Friday
Proses Melupakan Bekas Kekasih Di Media Sosial- Facebook Memperkenalkan Take A Break –
Berpacaran di dunia media sosial ini adalah amat sukar. Ketika masih bersama ratusan gambar akan diambil dan ribuan status memuji insan yang dicintai diletakkan di media sosial. Tetapi sekiranya perhubungan tidak menuju ke jinjang pelamin dan terhenti di tengah jalan ini membawa kepada beberapa masalah. Kesemua status dan gambar yang dimuat naik kemudian harus dibuang satu persatu. Ini bukanlah proses yang mudah dan dari pengalaman peribadi ianya hanya meningkatkan kemarahan. Melihat nama mantan kekasih di susur masa juga akan mendatangkan reaksi yang sama. Jadi apakah yang boleh dilakukan bagi mempercepatkan proses melupakan si dia dengan pantas?
Take A Break ialah fungsi yang sedang dicuba di Facebook. Apabila Facebook mengesan berlaku perubahan status perhubungan dari “dalam perhubungan” ke “bersendirian” pilihan untuk menggunakan fungsi ini akan diberikan. Menerusi Take A Break anda boleh menapis status bekas kekasih dari muncul di susur masa. Terdapat juga pilhan untuk menghalang mereka membaca status yang ditulis oleh ini. Ini dilakukan tanpa perlu “menyahkawan” ataupun menghalang mereka seperti yang dilakukan sekarang. Kesemua status yang pernah anda tulis berisi nama mereka kini boleh dihalang dari dilihat oleh orang ramai. Aneh sekali pilihan untuk memadam masih perlu dilakukan secara manual.
Fungsi ini akan dicuba pada aplikasi mobil pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu. Ianya adalah fungsi yang kami rasakan sepatutnya sudah lama wujud. Kita kini hidup di dunia di mana ramai yang menemui kekasih menerusi media sosial. Maka apabila berlaku berantakan memori cinta digital ini harus dipadamkan dengan segera. Syabas Facebook untuk fungsi ini.
Mungkin selepas ini akan ada pula fungsi Take A Break From Politics. Apabila fungsi ini dipilih, pengguna boleh menapis kata-kata kunci tertentu dan menghalang status politik dari muncul di Newfeed. Ianya amat menjengkelkan dan kerap menimbulkan kemarahan. Kami ada seorang makcik penyokong tegar parti A yang kerap memuat naik artikel berbaur perkauman yang memperjuangkan satu bangsa. Hendak di nyahkawan nanti beliau kecil hati. Kalau terus berkawan kami pula pedih ulu hati. Inilah masalah dunia pertama.
Sumber : Amanz.my
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih