Wednesday
Kepada Perempuan : Tolonglah Jual Mahal!
Saya masih berniat untuk meneruskan slot Kepada Perempuan
ini. Bukan semata-mata kerana topik ini paling popular di sini, tetapi saya
sebagai seorang perempuan berhak memperjuangkan feminisme – bukan mencari
kesamarataan antara lelaki dengan perempuan, tetapi mengembalikan anda dan diri
saya sendiri kepada fitrah keperempuanan kita.
Fitnah muncul apabila wanita mula menjual harga diri dengan
murah dalam pergaulan. Takut dikatakan sombong dan tidak selari dengan zaman
menjadi alasan.
Sebelum ini saya pernah menulis tentang perempuan dan keperluan kami kepada perhatian. Siapa yang tidak teruja kepada perhatian,
lebih-lebih lagi datangnya daripada lelaki?
‘Assalamualaikum awak. Tak jawab dosa. Jawab tandanya awak
suka saya.’
Ucapan yang pernah saya terima daripada lelaki-lelaki yang
kerjanya bersidai di sebuah kompleks membeli-belah berdekatan dengan sekolah
saya dulu.
Serlahkan kewanitaan dengan berfikir seperti lelaki
Saya suka memetik tulisan Steve Harvey, seorang DJ radio yang
berpengalaman mengendalikan perempuan-perempuan yang mengadu tentang masalah
mereka dengan lelaki. Daripada itu, terbitlah buku Act Like A
Lady Think Like a Man yang menjadi buku bestseller bagi kategori hubungan lelaki dan perempuan.
Bukannya seorang lelaki yang menentukan samada kamu adalah ikan yang ditangkapnya secara suka-suka dan dilepaskan, atau kamu ikan yang akan disimpan sebagai trofi kebanggaan kami – orang itu adalah kamu. Apabila seorang lelaki mendekatimu, kamu berhak untuk menentukan apa yang berlaku seterusnya – samada dia boleh bersembang dengan kamu, belanja kamu minum, menari denganmu, mendapatkan nombor telefonmu, membawa kamu ke rumah, berjumpa lagi di lain hari, semuanya. Kami mahu mendapatkan semua ini daripada kamu; itulah sebabnya kami memulakan langkah menegur kamu. Tetapi kamulah yang menentukan adakah kami akan mendapat apa yang kami nak dan caranya. Setiap perkataan yang kamu ucapkan, setiap gerak geri kamu, setiap isyarat yang kamu berikan membantunya untuk menentukan samada mereka boleh bermain-main dengan kamu, ikhlas dengan kamu atau memburu mangsa seterusnya.
Di dalam bab yang lain, Harvey memberikan tips bagaimana
wanita boleh menjadi lebih berharga dan dihormati oleh lelaki, bukan sekadar
menjadi barang permainan iaitu dengan menjual mahal – letakkan standard dan
syarat seadanya. Mungkin ada yang terbeliak membaca tips ini. Kalau macam tu bila nak kawin?
Hai! Awak ikan apa? |
Jual mahal bukan bermakna anda menolak lelaki tersebut
mentah-mentah. Tetapi dalam usaha untuk menapis lelaki mana yang betul-betul
ingin serius dengan kamu. Saya berpendapat ianya semudah, “Kalau ingin
berkenalan, silalah ke rumah bertemu dengan papa saya.” Saya ucapkan tahniah
kalau selepas kamu berkata begitu, lelaki itu langsung tidak menghubungi anda,
sebab nampak sangat dia tidak berniat ikhlas terhadap kamu. Jangan bersedih.
Sesungguhnya Allah akan memberikan anda lelaki yang lebih baik daripada itu dan
dia bukan jodoh kamu walaupun dalam hati kamu dah ada sekuntum bunga. Sekurang-kurangnya,
ia belum menjadi setaman.
Menurut statistik pada tahun 1996, sebanyak 84% kes rogol
melibatkan perempuan yang dirogol oleh lelaki yang baru dikenali. Nampaknya
bukan sedikit lelaki yang menghulurkan salam perkenalan tetapi bertanduk di
kepala- samada di dunia sebenar ataupun di ruangan maya.
Batasan pergaulan : antara keperluan dan kehendak
Suka saya untuk menggariskan di sini agar kita – saya dan
kamu – membataskan pergaulan dengan lelaki. Kita akur dengan keperluan wanita
keluar bekerja dan belajar hari ini. Tetapi biarlah perhubungan tersebut
setakat berlegar dalam ruang pejabat atau kuliah. Tidak berlebihan dalam
bersilaturrahim samada hanya kawan biasa mahupun dia yang berpotensi menjadi
suami.
Suami saya juga menasihatkan supaya saya menjaga pergaulan
dengan lelaki. Balaslah dengan sederhana
apabila ditegur, menjawab apabila ditanya tetapi tidak perlu begitu mesra
berbual panjang lebar tentang itu ini terutamanya hal-hal peribadi.
Sebenarnya, diikutkan fitrah lelaki mereka lebih suka kepada
perempuan yang bijak menjaga pergaulan dan maruah diri. Berapa kali kamu dengar
seorang lelaki berkata begini. “Perempuan macam tu tak layak dibuat bini.
Suka-suka bolehlah. Kalau aku kawin, aku mahu yang solehah.”
Melainkan kamu juga seorang yang main-main. Skema sangat la kau ni. Aku nak isi masa lapang je pun.
Apakah kamu menganggap dunia ini tempat bermain-main tanpa arah tujuan dan mati kamu tidak berakhir dengan penghisaban & pembalasan daripada Allah?
Melainkan kamu juga seorang yang main-main. Skema sangat la kau ni. Aku nak isi masa lapang je pun.
Apakah kamu menganggap dunia ini tempat bermain-main tanpa arah tujuan dan mati kamu tidak berakhir dengan penghisaban & pembalasan daripada Allah?
Ini peringatan untuk kita – saya dan kamu – sesama wanita.
Kalau ada pendapat lain yang boleh dikongsi bolehlah meninggalkan komen.
Sesungguhnya saya juga masih punya cacat cela dan setiap hari berusaha untuk
memperbaik peribadi dan akhlak sebagai muslimah. Wallahualam.
SUMBER:http://www.heliantuse.com/2011/10/kepada-perempuan-tolonglah-jual-mahal.html
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih