Sunday

Ritual memumiakan diri sendiri 'Sokushinbutsu'

 السلام عليكم kepada semua yang membaca yang baca tajuknya,jangan baca tajuk saja.isi tak baca.ibarat "pergi pasar malam,hanya berjalan-jalan",balik pasar malam,satu isi tak bawa balik.Tradisi ini memang pelik seperti menyeksa diri sendiri.Bagi umat islam jangan buat macam,memang haram pun.


Di bahagaian utara negara Jepun,pernah wujud satu tradisi aneh yang diberi nama Sokushinbutsu iaitu ritual memumiakan diri sendiri.Ia dilakukan atas dasar tuntunan kerohanian,yang memerlukan seseorang individu dalam jangka masa bertahun-tahun lamanya.

Amalan ini dilaporkan berlaku secara eksklusif di wilayah Yamagita,Jepun sekitar tahun 1880-an.Bagaimanapun,amalan ini tidak disokong dan dianggap sesat oleh bahagaian besar penduduk di seluruh dunia.

Menurut pakar antropologi dari Amerika Syarikat yang banyak membuat kajian tentang kebudayaan Jepun,Ken Jeremiah,Sokushinbutsu merupakan satu ritual agama yang rumit dan memerlukan jangka masa yang agak panjang.Katanya seorang rahib atau sami yang berhasrat memumiakan diri mereka sendiri perlu melalui fasa untuk menjadi mumia yang sempurna,yang mana proses keseluruhannya memakan masa lebih daripada sepuluh tahun.

Langkah pertama ialah perubahan diet yang memerlukan seorang sami atau rahib hanya mengambil kekacang dan biji-bijian sebagai sumber makanan mereka.Proses ini dilakukan untuk tempoh 1000 hari dan dalam jangka waktu tersebut,merekajuga perlu melalui rutin senaman fizikal yang berat.Ia bertujuan untuk membuang lemak dan sebahagian isi yang mudah terurai selepas mereka mati.

Pada tahap kedua,diet menjadi lebih terhad.Rahib-rahib tersebut hanya dibenarkan untuk menjamah kulit kayu serta akar dari pohon pinus dalam jumlah yang kecil.Tahap ini akan berlangsung selama 1000 hari,yang mana akan menyebabkan rahib-rahib itu kelihatan seperti kerangka hidup-terlalu kurus.Proses ini dilakukan untuk mengurangkan kadar air secara keseluruhan yang terkandung di dalam tubuh supaya mudah merealisasikan impian mereka untuk menjadi mumia.
                             salah satu mumia yang dutemui,mereka masih berpakaian lengkap

Menjelang akhir tempoh tahap kedua ini,mereka akan diberi minum teh khusus yang diperbuat daripada getah pohon Urushi.Getah ini sangat beracun,sehingga menyebabkan rahib atau sami terebut muntah-muntah,bereluh  dan kerap membuang air.

Keadaan ini sedikit demi sedikit akan menghilangkan cecair yang masih berbaki di dalam tubuh mereka,dan menyebabkan ia berada pada tahap yang paling minimum.Namun,apa yang lebih penting ialah pembentukan racun di dalam tubuh,yang akan menyebabkan susuk mereka tidak busuk dan terurai selepas kematian.

Langkah terakhir,mereka akan ditanam hidup-hidup di dalam sebuah kubur batu yang sangat sempit.Kubur batu itu akan disemen untuk menghalang cahaya masuk ke dalamnya.Rahib-rahib itu akan duduk dengan cara bertapa iaitu gaya teratai,serta tidak makan dan minum untuk tempoh 1000 hari berikutnya.

Di dalam kubur kecil itu pula akan dibuat satu lubang kecil untuk aliran keluar masuk udara,serta disediakan satu loceng khas sebagai perantaraan dengan dunia luar.Setiap hari mereka akan membunyikan loceng supaya orang luar tahu yang mereka masih hidup.Apabila loceng berhenti berbunyi,itu bermakna orang di dalamnya sudah berhenti bernafas.

Selepas itu kuburan tersebut akan disemen sepenuhnya.Sehinggalah lengkap 1000 hari,kubur akan dibuka semula untuk melihat keadaan mumia yang dihasilkan itu.Sekiranya ia lengkap sebagai manusia,mereka percaya bahawa individu itu akan diangkat tarafnya.Jika tidak sekalipun,mereka akan tetap dikenang dan dihormati kerana memiliki keberanian dan semangat yang kental..Namun,bukan semua orang akan mati dengan cara begini mampu mengawet diri mereka sendiri.Kebanyakkan hanya menjadi manyat reput begitu sahaja.

Menurut Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Putrajaya,Dr Nizam Amil,sesuatu mayat atau bangkai tetap akan reput kecuali ia berada di lokasi yang tiada agen penguraian,iaitu di tempat yang sejuk yang suhunya hampir beku.Kandungan racun di dalam tubuh hanya akan melambatkan proses pereputan sahaja.Tapi untuk jangka masa panjang,pereputan tetap akan berlaku.

Dalam kes tradisi 'Sokushinbutsu',jelas Dr.Nizam,teh beracun yang dihasilkan dari getah pohon urushi mengandungi racun arsenik.Justeru,proses penguraian mayat memakan masa yang agak lama.Selain racun arsenik,antara bahan kimia yang lain turut menyebabkan perkara sama berlaku ialah kandungan nikotin di dalam tubuh.

Katanya lagi,dalam ritual ini,seseorang yang ditanam hidup-hidup tanapa makan atau minum hanya mampu bertahan hidup kira-kira 2 minggu sahaja.Dari tempoh itu sehinggalah lengkap 1000 hari,jangka masa tersebut sudah memadai untuk sesuatu mayat reput sepenuhnya,walaupun terdapat banyak kandungan racun yang tinggi.

Sehingga hari ini,sebanyak 24 mumia 'Sokushinbutsu' telah ditemui di sebuah kuil terpencil di kawasan pergunungan wilayah Yamagata,Jepun.Amalan ini dipercayai telah diasakan oleh seorang rahib bernama Kuukai,yang mana beliau sendiri adalah orang pertama yang melakukan ritual 'Sokushinbutsu'.Bagaimanapun,ritual ini telah diharamkan sekitar tahun 1870-an atas alasan ia suatu amalan yang kejam.

Pengorbanan atas dasar kerohanian bukanlah satu perkara baru,tetapi telah dilaksanakan sejak beribu-ribu tahun dahulu oleh orang-orang terdahulu.Tujuannya cuma satu,iaitu meningkatkan darjat seseorang dalam sesuatu fahaman yang dianuti.

Begitu juga dengan ritual Sokushinbutsu,seseorang itu perlu melalui satu tradisi yang mencabar metal dan fizikal untuk mendapatkan tingkat tertinggi dalam kepercayaan kerohanian.Paling tidak pun,mereka akan mendapat penghormatan dan kagumi kerana semangat dan dedikasi yang ditunjukkan.




No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...