Wednesday

Kulat Makan Semut Hitam

Di Thailand, sejenis fungus aneh yang mampu mengawal semut hitam spesies Carpenter telah mengejutkan saintis. Beberapa saintis menyifatkan,  penemuan itu sebagai sesuatu yang baru kerana sebelum ini belum ada lagi parasit yang mampu berfungsi sedemikian.

Fungus yang dikenali sebagai ophicordy unilateralis dikatakan berjaya mewujudkan satu fenomena terhadap semut hitam. Fenomena itu dikenali sebagai ‘parasitic zombification’. Mengikut rekod, kulat pelik itu sebenarnya telah wujud sejak 48 juta tahun lalu dan ia mula menjadi bahan kajian kebelakangan ini oleh saintis alam sekitar.

Beberapa fosil kulat itu daripada zaman silam telah ditemui di Messel, Jerman oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Harvard yang diketuai David Hughes. Hughes adalah seorang penyelidik dalam bidang kelakuan ekologi. Kesan luka akibat percambahan daun pada badan semut ini boleh menyebabkan semut ini mati.

Jelas Hughes, bukti yang ditemui menunjukkan, parasit ini telah berfungsi sebegitu sejak jutaan tahun lalu. Setakat yang diketahui, parasit ini mampu mengubah kelakuan mangsa yang menjadi perumahnya dan dalam kes ini, semut hitam merupakan perumah yang turut menjadi mangsanya. Kelakuan sebegini telah berlaku sejak daripada zaman purba lagi.

Hughes mendapat idea untuk mengkaji lanjut mengenai tabiat parasit ini semasa dia melakukan kajian mengenai perkara itu di Selatan Thailand. Selepas pulang, dia mendapati fosil mengenai kulat itu ada tersimpan di sebuah muzium alam semula jadi di  Washington.

Di Thailand, semut hitam Carpenter membina sarang dalam batang pokok dan mencari makanan berdasarkan kepada sumber yang hidup di lantai hutan. Keadaan itu memudahkan kulat parasit ini hinggap di kepala semut hitam ini dan tersebar ke seluruh koloni. Meskipun parasit itu hanya menyerang semut, namun ramai pihak berasa bimbang ekoran ada penduduk di Thailand menjadikan serangga sebagai hidangan. Dipercayai, lebih 1,400 spesies serangga merupakan makanan kepada penduduk di kawasan utara Thailand. Malah aktiviti penangkapan serangga ini juga mendatangkan sumber ekonomi buat masyarakat di sana.


No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...