Friday
Bintang yang menyanyi
السلام عليكم al-salāmu 'alaykum; selamat sejahtera.untuk post ini,akan diceritakan tentang bintang yang menyanyi,bukan manusia sahaja yang boleh menyanyi malah bintang juga boleh 'menyanyi'.lebih tepat mengeluarkan bunyi berdengung.Sebenarnya cerita tahun 2010 punya,aku yang lambat..tapi bila aku search tak ada siapa yang post lagi tentang ini -,- so aku mula taip la. kalau rasa post ini menarik,sila LIKE & coment...bacalah,memang menarik dapat menambah ilmu pengetahuan.agaknya bila bintang di langit nak buat album pertama? XD ahhahahaha!
SEJAK bumi ini wujud berjuta-juta tahun dahulu,bintang menjadi penyeri di langit malam dengan keindahan kerlipannya.Tapi,tahukah anda,binta juga boleh ‘menyanyi’ dan mengeluarkan melodi yang indah?
Penemuan terbaru ini telah berjaya diungkai oleh pengkaji astronomi dari Universiti of Birmimngham,Dr Bill Chaplin yang turut bekerjasama dengan beberapa orang wakil dari Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika(NASA).Melodi yang dikeluarkan melalui bintang telah berjaya dirakamkan oleh mereka ketika mengukur perubahan kerlipan bintang KIC 11026764 yang dikenali sebagai bintang Gemma.
Bintang ini berukuran sekitar dua kali ganda matahari dan berada pada jarak 3100 trilion batu dari bumi.Para pengkaji memberitahu,bintang Gemma ini boleh bergetar seperti instrument muzik dengan mengeluarkan melodi.Getaran ini berlaku disebabkan proses yang menyerupai gempa ataupun starquake,yang telah berorientasi dari bahagian permukaan ke teras bintang tersebut.
Dengan menggunakan teknik yang disebut sebagai astro seismologi,sainstis astrofizik itu telah berjaya mengesan tahap kerlipan bintang berkenaan dan sekali gus merakam bunyi yang dihasilkan.
Setelah mendengar kembali rakaman tersebut,mereka mendapati bintang Gemma telah mengeluarkan bunyi dengung yang harmonis dan terdengar seperti hembusan angin yang tipis,di atas mikrofon.
Jelas Dr.Bill,ia bukan melodi yang sembarangan kerana penemuan terbaru telah membuka informasi baru tentang struktur internal bintang.Katanya getaran ini akan membantu ahli astronomi mempelajari lebih lanjut mengenaiukuran,umur serta komposisi sesuatu bintang.
Pada dasarnya,bintang boleh mengeluarkan melodi yang sangat kuat.Tetapi,manusia tidak mampu mendengarnya dari bumi.Sebaliknya ia boleh didengari sekiranya seseorang itu berada di luar angkasa dan dekat dengan bintang dalam lingkungan jarak tertentu.Bintang boleh mengeluarkan bunyi disebabkan komposisinya yang tak terbentuk secara padat hingga ke bahagian teras.
Disebabkan tahap kepadatannya yang kurang sempurna,maka ia akan menyebabkan berlaku beberapa siri gempa serta akan membuatkan bintang bergetar.Seterusnya,getaran tersebut akan menghasilkan bunyi yang kuat.Bunyinya tidak dapat didengarai dari bumi,namun kita boleh mengesannya secara visual melalui tahap kerlipannya dan kemudian menukarkanya menjadi suara.Daripada kerlipan bintang juga,kita boleh menentukan tahap perbandingan di antara bintang-bintang yang terdapat di langit.Bintang yang semakin besar mempunyai frekuensi getaran yang semakin rendah.
Sainstis juga bersepakat,gelombang suara yang dihasilkan oleh bintang turut dipengaruhi oleh bahan asa yang membentuk sesuatu bintang.Gelombang suara yang dikeluarkan oleh teras helium padat akan bergerak lebih cepat daripada teras hydrogen.Getaran ini juga turut mempengaruhi cahaya yang dilepaskan oleh bintang.
kisah bintang yang mengeluarkan bunyi
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih