Tuesday
Berhadapan dengan Kematian | Near Death Experience Sains&Al-Quran
MATI
itu pasti.Itulah penghujung setiap benda yang bernyawa di dunia
ini.Tetapi,seseorang merasai pengalaman kematian dan hidup semula
selepas itu?Itulah kekuasaan Allah!
“Allah (Yang Menguasai
Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari
badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa orang
yang tidak mati: Dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang
yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke
badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah
bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).” [surah al-Zummar : 42]
It is Allah that takes the souls (of men) at death; and those that die not (He takes) during their sleep: those on whom He has passed the decree of death, He keeps back (from returning to life), but the rest He sends (to their bodies) for a term appointed verily in this are Signs for those who reflect.
It is Allah that takes the souls (of men) at death; and those that die not (He takes) during their sleep: those on whom He has passed the decree of death, He keeps back (from returning to life), but the rest He sends (to their bodies) for a term appointed verily in this are Signs for those who reflect.
Berdasarkan
data kuantitatif,sekitar lapan juta orang Amerika mendakwa diri mereka
pernah mempunyai pengalaman berdepan dengan kematian.Pengalaman tersebut
membuatkan diri mereka seolah-olah telah mati,dan kebanyakkan dapat
merasai situasi roh keluar daripada tubuh.Malah,ada juga yang telah
disahkan mati,tetapi hidup kembali dalam jangka waktu tertentu.
Keajaiban
ini memperlihatkan ia seperti satu fenomena yang melangggar hukum
biologi alam,yang mana mati akan tetap mati dan tidak mungkin hidup
kembali.Disebabkan itu,ia masih menjadi perbincangan dan pertikaian di
kalangan ahli sains seluruh dunia.
Dalam
dunia perubatan moden,fenomena ini diistilahkan sebagai Near Death
Experience(NDE)yang merujuk kepada pengalaman seseorang yang menuju ke
arah kematian.Ia sebenarnya satu fenomena yang dialami oleh kebanyakkan
orang,namun ramai yang tidak mengetahui apa sebenar yang berlaku kerana
iadikatakan tidak mempunyai kaitan dengan sebarang kepercayaa
kerohanian.
Secara
fizikalnya,jika seseorang individu itu mengalamai serangan jantung ia
boleh mengakibatkan kematian ataupun koma.Namun,jika dalam beberapa
minit atau beberapa jam kemudian jantung mereka kembali
berfungsi,individu-individu ini lebih cenderung mengalami pengalaman
keluar dan berada di alam dunia lain-alam roh.Fenomena inilah yang
dinamakan NDE.
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
(Al-Israa' 17:85) | <Embed> | English Translation
They ask thee concerning the Spirit (of inspiration). Say: "The Spirit (cometh) by command of my Lord: of knowledge it is only a little that is communicated to you, (O men!)"
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
(Al-Israa' 17:85) | <Embed> | English Translation
They ask thee concerning the Spirit (of inspiration). Say: "The Spirit (cometh) by command of my Lord: of knowledge it is only a little that is communicated to you, (O men!)"
Ramai
yang beranggapan kehidupan selepas kematian adalah sesuatu yang sangat
mustahil.Namun,bagi pakar-pakar psikiatri dunia seperti
Dr.Raymond,Dr.Ken Ring dan Dr.Bruce Greyson,mereka mempunyai alasan
tersendiri untuk mempercayai fenomena ini.Ini kerana mereka mendakwa
pesakit yang mengalami NDE.
Selepas
menterjemahkan pengalaman para pesakit,mereka percaya bahawa
terdapatnya bukti tentang kewujudan antara jiwa dan kehidupan setelah
kematian.Hasil pengumpulan data selama 30 tahun daripada pesakit-pesakit
yang mengalami NDE,telah menunjukkan adanya lonjakan aliran elektrik
pada otak manusia.Ia berlaku dalam masa beberapa saat menjelang kematian
selepas melakukan ujian gelombang pada otak mereka.
Malah,fakta
ini juga turut disokong oleh sejumlah doktor dari Medical Center
Universiti George Washington.Mereka yakin gelombang yang hadir tatkala
individu yang menghampiri kematian yang sebenar,sebaliknya akan melalui
NDE.Dengan kata lain,individu yang mengalami NDE akan melihat diri
mereka sendiri berjalan keluar dari badan dan menuju ke suatu tempat
yang bercahaya.
Walau
bagaimanapun,terdapat sesetengah pakar mempercayai pengalaman yang
dialami seseorang itu hanya sebagai satu halusinasi sahaja.Walaupun
terdapat pelbagai pendapat,hanya individu yang mengalami NDE ini sahaja
yang tahu kerana mempunyai pengalaman seperti itu.
Contohnya,seorang
pemandu trak Amerika,AL Sullivan yang berusia 55 tahun telah mengalami
fenomena NDE.Ketika dia menjalani pembedahan jantung,Sullivan mendakwa
telah bertemu dengan ibu serta adiknya di alam lain.Ibunya berpesan
kepadanya supaya kembali dan memberitahu doktor dan keluarga yang
anaknya itu sihat sahaja.Apa yang menakjubkan,kesihatan Sullivan selepas
itu bertambah baik.Namun,doktor meragui pengalaman yang dialaminya dan
menganggap ia sebagai satu halusinasi sahaja.Adalah lumrah jika ada orang yang telah mengalami NDE dan memberikan maklumat yang tepat dari pengalamannya. Kadang-kadang maklumat sangat fizikal dan kadang kala sangat spiritual.Seorang ahli neuropatologi, George Rodonaia, mengalami NDE selama 3 hari,ia sedar kembali pada saat para doktor sedang mempersiapkan otopsi untuk dirinya. Sebelum pengalaman ini, ia adalah seorang agama ateis. Setelah melewati pengalaman di alam roh yang begitu mendalam, ia kemudian melanjutkan pelajaran kedokteran di bidang spiritual agama dan menjadi seorang pendeta.Dalam satu kes juga,sekumpulan petugas pemadam kebakaran api hampir mengalami kematian semasa memadam api yang marak di hutan. Mereka melaporkan bahawa mereka dapat saling bertemu dengan sesama mereka pada saat NDE dan keluar dari tubuh mereka yang tidak bernyawa, akan tetapi pada akhirnya mereka dapat diselamatkan.
Pengalaman
menghampiri saat kematian adalah peristiwa yang mendalam.Kebanyakkan
individu yang mengalami fenomena NDE ini akan sentiasa cuba berfikiran
positif dan berusaha memperbaiki kehidupan mereka.Dengan kata
lain,mereka bagaikan diberi peluang kedua dalam kehidupan.
"Pengalaman menjelang kematian" dipopularkan oleh dr. Raymond Moody, dalam bukunya, "Life after Life (Kehidupan selepas Kehidupan)". Dr. Moody juga merupakan penulis laris untuk kesebelas bukunya - yang telah terjual lebih dari 13 juta naskhah di seluruh dunia. Selain itu, ia juga menulis pelbagai artikel akademik dan literatur profesional seperti "Near Death Experiences (Pengalaman Menjelang Kematian)", "Death with Dignity (Meninggal dengan Mulia)", dan "Life after Loss (Kehidupan selepas Kehilangan)"
Dr. Moody telah mengadakan penelitian terhadap lebih dari seratus kes "mati klinikal" dan hidup kembali. "Life after Life (Kehidupan selepas Kehidupan)" telah mengubah pandangan kita terhadap hidup dan kematian. Salah satu ringkasan penjelasannya dari pengalaman menjelang kematian adalah "suatu ketika melayang dan ketidakterhubungan dengan tubuh fizikal kita". Ia bermaksud bahawa "jiwa melihat tubuh tanpa kehidupan dari sudut langit-langit dan perasaan tenang dan hening mendominasi pada saat waktu berhenti. Jiwa merasa ditarik ke terowong gelap dengan cahaya putih berkilauan di hujungnya. Saat kita memasuki cahaya putih, orang yang kita cintai atau tokoh agama akan menyambut kita, dan kita akan melihat gambaran berwarna dari kilas kehidupan yang telah dilalui. "Menakjubkan, banyak orang dari berbagai belahan dunia telah mengalami hal yang sama seperti ini. Sesudah mengalami NDE, orang itu akan lebih menghargai kehidupan, mementingkan hubungan sendiri dan lebih gigih dalam usaha mencapai matlamat.
Moody juga melaporkan sebahagian orang dengan pengalaman menjelang kematian di mana mereka enggan untuk kembali setelah meninggalkan tubuh fizikalnya. Beberapa pesakit telah marah kepada para doktor yang membawa mereka kembali(hidup). Dari sini kita dapat mengetahui bahawa mereka pasti mengalami pengalaman yang sangat berkesan!
Dr. Ken Ring adalah seorang profesor psikologi di Universiti Connecticut. Ia telah mendokumentasikan 102 NDE. Dalam kajiannya yang terkini termasuk NDE daripada seorang yang buta, dan penemuannya boleh dibaca pada bukunya "Mindsight (Penglihatan Fikiran)". Buku-bukunya terdahulu termasuk "Life at Death (Hidup saat Kematian)", "Lessons from the Light (Pelajaran dari Cahaya) "," Heading toward Omega (Menuju ke Omega) ", dan" The Omega Project (Projek Omega) ". Orang yang menyaksikan keluarnya roh dari tubuh fizikal, dan ini telah dibuktikan kebenarannya.Dr Ken Ring juga telah meneliti NDE yang mengesahkan adanya reinkarnasi.
Fenomena
menarik ini terjadi saat seseorang mengalami NDE adalah saat dimana
jiwa mereka bertemu orang lain, biasanya orang yang dicintai. Mereka
juga dapat mendengar pembicaraan orang di sekitarnya saat jiwa mereka
keluar dari tubuh fisik. Dr Ring mengatakan, “Bukti ini telah
menunjukkan bahwa kesadaran itu ada.”
Dr.Ring
menulis satu artikel di "Journal of Near-Death Studies (Majalah
Penelitian Menjelang Kematian)” sehubungan dengan NDE. Ia melaporkan,
saat keluar dari tubuh fizikal semua orang hampir memiliki pengalaman
yang sama. Termasuk “bergerak ke dalam terowongan kosong atau gelap
menuju cahaya terang; bertemu dengan saudara dan teman yang telah
meninggal; merasa tenang dan damai; merasa dikelilingi perasaan penuh
cinta; merasa sangat cantik dan sangat rindu berada di sana. Saat orang
kembali ke realiti dunia setelah mengalami NDE, mereka sangat
terpengaruh oleh perasaan ini sepanjang sisa hidup mereka.” Ini hampir
sama dengan penemuan Dr. Raymond Moody.
Dr. Bruce Greyson
Doktor
berikutnya mendokumentasikan satu dari contoh yang paling meyakinkan
dari seseorang yang telah mengalami pengalaman keluar dari tubuh
fizikal atau NDE. Dr. Bruce Greyson adalah Carlson Professor of
Psychiatry pada University of Virginia Health System. Ia merupakan salah
seorang anggota dari Asosiasi Parapsikologi yang meriset pengalaman
menjelang kematian. Ia menerima sembilan bantuan penyelidikan dimana ia
sebagai kepala investigator telah melakukan presentasi ilmiah kepada
lebih dari 60 konferensi nasional dan regional. Dr Greyson juga telah
menerbitkan lebih dari 60 artikel. Ia telah menulis buku dengan judul,
“The Near-Death Experience: Problems, Prospects, Perspectives
(Pengalaman Menjelang Kematian: Masalah, Prospek, Perspektif)”, dan ia
telah menjadi pengarang Majalah Penelitian Menjelang Kematian selama
lebih dari dua puluh tahun.
Dr.
Greyson telah mendokumentasikan pola yang jelas atas pola kesehatan
pasien dalam jangka panjang setelah mengalami fenomena menjelang
kematian. Ia juga menulis terapi strategis demi membantu pesakit untuk
menyesuaikan kehidupan setelah NDE.
Pengalaman
menjelang kematian adalah peristiwa yang sangat mendalam,dimana hampir
semua orang berubah setelah mnegalaminya. Seorang penjenayah berubah
menjadi seorang yang berkhidmat kepada sesama manusia.
Kesihatan mereka juga bertambah baik, masalah mental juga dapat
diselesaikan Kebanyakan orang yang mengalami NDE tidak akan bertanya
lagi adakah Tuhan ada. Mereka tahu Tuhan ada.Pengalaman mendalam dan
penting dari NDE menunjukkan dengan jelas bahawa jiwa melampaui hidup
dan Tuhan itu ada.
hal berkaitan;Pengalaman Roh Keluar dari Tubuh | Out of Body Experience(OBE) Sains&Al-Quran
Perhubungan diantara Tidur dan Mati Sains&Al-Quran/Hadis
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih