Sunday
Memasak dapat Jauhi Alzheimer
Menurut pakar perubatan di Pusat Perubatan Universiti Rush,Chicago,Amerika Syarikat,Dr.Aron Buchman,individu yang kerap melakukan aktiviti seperti mencuci pinggan,memasak dan membersihkan rumah bukan sekadar menyihatkan badan malah kurang berisiko menghidap Alzheimer sehingga usia 45 peratus.
Penyelidikan itu dilakukan terhadap 716 individu.Hasilnya mendapati mereka yang kurang aktif lebih terdedah kepada penyakit Alzheimer berdasarkan ujian tahap memori serta kemampuan berfikir mereka.
gambar sekadar hiasan
"Mereka yang menjaga berat badan,makan ikan yang kaya dengan protein selain tidak merokok juga terhindar mendapat penyakit yang berkaitan otak itu kata Buchman.
“Aku bertanya kepada Aisyah: “Apa yang Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam kerjakan di rumah? Aisyah menjawab: “Baginda sentiasa melayani isterinya yakni membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Maka apabila masuk waktu sembahyang Bagindapun keluar untuk sembahyang (ke masjid)”.(Hadis riwayat Al-Bukhari)
Dari Abu Dzarr radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Wahai Abu Dzarr, jika engkau memasak masakan berkuah, maka perbanyaklah kuahnya & perhatikanlah tetanggamu.” (HR Muslim)
Dan juga dlm riwayat Muslim, dari Abu Dzar, dia berkata: “Sesungguhnya
kekasihku berpesan kepadaku: ‘Jika engkau memasak masakan berkuah,
perbanyaklah kuahnya, kemudian lihatlah anggota keluarga dari
tetanggamu, maka berikanlah kepada mereka dgn baik.’”
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memutuskan supaya Fatimah berperanan melakukan tugas-tugas dalaman, sementara Ali berperanan melakukan tugas-tugas luar. Maksud tugas-tugas dalaman ialah membuat tepung, memasak, menyapu dan semua kerja rumah. (Fath Al-Bari: 10/635)
Fatimah
Az-Zahra adalah salah seorang puteri Nabi iaitu penghulu segala wanita.
Sebagai isteri kepada Saiyidina Ali bin Abi Talib, beliau turut serta
memberi khidmat kepada suaminya dan melakukan sendiri kerja-kerja memasak,
membuat tepung, mengadun, membuat roti dan mengisar tepung.
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan
untuk membuat kebajikan dan bertaqwa”
carian anda:individu berisiko alzheimer
carian anda:individu berisiko alzheimer
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih