Tuesday
Pertandingan Ratu Cantik di Arab Saudi?
Maram
dinobat ratu cantik Arab Saudi | Pertandingan ratu cantik di Arab
Saudi? Ia mungkin kedengaran aneh, tetapi benar berlaku dan disertai
wanita negara itu, bersama panel hakim untuk menghakimi peserta dan dua
naib juara.
Maram (tengah) bersama pemenang kedua dan ketiga ratu cantik Arab Saudi 2012.
Selamat
datang ke acara tahunan kali ketiga pertandingan ratu cantik Arab ‘Ratu
Etika’ , di mana wanita yang menang tidak dinobatkan berdasarkan paras
rupa, ukuran badan atau kecantikan fizikal, tetapi pada ‘etika’ beliau.
Tema pertandingan ratu cantik tahun ini ialah "etika saya, identiti
saya". Pertandingan diadakan Isnin lalu di Dewan Besar Raja Abdullah di
wilayah Timur Qatif.
Pemenang,
Maram Zaki al-Saif, dipilih sebagai ‘Ratu Etika’ Arab selepas hakim
terpegun dengan aksi beliau yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan.
Selain
merangkul gelaran ‘Ratu Etika’, Saif turut menerima wang tunai bernilai
kira-kira 10,000 riyal (RM8,153), ujar akhbar tempatan harian, Sharq.
Ratu
yang berasal dari kepulauan Tarout di Arab Saudi ini adalah antara lima
finalis yang berjaya mengharungi setiap saringan yang disertai 285
peserta, berumur antara 16 dan 24 tahun.Dalam pertandingan sama, Fatema
Abdel Jaleel Al Abad, 17, dari rantau Al-Ahsa Arab Saudi dinobatkan naib
johan manakala Fatema Saeed Al Baik, 23, dari Al Qatif naib juara
kedua.
Selain
etika peserta dan tingkah laku yang baik, pengarah eksekutif
pertandingan Khadra'a Al Mubarak berkata kriteria pemilihan pemenang
turut dinilai daripada segi karisma dan prestasi teater, di samping
tahap keyakinan yang tinggi dan kemahiran literasi, lapor akhbar Sharq.
Ratu
etika perlu menjawab dua soalan utama, yang ditujukan kepada semua lima
finalis. Soalan-soalan adalah: Apakah makna sekiranya anda layak
merangkul gelaran pemenang? Apakah yang akan anda sumbang kepada gelaran
itu?
Al
Saif berkata, kemenangan akan menggalakkan beliau untuk mencapai
cita-cita dan matlamat beliau, di samping menjadi sumber inspirasi
kepada rakan senegara untuk mempercayai dalam keupayaan mereka untuk
membentuk perubahan dalam masyarakat secara keseluruhannya. Beliau juga
menyatakan keinginannya untuk mewujudkan projek pemulihan vokasional
bagi orang kurang upaya yang akan dapat membantu mereka mencari peluang
pekerjaan sesuai.
Acara pelancaran itu dihadiri oleh selebriti wanita, dan beberapa tokoh media, bersama-sama ibu peserta. - Agensi/taotauajer
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih