Tuesday
Perhubungan diantara Tidur dan Mati Sains&Al-Quran/Hadis
Professor Alison Pakar Elektronik Dan Elecktrikal
Penyelidikan parapsikologi dan perlakuan spiritual dibawah cahaya al-Quran telah mempengaruhi Dr. Arthur J Alison
menyedari hakikat kebenaran agama Islam, sebagaimana yang dilaporkan
didalam akhbar harian Jeddah, Okaz. Dr Alison yang memeluk agama Islam
ketika menghadiri persidangan saintifik di Kaherah
mengatakan bahawa orang Islam sendiri telah gagal menunjukkan hakikat
saintifik yang ada pada agama Islam kepada yang bukan beragama Islam.
Beliau yang kini bernama Abdullah Alison, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektronik dan Elecktrikal di sebuah Universiti di Britain (University of London), menyeru saintis barat mengenali Islam yang beliau sifatkan sebagai “agama yang menjawab kedua-dua bidang intelek dan sentimen sekali gus”.
Berapa sainstis barat yang kebetulan mengkaji al-Quran dimana penyelidikan akademiknya memerlukan mereka melakukan hal sedemikian, telah memeluk agama Islam apabila melihat Islam sebagai agama saintifik yang tidak menafikan penyelidikan saintifik moden , tidak seperti agama-agama lain.
Dr Alison mengatakan bahawa beliau telah bertugas selama enam (6) tahun sebagai pengerusi Pertubuhan Parapsikologi dan Spritual British. Kedudukan ini telah mendorong beliau mempelajari pelbagai agama dan falsafah, termasuk agama Islam.
Dr Alison telah menghantar kertas penyelidikannya ke sebuah Persidangan di Kaherah yang membicarakan mengenai perhubungan diantara TIDUR dan MATI, dimana menurut beliau ia merupakan kajian substansi menggunakan peralatan elektrikal dan elektronik, yang merupakan bidang kepakaran beliau.
Menurut beliau, semasa menulis kertas kerja untuk Persidangan di Kaherah, matlamat utama beliau adalah untuk mengkaji perubatan parapsikologi dan spiritual didalam kacamata al-Quran.
Keputusannya adalah sangat memeranjatkan dan sangat menyakinkan terutamanya keadaan semulajadi, kondisi tidur dan kematian dan lain-lain fenomena yang berkaitan. Tambah beliau “Kegembiraanku tidak terhingga dimana kajian ini sangat menyakinkan, seterusnya saya menemui Islam”. Beliau meluahkan rasa kekesalan bahawa Barat sebenarnya jahil tentang pendekatan saintifik terhadap Islam. “Didalam
diskusi kami di Persidangan tersebut, kita telah mencapai konklusi
bahawa Islam tidak bercanggah dengan sains, dan merancang untuk
melakukan penyelidikan yang lebih lanjut didalam penyelidikan
parapsikologi dibawah naungan al-Quran” kata penyelidik Ingerris ini.
Semasa menyediakan kertas kerja untuk Persidangan Kaherah, Dr Alison telah berhenti pada ayat al-Quran;
“Allah (Yang Menguasai
Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari
badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa orang
yang tidak mati: Dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang
yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke
badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah
bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).” [surah al-Zummar : 42]
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
(Al-Israa' 17:85) | <Embed> | English Translation
They ask thee concerning the Spirit (of inspiration). Say: "The Spirit (cometh) by command of my Lord: of knowledge it is only a little that is communicated to you, (O men!)"
Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".
(Al-Israa' 17:85) | <Embed> | English Translation
They ask thee concerning the Spirit (of inspiration). Say: "The Spirit (cometh) by command of my Lord: of knowledge it is only a little that is communicated to you, (O men!)"
Bagi mendalami bab saintifik al-Quran ini, Dr. Alison telah bekerjasama dengan Dr al-Musherif dan berjaya membuktikan bahawa tidur dan kematian hanyalah satu proses (one single process) sebagaimana yang dinyatakan didalam ayat al-Quran diatas dan berkata bahawa orang Islam telah lalai menyerlahkan fakta-fakta saintifik al-Quran kepada bukan Islam.
Menurut beliau, eksperimen beliau telah
menunjukkan bahawa ada sesuatu benda telah keluar dari badan manusia
apabila seseorang lelaki atau wanita tidur, dan akan kembali masuk
menyebabkan mereka bangun tidur. Akan tetapi kematian pula menujukkan
sesuatu benda itu tidak kembali. “Dan al-Quran telah menyebut sejelas-jelasnya”, Tambah Dr Alison “saya yakin dengan apa yang diperkatakan oleh al-Quran”.
Dr Al-Mushrefi, seorang saintis arab dari Utara Yaman dan merupakan rakan penyelidik Dr Alison berkata bahawa Dr Alison memang tidak pernah makan babi atau minum arak seumur hidupnya dan kini setelah beliau memeluk agama Islam dia telah membantu menyebarkan mesej Islam.
sakratul maut;
doa sebelum tidur:
doa bangun tidur;
sakratul maut;
doa sebelum tidur:
doa bangun tidur;
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih