Wednesday

Tatu menyumbang kepada penyakit kanser | Sains&Hadis

David Beckham dengan tatu di tangannya
David Beckham with tatoos
hukum bertatu iaitu pembuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu adalah haram.

Tetapi sekarang nampaknya satu lagi sebab lain tidak lama lagi boleh ditambah ke dalam senarai yang semakin berkembang, iaitu tatu.

US Food and Drug Administration telah melancarkan penyiasatan selepas penyelidikan baru muncul dengan penemuan yang merisaukan iaitu ada bahan kimia toksik dalam dakwat tatu.

Kajian yang diterbitkan baru-baru ini telah mendapati bahawa dakwat boleh mengandungi pelbagai bahan-bahan yang tidak pasti, termasuklah beberapa phthalates, logam, dan hidrokarbon yang karsinogen dan pengganggu-pengganggu endokrin.

Satu bahan kimia yang biasa digunakan untuk membuat dakwat hitam tatu dipanggil benzo (a) pirena diketahui menjadi penyebab barah yang kuat yang menyebabkan kanser kulit dalam ujian pada haiwan.

Dakwat berwarna sering mengandungi plumbum, kadmium, kromium, nikel, titanium dan lain-lain logam berat yang boleh mencetuskan alahan atau penyakit, ahli sains berkata.

Beberapa pigmen itu adalah dakwat pewarna gred industri yang sesuai untuk pencetak atau cat kereta, mengikut lembaran fakta FDA.

Kini FDA telah melancarkan siasatan terhadap keselamatan jangka panjang dakwat itu, termasuk apa yang berlaku apabila mereka rosak dalam badan atau pudar dari pendedahan cahaya.

[Daily Mail , Unikversiti]

  1. Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan bahawa bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya bermaksud : 

  2. Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya”. (Riwayat al-Thabrani)

  3. Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim menyatakan bahawa hukum bertatu adalah haram kerana perkataan laknat dalam hadith Rasulullah S.A.W. menunjukkan pengharaman perbuatan tersebut. Di samping itu juga, tempat yang ditatu tersebut akan menjadi najis.


No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...