Mencari Planet Seperti Bumi? |Sejauh Mana Kebenaran

Allah berfirman lagi: "Di bumi itu kamu hidup dan situ juga kamu mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)".
sebarang silap dan terkasar bahasa.minta maaf banyak-banyak.mohon tegur,komen ,mungkin nak tambah lagi ka .dan share kat kawan-kawan supaya selepas ini depa tak akan buat silap dah... k.tysm for reading.

Sebuah Hadits menyatakan:Daripada Abi Raziin Al-'Uqail,berkata dia:"Berkata aku,ya Rasulullah!Betapakah caranya Allah akan menghidupkan orang yang telah mati itu?Dan apakah tanda-tandanya pada makhluk-Nya?"Beliau menjawab:"Apakah engkau tidak pernah suatu masa melalui kaum keluarga engkau yang telah kering?Kemudian di kali yang lain engkau lalu pula di sana,lalu engkau lihat dia telah menghijau?"

Aku jawab:"Memang,ya Rasulullah!"

Maka berkatalah beliau:"Seperti dimikianlah itulah Allah akan menghidupkan kembali yang telah mati dan itulah salah satu dari tanda(ayatnya) pada makhluk-Nya."(Dirawikan oleh Al-Imam Ahmad)
 

Why we'll never find another planet like Earth: It doesn't matter how hard NASA looks, says Mark Fischetti at Scientific American. Until it identifies another planet with plants, Earth remains stubbornly unique

Pada era globalisasi ini,sering dikejutkan dengan berita yang tersebar luas di Internet,FB,&akhbar mengenai "Planet Mirip Bumi","Saintis temui Planet Asing Sesuai Didiami" atau tajuk lain tapi maksudnya sama.Para Blogger pun mengambil kesempatan copy&paste tentang perkara yang mereka tidak tahu apa dan tidak memikirkan kesannya.Pernah kita dengar berita seperti ini bertahun-tahun lepas lagi lamanya,tetapi seorang manusia tidak dapat tinggal di sana.Mengapa?Malah isu manusia mendarat di bulan pun ramai orang pertikaikan.Kepler telah dilancarkan pada bulan Mac 2009.Kepler bersedia untuk mencari planet 30 hingga 600 kali lebih besar daripada Musytari.Seterusnya,mari kita ketahui Misi Kepler NASA: 
Kepler Spacecraft and Photometer


Objektif misi ini dilancarkan adalah untuk mengesan dan mengenal pasti planet menyerupai bumi yang boleh dihuni.
●Misi UTAMA kepler bukanlah untuk mengenal pasti planet manakah yang mempunyai hidupan namun ia 
sekadar petunjuk kepada ahli astronomi mengenal planet yang berpontensi untuk hidupan
●Jangka hayat kapal angkasa Kepler hanya tiga tahun setengah.
●Menggunakan cermin teleskop terbesar yang pernah digunakan dalam orbit bumi iaitu 14 meter.
●Dengan resolusi 95 megapiksel,ia merupakan kamera angkasa lepas yang terbesar pernah dilcancarkan.
●Misi jelajah angkasa lepas untuk tiga tahun ini menelan belanja AS$600 juta!(RM 2 billion)


Secara ringkas saya katakan:"Apa sahaja planet yang manusia cari seperti bumi mesti ada serba kekurangannya dari pelbagai aspek." .sebagai contoh planet tersebut terlalu dekat dengan matahari/hujan tidak pernah turun atau ada air tetapi semuanya masin ataupun tidak ada haiwan.Malah,Tidak ada pengesahan 100%  boleh hidup di sana!Dan ramai saintis yang mempertikaikanya.


komen mereka di fb;

Tahukah anda sesetengah orang bukan beragama Islam juga menafikan Pencarian planet seperti bumi.;




http://www.scientificamerican.com/article.cfm?id=plants-created-earth-landscapel

dan aku terjumpa satu laman web yang menyediakan perkhidmatan untuk keluar dari bumi dan berpindah ke planet baru.Sesungguhnya kita tidak dapat lari dari kemusnahan alam semesta.

"…Ketahuilah bahwa sesunguhnya orang orang yang membantah tentang terjadinya kiamat itu benar benar dalam kesesatan yang jauh. (Asy Syura: 18)!

Semua yang ada di bumi ini akan binasa. Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. (Ar Rahman : 26-27)

Dan sesungguhnya Hari Kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya; dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur. (Al-Hajj: 7)

 "Sesiapa yang mencari planet seperti bumi samalah seperti dia melawan ayat al-Quran..!"

AMARAN KERAS kepada sesiapa yang menyebarkan propaganda artikel yang berkaitan "Planet Mirip Bumi","Saintis temui Planet Asing Sesuai Didiami"atau yang berkaitan dengannya .Sila padamkan serta merta !

Demi al-Quran yang tidak ada syak dan sebarang keraguan!


Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.
(Al-A'raaf 7:146) | <Embed> | English Translation
Those who behave arrogantly on the earth in defiance of right - them will I turn away from My signs: Even if they see all the signs, they will not believe in them; and if they see the way of right conduct, they will not adopt it as the way; but if they see the way of error, that is the way they will adopt. For they have rejected our signs, and failed to take warning from them. 

Saintis telah mengenal pasti 200 bintang yang mempunyai planet dalam zon boleh didiami.Pertambahan jumlah bintang yang ditemui menimbulkan persoalan adakah terdapat hidupan lain di alam semesta dan jawapannya tidak diketahui. Kelebihan Misi Kepler NASA dapat menemui pelbagai planet baru.(ayat budak darjah 1)

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
(Al-Baqarah 2:22) | <Embed> | English Translation
Who has made the earth your couch, and the heavens your canopy; and sent down rain from the heavens; and brought forth therewith Fruits for your sustenance; then set not up rivals unto Allah when ye know (the truth).






  ...Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi...(Faatir 35:3) .Jelas menunjukkan planet  selain bumi memang manusia tidak boleh tinggal dan hidup di sana.


 Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?
(Faatir 35:3) | <Embed> | English Translation
O men! Call to mind the grace of Allah unto you! is there a creator, other than Allah, to give you sustenance from heaven or earth? There is no god but He: how then are ye deluded away from the Truth? 



Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya:
18- عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ أَمَا إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ أَلَا إِنَّهَا سَتَكُونُ فِتْنَةٌ فَقُلْتُ مَا الْمَخْرَجُ مِنْهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ كِتَابُ اللَّهِ فِيهِ نَبَأُ مَا قَبْلَكُمْ وَخَبَرُ مَا بَعْدَكُمْ وَحُكْمُ مَا بَيْنَكُمْ وَهُوَ الْفَصْلُ لَيْسَ بِالْهَزْلِ مَنْ تَرَكَهُ مِنْ جَبَّارٍ قَصَمَهُ اللَّهُ وَمَنْ ابْتَغَى الْهُدَى فِي غَيْرِهِ أَضَلَّهُ اللَّهُ وَهُوَ حَبْلُ اللَّهِ الْمَتِينُ وَهُوَ الذِّكْرُ الْحَكِيمُ وَهُوَ الصِّرَاطُ الْمُسْتَقِيمُ هُوَ الَّذِي لَا تَزِيغُ بِهِ الْأَهْوَاءُ وَلَا تَلْتَبِسُ بِهِ الْأَلْسِنَةُ وَلَا يَشْبَعُ مِنْهُ الْعُلَمَاءُ وَلَا يَخْلَقُ عَلَى كَثْرَةِ الرَّدِّ وَلَا تَنْقَضِي عَجَائِبُهُ هُوَ الَّذِي لَمْ تَنْتَهِ الْجِنُّ إِذْ سَمِعَتْهُ حَتَّى قَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ مَنْ قَالَ بِهِ صَدَقَ وَمَنْ عَمِلَ بِهِ أُجِرَ وَمَنْ حَكَمَ بِهِ عَدَلَ وَمَنْ دَعَا إِلَيْهِ هَدَى إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ. ( الترمذي والدارمي )
18- Dari Ali, ra., katanya: Ingatlah, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w., bersabda: "Awaslah, sesungguhnya akan berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar". Aku bertanya: "Apakah caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya Rasulullah? " Baginda menjawab:  "(Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat - yang terdahulu dari kamu dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu (kitab Allah al-Qur'an) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah) bukan keterangan yang olok-olok; sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah dan sesiapa yang mencari pertunjuk dari yang lainnya akan disesatkan oleh Allah;  al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus). Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk;  dan alim ulama pula tidak merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan,  kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang dan kandungannya yang menakjubkan,  tidak berkesudahan. Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata "Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Qur'an yang - menakjubkan,  yang memimpin ke jalan yang benar,  lalu kami beriman kepadanya." (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakan sesuatu dengan berdasarkan kitab itu, benarlah perkataannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala;  dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah petunjuk ke jalan yang lurus."(Tirmizi dan Darimi)




Jika saya tanya Adam dan Hawa diturunkan di mana?adakah anda akan menjawab planet lain?sudah tentu anda akan jawab bumi.  "...bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". (Al-Baqarah 2:36). Jelas menunjukkan bumi adalah memang tempat tinggal manusia untuk hidup

Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".
(Al-Baqarah 2:36) | <Embed> | English Translation
Then did Satan make them slip from the (garden), and get them out of the state (of felicity) in which they had been. We said: "Get ye down, all (ye people), with enmity between yourselves. On earth will be your dwelling-place and your means of livelihood - for a time."



sila baca terjemahan ayat al-Quran di bawah,dan renung-renungkan;


Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
(Al-A'raaf 7:10) | <Embed> | English Translation
It is We Who have placed you with authority on earth, and provided you therein with means for the fulfilment of your life: small are the thanks that ye give! 

Allah berfirman: "Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati)".
(Al-A'raaf 7:24) | <Embed> | English Translation
((Allah)) said: "Get ye down. With enmity between yourselves. On earth will be your dwelling-place and your means of livelihood,- for a time."

Allah berfirman lagi: "Di bumi itu kamu hidup dan situ juga kamu mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)".
(Al-A'raaf 7:25) | <Embed> | English Translation
He said: "Therein shall ye live, and therein shall ye die; but from it shall ye be taken out (at last).

Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
(Al-Mulk 67:15) | <Embed> | English Translation
It is He Who has made the earth manageable for you, so traverse ye through its tracts and enjoy of the Sustenance which He furnishes: but unto Him is the Resurrection.


Surah Al-Mu’min Juzu ke-24 ayat 64:
“Allah-lah yang telah menjadikan bumi bagi kamu tempat menetap dan langit menjadi bangunan,dan dia membentukmu dan Dia membentuk kamu maka sangatlah bagusnya Dia memberi bentukmu dan Dia beri kamu rezeki dari yang baik-baik;Demikianlah itulah Allah,Tuhan Kamu.Maka Maha Agunglah Allah,Tuhan Sarwa Sekalian Alam.”
Tafsiran Abdullah Yusuf Ali
; It is Allah Who has made for you the earth as a resting place, and the sky as a canopy, and has given you shape- and made your shapes beautiful,- and has provided for you Sustenance, of things pure and good - such is Allah your Lord. So Glory to Allah, the Lord of the Worlds!



Dan Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan, kemudian Kami halakan awan itu ke negeri yang mati (yang kering kontang); lalu Kami hidupkan bumi sesudah matinya dengan (hujan dari awan) itu. Sedemikian itu pula kebangkitan manusia (hidup semula sesudah mati).
(Faatir 35:9) | <Embed> | English Translation
It is Allah Who sends forth the Winds, so that they raise up the Clouds, and We drive them to a land that is dead, and revive the earth therewith after its death: even so (will be) the Resurrection! 



Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Al-Baqarah 2:29) | <Embed> | English Translation
It is He Who hath created for you all things that are on earth; Moreover His design comprehended the heavens, for He gave order and perfection to the seven firmaments; and of all things He hath perfect knowledge.


"Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Aad, dan di tempatkannya kamu di bumi, (dengan diberi kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata, dan kamu memahat gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah. Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi".
(Al-A'raaf 7:74) | <Embed> | English Translation
"And remember how He made you inheritors after the 'Ad people and gave you habitations in the land: ye build for yourselves palaces and castles in (open) plains, and care out homes in the mountains; so bring to remembrance the benefits (ye have received) from Allah, and refrain from evil and mischief on the earth." 


Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;(Al-Baqarah 2:2) | <Embed> | English Translation  

This is the Book; in it is guidance sure, without doubt, to those who fear Allah. 



Hanya Allah Maha Mengetahui~ 

Firman-Nya, "Janji Allah! Allah tidak memungkiri janji-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya." (30:6)

Satu daripada janji-Nya berbunyi, "Dan, orang-orang yang tidak percaya dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah orang-orang Api, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya." (2:39)

banyak lagi surah lain yang berkaitan...sebarang silap dan terkasar bahasa.minta maaf banyak-banyak.mohon tegur,komen ,mungkin nak tambah lagi isi.dan share kat kawan-kawan sutpaya selepas ini mereka tak akan buat silap dah... k.tysm for reading.sila ke http://kepler.nasa.gov/ jika anda tidak percaya mengenai misi tersebut.


Digalakkan untuk Disebarkan setelah membaca Artikel ini
 ____________________________

WAJIB BERIMAN KEPADA QADAR TAQDIR

Oleh kerana agama Islam ialah agama fitrah insaniah, maka tiap-tiap orang Islam hendaklah bersyukur kerana ia bertuah menerima taufik dari Allah s.w.t., hingga dengan itu ia menjadi seorang yang beragama Islam. 
Oleh yang demikian hendaklah ia meneguhkan pegangannya kepada agama yang mulia itu dan memeliharanya dari segala apa yang boleh merosakkannya, kerana agama Islam sahajalah yang diredhai Allah dan yang menentukan nasibnya untuk mencapai kebahagiaan yang sebenar-benarnya, khasnya di akhirat kelak.

Mengenai perkara ini, Allah s.w.t., berfirman pada akhir ayat 132 Surah al-Baqarah, dan pada akhir ayat 102 Surah Ali-Imran, juga pada ayat-ayat 136 Surah al-Nisa', 86,87, 88 dan 89 Surah Ali-Imran.
Maksud akhir ayat 132 Surah al-Baqarah dan akhir ayat 102 Surah Ali Imran itu ialah:
Mewajibkan tiap-tiap seorang sentiasa menerima dan menghormati Islam (hukum-hukum yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.) pada i'tiqad dan segala tutur kata serta amal perbuatannya supaya apabila datang matinya pada bila-bila masa pun, ia berada dalam keadaan beragama Islam.

Dan maksud ayat 136 Surah al-Nisa' itu ialah:
(1) Mewajibkan tiap-tiap seorang menetapkan dan mengekalkan aqidah kepercayaannya hingga kepada saat ia menghembuskan nafasnya yang akhir, iaitu: Percayakan benarnya keEsaan Allah Taala, kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. , adanya Malaikat yang menjalankan perintah Tuhan,  adanya kitab-kitab yang Tuhan turunkan untuk memandu manusia ke jalan kebahagiaan, adanya Rasul-rasul yang diutus Tuhan untuk menerangkan jalan yang tersebut, dan adanya hari akhirat untuk Tuhan Yang Maha Adil dan yang Amat Pemurah menyempurnakan balasan segala bawaan hidup manusia semasa masing-masing berada di dunia. 

(2) Menegaskan bahawa sesiapa yang tidak percayakan benarnya mana-mana satu dari perkara yang diwajibkan oleh Allah dan Rasul-Nya di atas seseorang mempercayainya nescaya jauhlah ia daripada mendapat keselamatan dan kebahagiaan yang kekal abadi. Manakala maksud ayat-ayat 86-89 Surah Ali-Imran pula, ialah:

Memberi amaran dengan mengingatkan sesiapa yang berbalik menjadi kafir (Murtad) setelah ia percayakan keEsaan Allah,  kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. , dan kebenaran perkara-perkara yang disampaikan oleh Baginda s.a.w., maka tidaklah ada harapan bahawa orang itu akan dibalas baik oleh Allah,  bahkan dikutuknya dan dikenakan azab seksa yang berkekalan lamanya, kecuali ia bertaubat dan kembali kepada Islam serta memperbaiki segala apa yang telah merosakkan Islamnya.
Rasulullah s.a.w. pula menerangkan dalam hadis yang berikut:
134- عَنْ سُفْيَانَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قُلْ لِي فِي الْإِسْلَامِ قَوْلًا لَا أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَدًا غَيْرَكَ قَالَ قُلْ آمَنْتُ بِاللَّهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ. (مسلم)

134- Dari Sufian bin Abdullah r.a., katanya: Aku berkata kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasulullah,  ajarkanlah daku mengenai agama Islam satu ajaran yang tak payah aku bertanya orang lain mengenainya"; Rasulullah s.a.w., bersabda: "Tegaskanlah dengan lidahmu akan kepercayaanmu kepada "Uluhiyyah" dan "Rububiyyah" Allah,  kemudian terus sempurnakanlah apa yang dikehendaki oleh kepercayaanmu itu hingga ke akhir hayatmu."(Muslim)

Berdasarkan keterangan-keterangan yang tersebut, alim ulama mengambil kesimpulan: Bahawa tiap-tiap seorang wajib menjaga iman dan Islamnya dari sebarang i'tiqad, perkataan dan perbuatan yang menyebabkan rosaknya iman dan Islam.

Rosaknya iman dan Islam dinamakan: "Riddah" yang diterangkan oleh ulama seperti berikut:
"Riddah" ertinya: Berbalik menjadi kafir setelah beragama Islam, dan orang yang melakukan yang demikian dinamakan "Murtad"

"Riddah" ialah seburuk-buruk dan sekeji-keji jenis kufur,  kerana "Orang Murtad" berlainan hukumnya dari orang-orang kafir yang lain pada beberapa perkara:

Pertama - Orang murtad tidak harus dibiarkan dalam keadaan "Riddahnya" melainkan hendaklah pihak yang berkuasa menyuruhnya bertaubat kembali kepada Islam, kalau tidak, hendaklah dikenakan hukuman bunuh, sebagaimana yang diterangkan oleh beberapa hadis yang berikut:
135- عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ. (الجماعة إلا مسلما)
135- Dari Ibn Abbas r.a., katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: "Sesiapa yang menukar agama Islamnya maka hendaklah kamu membunuhnya."
(Jamaah kecuali Muslim)


136- عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ اذْهَبْ إِلَى الْيَمَنِ ثُمَّ أتْبَعَهُ مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ فَلَمَّا قَدِمَ عَلَيْهِ أَلْقَى لَهُ وِسَادَةً قَالَ انْزِلْ وَإِذَا رَجُلٌ عِنْدَهُ مُوثَقٌ قَالَ مَا هَذَا قَالَ كَانَ يَهُودِيًّا فَأَسْلَمَ ثُمَّ تَهَوَّدَ قَالَ اجْلِسْ قَالَ لَا أَجْلِسُ حَتَّى يُقْتَلَ قَضَاءُ اللَّهِ وَرَسُولِهِ. وَلِأَبِي دَاوُدَ فِي هَذِهِ الْقِصَّةِ: فَأُتِيَ أَبُو مُوسَى بِرَجُلٍ قَدْ ارْتَدَّ عَنْ الْإِسْلَامِ فَدَعَاهُ عِشْرِينَ لَيْلَةً أَوْ قَرِيبًا مِنْهَا فَجَاءَ مُعَاذٌ فَدَعَاهُ فَأَبَى فَضَرَبَ عُنُقَهُ. (البخاري ومسلم)
136- Dari Abu Musa Al-'Asy'ari r.a., bahawa Nabi s.a.w., memerintahnya dengan bersabda: "Pergilah engkau ke negeri Yaman. " Kemudian Baginda s.a.w., menghantarkan Mu'az bin Jabal selepas pemergiannya; apabila Mu'az sampai ke tempat Abu Musa,  Abu Musa menyambutnya dengan memberikan sebiji bantal alas duduk serta berkata:  "Sila duduk", dan dekat situ ada seorang yang terikat;  Mu'az bertanya: "Apa orang ini?" Abu Musa menjawab:  "Orang ini seorang Yahudi,  ia masuk Islam kemudian ia berbalik menjadi Yahudi"; Mu'az berkata:  "Aku tidak akan duduk sehingga ia dibunuh, itulah hukuman Allah dan Rasul-Nya."(Bukhari dan Muslim)

Dan pada riwayat  Abu Daud,  mengenai kisah ini: "Maka dibawa kepada Abu Musa seorang yang telah Murtad meninggalkan agama Islam, lalu disuruhnya (bertaubat dengan memeluk Islam semula) selama kira-kira dua puluh malam, kemudian datang Mu'az serta menyuruhnya juga bertaubat,  tetapi orang itu enggan, lalu dipenggal lehernya."

Hadis-hadis yang tersebut menerangkan bahawa:
(1) Sesiapa yang menjadi murtad:  Wajib dibunuh oleh pihak yang berkuasa selepas ia disuruh bertaubat kembali kepada Islam dan ia enggan berbuat demikian.

(2) Hukuman bunuh yang tersebut hendaklah dikenakan kepada tiap-tiap orang murtad sama ada lelaki atau perempuan,  sebagaimana yang terkandung pada hadis Mu'az bin Jabal yang ditegaskan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani bahawa sanadnya hasan, yang maksudnya: Tatkala Rasulullah s.a.w., mengutusnya ke negeri Yaman,  Baginda s.a.w., bersabda kepadanya: "Mana-mana lelaki yang menjadi murtad - meninggalkan Islam, maka suruhlah dia bertaubat kembali kepada Islam, jika ia kembali kepada Islam bebaskanlah dia) dan kalau tidak, maka penggallah lehernya; dan mana-mana perempuan yang menjadi murtad - meninggalkan Islam, maka suruhlah dia bertaubat kembali kepada Islam, jika ia kembali kepada Islam (bebaskanlah dia), dan kalau tidak, maka penggallah lehernya."

Hukuman yang dinyatakan oleh hadis-hadis yang tersebut telah pun dijalankan oleh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w., di antaranya Sayidina Abu Bakar, Sayidina Umar dan Sayidina Ali r.a., semasa pemerintahan masing-masing.

Hukuman yang tersebut, tidak sekali-kali bertentangan dengan "dasar kebebasan beragama" atau dasar لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ (tidak ada paksaan dalam agama) yang ditegaskan oleh Allah Taala dalam al-Qur'an al-Karim, kerana tidak ada hubungannya sama sekali dengan soal orang murtad.


 http://www.islamgrid.gov.my/hadith/detailed.php?id=19&j=1

carian; mencari kehidupan di planet lain ,adakah ada planet seperti bumi? planet berpotensi untuk hidup


your seacrh;Kenapa kita tidak akan menemui satu lagi planet seperti bumi,bumi kedua,bumi terbaru,tidak ada planet lain kecuali bumi,bumi hanyalah satu,disebalik rancangan NASA,propaganda NASA,i hate NASA,Why We'll Never Find Another Planet Like Earth,planet manusia boleh hidupplanet yang boleh didiami selain bumi

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...