Saturday
Mengapa Dr. Muhammad Mursi dan Mesir tidak menyerang Israel?
Respon terhadap soalan2 fames di page @Dr. Muhammad Mursi [Presiden Mesir] :
Soalan :
"Mengapa Dr. Muhammad Mursi dan Mesir tidak menyerang Israel? Apa tindakan Dr. Mursi? Kenapa Mursi tidak menghantar tentera Mesir ke Israil?"
Jawapan :
Sebelum menjawab lanjut, saya ingin memaklumkan tentang beberapa tindakan Presiden Mesir terhadap isu ini:
(1) Beliau telah membuat panggilan telefon kepada pemimpin-pemimpin dunia. Dia menyatakan pendirian mesir yang "Tidak dapat menerima pencerobohan Israil terhadap bumi GAZA". Antara yang dihubunginya adalah :
- Presiden Amarika Barack Obama
- Presiden Perancis Francois Hollande
- Presiden Rusia
- Presiden Argentina
- Presiden Turki
- Presiden Sudan Omar Basyir
- Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma
- Perdana Menteri Britain
- Perdana Menteri Itali
- Perdana Menteri Turki Racep Tayyib Erdogan
- Raja Arab Saudi Raja Abdullah bin Abdul Aziz
- Pemimpin Kuwait Syeikh Sabah Al-Ahmad
- dan lain-lain
(2) Beliau telah menghantar Perdana Menteri Mesir Dr. Hisyam Qindil bagi mewakili Mesir untuk menyatakan sokongan, dokongan, serta menyalurkan bantuan kecemasan.
(3) Beliau telah mengarahkan pintu Rafah dibuka seluas-luasnya bagi menerima pesakit atau orang yang tercedera dari Gaza masuk ke Mesir.
- Kembali kepada jawapan: Dr. Muhammad Mursi bukanlah seorang pemimpin yang bodoh. Beliau merupakan Presiden PERTAMA yang dilantik secara rasmi oleh rakyat, manakala presiden2 sebelum ini dilantik melalui penggulingan kuasa dan kekejaman.
Pandangan saya, beliau tidak menghantar secara drastik tentera ke israil tanpa sebarang persediaan. Jika beliau hantar, kemungkinan beliau akan dimusuhi oleh seluruh dunia. Justeru itulah beliau mewujudkan hubungan dunia dahulu melalui panggilan-panggilannya. Supaya dunia faham akan tindakannya sekarang, nanti, dan akan datang.
Hakikatnya, Dr. Muhammad Mursi bukanlah seorang yang gemar duduk di kerusi-kerusi empuk, melihat wayang-wayag taalivison, kemudian tertidur pula dalam persidangan. Beliau adalah pemimpin yang 'Take Action' atas isu dan masalah.
Persoalannya: Beliau telah melakukan apa yang beliau rasakan ia sesuai ketika ini, namun apa yang kita telah lakukan??
Yang akan ditanya pada kita di akhirat nanti bukanlah tindakan Dr. Muhammad Mursi, tetapi kita akan ditanya tentang apakah tindakan kita?
Allah Taala berkata :
(Maksudnya)
"Bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan."
[Al-Baqarah: 134]
page : https://www.facebook.com/
via : Syihabudin Ahmad
IKRAM Mesir 2012
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih