Saturday
al-Kindi Memecahkan Kod | Islam Abad Pertengahan
Berabad-abad
sebelum Dan Brown dikenali di seluruh
dunia dengan novel laku keras kodnya, seperti The Da Vinci Code dan Digital
Fortress, ilmuwan muslim al-Kindi telah menggegarkan dunia dengan mengadakan
cryptanalysis atau memecahkan kod secara sistematik buat pertama kalinya dalam
sejarah.Beliau juga yang mempelopori
munculnya bidang ilmu tentang kod pesanan atau kriptologi. Alkisah, pada masa
lampau, ketika kerajaan-kerajaan kuno masih sering berseteru dan sering
berperang, kod memiliki peranan penting untuk menyampaikan pesanan rahsia agar
tidak diketahui oleh pihak musuh, Keberkesanan steganography atau tulisan
dengan kod bergantung pada tahap kerumitan dalam menyembunyikan pesanan selain
juga kecerdasan pihak musuh dan ketepatan mereka dalam mencari atau menyiasat
media penghantar pesanan.
Kod rahsia pertama kali diketahui digunakan pada lebih kurang abad ke-5 SM oleh seorang penduduk Yunani bernama Demaratus. Dia ditugaskan untuk mengintip kegiatan militari Raja Xerxes I dan Persia yang hendak menyerang Yunani dan meluaskan wilayah Persia sehingga ke Sparta dan Yunani. Demaratus kemudian mengirimkan pesanan rahsia dengan menuliskan pesanan tersebut di sebalik kayu yang dilapisi dengan lilin dan ditutup dengan lapisan lilin lagi sehingga lembaran tersebut kelihatan kosong. Pendek kata, pesanan penting tersebut lolos dan pemerhatian para penjaga Persia dan akhirnya pasukan Yunani berjaya mengundurkan dan mengalahkan pasukan Persia. Tentu sahaja, setelah mereka membaca pesanan rahsia Demaratus.
Perkembangan pesanan berkod mencapai babak baru pada masa kekhalifahan Dinasti Abbasiyah di Baghdad pada lebih kurang abad ke-9 M. Abu Yusuf Ya’qub bin Ishaq al-Kindi yang buat pertama kali mengadakan kajian khas mengenai kriptologi. Ilmuwan serba boleh ini yang lahir di Kufah pada tahun 800 M ini memiliki pengetahuan luas dalam bidang linguistik, matematik dan statistik, tiga bidang ilmu yang berperanan besar dalam usahanya “mengilmiahkan” kriptologi. Dalam risalahnya yang berjudul “A Manuscript on Deciphering Cryptographic Messages” atau “Satu Risalah Mengenai Menafsirkan Pesanan Berkod,”
The first page of al-Kindi's manuscript "On Deciphering
Cryptographic Messages", containing the oldest known description of
cryptanalysis by frequency analysis.
al-Kindi
dengan mudah menghuraikan langkah-langkah kriptoanalisis seperti berikut:
“Satu cara untuk memecahkan pesanan rahsia adalah dengan mengetahui bahasanya, laitu dengan menemui satu teks biasa yang berbeza di dalam bahasa yang sama, yang cukup panjang sehingga dapat memenuhi satu halaman, kemudian kita jumlahkan setiap hurufnya. Kita dahulukan huruf yang ‘pertama’ paling sering muncul, kemudian yang ‘kedua’ yang paling sering muncul lalu yang ‘ketiga’ yang paling sering muncul dan seterusnya sehingga kita memperolehi jumlah semua huruf pada teks tersebut. Kemudian, kita amati teks dengan kod yang telah ditafsirkan dan kita kumpulkan simbol-simbolnya. Maka, akan kelihatan simbol yang paling sering muncul, akan dapat diubah ke dalam bentuk huruf’pertama’ dan contoh teks. Seterusnya, simbol yang paling biasa diubah ke dalam bentuk huruf ‘kedua’ dan seterusnya sehingga kita perolehi jumlah dan semua simbol pada teks berkod tersebut.”
Teknik
memecahkan kod penemuan al-Kindi yang dikenali sebagai frequency analysis (analisis frekuensi atau menganalisis
berdasarkan kekerapan sesuatu huruf digunakan dalam pesanan rahsia) tersebut
memang hanya memasukkan pengiraan peratusan huruf dalam bahasa tertentu dalam
teks yang biasa. Kiraan peratusan huruf yang terdapat pada kod lalu
menggantikan simbol pada huruf yang mempunyai peratusan kemunculan yang sama.
Seiring dengan semakin majunya zaman, peralatan menyalin kod dan kod yang perlu
ditafsirkan juga semakin rumit sehingga peralatan rnemecahkan kod pun perlu
sentiasa diperbaharui dan dipertingkatkan. Bagaimanapun atas jasa al-Kindi , ilmu
kriptologi dapat berkembang sedemikian pesat seperti pada saat ini. Beliaulah
tokoh yang pertama kali rnenggunakan pesanan berkod dengan ‘cerdas’ dan
sistematik setelah sebelumnya orang masih menyorokkan pesanan atau lebih
tepatnya menyembunyikan pesanan secara ‘fizikal’
.
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih