Sunday

Bimbingan Rasulullah Meruqyah Luka atau Kudis

Termaktub dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim dan Aisyah r.a., mengkhabarkan: “Dahulu pada masa Rasulullah,jika ada orang sakit, terluka atau kudis, baginda melakukan seperti ini dengan jarinya 1

*1-Orang Arab biasa menggunakan kata ‘ucapan’ sebagai ungkapan untuk menggambarkan segala bentuk perbuatan .Rujuk An-Nihayah III:285

(Sufyan mencontohkan dengan meletakkan jari telunjuknya di atas tanah lalu mengangkatnya) sambil berkata:

“Dengan nama Allah, tanah negeri kami dengan air ludah sebahagian di antara kami, mudah-mudahan sembuhlahpenyakit ini dengan izin Tuhan kami. “ [ Ditakhrij oleh Al-Bukhari,Muslim,An-Nasa’I dan Ahmad]

ini termasuk bentuk rawatan yang mudah dan ringkas namun amat berkhasiat dan pebagai guna. Cara ini termasuk rawatan yang bersifat lembut, untuk mengubat bermacam-macam luka dan kudis yang masih segar, terutama sekali jika tidak ada ramuan ubat lain, sebab bahan-bahannya boleh diperolehi di seluruh negeri.

Sebagaimana telah dimaklumkan sifat tanah yang murni adalah sejuk dan kering, boleh berfungsi mengeringkan luka atau kudis hingga boleb mencegah agar tidak membesar dan tidak mengeluarkan nanah, terutama sekali di negeri-negeri panas. Mereka yang mempunyai penghadaman panas biasanya jika terkena luka atau kudis, selalunya luka atau kudis,selalunya luka atau kidis itu akan mengikuti penghadaman mereka yang tidak baik dan panas.maka berlakulah komplikasi antara penghadaman yang panas dengan negeri yang panas dan juga luka yang panas, bertemu dengan tanah murni yang sejuk dan kering, lebih sejuk dari bentuk ramuan ubat tunggal yang berunsur sejuk.

Tanah yang sejuk itu boleh merawat dan mengubat penyakit yang panas, terutama sekali jika tanah itu sudah dicuci dan bersifat kering. Kudis biasanya mempunyai kelembapan yang tidak sihat dan cairan putih. Semua itu boleh dikeringkan dengan tanah, kerana strukturya yang memang kering dan kasar hingga mengatasi kelembapan yang tidak baik yang sering menghalang kesembuhan luka.

Dengan cara itu, organ tubuh yang sakit boleh distabilkan. Jika sudah stabil, stamina tubuhnya juga akan meningkat hingga penyakitnya lenyap, dengan izin Allah.

Maksud hadis tersebut, bahawa Rasulullah s.a.w. mengambil Iudahnya sendiri lalu meletakkan di hujung jari telunjuk, kemudian diletakkan di atas tanah hingga sebahagian tanah itu melekat, baru diusapkan pada luka tersebut. Baginda juga mengucapkan kalimat yang berisi pengambilan berkat menyebut 2nama Allah, menyerahkan urusan kepada-Nya, bertawakkal kepada-Nya hingga dua jenis rawatan itu disatukan dan pengaruhnya menjadi lebih kuat.
*2-Tambahan ini dari Zadul Ma’ad ,hal.125

Sekarang apa pula maksud Nabi dengan “...tanah negeri kami,” adakah Ia tanah di setiap penjuru bumi, atau hanya tanah Madinah sahaja? Ada dua pendapat dalam hal ini. Tidak diragukan lagi bahawa tanah itu mempunyai khasiat yang tidak dimiliki banyak ubat lain, berguna mengubat pelbagai penyakit kronik.

Galenius berkata: “Di Iskandariah aku pernah melihat ramai orang yang terkena penyakit luka hati (lever) dan busung. Mereka menggunakan tanah lempung Mesir untuk dilumuri di betis, paha, lengan, punggung dan rusuk mereka. Ternyata khasiatnya amat mujarab sekali.” Ia melanjutkan: “Melalui proses yang sama, kerim seperti ini boleh juga digunakan untuk mengubat bengkak,radang kerongkong dan penyakit biri-biri. “Saya sendiri mengetahui ada segolongan orang yang badan mereka diserang semacam biri-biri kerana banyak mengeluarkan darah dari dubur,ternyata boleh diubati dengan tanah ini secara ajaib.Ada lagi sekelompok orang yang mengalami busung lapar kerana lapar berpanjangan hingga banyak organ tubuhnya yang diserang penyakit secara hebat, ternyata juga boleh sembuh melalui rawatan ini dan hilang penyakitnya sama sekali.”

Penulis buku Al-Masih berkata: “Tenaga tanah yang datang dan daerah Kunus, termasuk kepulauan Mushthaki, adalah tenaga pembersih dan pengeruk, boleh merangsang tumbuhnya daging pada luka serta mengeringkan kudis.”

Jika benar begitu khasiat tanah-tanah tersebut, bagaimana pula dengan tanah paling elok di muka bumi, tanah yang paling penuh dengan berkat, tanah yang pernah disentuh oleh air liur Rasulullah, ditambah dengan menyebut nama Tuhannya serta menyerahkan urusan hanya kepada-Nya.

Sebelum ini telah dijelaskan bahawa tenaga ruqyah dan pengaruhya bergantung pada tenaga orang yang meruqyah serta tindak balas dan pihak yang diruqyah terhadap ruqyah tersebut. Realiti ini tidak dinafikan oleh pakar perubatan manapun, selagi Ia adalah muslim yang berakal. Jika salah satu dan kriteria tersebut hilang, entah apa yang boleh dikatakan lagi. 

Rujukan kitab At-Tibb an-Nabawiy : Ibnu Qayyim Al-Jauziah





No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...