Friday
Pemahaman Maksud Bacaan Semasa Solat Sains&Hadis
Seseorang yang memahami 100% bacaan dalam solatnya mempunyai komposisi badan yang terbaik disusuli dengan yang sederhana dan lemah.Perbezaannya memang ketara.Bacaan sudut fasa,kapasitan tubuh dan bendalir dalam sel (ICW) meningkat,manakala rintangan dan bendalir luar sel (ECW) mereka menurun.
Imam
Ahmad rahimahullah meriwayatkan sebuah hadis daripada Anas bin Malik ra
yang berkata telah bersabda rasulullah salallahualaihiwassalam : “Jika
salah seorang daripada kamu mengantuk dalam solat maka hendaklah dia
berundur (daripada solat) dan kembali tidur sehinggalah dia (dapat
solat) dalam keadaan mengetahui apa yang dibacanya.” (hadis riwayat
Ahmad dan terdapat riwayat yang serupa dari jalan Aisyah ra yang
dikeluarkan oleh Imam Bukhari di dalam sahihnya)
Dengan mempunyai bendalir dalam sel yang tinggi,darah akan dapat mengalir dengan lancar keseluruhan badan terutama ke saraf otak.Otak akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi melalui pengaliran darah yang lancar.Selain itu,mereka dapat membuat keputusan yang lebih rasional.
Seseorang yang faham bacaan semasa solat dengan baik mempunyai komposisi badan yang lebih sihat dan pemikiran yang lebih tenang selepas solat berbanding dengan seseorang yang tidak faham sepenuhnya bacaan semasa solat.
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya". (Al Mukminun 1-2)
“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang solat dalam keadaan lalai.” (Al-Maun : 4-5)
“Dan
apabila dibacakan Al Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan
perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.” (Al-A’raaf: 204)
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih