Friday

Bahasa badan berikan keselesaan


Bahasa badan dikenali sebagai cara tersembunyi untuk meluahkan sesuatu. HAZRIL MDNOR dapati kajian dari Amerika Syarikat menunjukkan kelebihan teknik ini berbanding cara lain yang biasa digunakan
Banyak sekali perkara yang boleh memberikan impak hubungan antara pasangan. Seperti yang kita tahu, penggunaan kata dan perkataan boleh mempengaruhi bagaimana sesuatu hubungan boleh bertahan lama atau tidak. Contohnya boleh dilihat apabila penggunaan ayat yang kasar selalu mengakibatkan keretakan dalam hubungan. 
Ramai anak muda sukar mengenal pasti bahasa badan yang dipamerkan. Kadangkala tidak perasan langsung sehingga boleh menyebabkan salah faham. Memerhatikan bahasa badan yang digunakan pasangan sebenarnya boleh menyelamatkan hubungan anda dan pada masa yang sama meningkatkan persefahaman. 

Percaya atau tidak, bahasa badan terbukti boleh memberikan impak yang lebih besar pada hubungan yang terjalin berbanding teknik seperti kata-kata manis ataupun ayat cinta. Jika anda seorang yang selalu kerap menggunakan bahasa badan, ketahui bahawa ada kesan yang tersembunyi di sebalik teknik itu. Penulis senaraikan beberapa teknik yang boleh anda amalkan.
Foto

1. Kajian mendapati individu yang duduk lebih tinggi daripada pasangan sambil meletakkan kaki ke atas paha ataupun merehatkan tangan di bahagian tengkuk menunjukkan kedudukan yang lebih berkuasa. Dengan erti kata lain. mereka yang lebih gemar berada dalam keadaan ‘postur’ rendah seperti duduk dengan gaya biasa sebenarnya adalah seorang yang pasif.

2. David B Givens, seorang penulis di majalah Cosmopolitan pula mendapati seseorang yang ingin meluahkan kata-kata harus melalui proses di mana otak akan memberikan mesej pada bibir dan lidah untuk mengukir kata-kata yang akan diucapkan. Oleh itu, apabila anda mendapati pasangan sedang membuat bentuk bibir menguncup, ia bermakna si dia sudahpun memikirkan sesuatu sebelum berpeluang mengatakan apa yang difikirkan itu. 

3. Pasangan yang melakukan teknik bahasa badan lebih ‘terbuka’ boleh meningkatkan kepercayaan antara satu sama lain. Contohnya, senyuman yang berpanjangan dan isyarat menggunakan tapak tangan adalah teknik yang lebih berkesan berbanding penggunaan kata-kata semata-mata. 

4. Salah satu cara untuk menunjukkan minat dan fokus pada seseorang ialah melalui isyarat mata dan kedudukan. Mengekalkan ‘eye contact’ dan menghadapkan badan anda pada individu yang bercakap adalah salah satu cara untuk melambangkan diri anda berminat untuk memasang telinga bagi mendengar apa yang diperkatakan. 

5. Ingat untuk elakkan diri anda daripada menunjukkan ‘postur’ seperti menyilangkan tangan atau kaki ketika mendengar kerana ia boleh memberikan isyarat seolah-olah ingin mereka menjauhkan diri daripada anda. 

6. Apabila timbulnya pergaduhan, ramai yang mencadangkan untuk berdiam diri bagi memulihkan keadaan. Ia berkesan tapi cuba pula teknik baru ini iaitu memegang tangan pasangan anda. Selain itu, melakukan sentuhan secara fizikal boleh menguatkan hubungan. Sentuhan meningkatkan kadar pengeluaran ‘oksitoksin’ yang meningkatkan elemen kepercayaan dan menurunkan hormon kortisol, seterusnya boleh mengurangkan tekanan. Selamat mencuba!



No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...