Thursday
Potensi Diri
Pada 1983, seorang ahli psikologi bernama Dr. Howard Gardner mengemukakan teori ‘Multiple Intelligence’. Menurut
beliau, manusia mempunyai tujuh jenis kecerdasan iaitu kecerdasan
logikal, bahasa, ruang, muzik, kinestetik, interpersonal dan
intrapersonal. Ahli sukan mempunyai kecerdasan kinestetik. Ahli muzik
mempunyai kecerdasaan muzik. Manakala pereka hiasan dalaman mempunyai
kecerdasan ruang. Begitu lah seterusnya sehingga tidak ada seorangpun
yang boleh mengatakan bahawa dirinya serba kekurangan.
Sekurang-kurangnya satu orang mempunyai satu kebolehan.
Amat
penting agar setiap manusia tahu kelebihan dan kelemahan diri.
Kelebihan diri perlu diketahui agar kita bisa mempertingkatkan keupayaan
tersebut dan menggunakannya sebaik mungkin untuk mencapai kecemerlangan
hidup. Manakala kelemahan penting untuk diketahui agar segala
kekurangan tersebut dapat diminimakan kesannya dalam hidup. Manusia tidak dapat lari dari kekurangan, tetapi manusia boleh memperbaiki kelemahan diri. Setiap manusia bisa berubah!
*Diolah semula dari buku Rahsia Personaliti Unggul ©.
http://personaliti.wordpress.com/category/rahsia-personaliti-unggul/
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih