Showing posts with label Rahsia Solat. Show all posts
Showing posts with label Rahsia Solat. Show all posts
Sunday
Keistimewaan Solat Subuh dari Perspektif Sains&Hadis
Tubuh kita memiliki ritma sirkadian iaitu ketika waktu transisi antara pukul tiga pagi sehingga 12 tengah .Ketika itu terjadinya peningkatan kadar hormon noradrenalin yang meningkatkan tekanan darah,menyempitkan saluran darah dan meningkatkan agregasi trombosit iaitu sifat trombosit melekat.Ada kajian yang menyebutkan,kemuncak kejadian serangan jantung biasanya terjadi antara jam enam pagi hingga 12 tengah hari.Ketika itu terjadi peningkatan tonus simpatis dan pada masa yang sama terjadi penurunan kerja saraf parasimpatis.
Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.anhu bahawasanya nabi s.a.w bersabda:
“ Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah akan mendapat pahala seolah-olah bangun separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah akan mendapat pahala bangun sepenuh malam.[ HR Imam Muslim]
"Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya(solat isyak dan subuh berjemaah di masjid),nescaya mereka mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak"-Direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim
Kesan daripada peningkatan simpatis ini menghasilkan apa yang dikenali sebagai keadaan 'fight of flight effect'.Keadaan di mana tubuh bersiap sedia menghadapi ancaman.Secara klinikal,kesan peningkatan tonus sympatis ini ditandakan dengan peningkatan frekuensi denyutan jantung.Frekuensi ini menyebabkan sensasi berdebar-debar,kenaikan tekanan darah,penurunan aliran darah pada tempat-tempat yang tidak diperlukan bagi reaksi bersiap sedia seperti kulit sehingga kelihatan pucat,saluran pencernaan dan otot jantung.
Dr.Barita S.,yang menulis artikel Hubungan solat subuh dengan pencegahan kesihatan jantung,memetik penemuan ilmuwan dan pemenang anugerah Nobel,Dr Louis Ignarro dan Dr.Murad mengenai bahan kimia yang berada pada sel bahagian dalam saluran darah yang mampu mengembangkan dan melebarkannya,yang disebut nitrit oksida(NO.)Zat NO ini selalu dikeluarkan oleh tubuh kita,walaupun dalam keadaan istirahat dan tidur sekalipun.Namun pengeluarannya dapat ditingkatkan oleh ubat antara lainnya oleh ubat golongan nitrat-isosorbitdinitrat.
Ternyata NO juga dapat ditingkatkan dengan pergerakan aktif dan senaman.Kesan NO yang lain adalah mencegah kecenderungan darah membeku dengan cara mengurangkan sifat agregasi trombosit pada darah kita bangun tidur pada pagi buta dan bergerak ketika hormon noradrenalin masih berada dalam tubuh kita mampu memberikan pengaruh yang baik.Ini dapat mencegah penyakit jantung dan kardiovaskular dengan melakukan suatu mekanisme pengimbangan.
"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak." (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang pergi ke masjid atau pulang,sesungguhnya Allah menyediakan untuknya rumah di syurga setiap kali pergi dan pulang."(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang pergi ke masjid atau pulang,sesungguhnya Allah menyediakan untuknya rumah di syurga setiap kali pergi dan pulang."(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)
Naiknya kadar NO dalam darah kerana bergerak dan menjalankan aktiviti antara lainnya berwuduk,solat sunat dan wajib,tambahan disertai berjalan ke masjid bertindak sebagai perlindungan kepada sistem kardiovaskular.Lebih baik lagi apabila selesai solat subuh dilakukan sedikit senaman.
Penting juga diketahui bahawa posisi rukuk dan sujud adalah posisi yang meningkatkan tonus parasimpatis.Sistem saraf parasimpatis yang keluar daripada tulang ekor.Parasimpatis ini juga dikenali dengan istilah saraf cranio-sacral.Dalam posisi rukuk dan sujud terdapat pergerakan seperti mengejan yang memacu kerja sistem saraf parasimpatik.Mampu mengimbangi kesan tonus simpatis.Ini biasa dilakukan oleh manusia dan beberapa jenis haiwan seperti kucing dan anjing selepas bangun dari tidur secara nalurinya akan membuatkan badan agak mengejan dengan cara meregangkan tubuhnya.
سبحان الله!!!Ada hikmah disebaliknya~
Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan salat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk." [At-Taubah: 18]
artikel berkaitan:Keajaiban Posisi Rukuk Sains&Al-Quran/Hadis
Tuesday
Solat dan Keseimbangan Cas Pada Tubuh
(gambar sekadar hiasan)
Menurut Dr.HM Tuah(2004),dalam bukunya ‘Membina Jati Diri Gemilang’,tubuh manusia yang normal mengandungi cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif dalam bilangan yang sama.Proses pembakaran tenaga berlaku apabila manusia melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti berjalan,berlari,bekerja dan sebagainya.Pada masa yang sama,berlaku juga pertukaran cas antara cas positif dan cas negatif yang akhirnya menyebabkan ketidakseimbangan cas pada tubuh.Akibat ketidakseimbangan ini tubuh akan berasa letih dan tidak bertenaga.
Hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Dirikanlah saf kamu dan dekatkanlah bahu kamu dan isilah celah kosong dan janganlah membiarkan ada celah untuk syaitan.Sesiapa yang menyambung sebuah saf,Allah akan menyambungkannya dan sesiapa yang memotong,maka Allah pun akan memotongnya."
Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda;
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang - orang yang menyambung saf - saf"
(hadith ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)
Kajian yang dilakukan oleh seorang pakar fizik dari Amerika Syarikat mendapati solat berjemaah lima waktu dengan bilangan rakaat yang berlainan antara satu solat dengan solat yang lain boleh menyeimbangkan cas berkenaan(solat berjemaah).Sentuhan antara makmum dalam solat berjemaah dapat menyeimbang atau meneutralkan cas dalam tubuh.Inilah keajaiban tubuh manusia kerana dapat mengalirkan cas elektrik sepertimana berlaku dalam litar elektrik.Melalui sentuhan ini,cas yang berlebihan dalam tubuh akan dikeluarkan sementara cas yang kurang akan ditarik ke dalam tubuh sehingga keseimbangan cas berlaku dan tubuh kembali ke tahap normal.Inilah salah satu kelebihan solat berjemaah yang dapat mengambalikan kesegaran dan menjadikan makmum lebih bertenaga.
Firman Allah s.w.t.: "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan Allah dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang kukuh"(Ash-Shaff:4)
Diriwayatkan dari Jabir bin Samirah ia berkata, “Rasulullah bersabda, “Tidakkah kalian
ingin berbaris, sebagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb mereka.” Maka
kami bertanya, “Bagaimanakah para malaikat berbaris di hadapan Rabb?’ Beliau
menjawab, “Mereka menyempurnakan barisan yang depan dan saling merapat di dalam
saf.” (Hadis Riwayat Muslim)
ingin berbaris, sebagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb mereka.” Maka
kami bertanya, “Bagaimanakah para malaikat berbaris di hadapan Rabb?’ Beliau
menjawab, “Mereka menyempurnakan barisan yang depan dan saling merapat di dalam
saf.” (Hadis Riwayat Muslim)
Ketika tidur pada waktu malam,cas positif dan negatif dalam tubuh hamper seimbang.Keseimbangan penuh dicapai melalui solat berjemaah waktu subuh sebanyak dua rakaat.Pada waktu pagi hingga tengah hari,cas di dalam badan menjadi tidak seimbang apabila kita bekerja dan melakukan aktiviti harian.Solat berjemaah pada waktu zuhur sebanyak empat rakaat memberi peluang untuk menyeimbangkan semula bilangan cas di dalam badan.
Pada waktu tengah hari hingga awal petang apabila aktiviti pekerjaan disambung semula,ketidakseimbangan cas berlaku sekali lagi dan ia dapat diseimbangkan melalui solat asar sebanyak empat rakaat.Pada sebelah petang dan awal malam hanya sedikit sahaja aktiviti dapat dilakukan.Ketidakseimbangan cas dalam tubuh berlaku dan rapat dipulihkan semula melalui solat maghrib berjemaah sebanyak tiga rakaat.
Biasanya antara waktu maghrib dan isyak tiada aktiviti yang memerlukan banyak tenaga dilakukan.Jadi,cas dalam tubuh hampir seimbang.Solat isyak berjemaah sebanyak empat rakaat akan menstabilkan cas dan memberikan tenaga tambahan untuk beribadat pada waktu malam.
RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Solat berjemaah lebih afdal (utama) daripada solat bersendirian dengan 27 kali ganda.” – (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Solat berjemaah lebih afdal (utama) daripada solat bersendirian dengan 27 kali ganda.” – (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
DOWNLOAD pdf English version : miracle of electricity in body
artikel berkaitan:Solat Jumaat Menyebabkan Seorang Yahudi Iskandariah Memeluk Islam
carian anda: cas elektrik dalam badan manusia,cas elektrik dalam tubuh badan,
carian anda: cas elektrik dalam badan manusia,cas elektrik dalam tubuh badan,
Sunday
Spektrum Warna di Waktu Solat
Nabi SAW bersabda. Ertinya : “Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam.” ( Hadith shohih riwayat Al-Bukhari)
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
* * *
SUBUH
Waktu solat subuh adalah dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari.
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
ZUHUR
Waktu solat zuhur adalah dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda seperti kayu panjang itu sama betul panjangnya dengan kayu tersebut.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
ASAR
Waktu solat asar adalah dimulai setelah waktu Zuhur tamat, iaitu ketika bayangan sesuatu benda seperti kayu panjang, sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah matahari terbenam.
Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)
MAGHRIB
Waktu solat mahgrib adalah dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang dan tidak kelihatan.
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
ISYA
Waktu solat isyak adalah dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq iaitu subuh.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
* * *
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.
Disalin dari PAUTAN
Thursday
Postur Berdiri Lurus
Postur berdri tegak,tenang,seimbang dan mantap adalah postur yang natural.berdiri tegak dan lurus ini menjadikan titik tumpuan beban tubuh tertumpu kepada edua telapak kaki secara seimbang.Secara ortopedik rutin ini melatih kekuatan tulang pada kaki dan ekstremiti bawah menerima dan menampung beban tubuh secara rutin.Penyusutan kepadatan pada pangkal tulang paha orang tua yang sering terjadi.Proses degeneratif menjadi penyebab retakan osteoporis. Pada usia yang lanjut proses katabolisme lebih mudah berlaku dan menyebabkan tulang lebih rapuh.Tulang belakang warga tua kelihatan lebih membongkok,vertebra menjadi lemah dan Memendek sehingga kita sering melihat warga tua menjadi lebih pendek berbanding usia mudanya.
Tulang kita adalah hasil daripada dua proses iaitu anabolisme iaitu pembentukan dan
katabolisme iaitu pemecahan.Pada usia yan muda proses anabolisme meningkat
sehingga tulang menjadi panjang dan makin kuat.Kekuatan-kekuatan tulang itu adalah
hasil daripada dua kegiatan iaitu penekanan dan penarikan oleh otot dan tendon yang melekat
pada tulang,Ini menghasilkan gerakan membengkokkan anggota atau dipanggil fleksi serta
meluruskan anggota yang dipanggil estensi
Arus elektrik dengan kutub yan berbeza berjalan pada sisi tulang mempengaruhi distribusi
fungsi sel seperti anabolisme dan katabolisme sel-sel tulang.Arus ini menentukan banyak
daripada aspek ativiti sel.Kajian membuktikan,terdapat pengurangan arus eletrik ini pada
orang yang berehat terlalu lama ataupun yang malas bergerak.Pergerakan arus eletrik
mampu menyebabkan tulang menjadi lebih nipis dan lemah.Contohnya angkasawan yang
lama berada di angkasa lepas di mana tiada tarikan graviti mendapati ototnya menjadi
lemah dan tulangnya semakin nipis sehingga tidak mampu menahan beban graviti bumi
Berdiri lurus dalam solat melambangkan huruf Alif (ا), ruku’ melambangkan huruf Ha (ح), sujud melambangkan huruf Mim (م), dan duduk (د) melambangkan huruf Dal. Ia akhirnya membentuk perkataan Ahmad dalam tulisan Arab, nama Nabi Terakhir yang membawa Perjanjian Terakhir.
احمد = ا + ح + م + د = Ahmad
Ketahuilah bahawa Ahmad ialah salah satu nama lain bagi Nabi Muhammad s.a.w. dan mengikut sejarah, ibunya Aminah mahu namakan anaknya itu dengan nama Ahmad, tetapi kemudian datuknya Abdul Mutalib memberikannya nama Muhammad.
Sunday
Solat dan Penglihatan Sains&Al-Quran/Hadis
Dalam solat tumpuan mata ke satu titik iaitu tempat sujud ketika berdiri,rukuk,iktidal dan sujud menyamai teknik senaman otot mata ini.Proses ini diulang-ulang dalam rakaat yang berikutnya sama ada dalam solat fardu atau solat sunat.Semakin kerap dan semakin lama tempoh sesuatu solat itu dikerjakan,semakin lama otot mata kita bersenam dan keadaan ini baik untuk penjagaan atau rawatan mata.
Burung helang diciptakan Allah S.W.T dengan saiz mata yang kecil berbanding manusia tetapi penglihatannya cukup peka dan tajam.Jarak penglihatan burung helang adalah 3500 meter berbanding manusia normal hanya 500 meter.Bagi manusia yang rabun jauh jarak penglihatannya adalah kurang daripada 500 meter.Sejak dahulu lagi iaitu awaltahun 1900 manusia telah mengamalkan teknik senaman otot mata sebagai rawatan untuk mengubati penyakit mata seperti rabun jauh.Ternyata kaedah rawatan ini amat berkesan.
Pengasas teknik senaman mata ini ialah Dr.Bates.Dr Yusof Abbas(2007) dalam bukunya 'Bio -mekanik Solat' menerangkan bahawa asas kepada teknik ini adalah mata yang ditumpukan ke satu titik fokus di atas sekepeping kertas.Titik fokus diletakkan di hadapan mata pada jarak sama dengan ketinggian individu berkenaan.Pesakit yang rabun ini dikehendaki memandang tepat pada titik fokus untuk beberapa seketika.
Jarak kertas akan didekatkan pada mata pesakit dan pesakit diminta terus memandang titik dokus pada kertas tersebut pada tempoh masa yang tertentu.Akhirnya jarak kertas dikembalikan ke jarak asal.Dengan kaedah yang sama kertas ini diletakkan di bahagian kiri-kanan dan atas-bawah mata.Langkah ini di atas diulang-ulang pada masa lain dan pesakit dikehendaki memandang titik fokus pada kertas tersebut dalam tempoh yang agak lama.
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu, dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka; dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim.
(Al-Baqarah 2:145) | <Embed> | English Translation
Even if thou wert to bring to the people of the Book all the Signs (together), they would not follow Thy Qibla; nor art thou going to follow their Qibla; nor indeed will they follow each other's Qibla. If thou after the knowledge hath reached thee, Wert to follow their (vain) desires,-then wert thou Indeed (clearly) in the wrong
Even if thou wert to bring to the people of the Book all the Signs (together), they would not follow Thy Qibla; nor art thou going to follow their Qibla; nor indeed will they follow each other's Qibla. If thou after the knowledge hath reached thee, Wert to follow their (vain) desires,-then wert thou Indeed (clearly) in the wrong
Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat kekiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu,selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).
jarak penglihatan manusia
Wednesday
Keajaiban Posisi Rukuk Sains&Al-Quran/Hadis
Solat khusyuk dapat menenteramkan jiwa dan mengelurkan hormon yang bersifat menghilangkan rasa sakit seperti a-endorfin.Hormon ini adalah berbentuk morfin endogen yang memberikan rasa nyaman.Hormon ini senang dikeluarkan dan dilepaskan dengan banyak ke dalam liquor caerebrospinal.Posisi rukuk dan sujud ibaray mendistribusikan hormon-hormon morfin endogen itu ke setiap bahagian tubuh.Gerakan ini meregangkan ruas antara tulang belakang dengan manipulasi aliran cairan otak iaitu liquor caerebrospinal yang berada di dalamnya.Peregangan rangka tulang belakang menjaga kelenturan,kesempurnaan posisi dan fungsi tulang belakang sebagai penyangga tubuh.Pusat saraf serta melancarkan aliran cairan tulang belakang yang mendistribusikan analgestik endogen,hormon yang memiliki kesan 1000 kali ganda morfin sintenik.
Manipulasi hemodinamik pula terjadi kerana posisi jantung pada kedudukan yang sejajar dengan otak.Dengan itu aliran darah tertumpu pada bahagian tengah tubuh.Tangan yang tertumpu pada lutut pula berfungsi meregangkan dan merelakskan otot-otot dari bahu sehingga ke bawah.Posisi rukuk,terutama ketika terjadi peralihan menuju iktidal juga memberi tekanan pada pundi kencing oleh tulang belakang dan tulang kemaluan bagi melancarkan proses membuang air kecil dan mencegah gangguan prostat.Pada saat kedudukan rukuk,tubuh berada dalam posisi sudut 90 darjah.Postur ini menjaga kesempurnaan posisi dan fungsi tulang belakang sebagai penyangga tubuh dan pelindung sistem saraf serta mengurangkan tekanan antara tulang-tulang belakang.
Dari sudut fisiologi,keadaan ini mampu melancarkan pergerakan sendi dan mengelak penyakit sendi.
1) وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ
( سورة البقرة 43)
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
Rukuk adalah rukun fi’li yang kelima, dalam rukuk ini disyaratkan tamakninah malah dikira sebagai satu rukun. Di sinilah kadang-kadang kita lihat mereka rukuk dalam keadaan tidak tamakninah. Untuk menjadikan rukuk itu tenang (tamaninah) Rasulullah SAW dalam solatnya meletakkan kedua telapak tangan di atas lutut. (HR Bukhari dari Sa'ad bin Abi Waqqash).
Hadis Malik bin Huwairis r.a: Diriwayatkan daripada Abu Qilabah r.a katanya: Dia pernah melihat Malik bin Huwairis sembahyang. Beliau memulakannya dengan bertakbir serta mengangkat kedua tangannya. Apabila dia ingin rukuk, dia mengangkat kedua tangannya. Begitu juga apabila dia bangkit dari rukuk, dia mengangkat kedua tangannya. Setelah selesai dia menceritakan bahawa itulah cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w
Hadis Abu Hurairah r.a: Diriwayatkan daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman r.a katanya: Bahawa Abu Hurairah sembahyang mengimami para sahabat. Beliau bertakbir setiap kali turun dan bangkit semasa sembahyang. Sebaik sahaja selesai, beliau terus berkata: Demi Allah, sesungguhnya aku melakukannya adalah berdasarkan kepada apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w
Behold! We gave the site, to Abraham, of the (Sacred) House, (saying): "Associate not anything (in worship) with Me; and sanctify My House for those who compass it round, or stand up, or bow, or prostrate themselves (therein in prayer)
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): "Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang).
(Al-Hajj 22:26) | <Embed> | English Translation Behold! We gave the site, to Abraham, of the (Sacred) House, (saying): "Associate not anything (in worship) with Me; and sanctify My House for those who compass it round, or stand up, or bow, or prostrate themselves (therein in prayer)
Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
(Al-Hajj 22:77) | <Embed> | English Translation O ye who believe! bow down, prostrate yourselves, and adore your Lord; and do good; that ye may prosper.
"Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk ".
(A-li'Imraan 3:43) | <Embed> | English Translation
"O Mary! worship Thy Lord devoutly: Prostrate thyself, and bow down (in prayer) with those who bow down."
your search:kelebihan posisi rukuk,hikmah rukuk,keajaiban posisi rukuk,kesan rukuk,
Tuesday
Keajaiban Posisi Sujud Sains&Al-Quran/Hadis
Sujud yang wajib sebanyak 34 kali dalam sehari menjamin aliran darah ke otak,khususnya darah di saluran vena.Ini menyebabkan pengembalian darah menuju ke jantung lebih mudah.Ini mengakibatkan kekuatan kontraksi dan degupan jantung meningkat sehingga dapat mencegah strok.Seperti limfatik,saluran vena tidak memiliki kekuatan kontaksi internal bagi mengepam darah.Berbeza dengan saluran arteri yang memiliki kemampuan kontraksi pada dindingnya.Oleh itu aliran darah dalam vena juga dibantu oleh posisi tubuh dan kontraksi otot.
Kontraksi daripada otot-otot rangka yang membantu pergerakan darah di dalam saluran vena meringankan beban kerja jantung mengepam darah.Jantung kita yang berdenyut 70 hingga 80 kali setiap minit perlu dijaga.Tidak perlu terus-menerus membebaninya dengan kerja yang berlebihan.Apabila mencapai 80 tahun bererti jantung sudah berdetik 3 juta kali tanpa istirahat.Oleh itu,dalam aspek ini posisi sujud menyumbang kepada jantung yang sihat.
Dr.Tawfiq Elwan,profesor Fakulti Perubatan Universiti Alexandria,Mesir,melakukan kajian kepada gerakan solat yang berpengaruh dalam pencegahan penyakit Varises ataupun pelebaran abnormal saluran darah vena di kaki.
Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.
Dengan kajian yang teliti kepada penekanan dinding vena saphena pada sendi pergelangan kaki,Dr Tawfiq menemui penurunan tekanan kali selama sujud.Penurunan itu memberi kesempatan bagi vena yang mengalami tekanan sepanjang hari selama posisi berdiri beristirahat penuh.Posisi sujud membuatkan peredaran darah memiliki arah yang sama dengan kesan graviti dan mengurangkan sehingga 80 kali tekanan vena pada saluran darah vena kaki.Kedudukan sujud juga membetulkan janin dalam rahim.Ibu-ibu hamil yang memiliki kelainan kedudukan janin pada trismester kedua kehamilan biasanya masih dapat dibetulkan semula dengan melakukan posisi sujud setiap hari.
Seluruh berat badan tertanggung secara maksimum di atas otot-otot kedua-dua tangan, dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Sedia maklum, bahawa aktiviti fizikal rukuk dilaksanakan dua kali secara berturut diselangi dengan iftirasy; berlaku pergerakan sejumlah besar otot-otot di dada, bahu, lengan, perut, punggung, paha, kaki bahagian bawahan dan otot-otot lain. Anggota-anggota badan iaitu kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut, kedua-dua tapak kaki dan kepala (dahi dan hidung) berkoordinasi secara aktif ketika sujud. Hal ini akan meningkatkan kecergasan semula jadi manusia.
Dalam bukunya 'The Brain Book',Peter Russell melaporkan bahawa kedudukan kepala di bawah meningkatkan kemampuan otak sebanyak 7% lebih cepat dan 14% lebih tepat.Win Winger di dalam bukunya 'How to Increase Your Intelligence' mengatakan kemampuan otak meningkat pada kedudukan kepala di bawah disebabkan peningkatan oksigen.Kajian lain yang dilakukan Ng Siew Cheok(2008) ,mendapati solat meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara,memperkuatkan kuasa otak,menyediakan otak untuk menghadapi sesuatu cabaran dan rangsangan.
________________________________________________________________________________
Dengan kajian yang teliti kepada penekanan dinding vena saphena pada sendi pergelangan kaki,Dr Tawfiq menemui penurunan tekanan kali selama sujud.Penurunan itu memberi kesempatan bagi vena yang mengalami tekanan sepanjang hari selama posisi berdiri beristirahat penuh.Posisi sujud membuatkan peredaran darah memiliki arah yang sama dengan kesan graviti dan mengurangkan sehingga 80 kali tekanan vena pada saluran darah vena kaki.Kedudukan sujud juga membetulkan janin dalam rahim.Ibu-ibu hamil yang memiliki kelainan kedudukan janin pada trismester kedua kehamilan biasanya masih dapat dibetulkan semula dengan melakukan posisi sujud setiap hari.
Seluruh berat badan tertanggung secara maksimum di atas otot-otot kedua-dua tangan, dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Sedia maklum, bahawa aktiviti fizikal rukuk dilaksanakan dua kali secara berturut diselangi dengan iftirasy; berlaku pergerakan sejumlah besar otot-otot di dada, bahu, lengan, perut, punggung, paha, kaki bahagian bawahan dan otot-otot lain. Anggota-anggota badan iaitu kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut, kedua-dua tapak kaki dan kepala (dahi dan hidung) berkoordinasi secara aktif ketika sujud. Hal ini akan meningkatkan kecergasan semula jadi manusia.
Dalam bukunya 'The Brain Book',Peter Russell melaporkan bahawa kedudukan kepala di bawah meningkatkan kemampuan otak sebanyak 7% lebih cepat dan 14% lebih tepat.Win Winger di dalam bukunya 'How to Increase Your Intelligence' mengatakan kemampuan otak meningkat pada kedudukan kepala di bawah disebabkan peningkatan oksigen.Kajian lain yang dilakukan Ng Siew Cheok(2008) ,mendapati solat meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara,memperkuatkan kuasa otak,menyediakan otak untuk menghadapi sesuatu cabaran dan rangsangan.
________________________________________________________________________________
- Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
- Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- Melegakan sakit hernia.
- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- Meringankan bahagian pelvis.
- Memberi dorongan supaya mudah tidur.
- Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
- Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
- Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
- Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
- Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
- Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
- Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
__________________________________________________________________________________
Allah ta’ala berfirman :
وَاسْجُدْ وَاقْتَرِبْ
“Dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan)”.QS. Al-‘Alaq : 19.
وقال صلى الله عليه وسلم : “أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد؛ فأكثروا الدعاء”
Dan telah bersabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam : “Waktu yang paling dekat antara seorang hamba dengan Rabbnya adalah saat ia sujud. Oleh karena itu, perbanyaklah doa”[Diriwayatkan oleh Muslim no. 482]
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : “نُهيت أن أقرأ القرآن راكعاً، أو ساجداً؛ فأما الركوع فعظموا فيه الرب، وأما السجود فاجتهدوا فيه بالدعاء؛ فإنه قمن أن يستجاب لكم”
Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam : “Aku dilarang untuk membaca Al-Qur’an ketika rukuk atau sujud. Adapun ketika rukuk, agungkanlah Allah oleh kalian di dalamnya; dan ketika sujud, bersungguh-sungguhlah kalian di dalamnya untuk berdoa karena (pada waktu itu) layak bagi (doa) kalian untuk dikabulkan”.[Diriwayatkan oleh Muslim no. 479.]
يَوْمَ يُكْشَفُ عَن سَاقٍ وَيُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ فَلَا يَسْتَطِيعُونَ
( سورة القلم 42)
(Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat) dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya;
خَاشِعَةً أَبْصَارُهُمْ تَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌ ۖ وَقَدْ كَانُوا يُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ وَهُمْ سَالِمُونَ
( سورة القلم 43)
Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.
"Abu ad-Darda' pernah berkata,'Sesungguhnya,aku sering mendoakan 70 orang saudaraku dalam sujudku.Aku sebut nama-nama mereka'(sila rujuk Ibnu Qayyim al-Jauziyyah,ar-Ruh,m.s160)
_________________________________________________________________________________
"darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada masa seseorang itu dalam keadaan sujud"
Seorang doktor di Amerika telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Seorang doktor di Amerika telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan pengubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan “Pengubatan Melalui Al-Quran”.
Kajian pengubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatannya bersesuaian apa yang terdapat di dalam Al-quran. Diantara cara-cara yang digunakan adalah berpuasa, mengunakan madu, biji hitam (blackseed) dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam urat manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan waktu cukup lama, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada masa seseorang itu sedang dalam keadaan sujud.Sebab itulah kitab wajib solat 5 waktu. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa saat saja. Yakni, darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar Solat waktu yang diwajibkan oleh Islam.
Columbia University State pernah melakukan penelitian tentang otak. Ternyata, di otak terdapat sebuah bahagian yang tidak dialiri darah. Tapi, bahagian tersebut dapat dialiri darah bila kita melakukan gerakan khusus seperti sujud yang dilakukan pada waktu-waktu tertentu.
Walaupun tidak menyebutkan secara jelas tentang waktu-waktu tersebut, tapi waktu-waktu tersebut berada sekitar Solat Lima Waktu yang kita (Umat Islam) lakukan setiap hari. Kesan dari dialiri-nya bahagian dari otak tersebut adalah dapat menjadikan otak bekerja secara maksima. Sehingga, kemampuan otak dalam bekerja (seperti, menghitung, menghafal, belajardan lain-lain) boleh lebih baik dan tentunya menambah kecerdasan otak kita.
__________________________________________________________________________
sekian terima kasih,mohon sebarkan : D
carian anda : kologiarian anda:kelebihan sujud ,hikmah sujud,why muslim people sujud?,rahsia sujud,keajaiban sujud,rahsia sebalik sujud,faedah sujud,benefit of sujud,kesan positif sujud,sujud dari sudut psikologi us university kajian sujud posisi untuk orang senggugut us university kajian sujud salur darah ketika sujud sujud melancarkan peredaran darah





