Friday
Pengalaman Roh Keluar dari Tubuh | Out of Body Experience(OBE) Sains&Al-Quran
Berdasarkan fakta sains,satu persepuluh saripada individu di dunia ini pernah mengalami pengalaman Out of Body Experience(OBE).Ia adalah satu pengalaman di mana seseorang itu dapat merasakan roh mereka keluar daripada tubuh.Ada sesetengah orang yang mengalami OBE dapat melihat masa depannya.
Fenomena ini sering digambarkan dengan keadaan roh tang terawang-awang,di mana kebanyakkan dapat melihat sendiri keadaan ubuh mereka terbujur kaku.Ada juga di abtara pengalaman itu yang dapat merasai kebolehantelapan objek nyata seperti menembusi dinding atau bumbung.Dengan kata lain,ia seolah-olah satu pengalaman membuatkan seseorang itu merasakan diri mereka telah mati.Malah,ada juga yang mendakwa dapat melihat perkara-perkara yang berlaku pada masa akan datang.
Bagai sesiapa yang pernah berhadapan dengan perkara ini sudah pasti ia merupakan suatu pengalaman yang ngeri atau aneh.Kebanyakkan mereka akan mengangggap ia adalah satu fenomena yang mempunyai daya super natural serta bersangkut paut dengan unsur ketuhanan.
Seseorang yang mengalami fenomena ini akan merasai hidup yang terasing di dalam satu dimensi atau dunia lain.Sekalipun pandangan mereka boleh melihat dengan jelas keadaan sekeliling termasuk diri mereka sendiri,individu tersebut tidak mampu untuk berinteraksi secara fizikal dengan dunia nyata.Malah,suara nereka juga tidak boleh didengari oleh orang lain.
Sungguhpun begitu,keadaan ini hanya berlangsung dalam jangka waktu tertentu sahaja.Selepas beberapa ketika,ia akan pulih seperti sedia kala dan roh atau semangat seseorang itu kemudiannya akan kembali semula ke dalam jasad tubuh.
Di barat,konsep asas OBE ini sering digambarkan melalui filem-filem yang berkisarkan tentang menuju kematian ataupun kehidupan selepas meningggalkan dunia.Selain itu,dalam sesetengah permainan komputer yang berkonsepkan peperangan,OBE juga sering ditetapkan melalui watak-watak tentera yang telah mati.
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
(Al-Israa' 17:85) | <Embed> | English Translation
They ask thee concerning the Spirit (of inspiration). Say: "The Spirit (cometh) by command of my Lord: of knowledge it is only a little that is communicated to you, (O men!)"
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
(Al-Israa' 17:85) | <Embed> | English Translation
They ask thee concerning the Spirit (of inspiration). Say: "The Spirit (cometh) by command of my Lord: of knowledge it is only a little that is communicated to you, (O men!)"
Dalam dunia perubatan,OBE,dilihat sebagai sesuatu yang berlainan dengan konsep Near Death Experience(NDE).Walaupun gejala dan persepsi fenomena ini dilihat hampir sama,tetapi NDE biasanya berlaku ketika mana seseorang itu berada dalam trauma ataupun sedang menjalani pembedahan dalam jangka waktu yang lama.
Pengalaman yang dilaui juga berlainan,ia di mana orang yang mengalami NDE akan merasakan roh mereka menuju ke suatu tempat seperti melalui lorong sempit dan di hujungnya terdapat cahaya terang.Sebaliknya,fenomena OBE pula adalah satu keadaan roh yang terawang-awang dan hanya berlegar tidak jauh daripada jasad.
Disebabkan fenomena OBE ini berlaku di seluruh dunia tanpa sebarang keterbatasan dari aspek gender mahupun agama,justeru ia telah menarik minat beberapa saintis dalam dunia perubatan untuk mengkaji tentang fenomena ini.Antara penyelidikkan terawal tentang OBE ialah kajian yang dilakukan pada tahun 1943.Kajian tersebut kemudiannya telah diterjemahkan dan dimuatkan dalam buku yang bertajuk Apparitions.Teori-teori yang dijelaskan oleh buku berkenaan masih diguna pakai sehingga kini.
Pada tahun 1968,kajian saintifik mengenai OBE telah diperluaskan lagi oleh seorang saintis bernama Celia Green.Beliau telah berjaya mengumpulkan 400 subjek yang mendakwa pernah melalui pengalaman roh keluar dari tubuh.Kaedah kajian yang dilakukan ialah melaui soal selidik,yang mana ia menjurus kepada persoalan sama ada perkara ini sebagai suatu persepsi atau khayakan menusia.
“Allah (Yang Menguasai
Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari
badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa orang
yang tidak mati: Dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang
yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke
badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah
bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).” [surah al-Zummar : 42]
It is Allah that takes the souls
(of men) at death; and those that die not (He takes) during their sleep:
those on whom He has passed the decree of death, He keeps back (from
returning to life), but the rest He sends (to their bodies) for a term
appointed verily in this are Signs for those who reflect.
Menurut pensyarah di Jabatan Psikiatrik,Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,Universiti Putra Malaysia(UPM),Profesor Dr.Azhar Zain,setakat ini sains masih belum mampu menghuraikan fenomena OBE dengan sempurna.Bagaimanapun,data-data kualitatif yang terkumpul sedikit sebanyak dapat memberi gambaran sebenar tentang perkara ini.
OBE,jelas Dr.Azhar biasanya berlaku secara spontan dan dipacu dalam beberapa keadaan.Sebahagian besar kes OBE berlaku ketika seseorang tidur.Fenomena ini terjadi adalah kerana adanya multi fungsi rapid eye movement(REM).Dalam kebanyakkan kes,individu yang mendakwa mengalami fenomena ini ialah ketika di ambang tidur iaitu tidur yang tidak terlalu lena.Situasi ini mungkin disebabkan sakit,keadaan sekeliling yang bising,tekanan emosi ataupun disebabkan oleh keletihan.
Ketika keadaan tubuh terlalu penat,gelombang otak tidak mengikuti tahap tidur yang tidak teratur.Apabila otak tidak mengikuti tahap tidur yang teratur.Apabila Otak mendadak terbangun dari tahap REM,dan dalam masa yang sama tubuh masih lagi kekal dalam keadaan tidur,ketika inilah OBE terjadi.Keadaan ini dilihat sama seperti sleep paralysis.Selain ketka tidur,ia juga boleh berlaku ketika seseorang itu berada di dalam keadaan pra-termenung.
Selain itu,pengalaman roh keluar daripada tubuh juga boleh disebabkan oleh pengaruh dadah seperti ketamin,dextromethorphan dan phencyclidine.Penggunaan ketiga-tiga dadah jenis ini mampu menghasilkan gejala di mana seseorang dapat merasakan roh mereka jatuh dan meninggalkan tubuh.Ada juga di antara pengalaman-pengalaman itu yang merasakan roh mereka berkeliaran ke merata tempat.
Antara faktor lain yang boleh menyebabkabkan perkara ini berlaku ialah epilepsi atau sawan.Ia merupakan sejenis gangguan saraf yang berlaku pada bahagian otak iaitu di lobus temporal dan lobus parietal.Gangguan saraf akan memberi rangsangan sehingga seseorang itu merasakan roh mereka keluar dari tubuh.
Jelas Dr.Azhar,setakat ini kebanyakkan kes OBE berlaku dalam keadaan di mana seseorang itu sedang berbaring.Bagaimanapun,ada juga beberapa kes terpencil berlaku dalam keadaan seseorang itu sedang duduk.Ia biasanya dimulakan dengan suatu bunyi yang kuat,dan akan berakhir apabila roh mereka kembali disedut ke dalam tubuh.
hal berkaitan;Berhadapan dengan Kematian | Near Death Experience Sains&Al-Quran
hal berkaitan;Berhadapan dengan Kematian | Near Death Experience Sains&Al-Quran
carian anda;semangat roh badan
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih