Sunday

Membaca Watak Seseorang dari Tulisan Tangan ?

Dimasa kita menulis sebenarnya tangan kita hanya sebagai alat untuk memegang pena.

Gaya tulisan kita itu berasal dari fikiran bawah sedar kita.Maka boleh dikatakan bahawa tulisan boleh mendedahkan pelbagai perasaan emosi si penulisnya.
 
Tentu sahaja untuk mengetahuinya tidak sembarangan,perlu ada ilmu membaca rahsia di sebalik tulisan tangan atau yang disebut dengan graphology.


Ambil Ballpen anda dan tuliskan sesuatu, yang mana ya kira-kira watak anda? 


Dibawah ini ada menggariskan penjelasannya. 

Tekanan Dari kuat atau ringannya tekanan tulisan seseorang kita dapat mengetahui karakter orang tersebut. Boleh anda perhatikan dengan memperhatikan bekas goresan dibalik kertas.

Tekanan yang kuat: Orang yang tulisannya tebal hingga menimbulkan bekas coretan di sebalik kertas biasanya mereka mempunyai emosi yang tinggi. Terlalu mendalami perasaan mereka sama ada  sedang gembira atau sakit hati. Mereka menyerap segala sesuatu seperti span. 
Biasanya mereka juga mempunyai selera yang tinggi. Tegas dan mempunyai keinginan yang kuat bahkan cenderung memaksa orang lain untuk menuruti kemahuan mereka. Jadi selalunya orang yang mempunyai tekanan tulisan seperti ini biasanya kaku, susah menyesuaikan diri dalam pergaulan.

Tekanan yang ringan: Tulisan yang mempunyai tekanan halus mencerminkan keperibadian yang tenang dan santai. Mereka lebih bertoleransi... sukar mengambil keputusan dan biasanya mudah terpengaruh. 

SaizTulisan besar Orang yang menulis dengan saiz tulisan yang besar biasanya cenderung suka diperhatikan selalu ingin tampil di depan dan ingin kata-katanya didengari. 

Tulisan kecil Orang yang menulis dengan saiz kecil biasanya lebih memperhatikan terperinci Introspektif, cenderung lebih pendiam dan bebas.

Tulisan Condong

Tulisan Condong ke kanan Orang dengan tulisan seperti ini biasanya mempunyai watak yang impulsif emosi aktif, suka bergaul mesra, menyukai cabaran, lebih terbuka (ekstrovert) dan ekspresif. 

Tulisan Condong ke kiri Jenis tulisan seperti ini biasanya penulisnya bersikap menutup diri (introvert). Lebih proektif selalu berfikiran logik dan mencerminkan sifat seseorang yang lebih menarik diri.

Tegak lurus Orang yang mempunyai tulisan tegak lurus mencerminkan seseorang yang boleh mengawal diri dan boleh menahan. WallahuA'lam.


kredit: exelroze

_____________________________________________________

jadi.. tulisan komputer macam mana?    (─‿‿─)'' LOL ..skema?


No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...