Tuesday

Dirimu Tidak Ternilai |Manusia Normal+Berat 60 Kg=RM 20 000 000+

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته  Lovers sekalian,Maksud sebenar kat sini ialah "kesihatan".Tak suwuh pun pi jual mata,hati,ginjal,dan telinga hampa kat orang lain semata-mata dengan kekayaan harta dunia.Hampa duk guna mouse sekarang ni guna jari tangan kan,bersyukur la yea.Ada orang guna kaki jari.

Dr.Harold J. Morovitz,pernah menaksir harga tubuh manusia berserta organnya.Selepas di congak-congak habis kira dah menurutnya,apabila berat seseorang itu 60 Kilogram,maka nilai tubuhnya adalah sekitar RM24 Juta.Begitu mahalnya tubuh manusia!Adakah sama penciptaan anggota badan cetak rompak dengan orginal yang Allah ciptakan?Off course 101% NO!

Manakah yang lebih baik antara pendengaran (telinga) dan penglihatan (mata) tiruan ciptaan manusia dengan mata dan telinga original ciptaan Allah? Jawapan: Tentulah yang original!

Cuba Lihat Tangan Palsu Elektronik,boleh ke basuh berak dengan senang?Boleh ke breakdance dan menari electro?Pendek cerita,tak perfect.

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." - Surah Al-Tin: Ayat4 

Marcapada ini,kita dapat lihat ramai manusia yang tidak reti bersyukur.Ada tangan, jalan-jalan dengan gf berkepit-kepit,pegang sana,pegang sini.Lepas tu bangga upload kat facebook.Apa kejadah?


Yang merempit,lepas tu accident tangan dan kaki putus[Mati pucuk pun ada(╥﹏╥)].Yang perempuan,gatal sangat tangan transform seluar jadi ketat menampakkan bentuk badan.Ada kaki,pi sepak orang tak dak pasal .

Gunalah nikmat Allah untuk kebaikan,ada tangan tolong orang.Ada mulut cakap perkara-perkara baik bukannya mengumpat dan bergosip.Ada jari boleh menaip jadi blogger,bukannya jadi blogger yang melabur dosa di alam maya dengan entri yang tak hapa-hapa!Tunggu nak mampus baru nak beribadah?masa sihatlah senang~peace

Daripada Abdullah Ibn Abbas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud, “Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan”. (Hadis riwayat al-Bukhari)



Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Ar-Rahmaan 55:16)
Tidak nafikan,memang ada manusia sanggup jual organ tubuh (─‿‿─) 

    tak tau la kan apa nak jadi -___- 




Hidup Miskin, Warga di Nepal Jual Organ Tubuh
Sriwijaya Post - Jumat, 7 September 2012 05:31 WIB


GINJAL.jpg

REUTERS

Mr Krishna Bahadur Bajagai,(60)yang menjual ginjalnya karena kemiskinan, mengangkat kemejanya untuk menunjukkan bekas luka sayatan dari operasi, di Kavre 4 September 2012




SRIPOKU.COM - Sekitar 150 warga desa dari distrik Kavre di Nepal sengaja pergi ke negara tetangga mereka India untuk menjual ginjal mereka.

Hal tersebut dilakukan karena sebagian besar dari mereka terlilit kemiskinan dan kurangnya kesadaran dalam pendidikan kesehatan.

Tidak hanya ginjal yang mereka jual, hampir semua organ tubuh yang dianggap bernilai dan potensial akhirnya direlakan untuk dipasarkan. Salah satunya yang dilakukan Shefali, seorang wanita asal Bangladesh.

Shefali bersama putrinya Mim hidup dalam kemiskinan dan harus tinggal di pemukiman kumuh di Dhaka, Bangladesh pada 23 April 2005. Ia sangat membutuhkan uang setelah ia ditinggalkan begitu saja oleh suaminya.

Akhirnya, Shefali mengambil jalan pintas dengan menawarkan salah satu matanya untuk dijual ke 
pasaran.

Hal serupa juga dilakukan oleh Krishna Bahadur Bajagai(60) yang menjual ginjalnya karena kemiskinan.


Editor : Soegeng Haryadi
Sumber : Tribunnews

Wednesday, July 4, 2012


Krisis ekonomi paksa penduduk Eropah jual organ

NEW YORK: Kemiskinan memaksa beberapa penduduk Eropah menjual organ mereka. Antara mereka, menurut laporan akhbar The New York Times, ialah warga Serbia, Pavle Mircov, 45, dan temannya, Daniella.
Mircov, 50, hilang pekerjaan di sebuah kilang daging dan gagal mencari kerja lain.

Kesannya, untuk membeli batu nisan untuk bapanya yang meninggal dunia baru-baru ini juga dia tidak mampu.
Kerana itu, pasangan berkenaan yang memiliki dua anak remaja belasan tahun menawarkan organ mereka untuk dijual enam bulan lalu dengan mengiklankannya menerusi laman web tempatan.

Mereka berharap ada pihak yang bersedia membayar AS$40,000 (RM120,000) untuk satu buah pinggang mereka.

“Apabila anda perlu menyediakan makanan, menjual buah pinggang dilihat bukan pengorbanan yang besar,” kata Mircov kepada akhbar itu.
New York Times melaporkan, pasaran gelap untuk organ merebak di Eropah, kesan daripada kekurangan organ untuk pemindahan dan tindakan penyeludup yang mengambil kesempatan terhadap kesempitan hiup akibat daripada krisis kewangan di Eropah.

Di negara yang teruk terjejas seperti Greece dan Russia, iklan menawarkan organ, juga rambut, air mani, susu badan untuk dijual boleh ditemui di Internet. - Agensi

Israel Antara Negara Yang Terlibat Dalam Rangkaian Jual Beli Organ Manusia

KOSOVO, 17 November - Seorang  pendakwaraya dari Kesatuan Eropah mengatakan bahawa Israel telah tersenarai dalam rangkaian perdagangan organ manusia di Kosovo dan kes ini telah dibawa ke Mahkamah Negeri Pristina, demikian laporan mengatakan. Jonathan Ratel, yang bertugas  di Kosovo sebagai sebahagian daripada jawatankuasa Peraturan dan Undang-undang  Kesatuan Eropah, telah mengumumkan bahawa tujuh orang suspek yang bertugas sebagai doktor dari Kosovo untuk sebuah klinik yang dikenali sebagai Medicus di bandar Pristina, didapati terlibat dalam rangkaian perdagangan antarabangsa  organ manusia yang menderita kemiskinan, demikian  Associated Press melaporkan. Para penderma berasal dari Moldova, Kazakhstan, Rusia dan Turki dan tertarik dengan janji palsu bayaran sebanyak 20 ribu dolar. Namun, mereka akhirnya tidak pernah menerima sebarang bayaran seperti yang dijanjikan. Organ tersebut akan dipindahkan dari mangsa dan ditransplantasikan kepada penerima yang terdiri daripada orang kaya yang kebanyakan berasal dari Israel, Kanada, Jerman dan Poland. Majlis Eropah sedang menyiapkan laporan tersebut dan akan dterbitkan kepada awam di Perancis secepat mungkin. (TV Press)




No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...