Tuesday
Alhamdulillah, Penyanyi Top Ini Berhijab
Melanie Georgiades memeluk Islam dan memakai hijab.
PARIS - Bukan rahsia bahawa Diam s merupakan salah satu penyanyi top Eropah yang telah memeluk Islam. Saat
ini, penyanyi bernama Melanie Georgiades ini tidak lagi segan
menunjukkan keyakinannya dengan tampil memakai hijab di televisyen.
Dalam wawancara eksklusif dengan televisyen nasional Perancis, TF1, Diam 's menceritakan bagaimana ia memilih Islam.
Wanita
32 tahun ini mengaku, pencariannya bermula ketika ia mengalami
kemurungan. "Di puncak kejayaan kerjaya, saya menderita depresi yang
berat. Saya telah berjumpa ramai ahli psikologi, tapi tidak satu pun
dari mereka yang boleh membantu saya," kata pemenang MTV Europe Music
Awards 2006 itu seperti dilaporkan dalam Press TV, Ahad (1/10).
Diams mengaku mula mencari jawapan atas segala kegundahan hatinya ketika melihat seorang rakan Muslim-nya menunaikan solat. Sejak saat itu, ia mulai mempelajari Islam melalui membaca kitab suci Al-Quran.
"Memeluk
Islam adalah hasil renungan peribadi saya setelah mempelajari agama ini
dan membaca Al-Quran," ujar diva yang telah menghasilkan lima album
ini. Diams memeluk Islam pada tahun 2008 yang lalu di Pulau Mauritus.
Setelah masuk Islam, ia lebih fokus pada kegiatan-kegiatan sosial seperti membantu anak-anak yatim piatu.
Disunting dari: REPUBLIKA.CO.ID
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih