Wednesday

Arang dan Kesihatan Manusia

TERINGAT cerita dalam filem legenda, Nujum Pak Belalang – si Belalang membuat air kopi untuk tetamu menggunakan arang yang diambil dari bontot kuali. Sebut fasal meminum arang, pasti ramai di antara kita berpendapat ia adalah kotor dan menjijikkan. Tapi, tahukah anda bahawa arang sebenarnya telah lama digunakan sebagai ubat dalam sejarah dunia perubatan?

Seawal tahun 1,500 Sebelum Masihi (SM) lagi, masyarakat Mesir telah mula menggunakan arang sebagai medium penyembuh luka dan pembersih usus. Selepas lebih 1,100 tahun kemudian, seorang ahli perubatan pada tahun 460 SM, Hipokrates turut menggunakan bahan berwarna hitam itu untuk merawat penyakit epilepsi, klorosis dan penyakit berjangkit yang disebabkan bakteria yang dipanggil sebagai antraks. Kaedah rawatan ini banyak menampakkan hasil, sekali gus menyelamatkan banyak nyawa orang-orang dahulu.

Sungguhpun begitu, sejarah banyak menyaksikan ramai yang tidak percaya akan keberkesanan arang dalam perubatan. Lantaran itu, pada tahun 1831, Profesor Touery dari Akademi Perubatan Perancis melakukan demonstrasi bagi menunjukkan betapa arang begitu istimewa dalam bidang klinikal. Di depan rakan sejawat dan para pelajarnya, dia menunjukkan aksi bahaya dengan meminum racun strychine yang telah dicampurkan arang.

Hasilnya, Touery tidak mengalami komplikasi berat dan masih bernyawa. Jika difikirkan secara logik, mustahil seseorang itu boleh terus bernyawa lebih-lebih lagi setelah mengambil racun. Tapi, mengapa bahan berbahaya itu tidak mendatangkan mudarat dan bagaimana hal luar biasa itu boleh berlaku?

Menurut Touery, sifat arang yang tidak berbau dan tidak mempunyai rasa, sebetulnya mampu menyerap 60 peratus zat beracun di dalam tubuh. Jika diminum, benda hitam itu akan masuk ke bahagian pencernaan seperti perut, usus kecil dan usus besar. Keberkesanannya akan dapat dilihat beberapa jam selepas di ambil. Hal ini berlaku kerana arang memiliki pori yang banyak dan luas hinggakan keupayaan menyerap menjadi sangat tinggi.

Pada abad ke-20, penggunaan arang semakin luas dan ia digunakan sebagai agen anti kanser dalam tubuh manusia. Kajian yang dijalankan oleh Japan Science and Technology Agency dengan kerjasama Japan Cancer Institut mendapati, arang atau karbon diubah menjadi nanohorn iaitu sebagai medium membunuh kanser atau tumor tanpa sebarang kesan sampingan.

Malah, jangan terkejut kerana arang telah dibuktikan bersifat antipenuaan dan memanjangkan usia sebanyak 40 peratus. Penemuan ini adalah hasil penelitian yang dijalankan oleh Richard C. Kaufman dari National Health Federation, Minessota di Amerika Syarikat. Percubaannya ke atas haiwan mendapati arang berkebolehan menjaga sensitiviti tubuh dari bahan kimia dan beracun yang boleh merosakkan sel badan.

Di samping itu, di Jepun misalnya, selain menggunakan arang dalam bidang perubatan, bahan tersebut juga dijadikan sebagai komponen utama dalam upacara minum teh sejak tahun 1522. Malah, untuk aktiviti menanam teh pun tetap menggunakan benda hitam itu.

Di bahagian timur Shizuoka, Jepun, umpamanya, para pekebun teh menaburkan arang di sekeliling tanaman teh sejak puluhan tahun dahulu. Takehiko Hoshi dari Tokai University di Jepun kemudian meneliti efek arang terhadap tanaman tersebut. Keputusannya memang mengagumkan kerana teh yang ditaburkan arang mengalami pertumbuhan tinggi dengan jumlah penuaian meningkat sebanyak 40 peratus berbanding tanaman yang tidak ditabur arang.

Lantaran kemahiran manusia semakin tinggi, sisa kayu terbakar itu kini diubah suai dan dimodenkan. Antaranya, arang-arang itu dibentuk dalam berbagai rupa untuk kegunaan dalam banyak perkara seperti penyegar peti sejuk agar tidak berbau, bekas bunga, perhiasan meja dan dinding rumah. Bahkan di Taiwan, arang telah dijadikan sebagai baju, selimut, sarung kaki dan langsir.

Hasil analisa yang dijalankan oleh Ema Hsieh dari Taiwan Industrial Technology Research Institut ke atas produk tersebut menemukan suatu yang istimewa. Hsieh mendapati bahawa arang memiliki kemampuan untuk melepaskan sinar ultra inframerah yang menghangatkan tubuh.

Kemampuan ini dianggap baik untuk memperbaiki peredaran darah, melepaskan ion negatif dan menyeimbangkan tenaga dalam badan, penenang fikiran dan seluruh bahagian badan serta bisa menghalau radiasi gelombang elektromagnet perosak sel tubuh.

Justeru, manfaatkanlah arang. Tidak hanya sebagai bahan pembakar, tapi di sebalik legam arang itu tersembunyi banyak manfaat berguna kepada manusia. Soalnya, apakah kita sanggup, meminum arang semata-mata untuk tampil sihat? Rasanya, ramai di antara kita lebih rela mengambil ubatan moden berbanding benda hitam yang dianggap kotor itu.


No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...