Showing posts with label My Memory. Show all posts
Showing posts with label My Memory. Show all posts
Tuesday
Peaceful Phlegmatic | Lebih Suka Mendengar daripada Bercakap
السلام عليكم ,Tittle di atas mungkin berkaitan dengan Personaliti anda,rakan-rakan atau bini anda..yang pasti,berkaitan juga dengan aku :) .Tidaklah hairan mereka mendapat gelaran guru kaunseling dan pakar kaunseling sejak di bangku sekolah kerana kemahiran mereka iaitu pendengar yang baik dan memberi pandangan tersendiri serta penyelesaian bimbingan dengan cara tidak memaksa.
Rakan-rakan yang mengenali personaliti Peaceful Phlegmatic bukan orang asing bagi mereka dan tiada rasa segan untuk meluahkan apa yang terpendam dalam jiwa kepada personaliti ini .Walakin begitu,personaliti ini mereka sendiri ada masalah yang tertangguh dalam masa yang sama mereka mampu menyelesaikan masalah orang lain sedangkan diri sendiri ada masalah umpana doktor yang sakit yang merawat pesakitnya tetapi penyakit diri sendiri dalam proses mencari ubatnya tetapi belum jumpa.Perkara tersebut tidaklah menjadi masalah bagi mereka.Mereka ini sebenarnya juga memegang banyak rahsia yang diketahui.
“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya, dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Nuaim)
Seterusnya,mereka juga mempunyai empati yang tinggi.Salah satu sebab kenapa mereka yang bersifat Peaceful Phlegmatic mempunyai ramai kawan ialah kerana mereka adalah pendengar yang baik.Tidak hairanlah,pada lewat malam ada rakan yang telefon mereka,mesej facebook,wechat panjang macam karangan SPM semata-mata untuk menceritakan sesuatu perkara atau masalah yang dihadapi kepada personaliti Peaceful Phlegmatic ini.Peaceful Phlegmatic ini akan menapis setiap perkataan dan menggunakan perkataan yang 'halus' .yang keluar dari mulut mereka dalam keadaan yang serius supaya percakapannya tidak mengguris hati sesiapa dan banyak ke arah pemikiran optimistik untuk cover sesuatu perkara. contohnya dalam hatinya terkata "bf awak dah membuatkan tindakan yang sangat bodoh, bangang dan tak masuk akal sepatutnya dia buat tindakan yang sebegitu.............." tetapi dia akan sebut "walaupun bf awak dah buat tindakan yang kurang bijak,mungkin dia dalam keadaan stress harini,u known nobody perfect,semua orang tidak lari buat dari kesilapan,apa yang terbaik ialah awak berdoa agar dia mendapat petunjuk okeyh,Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".Mereka ini selalunya, tidak akan membuatkan orang lain lebih sedih serta keputusan yang mereka buat selalunya tidak berakhir dengan kesedihan.
Dalam satu kumpuIan, mereka yang bersifat Peaceful Phlegmatic lebih suka mendengar daripada bercakap. Seorang Peaceful Phlegmatic boleh mendiamkan diri. Dia tidak perlu berkata sepatah pun. Personaliti-personaliti lain sangat suka mempunyai seorang kawan yang mereka boleh jadikan tempat meluahkan perasaan pada waktu-waktu tertentu. Terutamanya bagi Popular Sanguine, adalah sangat perlu bagi mereka untuk memiliki kawan-kawan yang bersifat Peaceful Phlegmatic dan membenarkan mereka berceloteh serta menjadi penonton yang responsif.
Ketika Florance Littauer memegang jawatan sebagai presiden untuk sebuah kelab wanita, saya mempunyai seorang kawan baik yang bersifat Peaceful Phlegmatic bernama Lucy. Dia tinggal di sebelah rumah Florance Littauer. Pada setiap hari Rabu, selepas mesyuarat, Florance Littauer akan mengunjungi rumahnya dan memberitahunya semua perkara yang mengecewakan dan melucukan yang terjadi di dalam kelab itu. Dia akan mendengar, tersenyum, bersimpati, dan mengangguk. Apabila Florance Littauer selesai meluahkan semua perasaannya, Lucy akan mengucapkan terima kasih kerana mengunjunginya dan Florance Littauer akan pulang.
Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ‘sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.
Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.” [ Hadith riwayat Abu Dawud]
Kata- kata hukama: “Diam mengandungi 7000 kebaikan dan tersimpul dalam 7 kalimah dalam setiap kalimah mengandungi 1000 kebaikan.”
Daripada Abu Syuraih al-Khuza’ie RA bahawasanya Nabi SAW telah bersabda, “Sesiapa beriman dengan Allah dan Hari Kiamat maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa beriman dengan Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia bercakap yang baik ataupun diam”.(Diriwayatkan oleh Muslim dengan lafaz ini dan setengah daripadanya diriwayatkan oleh Bukhari)
meme comic yang orang create yang aku jumpa
;tapi jangan jadi bila orang tanya berjela ,sepatah jawab ...hehehe..
Friday
Cara Mengenali Rayban Palsu | PEMINAT Rayban WAJIB baca
Aviator Large Metal comes with original Ray-Ban casing, original Ray-Ban cloth and a booklet.
Ray-Ban logo is on right lens for all original Ray-Ban sunglasses.Kalau ada yang belah kiri tu palsulah alamatnya.
Nombor model RB3025
diikuti dengan nama model Aviator Large Metal
diikuti dengan kod warna L2823
dan saiz 58 14
1998 Ray-Ban Luxotiica Group membeli Ray-Ban dan memindahkan pengeluaran ke Itali.
Bausch & Lomb (B & L) tidak menghasilkan lagi Ray-Ban , jadi semua model baru yang mendakwa dibuat di Amerika Syarikat ialah palsu.Look for Made in Italy sign if you wan 100% Genuine Ray-Ban!
Semua Aviators Ban Ray asal mempunyai RB penandaan pada kanta kiri.
Make sure that the position of the marking is correct when checking for authentic Ray Bans.
Di sana sepatutnya penandaan di bawah bridge untuk semua Aviators Ban Ray asal.
RAY-BAN diikuti dengan saiz frame 58 dan saiz Bridge 14.
RAY BAN-58 14
Terdapat logo RB dalam nosepad Ray Ban Aviator asal Large Metal
+
If you notice Aviators with cheap looking screws, probably its a fake Ray Ban.
http://www.raybanmalaysia.com/aviator/aviator_large_metal/large_metal_3025_l2823.html
Saturday
Kenangan Dibawa Hingga ke Syurga | BEST AWARD OF MEMORIES
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته ,wazzup All reader!pasti semua reader di sini ada kenangan tersendiri ..saat indah ❤ bersama orang tercinta,dirindui,musuh,crush,xgf,Wawa Zainal ,dll? Entri ini juga termasuk kenangan 'Aku' di blog ini,dan Blog www.hantuwriter.blogspot.com ada kenangan tersendiri yang aku takkan lupakan.Sebenarnya,ada sejuta satu kisah di sebalik blog ini.Ayat-ayat Pasrah~Aku ada suatu topik yang menarik dan misteri untuk dikongsikan bersama.Harap dapat dikongsikan rakan-rakan yang lain juga.
Adakah selepas hembusan nafas terakhir kita lupa semua kenangan?.Adakah saat kita dibangkitkan di akhirat,kita lupa segala kenangan yang pernah mewarnai diri???Jika Anda kata 'YA!',bermakna Anda di akhirat kelak, lupa orang yang pernah anda jumpa dan sayangi !Jika Anda kata 'TIDAK!' maka Anda bersama denga jawaban Saya.Maha Suci Allah yang menciptakan manusia~ (✿◠‿◠)
Kenangan itu terlalu berharga, tak dapat dibayar mahupun dengan segunung emas dan permata.mengajar kita. Dan kenangan itu sendiri yang sering sangat berada dalam kotak fikiran kita mahupun menyimpan maklumat yang lebih kekal berbanding otak iaitu dikenali sebagai ganglia cells dalam Qalbu.Wooiii,teringat xbf,xgf,bekas tunang, ka?!Macam tak dak kenangan lain pulak dengan rakan-rakan,keluarga,Cikgu,dll...hehehhe,Jk,.
Ada juga yang berkata sesetengah orang sanggup hidup dalam kenangan sepanjang hayatnya. Maksud di sini adalah, ada sesetengah orang rela menghabiskan hidupnya semata untuk suatu kenangan yang baginya terlalu indah di dalam hayatnya. Umpama William Shakespears, hidupnya seolah-olah hanya diabadikan untuk berkarya dan seolah-olah hanya hidup dalam dunia khayalan rekaannya semata. Bahagiakah jika hidup begini? Hidup terpuruk dalam ruang lingkup ciptaan sendiri.
Umar bin Al-Khattab,diiukuti oleh Imam Ahamad pernah berkata:
Di dalam kitab Shahih Al-Hakim dan yang lainnya disebutkan:
Yang paling Mulia dan paling Utama adalah cinta di jalan Allah dan cinta kerana Allah.Cinta ini akan mendorong untuk mencintainya apa sahaja yang dicintai oleh Allah,dan seterusnya mencintai Allah dan Rasul-Nya.Tanamkanlah dalam diri Kemanisan Iman.
credit; eidae :)
Kenangan adalah sesuatu yang masih ataupun selalu ada didalam ingatan dan fikiran seseorang dari sesuatu yang terjadi pada masa lalu, apakah itu sebuah kisah, kejadian mahupun sesuatu yang pernah dijalani dan dialami oleh seseorang manusia . setiap kenangan akan membuat diri seseorang mengingat suatu yang ia alami di masa lalu yang terkadang membuatnya terbawa pada ingatan yang terbayang dalam fikirannya tentang suatu kisah ataupun kejadian.
Antara nas al-Quran bahawa kenangan dibawa hingga ke syurga;
Dalam mentafsir surah Al-Baqarah ayat 25,terdapat dua pendapat dalam masalah ini dan mereka ada hujah-hujah tersendiri.Beberapa ulama seperti Ibnu Jarir cenderung men-tarjih(mengkuatkan) pendapat pertama dan berdebat dengan beberapa hujah...Tapi bukanlah aku nak bahaskan panjang lebar mengenai bab ini -_-' ...lari tajuk asal laa..
ayat 25, al-Baqarah juga menunjukkan bahawa ahli syurga,beliau teringat kembali buah tersebut hampir mirip dengan yang pernah ada di bumi .Namun tidaklah sama rasanya..
Kelompok lain termasuk Ibnu Mas'ud,Ibnu Abbas dan beberapa sahabat Rasulullah S.A.W mengatakan bahawa buah-buahan di syurga warnanya hampir sama namun berbeza cita rasanya.
Kata Mujahid,"Buah-buahan sama warnanya tetapi tidak sama rasanya".Rabi' bin Anas juga mengatakan hal yang sama.
gambar sekadar hiasan
Tirmidzi berkata bahawa berkata kepada kami Hannad yang berkata bahawa berkata kepada kami Muhammad bin Fudhail dari Atha' bin Saib dari Muharib bin Datsar dari Abdullah bin Umar r.a yang berkata Rasulullah S.A.W bersabda:
"Al-Kautsar adalah sungai di syurga .Kedua-dua tepinya dari emas.Saluran airnya adalah mutiara dan intan berlian.Tanahnya lebih wangi daripada kasturi.Airnya lebih manis daripada madu dan lebih putih dari ais."(Diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah.Kata Tirmidzi,hadis ini hasan sahih)
Dalam Sahih Bukhari hadis dari Hammam dari Qatadah dari Anas r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda"
"Ketika aku berjalan dalam syurga,kebetulan aku bertemu dengan sebuah sungai,kedua-kedua tepinya kubah mutiara yang terlubang di dalamnya.
"Aku bertanya, 'Apakah ini Jibril.' Jawabnya,Inilah sungai Kautsar yang diberikan Tuhan kepadamu,sedang baunya bagai kasturi yang harum semerbak."
Reader-reader yang dikasihi,Kita yakin dan percaya kata-kata Rasulullah S.A.W berdasarkan hadis yang Sahih!Kelak dapat merasai sendiri jika seseorang berada dalam syurga..Dengan erti kata lain,seseorang akan teringat apa yang pernah digambarkan keadaan dan suasana di syurga yang diceritakan melalui hadis dan al-Quran..Saat itu,seseorang dapat membezakan dan dapat memberi perbandingan sendiri~

Jika anda ingin membezakan sesuatu,mestilah anda mengenal,merasai dan melaluinya..Tak kenal maka tak cinta,Tak cinta maka tak Kawin..example ; my xgf the last stand more better dari yang sebelumnya;Rasa garam adalah masin,rasa gula adalah manis ..;Babi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Dari segi aroma terdapat sedikit perbezaan kerana daging babi mempunya aroma tersendiri manakala daging lembu berbau lebih hanyir. Dari segi aroma inilah, perkara paling penting untuk kita membezakannya, kerana walaupun warnanya sudah di tukar dan dicampur kedua dua daging ini, namun aromanya tetap boleh membezakan kedua dua daging ini.LOL!
carian anda:memori alam roh,memori alam barzakh,kenangan di syurga,tafsir ayat surah albaqarah ayat 25,
sekian ,
Ada yang anda ingin tambahkan? (─‿‿─)
Read more ...

"Pasangan-pasangan mereka adalah orang-orang yang sejenis dan serupa dengan mereka."
Allah S.W.T. berfirman; "...dan apabila roh-roh dipertemukan...''(Surah At-Takwir:7)
Iaitu,tatkala setiap orang yang beramal dipertemukan dengan yang serupa dan sesuai dengannya.Antara dua orang yang saling mencintai di jalan Allah akan saling dipertemukan di syurga.Antara dua orang yang saling mencintai di jalan syaitan juga dipertemukan di neraka Al-Jahim.
Di dalam kitab Shahih Al-Hakim dan yang lainnya disebutkan:
"Setiap kali seseorang itu mencintai orang tertentu,pasti ia akan dipertemukannya(pada hari kiamat)."
Yang paling Mulia dan paling Utama adalah cinta di jalan Allah dan cinta kerana Allah.Cinta ini akan mendorong untuk mencintainya apa sahaja yang dicintai oleh Allah,dan seterusnya mencintai Allah dan Rasul-Nya.Tanamkanlah dalam diri Kemanisan Iman.
Kenangan adalah sesuatu yang masih ataupun selalu ada didalam ingatan dan fikiran seseorang dari sesuatu yang terjadi pada masa lalu, apakah itu sebuah kisah, kejadian mahupun sesuatu yang pernah dijalani dan dialami oleh seseorang manusia . setiap kenangan akan membuat diri seseorang mengingat suatu yang ia alami di masa lalu yang terkadang membuatnya terbawa pada ingatan yang terbayang dalam fikirannya tentang suatu kisah ataupun kejadian.
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.
(Al-Baqarah 2:25) | <Embed> | English Translation
Dalam mentafsir surah Al-Baqarah ayat 25,terdapat dua pendapat dalam masalah ini dan mereka ada hujah-hujah tersendiri.Beberapa ulama seperti Ibnu Jarir cenderung men-tarjih(mengkuatkan) pendapat pertama dan berdebat dengan beberapa hujah...Tapi bukanlah aku nak bahaskan panjang lebar mengenai bab ini -_-' ...lari tajuk asal laa..
ayat 25, al-Baqarah juga menunjukkan bahawa ahli syurga,beliau teringat kembali buah tersebut hampir mirip dengan yang pernah ada di bumi .Namun tidaklah sama rasanya..
Kelompok lain termasuk Ibnu Mas'ud,Ibnu Abbas dan beberapa sahabat Rasulullah S.A.W mengatakan bahawa buah-buahan di syurga warnanya hampir sama namun berbeza cita rasanya.
Kata Mujahid,"Buah-buahan sama warnanya tetapi tidak sama rasanya".Rabi' bin Anas juga mengatakan hal yang sama.
gambar sekadar hiasan
Tirmidzi berkata bahawa berkata kepada kami Hannad yang berkata bahawa berkata kepada kami Muhammad bin Fudhail dari Atha' bin Saib dari Muharib bin Datsar dari Abdullah bin Umar r.a yang berkata Rasulullah S.A.W bersabda:
"Al-Kautsar adalah sungai di syurga .Kedua-dua tepinya dari emas.Saluran airnya adalah mutiara dan intan berlian.Tanahnya lebih wangi daripada kasturi.Airnya lebih manis daripada madu dan lebih putih dari ais."(Diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah.Kata Tirmidzi,hadis ini hasan sahih)
Dalam Sahih Bukhari hadis dari Hammam dari Qatadah dari Anas r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda"
"Ketika aku berjalan dalam syurga,kebetulan aku bertemu dengan sebuah sungai,kedua-kedua tepinya kubah mutiara yang terlubang di dalamnya.
"Aku bertanya, 'Apakah ini Jibril.' Jawabnya,Inilah sungai Kautsar yang diberikan Tuhan kepadamu,sedang baunya bagai kasturi yang harum semerbak."
Reader-reader yang dikasihi,Kita yakin dan percaya kata-kata Rasulullah S.A.W berdasarkan hadis yang Sahih!Kelak dapat merasai sendiri jika seseorang berada dalam syurga..Dengan erti kata lain,seseorang akan teringat apa yang pernah digambarkan keadaan dan suasana di syurga yang diceritakan melalui hadis dan al-Quran..Saat itu,seseorang dapat membezakan dan dapat memberi perbandingan sendiri~
"Al-Kautsar adalah sungai di syurga .Kedua-dua tepinya dari emas.Saluran airnya adalah mutiara dan intan berlian.Tanahnya lebih wangi daripada kasturi.Airnya lebih manis daripada madu dan lebih putih dari ais."(Diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah.Kata Tirmidzi,hadis ini hasan sahih)
Jika anda ingin membezakan sesuatu,mestilah anda mengenal,merasai dan melaluinya..Tak kenal maka tak cinta,Tak cinta maka tak Kawin..example ; my xgf the last stand more better dari yang sebelumnya;Rasa garam adalah masin,rasa gula adalah manis ..;Babi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Dari segi aroma terdapat sedikit perbezaan kerana daging babi mempunya aroma tersendiri manakala daging lembu berbau lebih hanyir. Dari segi aroma inilah, perkara paling penting untuk kita membezakannya, kerana walaupun warnanya sudah di tukar dan dicampur kedua dua daging ini, namun aromanya tetap boleh membezakan kedua dua daging ini.LOL!
carian anda:memori alam roh,memori alam barzakh,kenangan di syurga,tafsir ayat surah albaqarah ayat 25,
sekian ,
Ada yang anda ingin tambahkan? (─‿‿─)
Wednesday
[Video]Tips Menghafal Al-Qur'an Oleh - Syaikh Wahid Abdus Salam Bali
Dulu,Aku selalu dengar surah al-Mulk bacaan Sheikh Mishary Rashed Alafasy kat earphone...dan ikut bacaan sambil melihat bacaan tersebut pada al-Quran..الحمد لله ,lama-lama terus ingat..."Tak ku sangka,tak ku duga boleh ingat " Jom ramai-ramai2 download MP3 al-Quran by Sheikh Mishary Rashed Alafasy!!!!!
belajar tafsiran surah tersebut dari kitab-kitab ulama ...faham....,hayati semasa baca surah tersebut.. :) aku yakin hampa buat ,menitis air mata..
..baca dengan betul
..dah hafal ,jangan tinggal..amalkan, :)
Friday
Kenangan Kasut Terompah | Kerja Khusus PMR 2012
السلام عليكم و رحمة الله و بركاتهPMR dah habis dah,tak dak apa yang nak dibanggakan.Tak merdeka pun
(─‿‿─) .Kerja khusus kami kena buat untuk markah folio sejarah tema:Produk tempatan di Malaysia.Idea yang kasut terompah ni dapat dari kawan aku Anas bin Ismail[salah satu impian dia nak kawin dengan perempuan korea] .Impian itu selalu sebut kat aku @sekolah.(¬‿¬).Tak larat nak dengaq dah.Kat Malaysia punya banyak,korea juga dia pilih.Dia kata dia nak berdakwah kat perempuan korea,lepas tu kawin dnegan mualaf perempuan korea.Besar sungguh yea impian dia.Apapun GL!
Rumah dia dekat dengan Kedai kasut terempoh tu..Nak kena temu ramah dan macam-macam la.Apek tu kata dia pernah masuk TV 1 dan bakal masuk TV 3..Sebab tak banyak orang yang buat kasut terompah ni. Kiranya Limited Edition la.Dan dia juga kata dah ramai budak sekolah lain cth SMK CONVENT dll temu ramah dia..
Agak mencurigakan bila orang tengok kami jalan sambil kamera,depa ingat wartawan kot.Best juga sekali-sekala jadi wartawan ni.Kumpulan kami memang lain dari yang lain.
Jom usya gambar kat bawah;
Yang pakai baju lambang tecktonik tu bukan aku,Aku yang pegang kertas tu.
geng kami semua baju hitam kecuali pakcik yang mencurigakan kat meja tu,ahli lain ada yang tak bersama ,ada mai lambat.Kami tengok tutotial dia buat.Apek tu dah la tua,isap rokok lak,tunggu masa ja...Reader sekalian,jangan hisap rokok..dalam rokok tu bahan roket pun ada.Lelaki gentlemen tak kan hisap rokok,hisap lolipop lebih baik dari hisap benda haramjadah tu.
troll
hasil kasut terompah yang cool tuan milik kedai ni...
Thursday
Cinta ♡ Bukan Sekadar Lafaz | Memang Cool dan Awesome
Pa habaq semua?cakap pasal Cinta,pi kat mana-mana pun 'cinta' @facebook,twitter,blog and others.Ya!Selalu kita baca status di facebook banyak update pasal cinta,publish pasal cinta yang selalu mendapat sambutan like,comment&share tertinggi..Tradisi facebook memang macam tu.Kalau cakap pasal cinta,aku menaip 2 jam tak habis.Dah la taip pun lembap.
Setelah sekian lama bernafas depan laptop atas kerusi/depan buku,memang aku tak nafikan falsafah cinta itu memang hebat!so awesome u know!memang benar kata orang 'ajaibnya cinta' sehingga memujuk dan mencairkan hati.Cinta pada tuhan,rasulullah dan mencintai seseorang kerana Allah S.W.T. yang utama ini mestilah mengikut turutan yang tepat dan sistematik.Dah tahu kan Kemanisan Iman?tengok kat sebelah blog aku.
Ada orang itu,update status ok aku tengok,tapi profile picture pun tak hapah-hapah.Salah focus cinta..tidak mendalami dengan mendalam.Yang paling utama Cinta akan Allah S.W.T.
Kalau nak berdakwah dengan para remaja seperti saya 15 tahun,try touching dia punya heart terutama perempuan.kalau tak menjadi,guna cara lain.Sah dia sengaja membutakan hatinya..
Se-gangster mana orang muslim itu pun,jika dia hayati Kemanisan Iman akan terjadi satu letusan dalam jantung hatinya yang akan mengubah hidupnya.Dia kuat sekalipun,tapi bila pusat utama dalam diri dia mula rebah dan tersedar dari kegelapan selama ini tidaklah impossible.
Cinta dapat mengubah seseorang.Benar!Cinta Bukan sekadar lafaz,ucapan dua kalimah syahadah bukan sekadar lafaz.Belajarlah menghargai erti cinta yang Allah S.W.T berikan.
Wahai kaum hawa/adam.jika kamu mengaku dengan lidah dan hatimu dengan ikhlas kamu akan SETIA dalam 'percintaan',maka buktikanlah!!!Tunjukkan?Kalau mengaku cinta SETIA bf/gf sampai mati ,"lautan sanggup diredah,tiang elektrik sanggup ku panjat" .Kalau Cinta pada Allah S.W.T kamu dustakan dan dinobatkan "Pendusta Cinta/Penipu Cinta".Mana erti dan konsep KESETIAAN dan KEPERCAYAAN kamu?
Apabila kamu cinta mengatakan kamu Cinta Allah S.W.T hanya manis di bibir?apa gunanya?Tak tutup aurat kemudian upload fb kononnya jadi hotstuff.nak buat apa?melabur pahala atau dosa?Cinta akan dunia?Jika kamu benar,apa yang diperintahkan dan yang telah diwajibkan oleh Syariat Islam kamu akan laksanakan.Apa yang diharamkan kamu tidak akan buat.~itu basic of life and love Allah S.W.T~
Cinta yang ikhlas menerangi gelap gelitanya qalbu...
Jika,ada seseorang terasa apabila membaca ini..masih belum terlambat untuk berubah,bukan sekadar renungan,bukan sekadar membaca.Jika cinta kamu pada Allah S.W.T kamu boleh tinggalkan dengan Cinta kepadaNya begitu sahaja,orang akan ingat kamu juga boleh tinggalkan seseorang itu dengan mudah.Dengan erti kata lain,dia akan kata kamu tidak layak untuknya dijadikan calon isteri/suami.Ini adalah hal yang serius.terserlah..
"~ini serius~ apa yang penting?Kerjasama...LOL"!Apabila Cinta kamu tidak bekerjasama yang telah disebutkan kemanisan iman..salah fokus,dia tidak akan jadi seimbang,tak teratur.Orang utara kata"Teraboq,dah kelolong kot laen"..Sapa kat sini lahir kat utara?aku PERLIS...
Telah terbukti dapat lihat di tempat awam,bercinta sehingga tidak ada batas..i lap u,u lap me..If u known what i mean..pegang sana,pegang sini,raba sana,raba sini.Seolah-olah tidak ada yang melihat.Jika dia tahu CCTV operasi 24 JAM,dia patut tahu 'ALLAH MAHA MELIHAT' .Mereka ingat dunia ini macam mereka sahaja yang hidup ,dan tidak ada yang mengetahui?Jangan biarkan dikuasai nafsu.
Aku taip ni semua,spontan ja..aku harap dapat membantu..sebarang kesalahan ku mohon maaf..Bila hurai mengenai cinta luas..aku pun buzy..jarang update blog.الحمد للهdah cecah 50K+..aku tak sangka.Salah satu yang berharga dalam hidup aku,blog aku..
✔ Matematik mungkin tidak mengajar kita bagaimana utk menambah cinta & menolak kebencian.Tapi ia mengajar kita yg setiap masalah pasti ada penyelesaian ❣
*Kita maafkan kesalahan seseorang itu walaupun menyakitkan hati kita jg bermakna 'perhubungan' kita tersebut mengalahkan 'keEgokan' kita..so cool right~
Orang laki kalau nak pikat wanita solehah ,
Pikatlah dgn akhlak kita yg sebenar ,
Jgn hanya buat lakonan semata-mata,
Kerana lakonan tak akn kekal buat selama-lamanya.
(UAI)
Cinta bagi doktor boleh jadi penawar,Cikgu, cinta boleh dipelajari tapi lebih memahami dengan merasai.Usahawan,Cinta ialah tidak ternilai harganya melebihi isi bumi ini..Hamba Allah Belajarlah menghargai Cinta yang Allah berikan..Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani..
Buang dari Facebook ~ SELESAI
Buang dari Yahoo ~ SELESAI
Buang dari Myspace ~ SELESAI
Buang dari Handset ~ SELESAI
Buang dari Hati ~ 99% loading - ERROR
*Susahkan nk buang sseorg tu dari hdup kite ♥ :)
Cinta yang ikhlas kepada ALLAH akan membawa kebaikan dan kebahagian kepada manusia. Sebaliknya cinta yang berlandaskan nafsu tidak akan kekal. Malah akan menyebabkan manusia rasa gundah gulana dan kecewa. Cinta yang sejati dan agung hanyalah untuk ALLAH.
Bukan tidak boleh bercinta, tapi semak dahulu diri kita. Jika asyik bercinta sehingga mengetepikan Allah dan Rasulullah. Adakah itu dinamakan cinta? Jika asyik bercinta sehingga mengetepikan pula keluarga. Adakah itu dinamakan cinta? Jika asyik bercinta sehingga mengetepikan pula amal ibadah. Adakah itu dinamakan cinta?
“ Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun
kepada-Mu daripada sebarang dosa yang telah aku bertaubat, tetapi setelah itu
aku melakukannya kembali. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji
dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan”.
“Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat
untuk-Mu, tetapi tiba – tiba mencelah sesuatu
menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain daripada-Mu”.
“Aku memohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya untuk ingkar suruhan-Mu”.
“Wahai Tuhan yang Maha Mengatahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut”.
suka??tekan la button like?double love button like and share ~
#cinta bukan sekadar lafaz