Thursday

Eksklusif: Spesies ikan yang tidur

Maria menunjukkan keadaan pelik yang
sempat dirakamnya melalui telefon bimbit


Apakah anda pernah melihat ikan dalam keadaan mengiring seperti orang sedang tidur? Barangkali ramai yang beranggapan ia sesuatu yang mengarut. Tapi percayakah anda kalau ikan itu wujud dan fenomena itu pernah berlaku di Kampung Cemperoh, Janda Baik, Pahang. Ikan itu adalah daripada Spesies Oscar dan dimiliki oleh Maria Isa.

Mengikut kisahnya, pada 10 November lalu, Maria mendapati ikan peliharaannya itu tiba-tiba berada dalam keadaan seperti orang sedang tidur. Keadaan tersebut menimbulkan pelbagai tanda tanya. Adakah kedua-dua ikan miliknya itu sedang tidur. Mustahil! kerana seumur hidupnya dia tidak pernah melihat ikan boleh tidur. Apakah ikan-ikannya sudah mati? Bimbang dengan keadaan itu, Maria cuba menghulurkan tangannya ke dalam akuarium untuk menyentuh kedua-dua ikan miliknya. Namun, sebaik sahaja tangan Maria hampir menyentuh ikannya itu, ia hidup dan kembali normal semula.

Jelas Maria, selepas dari kejadian pelik itu kedua-dua ikan miliknya kelihatan dalam posisi terlentang pada setiap hari. Selalunya, perilaku aneh kedua ikan Oscar ini akan dapat dilihat sewaktu Maria hendak memberikan makanan ketika waktu pagi.

Kata Maria, kedua-dua ekor ikan unik peliharaannya itu telah dibeli oleh suaminya kira-kira dua tahun lepas di sebuah kedai menjual ikan di Bentong, Pahang. Ketika itu, kedua-dua ikan tersebut masih kecil dan menunjukkan perilaku yang normal. Bagaimanapun, selepas kedua ikan miliknya membesar sehingga empat sentimeter, perilaku ikan Oscar berkenaan mula menunjukkan perubahan pelik yang berbeza berbanding ikan lain.

Persoalannya, apakah benar spesies ikan  mampu tidur? Dan bagaimanakah secara santifiknya dapat mengenal pasti waktu ikan sedang tidur?

Menurut Timbalan Pengarah Zoo Negara Malaysia, Dr. Muhammad Danial Felix, secara saintifiknya ikan sebenarnya boleh tidur. Bagaimanapun, tidur yang dimaksudkan bukanlah sama seperti manusia tetapi bagi haiwan ini ia diistilahkan sebagai berehat.

Walau bagaimanapun, sewaktu ikan berehat posisi fizikal haiwan ini tidak banyak berubah. Seperti mana kajian yang dilakukan, ketika haiwan ini berada dalam keadaan berehat, kadar keaktifan akan berkurangan. Sebagai contoh, ketika berada dalam keadaan ini selalunya ikan akan menunjukkan perilaku yang tidak aktif seperti berada dalam keadaan posisi senget, suka menyorok dan mendiamkan diri.

Mengulas lanjut mengenai ikan Oscar yang didakwa tidur dalam posisi seperti manusia, Dr. Muhammad Danial berkata, sukar untuk memberikan jawapan kerana belum pernah kejadian seumpama itu dilaporkan pernah berlaku. Malah, jelasnya lagi, ia adalah satu tingkah laku haiwan yang menarik dan mengandaikan ikan tersebut berlainan daripada spesies-spesies ikan yang lain.

Jelas Dr. Muhammad Danial lagi, Oscar Fish atau nama saintifiknya dikenali Astronotus Ocellatus adalah sejenis spesies ikan air tawar yang berasal dari benua Amerika Selatan. Ia amat terkenal di kalangan peminat ikan peliharaan selain spesies ikan Arowana dan Flower Horn.

Spesies ikan Oscar menjadi kegilaan  ekoran warnanya yang cantik
Terdapat pelbagai jenis ikan Oscar, antaranya dikenali sebagai Tiger Oscar, Red Tiger Oscar, Albino Tiger Oscar, Albino Red Oscar, Gold Oscar, Half Back Oscar dan Long Fin Oscar. Ikan ini juga terdiri sebagai spesies ikan pemangsa. Makanan utama ikan ini adalah ikan-ikan lain yang bersaiz kecil. Selain makanan utama, ikan ini juga turut menggemari makanan-makanan lain seperti cacing, palet dan cengkerik.

Tambah Dr. Muhammad Felix, Oscar Fish adalah sejenis spesies ikan yang cepat membesar. Berdasarkan kajian yang dilakukan, kadar tumbesaran ikan mampu mencapai sehingga satu tahun atau lebih.

No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...