Friday
Kebaikan Sarapan Pagi | Sains&Hadis
Terdapat kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat melihat
pengaruh bersarapan pagi pada jumlah kalori yang diambil dan dibakar sepanjang
hari serta hubungannya dengan insulin.Turut dilihat pengaruh kadar kolesterol
dan glukosa pada 10 wanita sihat dengan berat badan normal.
Hasilnya menunjukkan wanita yang makan bersarapan pagi
mengambil jumlah 100 kalori lebih rendah berbanding mereka yang tidak mengambil
sarapan pagi.LDL iaitu kolesterol merbahaya yang lebih rendah pada saat mereka
mengambil sarapan pagi.Selain itu,sarapan pagi menjadikan respons insulin lebih
baik bererti risiko menderita diabetes juga menurun.American Heart Association
melaporkan bersarapan yang signifikan bagi menurunkan kecenderun obesity dan
risiko diabetes.
Mengikut penyelidik Linda Van Horn, dari Northwestern University’s Feinberg School of
Medicine, (1999). Sekiranya anda sedang cuba mengawal atau mengurangkan berat badan dan menurunkan risiko penyakit jantung,dengan tidak mengambil sarapan pagi ia bukanlah satu pilihan yang baik. Bukan seperti yang disangkakan oleh seseorang individu, untuk mengurangkan berat badan dengan cara mengurangkan pengambilan jumlah makanan, kalori dan hidangan pada sesuatu waktu tetapi individu yang mengambil sarapan pagi adalah lebih sihat.

Pada penghujung hari, individu yang mengambil sarapan pagi akan mengambil makanan yang mengandungi kalori yang rendah, kurang kepekatan lemak dan kolestrol dansecara keseluruhannya mempunyai status nutrien yang lebih baik berbanding daripada orangyang tidak mengambil sarapan pagi.
Mengikut laporan Reuters Business Insight yang ditulis oleh Datamonitor, (2002) cara pemakanan sarapan pagi individu sedang berubah. Ini adalah kerana perubahan cara hidup telah membawa kepada perubahan corak pemakanan, dan kepentingan sarapan pagi semakin menurun dengan ramai orang yang meninggalkan sarapan pagi atau memilih makan di tempat kerja. Mengikut suau tinjauan yang telah dijalankan di Jepun pada tahun 2000, yang melibatkan responden sebanyak 5000 ribu orang bertujuan mengkaji budaya sarapan pagi di Jepun.Tinjauan tersebut mendapati secara tradisi budaya sarapan pagi Jepun adalah berbeza daripada Barat.
Akan tetapi seperti aspek-aspek cara hidup Jepun, budaya sarapan pagi telah telah mengalami perubahan daripada negara-negara Barat menerusi faktor pembaratan 150 tahun dahulu. Kini masyarakat Jepun mengamalkan budaya sarapan pagi Barat dan Jepun itu sendiri. Manakala jenis makanan yang menjadi pilihan utama sebagai sarapan pagi masyarakat Jepun adalah roti. Budaya sesuatu negara dapat mempengaruhi amalan sarapan pagi di kalangan masyarakatnya. Pilihan menu sarapan pagi mereka akan berbeza daripada masyarakat lain.
Kirschmann (1996), menyatakan bahawa badan kita memerlukan kuantiti makanan yang seimbang. Pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak atau terlalu sedikit akan menjejaskan seseorang untuk menjalankan aktiviti fizikal harian dan menjejaskan tahap penggunaan minda mereka.

Hadist Abu
Sa’id al-Khudri -radhiallahu ‘anhu- dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wa sallam, bahwa beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Sahur adalah berkah, makan janganlah kalian meninggalkannya walaupun salah seorang diantara kalian hanya dengan meneguk satu tegukan air. Karena sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya mendoakan orang-orang yang makan sahur.” (HR. Ahmad 3/12 dan 44)
Hadist Anas bin Malik -radhiallahu ‘anhu- beliau berkata, bahwa NabiShallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Makan sahurlah kalian karena pada sahur terdapat berkah.”
(HR. al-Bukhari no. 1923 dan Muslim no.770)
Sarapan
pagi tidak saja mustahak, sebaliknya pemilihan sajian juga perlu
diberikan perhatian kerana ia turut mempengaruhi kecerdasan individu.
Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang
terutama kanak-kanak memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan
membantu meningkatkan prestasi pembelajaran.
Tanpa sarapan pagi, kanak-kanak sukar untuk menumpukan sepenuh perhatian, tidak bermaya dan mengantuk di awal pagi persekolahan.Satu kajian yang di buat di Lowa.
Amerika syarikat menunjukkan bahawa murid yang rnempraktikkan sarapan pagi
sebagai amalan rutin terbukti mempunyai kadar keaktifan yang tinggi berbanding
murid yang tidak mengambil sarapan pagi. Di sekolah .murid yang bersarapan
mempunyai sahsiah dan prestasi yang lebih tinggi berbanding murid yang enggan
atau melangkaui sarapan ( Krause dan Mahan. 1969).
Bagaimanapun, didapati tiada perbezaan ekonomi bagi responden yang diberi makanan berkhasiat selepas berumur tiga tahun, baik lelaki mahupun wanita. Dalam kajian itu, aspek persekitaran dan kualiti sekolah turut diberi perhatian supaya tidak menjejaskan keputusan. Pakar pemakanan mengenal pasti umur sehari ke dua tahun atau sehari ke tiga tahun sebagai jendela emas (tempoh paling berharga).
Kekurangan zat boleh memberi kesan yang sangat merugikan kerana ia memperlahankan pertumbuhan fizikal(menyebabkan anak rendah) dan perkembangan minda. Mempunyai saiz badan tinggi dan kuat boleh membantu meningkatkan pendapatan daripada segi kemampuan tenaga, tetapi paling penting ialah keupayaan minda.
Walaupun kajian ini mensasarkan kesan jangka panjang makanan berkhasiat kepada kanak-kanak di bawah tiga tahun, ia bukan bermakna keperluan anak yang lebih tua boleh diabaikan. Banyak kajian menunjukkan anak yang bersarapan menunjukkan prestasi dan daya tumpuan lebih baik di bilik darjah. Jadi tidak kira berapa umur anak anda, mereka masih boleh mendapat manfaat daripada sarapan berkhasiat.
Antara alasan paling kerap diberi ialah tidak cukup masa (48 peratus) dan tidak berselera (30 peratus). Manakala pilihan makanan sarapan paling lazim ialah roti, nasi lemak, nasi goreng dan kuih.
Didapati pengambilan makanan harian juga tidak teratur. Semakin ramai kanak-kanak gemar kudapan seperti ais krim, buah, bijirin sarapan pagi, kentang goreng, coklat dan makanan ringan. Sebaliknya, kekerapan makan bersama keluarga menurun. Berdasarkan kajian, hanya 68 peratus kanak-kanak sekolah rendah makan malam bersama keluarga.
Sebenarnya, kanak-kanak tahu mengenai nilai pemakanan, tetapi pengetahuan ini tidak mencerminkan tabiat makan mereka. Hampir 77 peratus kanak-kanak sekolah rendah tahu mereka perlu bersarapan. Golongan yang tidak bersarapan akan makan mi atau mihun goreng, nasi lemak atau nasi goreng pada waktu rehat di sekolah. Malah, murid yang bawa bekal juga makan mi, mihun atau nasi goreng, atau nasi lemak di kantin menggunakan duit belanja yang diberi ibu bapa.
Kanak-kanak kini tidak lagi aktif sebagaimana sepatutnya. Dalam kajian itu penyelidik mendapati:
Ketua Unit Pengurusan Pemakanan dan Reproduktif Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Kamarul FaKamarul Zaman, ber-kata kegagalan mengamalkan tabiat pemakanan yang baik antara faktor yang menyumbang kepada masalah pertambahan berat badan di kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Berdasarkan Kajian Kementerian Kesihatan pada 2006, sebanyak 10.5 peratus murid sekolah di negara ini mengalami masalah berlebihan berat badan dan enam peratus lagi termasuk dalam kategori sangat gemuk atau obes.
Kajian
Kajian membabitkan 1,500 responden daripada empat perkampungan di Guatemala dari 1969 hingga 1997 mendapati, lelaki yang diberi bu-bur nasi kaya khasiat sebelum umur tiga tahun mempunyai pendapatan 46 peratus lebih tinggi bagi setiap jam berbanding kumpulan kawalan yang menerima kurang khasiat.Bagaimanapun, didapati tiada perbezaan ekonomi bagi responden yang diberi makanan berkhasiat selepas berumur tiga tahun, baik lelaki mahupun wanita. Dalam kajian itu, aspek persekitaran dan kualiti sekolah turut diberi perhatian supaya tidak menjejaskan keputusan. Pakar pemakanan mengenal pasti umur sehari ke dua tahun atau sehari ke tiga tahun sebagai jendela emas (tempoh paling berharga).
Kekurangan zat boleh memberi kesan yang sangat merugikan kerana ia memperlahankan pertumbuhan fizikal(menyebabkan anak rendah) dan perkembangan minda. Mempunyai saiz badan tinggi dan kuat boleh membantu meningkatkan pendapatan daripada segi kemampuan tenaga, tetapi paling penting ialah keupayaan minda.
Walaupun kajian ini mensasarkan kesan jangka panjang makanan berkhasiat kepada kanak-kanak di bawah tiga tahun, ia bukan bermakna keperluan anak yang lebih tua boleh diabaikan. Banyak kajian menunjukkan anak yang bersarapan menunjukkan prestasi dan daya tumpuan lebih baik di bilik darjah. Jadi tidak kira berapa umur anak anda, mereka masih boleh mendapat manfaat daripada sarapan berkhasiat.
Kajian UKM
Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Nestle (M) Berhad pada tahun 2001 ke atas 12,000 murid sekolah rendah (berumur tujuh hingga 12 tahun di seluruh negara) mendapati, lebih 30 peratus kanak-kanak sekolah rendah tidak bersarapan.Antara alasan paling kerap diberi ialah tidak cukup masa (48 peratus) dan tidak berselera (30 peratus). Manakala pilihan makanan sarapan paling lazim ialah roti, nasi lemak, nasi goreng dan kuih.
Didapati pengambilan makanan harian juga tidak teratur. Semakin ramai kanak-kanak gemar kudapan seperti ais krim, buah, bijirin sarapan pagi, kentang goreng, coklat dan makanan ringan. Sebaliknya, kekerapan makan bersama keluarga menurun. Berdasarkan kajian, hanya 68 peratus kanak-kanak sekolah rendah makan malam bersama keluarga.
Sebenarnya, kanak-kanak tahu mengenai nilai pemakanan, tetapi pengetahuan ini tidak mencerminkan tabiat makan mereka. Hampir 77 peratus kanak-kanak sekolah rendah tahu mereka perlu bersarapan. Golongan yang tidak bersarapan akan makan mi atau mihun goreng, nasi lemak atau nasi goreng pada waktu rehat di sekolah. Malah, murid yang bawa bekal juga makan mi, mihun atau nasi goreng, atau nasi lemak di kantin menggunakan duit belanja yang diberi ibu bapa.
Kanak-kanak kini tidak lagi aktif sebagaimana sepatutnya. Dalam kajian itu penyelidik mendapati:
- 25 peratus kanak-kanak mengalami masalah berat badan
- 13.2 peratus kurang berat badan (10 peratus bagi kumpulan tujuh hingga sem-bilan tahun dan 17 peratus bagi kumpulan 10 hingga 12 tahun)
- 11.7 peratus berlebihan berat badan (lima peratus dari kumpulan tujuh hingga sembilan tahun dan 21 peratus untuk kumpulan 10 hingga 12 tahun)
Ketua Unit Pengurusan Pemakanan dan Reproduktif Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Kamarul FaKamarul Zaman, ber-kata kegagalan mengamalkan tabiat pemakanan yang baik antara faktor yang menyumbang kepada masalah pertambahan berat badan di kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Berdasarkan Kajian Kementerian Kesihatan pada 2006, sebanyak 10.5 peratus murid sekolah di negara ini mengalami masalah berlebihan berat badan dan enam peratus lagi termasuk dalam kategori sangat gemuk atau obes.
INFO:
Sarapan bukan saja memberi tenaga untuk memulakan hari baru, tetapi banyak
faedah untuk kesihatan termasuk kawalan berat badan dan prestasi yang lebih
baik.
- Pemakanan berkhasiat dan lengkap, kaya nutrien, vitamin dan mineral memberikan tenaga kepada tubuh badan.
- Dapat memberi lebih tumpuan serta prestasi di dalam kelas
- Lebih tenaga atau kudrat untuk terbabit dalam aktiviti dalam kelas atau di atas padang
- Membantu merendahkan tahap kolesterol.
Sememangnya dalam islam sememangnya betul... Semuanya ada kebaikan.. ^_^
ReplyDeletesetelah lama terasa mcm 1 abad,ada jg manusia nk komen ^^..
ReplyDeletememang ada hikmah disebaliknya~
“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagi kamu.” (Surah al-Ahzab, ayat 21)