Saturday
Makanlah secara Thuma'ninah Sains&al-Quran
Mereka yang makan secara gelojoh dan makan sehingga kenyang berisiko 3 kali ganda untuk obesiti, kajian menunjukkan individu yang makan dengan gelojoh akan memakan dengan jumlah kalori yang banyak jadi ini menyumbang kepada risiko obesiti.
Tahukah kamu, tempoh makan yang disyorkan ialah 20 minit, kerana perut akan enghantar isyarat ke otak bahawa kamu sudah kenyang selepas 20 minit kamu makan idak kiralah dalam saiz hidangan kecil atau besar.
Rongga makanan pada bahagian orapharynx atau muara mulut secara anatominya berhubung dengan rongga saluran pernafasan kita.Oleh itu,banyak bersuara sambil makan mampu menyebabkan makanan tersalah masuk ke dalam saluran pernafasan kita.Ini mampu mengakibatkan kita tersedak sehingga membahayakan paru-paru kita.Mengunyah makanan dengan lebih lama di mulut membuatkan makanan itu menjadi lunak dan senang hadam.
Dalam mulut,kerja penghadaman sudah bermula secara kimia melalui enzim ptialin yang menghadamkan makanan secara sederhana.Termasuk juga dalam adab thuma'ninah adalah tidak banyak berbicara atau mengeluarkan suara yang kasar ketika makan.Cara makan tersebut menghindarkan kita daripada tersalah gigit lidah sendiri dan meringankan kerja organ-organ penghadaman kita.
Ketika makan janganlah terlalu banyak bercakap atau bercakap apabila makanan penuh di dalam mulut. Janganlah juga bercakap mengenai hal-hal yang boleh menimbulkan rasa jijik atau loya.Bayangkan kalau anda cerita mengenai sesuatu perkara yang mengejutkan di meja makan?Jangan makan gelojoh seperti binatang!pernah tengok binatang makan macam mana?pernah tengok kucing 3 hari tak makan,kemudian dia dapat makan?macam mana dia makan?
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh - ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.(Muhammad 47:12) | <Embed> | English Translation
“… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).
Washington DC: Berapa banyakkah
anda mengunyah setiap kali makan? Menurut para ahli Universiti
Kedoktoran Cina, mengunyah makanan lebih lama dapat membantu
mengurangkan berat badan. Ini kerana makanan yang masuk ke dalam tubuh
dicerna secara perlahan sehingga tidak menjadi lemak.
Para sukarelawan yang terpilih diminta
setiap kali makan mengunyah makanan sebanyak 40 kali. Hasilnya sebanyak
12% kalori lebih rendah berbanding mereka yang mengunyah makanan 15
kali saja.
Mengunyah lebih lama
memberi arahan kepada otak agar perut terasa lebih penuh. Hal ini juga
berpengaruh pada sistem pencernaan yang mengurangkan ghrelin, hormon
yang membuat kita merasa lapar.
Ujian
yang dilakukan ke atas 16 orang sukarelawan lelaki langsing dan 14
orang lelaki bertubuh gemuk dengan usia sekitar 20 tahun, diberikan
makan pie dan daging. Meraka dirakam menggunakan kamera tersembunyi.
Dalam al-Adzkar, Imam Nawawi mengatakan, “Dianjurkan berbicara ketika makan. Berkenaan dengan ini terdapat sebuah hadits yang dibawakan oleh Jabir r.a. sebagaimana yang telah kami kemukakan dalam “Bab memuji makanan”. Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam kitab al-Ihya mengatakan bahawa termasuk etika makan ialah membicarakan hal-hal yang baik sambil makan, membicarakan kisah orang-orang yang shalih dalam makanan.” (al-Adzkar hal 602, edisi terjemah cet. Sinar baru Algen Sindo)
Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam kitab al-Ihya mengatakan bahawa termasuk etika makan ialah membicarakan hal-hal yang baik sambil makan, membicarakan kisah orang-orang yang shalih dalam makanan.
Menurut al-Hafidz dan Syaikhul Islam Ibn al-Qayyim rh, pendapat yang benar ialah Nabi SAW bercakap dan berbual semasa makan. Dalam kitabnya alZaad, “Ada kalanya Nabi SAW bertanya apakah menu pada hari ini dan memuji menu tersebut.” (HR Muslim). “Dan ada kala Nabi SAW mengajar adab dan susila makan kepada kaum keluarganya, ada ketika Nabi SAW sentiasa menggalakkan tetamu beliau supaya menambah laukpauk dan minuman.” (HR al-Bukhari).
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih