Thursday
Astrolab - Komputer Saku Umat Islam Pada Abad Pertengahan
Bangsa atau Umat Islam di abad pertengahan ternyata sudah punya "komputer ajaib" yang
boleh membantu mengetahui waktu dan kedudukan benda-benda di angkasa,
membantu dalam pelayaran, mempertahakan ketepatan kalendar,
menganggarkan gerhana, bahkan mengukur bumi.
Komputer
ini umumnya tidak besar, bentuknya bulat seperti jam saku dengan
diameter 15 cm saja (ada beberapa yang dibuat dalam skala besar). Astrolab, demikian namanya.
Astrolab / nicolas.brodu.numerimoire.net
Astrolab merupakan peranti astronomi yang paling penting sebelum era teleskop muncul. Ilmuwan
abad pertengahan di Timur Tengah, khususnya bangsa Islam telah
menggunakan alat ini untuk pelbagai perkara, seperti tertulis di awal
artikel.
Astrolab
secara prinsip sebenarnya sudah ada sejak sekitar 150 SM. Namun,
bentuk fizikalnya baru muncul kira-kira 400 M. Alat ini menjadi
bahagian penting di zaman Islam sejak tahun 800 M.
Astrolab
terdiri dari sebuah model langit yang tertera pada plat logam
melingkar. Di sekliling lingkar luar plat logam itu terukir skala
darjat, atau kadang penanda waktu. Jarum
penunjuk yang boleh dimainkan (alidad) digunakan untuk menentukan
ketinggian suatu bintang ketika peranti ini diangkat setinggi lengan
yang teracung. Hasilnya kemudian terbaca pada ukuran berskala.
republika.co.id
Dengan
astrolab ini, penggunannya juga boleh mengenali bintang-bintang,
meramal bila-bila matahari terbit dan tenggelam setiap hari, menentukan
jarak ke Mekah, menyurvei tanah, menghitung tinggi objek, hingga .... belayar!
Tak
heran, bangsa-bangsa Islam masa itu menjadi petualang tangguh baik di
darat atau laut. Lewat merekalah, akhirnya astrolab diperkenalkan
kepada bangsa Eropah melalui Sepanyol (Moor).
Walaupun
bangsa Yunani dulu sudah meyakini bentuk bumi adalah bulat, entah
mengapa pada perkembangannya bangsa-bangsa di Eropah lebih menerima
pendapat soal bumi yang rata. Mata mereka mulai terbuka setelah
Copernicus dan Galileo-Galilei memberi pembuktian soal bumi bulat.
Padahal
dalam Perjanjian Lama, kitab suci umat Kristian sendiri sudah menulis
tentang bumi itu bulat. Demikian juga Quran meyakini bentuk bumi pun
bulat.
Saintis-saintis muslim membukitkan iman mereka dengan penyelidikan lanjut, diantaranya melalui astrolab ini.
Sekitar
abad 9 M, saat bangsa Islam menguasai separuh dunia, naskah-naskah
ilmiah seperti karya astronomi Yunani Ptolemy diterjemahkan ke bahasa
Arab. Dinasti
Abbasiyah juga mendapatkan naskah-naskah Sanskrit yang kaya akan
maklumat tentang matematik, astronomi, dan ilmu pengetahuan yang lain.
Observatorium juga banyak dibina di bandar-bandar tempat tamadun Islam berada. Di
tempat ini, para saintis mempunyai pelbagai alat yang paling canggih
masa itu seperti astrolab, kuadran, sekstan, dan jam matahari.
Penetapan Mekah sebagai kiblat mendorong cendikiawan Muslim mempelajari ilmu falak. Sejak
abad 13, banyak masjid dibina memperkerjakan seorang ahli astronomi
profesional (muwaqqit) sehingga boleh menentukan arah kiblat secara
tepat. Lagi-lagi, komputer saku astrolab jadi panduan utama.
yolanitaseptiana.blogspot.com
Tidak
itu saja, ilmuwan Muslim boleh menentukan tarikh dan hari-hari raya
untuk ibadah berdasar pengamatan pada peredaran bulan dan matahari, dan
mereka juga boleh membantu orang yang akan naik haji merancang laluan
perjalanan yang paling berkesan ke Mekah.
Ini satu contoh ilmu mutakhir yang hingga kini diakui kebenarannya:
Tahun
1031, Abu Raihan al-Biruni sudah menyebutkan kemungkinan bahawa
planet-planet berputar mengikut orbit yang elips, bukan bulat.
Mengukur Bumi
Pengembangan
Islam ke berbagai belahan bumi menciptakan pembuatan peta bumi ini,
termasuk pembuatan globe. Para pembuat peta berupaya keras melakukan
pengukuran yang tepat.
Khalifah
al-Makmun pernah mengutus dua pasukan kajian ke Gurun Siria dilengkapi
astrolab serta tongkat dan tali pengukur. Dua pasukan tersebut berjalan
berlawan arah hingga mereka melihat satu darjat perubahan ketinggian
Bintang Utara. Hasil
perhitungan mereka menunjukkan bahawa jarak yang mereka tempuh sama
dengan satu darjat garis Lintang, atau 1/360 keliling bumi.
Monumen astrolab di Dubai / sciencephoto.com
Jadi,
setelah dikalkulasi, keliling bumi dari kutub ke kutub adalah 37,369
kiometer. Perhitungan ini sangat mendekati dengan hasil teknologi moden
zaman sekarang, yakni 40,008 kilometer!
Maka
kesimpulannya, tak menutup kemungkinan bila tamadun bangsa @ umat Islam saat
jaya dulu menyebar hingga ke hujung-hujung bumi, dan bahkan (boleh jadi)
sampai ke Amerika.
Sumber:
Awake! Magazine
astrolabes
lintasfrekuensi.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih