ini tidak dipasarkan di mana-mana tempat lain selain dari terus menghubungi penulisnya sahaja. Anda juga boleh LIKE pages khas untuk Novel ini di Facebook.
Banyak kisah menarik tentang kisah hidup seorang Yasmin yang menjadikan dia sangat istimewa dan hidup di hati ramai yang lain biarpun tidak pernah mengenali Yasmin secara peribadi. Kisahnya dibukukan untuk menjadi tatapan kenangan dan juga pengajaran untuk kita yang masih bernyawa. Umum tahu mengenai kisah mimpi yasmin beberapa bulan sebelum kematiannya dan dalam buku ini terungkai semua petanda dan juga kisah eksklusif terus dari keluarga arwah yasmin. Ianya amat menyentuh perasaan.

Video di bawah ini adalah kompilasi video arwah Yasmin yang masih ada untuk tatapan kita yang masih ada.
Blog arwah masih wujud sehingga kini dan dijaga dan dikemaskini rapi oleh ibunya. – http://misschronicz.blogspot.com



moga ditempatkan dalam syurga~ :)
Read more ...

Saturday

Kenangan Dibawa Hingga ke Syurga | BEST AWARD OF MEMORIES

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته  ,wazzup All reader!pasti semua reader di sini ada kenangan tersendiri ..saat indah ❤ bersama orang tercinta,dirindui,musuh,crush,xgf,Wawa Zainal ,dll? Entri ini  juga termasuk kenangan 'Aku' di blog ini,dan Blog www.hantuwriter.blogspot.com  ada kenangan tersendiri yang aku takkan lupakan.Sebenarnya,ada sejuta satu kisah di sebalik blog ini.Ayat-ayat Pasrah~Aku ada suatu topik yang menarik dan misteri untuk dikongsikan bersama.Harap dapat dikongsikan  rakan-rakan yang lain juga.





Adakah selepas hembusan nafas terakhir kita lupa semua kenangan?.Adakah saat kita dibangkitkan di akhirat,kita lupa segala kenangan yang pernah mewarnai diri???Jika Anda kata 'YA!',bermakna Anda di akhirat kelak, lupa orang yang pernah anda jumpa dan sayangi !Jika Anda kata 'TIDAK!' maka Anda bersama denga jawaban Saya.Maha Suci Allah yang menciptakan manusia~  (✿◠‿◠)

Kenangan itu terlalu berharga, tak dapat dibayar mahupun dengan segunung emas dan permata.mengajar kita. Dan kenangan itu sendiri yang sering sangat berada dalam kotak fikiran kita mahupun menyimpan maklumat yang lebih kekal berbanding otak iaitu dikenali sebagai  ganglia cells dalam Qalbu.Wooiii,teringat xbf,xgf,bekas tunang, ka?!Macam tak dak kenangan lain pulak dengan rakan-rakan,keluarga,Cikgu,dll...hehehhe,Jk,.

Ada juga yang berkata sesetengah orang sanggup hidup dalam kenangan sepanjang hayatnya. Maksud di sini adalah, ada sesetengah orang rela menghabiskan hidupnya semata untuk suatu kenangan yang baginya terlalu indah di dalam hayatnya. Umpama William Shakespears, hidupnya seolah-olah hanya diabadikan untuk berkarya dan seolah-olah hanya hidup dalam dunia khayalan rekaannya semata. Bahagiakah jika hidup begini? Hidup terpuruk dalam ruang lingkup ciptaan sendiri.



   

Umar bin Al-Khattab,diiukuti oleh Imam Ahamad pernah berkata:


"Pasangan-pasangan mereka adalah orang-orang yang sejenis dan serupa dengan mereka."

Allah S.W.T. berfirman; "...dan apabila roh-roh dipertemukan...''(Surah At-Takwir:7)

Iaitu,tatkala setiap orang yang beramal dipertemukan dengan yang serupa dan sesuai dengannya.Antara dua orang yang saling mencintai di jalan Allah akan saling dipertemukan di syurga.Antara dua orang yang saling mencintai di jalan syaitan juga dipertemukan di neraka Al-Jahim.

Di dalam kitab Shahih Al-Hakim dan yang lainnya disebutkan:


"Setiap kali seseorang itu mencintai orang tertentu,pasti ia akan dipertemukannya(pada hari kiamat)."

Yang paling Mulia dan paling Utama adalah cinta di jalan Allah dan cinta kerana Allah.Cinta ini akan mendorong untuk mencintainya apa sahaja yang dicintai oleh Allah,dan seterusnya mencintai Allah dan Rasul-Nya.Tanamkanlah  dalam diri Kemanisan Iman.



                                                       credit; eidae  :)
Kenangan adalah sesuatu yang masih ataupun selalu ada didalam ingatan dan fikiran seseorang dari sesuatu yang terjadi pada masa lalu, apakah itu sebuah kisah, kejadian mahupun sesuatu yang pernah dijalani dan dialami oleh seseorang manusia . setiap kenangan akan membuat diri seseorang mengingat suatu yang ia alami di masa lalu yang terkadang membuatnya terbawa pada ingatan yang terbayang dalam fikirannya tentang suatu kisah ataupun kejadian. 

 Antara nas al-Quran bahawa kenangan dibawa hingga ke syurga;



Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya  dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.
(Al-Baqarah 2:25) | <Embed> | English Translation 




Dalam mentafsir surah Al-Baqarah ayat 25,terdapat dua pendapat dalam masalah ini dan mereka ada hujah-hujah tersendiri.Beberapa ulama seperti Ibnu Jarir cenderung men-tarjih(mengkuatkan) pendapat pertama dan berdebat dengan beberapa hujah...Tapi bukanlah aku nak bahaskan panjang lebar mengenai bab ini -_-' ...lari tajuk asal laa..

ayat 25, al-Baqarah  juga menunjukkan bahawa ahli syurga,beliau teringat kembali buah tersebut hampir mirip dengan yang pernah ada di bumi .Namun tidaklah sama rasanya..

Kelompok lain termasuk Ibnu Mas'ud,Ibnu Abbas dan beberapa sahabat Rasulullah S.A.W mengatakan bahawa buah-buahan di syurga warnanya hampir sama namun berbeza cita rasanya.

Kata Mujahid,"Buah-buahan sama warnanya tetapi tidak sama rasanya".Rabi' bin Anas juga mengatakan hal yang sama.



                                                                               gambar sekadar hiasan  


Tirmidzi berkata bahawa berkata kepada kami Hannad yang berkata bahawa berkata kepada kami Muhammad bin Fudhail dari Atha' bin Saib dari Muharib bin Datsar dari Abdullah bin Umar r.a yang berkata Rasulullah S.A.W bersabda:

"Al-Kautsar adalah sungai di syurga .Kedua-dua tepinya dari emas.Saluran airnya adalah mutiara dan intan berlian.Tanahnya lebih wangi daripada kasturi.Airnya lebih manis daripada madu dan lebih putih dari ais."(Diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah.Kata Tirmidzi,hadis ini hasan sahih)

Dalam Sahih Bukhari hadis dari Hammam dari Qatadah dari Anas r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda"

"Ketika aku berjalan dalam syurga,kebetulan aku bertemu dengan sebuah sungai,kedua-kedua tepinya kubah mutiara yang terlubang di dalamnya.

"Aku bertanya, 'Apakah ini Jibril.' Jawabnya,Inilah sungai Kautsar yang diberikan Tuhan kepadamu,sedang baunya bagai kasturi yang harum semerbak."


Reader-reader yang dikasihi,Kita yakin dan percaya kata-kata Rasulullah S.A.W berdasarkan hadis yang Sahih!Kelak dapat merasai sendiri jika seseorang  berada dalam syurga..Dengan erti kata lain,seseorang akan teringat apa yang pernah digambarkan keadaan dan suasana di syurga yang diceritakan melalui hadis dan al-Quran..Saat itu,seseorang dapat membezakan dan dapat memberi perbandingan sendiri~

"Al-Kautsar adalah sungai di syurga .Kedua-dua tepinya dari emas.Saluran airnya adalah mutiara dan intan berlian.Tanahnya lebih wangi daripada kasturi.Airnya lebih manis daripada madu dan lebih putih dari ais."(Diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah.Kata Tirmidzi,hadis ini hasan sahih)




Jika anda ingin membezakan sesuatu,mestilah anda mengenal,merasai dan melaluinya..Tak kenal maka tak cinta,Tak cinta maka tak Kawin..example ; my xgf the last stand more better dari yang sebelumnya;Rasa garam adalah masin,rasa gula adalah manis ..;Babi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Dari segi aroma terdapat sedikit perbezaan kerana daging babi mempunya aroma tersendiri manakala daging lembu berbau lebih hanyir. Dari segi aroma inilah, perkara paling penting untuk kita membezakannya, kerana walaupun warnanya sudah di tukar dan dicampur kedua dua daging ini, namun aromanya tetap boleh membezakan kedua dua daging ini.LOL!  




carian anda:memori alam roh,memori alam barzakh,kenangan di syurga,tafsir ayat surah albaqarah ayat 25,

sekian ,

Ada yang anda ingin tambahkan? (─‿‿─)    
 





 

Read more ...

Monday

Puisi Cinta Atom

yang amik subjek kimia,mesti taw an ^^


Ketika kumampu tunjukkan elektron hati di permukaan
Kaucampakkan diriku seolah tak berarti bagimu
Kucoba bangun diriku seperti bola
Namun kau tetap mengganti diriku dengan yang lain


Rutherford nama kekasih barumu
Menggantikan aku, Thomson yang manis sepertiroti kismis
Kau pikir apa istimewanya dia
Tak mampu jelaskan mengapa elektron cintanya tak jatuh ke
Inti hatimu


Bukankah lebih baik kau pergi dan mencintaiku lagi
Mengapa kau malah berpindah ke orbit cinta Neils Bohr
Apa istimewanya dia dariku, kulitnya yang bersimbol K, L, M?
Padahal elektron hatinya tak kukuh dan sering tereksitasi


Namun kini setelah kurenungkan
Tak ada gunanya cintaku di persimpangan
Meski kita mirip sifatnya, namun hati kita tetaplah berisotop
Tak mungkin netral, karena neutron cinta kit berbeda


Biarlah kini kusepi di penitian
Menunggu suatu saat kau akan berisoton denganku
Meski elektron dan proton hati kita berbeda
Namun, neutron hati kita netral dan tak tergoyahkan



Posted By sm4rtcroz 
Read more ...

Saturday

Puisi Cinta Seorang Programer Komputer | Seandainya Hatimu Sebuah System



Seandainya hatimu sebuah System
Maka akan aku scan dirimu untuk mencari port yang terbuka
Agar tiada keraguan bila aku c:\> nc -l -o -v -e terus ke hatimu
Tapi, aku hanya berani Ping di kejauhan, disebalik Anonymous Proxy
Aku tidak berani! Adakah ini rasanya cinta
Atau aku memang sebenarnya pengecut..

Seandainya hatimu sebuah System
Ingin rasanya aku memanafaatkan vulnerabilitiesmu
Akan kuguna PHP Injection dan aku ls -la; find / -perm 777 -type d
Untuk kepastian jika di hatimu masih ada folder untuk diriku
Adakah masih ada Free Space bagiku?
Perlukah ku memasang Backdoor "Remote Connect-Back Shell"
Lalu hanya menunggu saja Connection darimu..

Seandainya hatimu sebuah system
Saat semua Request-ku diterima, akan ku terus ke Bugtraq
Untuk memastikan Bug terbarumu
Lalu aku akan Patch dan Patch berterusan, demi menjaga Service-mu agar tidak Crash
Aku akan menjadi Firewallmu, akan ku pasang Portsentry
Dan men Setting Error Page mu "The page cannot be found Coz Has Been Owned by Someone get out!"
Aku janji tidak akan ada lagi Malicious Program atau Hidden Service
Kerana aku sangat sayang dan mencintaimu

Seandainya hatimu sebuah System
Jangan pula ada kata "You dont have permission to access it" untuk aku
Jika tidak mahu di Ping Flood atau DDos Attack! jangan, aku merayu
Hanya kau dewi cintaku..

Seandainya hatimu sebuah System?
Tapi, sayang, hatimu bukanlah sebuah system
Kamu adalah dewi impianku, yang mengacaukan Systemku!
Suatu saat nanti, aku akan datang dan mengatakan; Kalau..
Di hatiku diserang Virus yang melalaikan
Pasti tiada Anti Virus lain yang mampu mengatasinya..
Melainkan dirimu.

Oleh: Anonymous Poet
Sumber: Anonymous Blog

Read more ...

Kelebihan Memeluk dan Memegang Isteri Anda | Sains dan Hadis



 


Peluklah isteri anda setiap hari di rumah,dll!pelukkan juga berlaku ketika hubungan seks dengan isteri.. aku tak nafikan walaupun aku belum berkahwin.LOL!tetapi telah disalahgunakan oleh para couple....depa berpeluk di jusco,tesco,dll..


Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan{
Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique}

"Sesungguhnya ketika seorang suami memandang isterinya dengan senyum jernih dan begitu pula dengan isterinya,maka Allah memperhatikan mereka dengan penuh rahmat(kasih sayang).Dan manakala suaminya memegang tapak tangan isterinya dengan mesra(santun dan penuh ceria),berguguranlah dosa-dosa suami isteri itu daripada sela jemarinya." [Adab Al-Mufrad.Karya Imam al-Bukhari(1/175-176)]

FAEDAH BERPELUK UNTUK KESIHATAN

Berdasarkan para pengkaji kesihatan dan Universiti Vienna terdapat banyak manfaat berpeluk terutatama dengan pasangan. Antaranya adalah: 

1. Hormon oksitosik akan dilepaskan ke dalam darah saat berpelukan membantu menurunkan tekanaan darah. 


2.Hormon oksitosik yang dihasilkan dan tubuh kita mampu meningkatkan ikatan emosional, perilaku sosial malah mendekatkan hubungan antara kita dengan  insan tersayang.


3.Selain itu, homon ini juga mampu mengurangkan tekanan bahkan dapat meningkakan memori.



apabila berpeluk berlakunya sentuhan
 

Satu kajian psikologi telah diterbitkan di Journal American Psychosomatic Society Mereka membandingkan beberapa pasangan yang menunjukkan suami isteri yang menonton rancangan video selama 10 minit sambil memegang tangan, kemudian di akhir sesi itu berpelukan selama 20 saat.

Sementara sekumpulan pasangan lain hanya ,melihat video yang sama di kerusi berasingan tanpa berpelukan di akhir sesi.


Kemudian setiap pasangan ditemuramah untuk menceritakan saat yang pailing stress sepanjang hari itu sambil diperiksa tekanan darah dan denyutan nadi Pasangan suami isteri yang berpelukan tadi dengan tenang mencenitakan masalah mereka dan ramai yang hampir lupa saat yang pailing stress yang mereka tempuhi pada hari itu.


Sementara pasangan yang duduk berasingan ketika menonton video, pula bercerita dengan penuh emosi saat-saat stress mereka pada hari itu sambil tekanan danah meningkat dan denvutan nadi sangat pantas.


Ramai saintis yang berpendapat bahawa sentuhan dan pelukan suami dan isteri akan mengurangkan pengeluaran hormon yang bertindakbalas dalam tubuh ketika tertekan seperti cortisol dan adrenaline. Pelukan juga akan menyebabkan kelanjar di otak akan mengeluarkan hormon serotonin dan dopamine. yang memberikan rasa tenang dan tenteram







Pelukan dan oxytocin

Oxytocin juga akan menghalang pengeluaran hormon yang menyebabkan stress iaitu hormon cortisol dann norepinephrine. Secara tidak Iangsung oxytocin akan mengurangkan resiko seseorang mengalami sakit jantung. 

  Ini bertepatan dengan banyak kajian mendapati wanita yang tidak bahagia dalam perkahwinannva mempunyai yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung.


Print



p/s ; x sabaq nak kawin~



Read more ...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...