Friday
The Devil Tower
السلام عليكم,wahai kakireading,kakiFB,kakibola,Orang yang ada 2 kaki,tangan atau sudah tiada........selamat membaca !(:memang selamat pun,membaca memang selamat,apa yang bahaya?)
sebuah bukit yang terletak di timur laut Wyoming,Amerika Syarikat,terdapat sebuah menara semula jadi yang masih menjadi misteri sehingga kini.Mempunyai ketinggian 1266 kaki dari paras laut,menara ini terbentuk melalui aktiviti gunung berapi sekitar 65 juta tahun yang lalu.
Kolonel Richard Irving Dodge
Lantaran keadaan semula jadinya begitu,menara tersebut digelar The Devil Tower atau menara syaitan oleh seorang pegawai tinggi tentera Amerika Syarikat,Kolonel Richard Irving Dodge pada tahun 1875.Bagi masyarakat sekitar khususnya beberapa suku Asli Amerika seperti Arapaho,Crow,Cheyenne,Kiowa,Lakota dan Shoshone,mereka menggelar menara tersebut dengan pelbagai nama.Antaranya seperti Aloft on Rock,Bear's House,Bear's Lair,Bear's Lodge,Bears'sLodge Butte,Bear's Tipi,Tree Rock dan Grizzly Bear Lodge.
Persoalannya yang sering ditanya,mengapa kawasan berbukit itu dipanggil menara syaitan?Dan,apakah punca sebenar kawasan tersebut digelar demikian?
Mengikut cerita lisan daripada penduduk tempatan,kawasan tersebut cukup terkenal dengan pelbagai versi cerita mitos dan kejadian paranormal.Beberapa suku Asli Amerika seperti Kiowa,Lakota,Arapaho,Crow dan Sioux,mempercayai bahawa dahulunya kawasan tersebut pernah didiami seekor beruang gergasi.
Difahamkan,dalam satu kejadian,beruang gergasi tersebut telah menyerang enam orang gadis yang sedang memetik bunga di kawasan berkenaa.Bagaimanapun,semua gadis berkenaan selamat apabila tanah tempat mereka pijak itu tiba-tiba membonjol naik lalu membentuk sebuah menara.Beruang itu pun cuba memanjat menara itu tetapi gagal.Percubaannya telah meninggalkan kesan cakaran di tempat itu,Anehnya,kesan itu masih dapat dilihat hingga hari ini.
Sementara itu,mengikut versi lisan daripada suku Cheyene,menara syaitan itu wujud selepas terjadinya satu peristiwa aneh di kawasan bukit tersebut.Berdasarkan cerita mitos,menara tersebut muncul selepas seorang lelaki yang dianggap suci di kalangan suku Cheyenne,telah tidur di kawasan bukit berkenaan.Secara tiba-tiba,tanah tempat lelaki itu tidur meninggi lalu membentuk sebuah menara.Keesokkan harinya selepas lelaki ini bangun,didapatinya telah berada di atas puncak sebuah menara.
Selain wujudnya cerita mitos daripada penduduk setempat,menara ini juga turut dikaitkan dengan kejadian kenampakan UFO(Unidentified Flying Object).Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada beberapa buah pengunjung,mereka mendakwa telah melihat satu cahaya aneh sedang terbang berlegar-legar di sekitar puncak menara batu ini.
Sehingga hari ini,menara ini dianggap sebagai tempat suci bagi sesetengah suku Asli Amerika.Malah satu papan tanda telah diletakkan di kawasan tersebut sebagai amaran kepada para pengunjung agar tidak melalukankan perkara tidak baik.
Pada 24 September 1906,menara ini telah diiktiraf sebagai United States National Monument oleh presiden Amerika Syarikat ke-26,Theodore Roosevelt.Hari ini,kawasan tersebutsangat terkenal di kalangan para pelancong yang gemarkan sukan pendakian bukit.Ini kerana,menara batu ini adalah antara kawasan pendakian yang paling sukar di dunia.

No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih