Wednesday

Mengenai Hadith Jatuh Cinta | FAKE

 
Soalan diatas merujuk kepada hadith berikut :
"Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datangg menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid."(Hadis riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami)

Mengenangi kesahihan hadith di atas, saya telah menemui satu sumber yg boleh dijadikan sebagai rujukan. Di dalam kitab At-Tibb An-Nabawi Bab 71 Penyakit Asmara, Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziah ada menceritakan: Hendaknya kita tidak tertipu oleh hadith palsu yang dinisbatkan kepada Rasulullah yang diriwayatkan oleh Suwaid bin Said, daripada Ali bin Mushir, daripada Abu Yahya al-Qattat, daripadah Mujahid, daripada Ibnu Abbas, daripada Nabi, dan diriwayatkan pula daripada Ibnu Mushir daripada Hisyam bin Urwah daripada ayahnya daripada Aisyah r.a daripada Nabi.

Diriwayatkan oleh az-Zubair bin Bakar, daripada Abdul Malik bin Abdul Aziz bin Majisyun, daripada Ibnu Abbas r.a daripada Nabi bahawa baginda bersabda, maksudnya:
"Barangsiapa terkena panahan asmara, lalu ia menjaga kesuciannya, lalu ia meninggal dunia, maka ia akan mati syahid."

Dalam riwayat yang lain
disebutkan: "Barangsiapa yang terkena panah asmara lalu ia menyembunyikan perasaannya, menjaga diri dan bersabar maka Allah akan ampuni dosa-dosanya dan Allah masukkan ke dalam syurgaNya"

Hadith di atas adalah tidak sahih, dan tidak wajar (mustahil) keluar dari lidah baginda. Kerana syahid adalah kedudukan tertinggi di sisi Allah, yang disejajarkan dengan kedudukan para siddiqin. Ianya harus dicapai dengan beberapa bentuk perbuatan dan keadaan tertentu yang merupakan syarat mutlak. Syahid ada dua jenis, iaitu syahid umum dan syahid khusus.

Syahid khusus adalah syahid fi sabilillah. Syahid umum ada lima (5), disebutkan dalam sebuah hadith sahih, namun mati kerana panahan asmara tidak termasuk di dalamnya.

--> Huraian hadith ini sangat panjang, iaitu tiga (3) mukasurat. Justeru, saya akan berikan dalam bentuk point sahaja <--

Ulama' hadith menafikan Suwaid sebagai perawi hadith ini.

1) Abu Ahmad bin Adi dalam al-Kamil
2) al-Baihaqi
3) Ibnu Tahrir dalam al-Dzakhirah
4) al-Hakim dalam Tarikh Naisabur
5) Abu al-Faraj Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu'at

Ulama telah mengecam Suwaid bin Sa'id yang meriwayatkan hadith ini, bahkan sebahagian ulama' menganggap ia sudah layak DIPERANGI dan DIBUNUH. Diantara perkara lain yang berbahaya adalah penisbatan hadith ini kepada hadith Hisyam bin Urwah daripada ayahnya daripada Aisyah daripada Nabi. Orang yang memahami ilmu hadith dan kecacatan-kecacatannya walaupun rendah sekalipun, pasti menganggap hadith tersebut tidak mungkin sahih.

Tidak mungkin juga termasuk hadith Ibn al-Majisyun, daripada Ibnu Abu Hazim daripadan Ibn Abi Najih daripada Mujahid daripada Ibnu Abbas secara marfu'. Tingkat kesahihannya hanya mauquf sampai Ibnu Abbas, itupun masih syak lagi.

Jadi, ringkasnya, Ibnu Qayyim menyimpulkan yang hadith di atas adalah hadith palsu. Kalau ingin saya terangkan mengapa ia palsu, maka tiadalah daya saya menerangkan kerana saya bukanlah ahli hadis.

~Iluvislam.com

Hadith palsu
Ramai juga org yang menyebarkan hadith palsu malah berani mereka sendiri hadith palsu. Hal ini dilarang keras oleh rasulullah s.a.w . Sabda Rasulullah s.a.w:


إِنَّ كَذِبًا عَلَىَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ ، مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ


“Sesungguhnya berdusta ke atasku tidaklah sama seperti berdusta keatas orang lain, maka sesiapa yang telah berdusta keatas ku secara sengaja maka siapkanlah tempat duduknya di dalam neraka.” ( H.R al-Bukhari: 1291, Muslim)




4 comments:

  1. sangat banyak info yg saya perolehi di sini. waaaa....
    salam perkenalan awak..
    moga kita dapat jadi blogger yang terbaik dan berkongsi ilmu antara 1 sama lain.

    #leezabloggerbarusetahunjagung

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) ty,insyaAllah pahala berganda

      عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ



      Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya

      Delete
  2. kita kena berhati2 dgn hadith palsu...

    ReplyDelete

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...