Sunday
Kemunculan Malaikat Yang Membantu Pejuang Chechnya
Dalam berjihad di jalan Allah swt, kejadian pelik dan aneh seringkali
berlaku. Kejadian seperti ini sudah pun dirakam oleh Allah swt dalam
al-Quran sejak 1,400 tahun yang lampau. Peristiwa di Badar {1} dan semasa di
Perang Hunain menyaksikan segerombolan bantuan malaikat turun membantu
Rasulullah saw dan para sahabat di medan perang. Kejadian aneh ini
disaksikan sendiri oleh para sahabat dan terdapat kesaksian mereka
terkandung dalam hadis sahih Bukhari dan Muslim.
Tiada yang mampu dikatakan selain
daripada memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt dan laungan takbir.
Kejadian bantuan daripada tentera Allah ini turut sama berlaku di
beberapa tempat terpilih seperti yang diberitakan berlaku di pergunungan
Chenchya.
Inilah keistimewaan yang Allah swt
berikan kepada pejuang-pejuang yang sentiasa meletakkan agama Allah di
tempat paling atas berbanding perkara-perkara lain. Tiada sebab untuk
Allah swt tidak memberi pertolongan sekiranya hal sedemikian memberi
kemenangan kepada Islam. Maha Suci Allah Yang Maha Pemberi Pertolongan.
Ikutilah penceritaan daripada seorang
Mujahiddin yang menjadi saksi kepada kejadian aneh ini. Moga Allah swt
melimpat gandakan pahala kepada mereka dan menempatkan mereka di syurga
yang telah dijanjikan.
Kesaksian Para Malaikat Memberi Bantuan
Kami berperang dalam satu batalion
bersama komandan operasi, dan selama perjalanan kembali dari Grozny
menuju ke sebuah gunung tiba-tiba muncul jet pejuang Rusia yang
menerjunkan ratusan tentaranya. Kami mulai bersiap siaga. Pada waktu itu
kami dalam keadaan berkaki ayam pada malam yang gelap gelita serta di
atas tanah yang dipenuhi salji.
Tentara-tentera Rusia tersebut mendarat
di atas gunung sedangkan kami berada dibawahnya. Hal ini membuat sudut
pandangan kami menjadi tidak jelas, sedangkan bagi pihak mereka sangat
jelas. Oleh sebab posisi mereka yang berada di atas kami menyebabkan
kami tiada tempat untuk berlindung.
Tapi tiba-tiba mereka diliputi kekacauan dan ketakutan dan mereka pun mulai menembak. Dan aku bersumpah atas nama Allah, kami melihat mereka menembak ke atas, padahal posisi kami di bawah.
Komander Khattab
Kemudian keadaan tiba-tiba berubah menjadi tenang dan hening. Kami pun menunggu hingga setengah jam. Komandan Khattab berkata,
“Saya ingin beberapa orang untuk mendaki gunung bagi mengetahui apa yang sedang terjadi dan mengapa mereka menghentikan tembakan”.
Seluruh mujahidin mengangkat tangannya. Maka komandan Khattab hanya memilih tujuh mujahiddin untuk mendaki ke atas. Setelah satu jam menunggu, kami mendengar tujuh mujahiddin yang ditugaskan untuk menyiasat melaungkan takbir di atas gunung. Laungan takbir tersebut memecahkan kesunyian malam.
Laungan takbir
Dengan rasa ingin tahu kami pun
mendapatkan mereka. Sampai di atas gunung, segera kami bertanya kejadian
sebenarnya. Sesaat kemudian seluruh Mujahidin bertakbir. Ternyata kami
menemukan kejadian yang mengejutkan, ratusan tentara Rusia telah
terpenggal.
Melihat keadaan tentara-tentara Rusia tersebut, kami beranggapan mayat mereka dipenggal dengan pedang yang begitu tajam, atau paling tidak mungkin dengan gergaji elektrik. Kami yakin tidak mungkin seorang manusia mampu melakukannya. Tambahan pula, tentera Russia terkenal dengan kecekapan dan kemahiran mereka dalam selok-belok peperangan.
Satu lagi kejadian aneh di mana senjata
api mereka iaitu Kalashinkov masih tergengam di tangan mereka dan tidak
sedikitpun mengalami kerosakan. Pisau-pisau dan senjata mereka yang lain
pun masih lagi elok.
Jumlah tentara Rusia yang terpenggal ada
sekitar ratusan orang. Melihat kepada hal sedemikian, kami menyedari
bahawa sesungguhya Allah telah mengirim para malaikat-Nya untuk menolong
kami. {2}
Allahuakbar. Dengan kisah ini diharapkan agar kita semua dapat
menerima pengajaran bahawa Allah sentiasa disisi kita dan pastinya akan
memberikan bantuan tatkala kita memerlukan. Marilah kita sama-sama
mendoakan kejayaan kepada saudara kita yakni para pejuang Hamas dan
orang-orang awam di Gaza sana.
_______________________________________
1. Sila lihat semula artikel Malaikat Jibril Dan Kudanya Dalam Perang Badar
2. Dipetik daripada buku “Karamah Mujahidin dari Masa ke Masa” oleh Abu Muhammad
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih