Thursday

Orang Hampir Mati Menghadapkannya ke Arah Kiblat?



 Orang Hampir Mati Menghadapkannya ke Arah Kiblat?

Perkara ini digalakkan oleh sebahagian ulama.Antaranya Imam 'Atho,an-Nakha'i,Malik,al-Auza'i..

Sabda Nabi SAW;

Sesungguhnya bagi setiap perkara ada penghuninya(yang terbaik atau paling utama).Sesungguhnya penghulu bagi sekalian majlis adalah yang menghala ke arah kiblat.1

1.Riwayat ath-Thabarani di dalam al-Mu'jam al-Ausath daripada Abu Hurairah r.a.Menurut Imam al-Haitsani di dalam Majma' az-Zawaid, "Sanad hadis ini adalah hasan"


Namun perkara ini tidak perlulah dititikberatkan sangat hingga memayahkan orang yang tengah sakit.Sa'id bin al-Musayyab(seorang tabiin terkenal) ketika beliau sedang sakit,orang ramai ingin mengubah kedudukannya.Ia bertanya kepada mereka,"Apakah yang ingin kamu semua lakukan terhadapku?" .Mereka Menjawab kepadanya,"Kami ingin mengubah kedudukanmu agar menghadap ke arah kiblat".Beliau menjawab,"Bukankah aku dari dulu lagi berada di atas kiblat(berada dalam agama Islam) hinggalah ke hari ini?"2 Ia Kemudian mengarahkan agar dikembalikan semula kedudukannya sebagaimana asal.3

2.Al-Mughni,jil.2.halaman 286

3.Ahkam al-Junaiz(terjemahan),Syeikh al-Albani halaman 27



Akhir hayat Imam Al Ghazali


Syeikh Ahmad merupakan saudara dari Imam Abu Hamid Al Ghazali mengkisahkan, 

"Pada hari Isnin ketika waktu subuh, saudaraku Abu Hamid berwudhu dan melaksanakan solat lalu ia berkata, 'Ambilkan kafan untukku'. Lantas aku pun mengambilkan untuknya. Ia pun mencium kafan itu dan menutupkannya di wajah seraya berkata, 'Saya mendengar dan saya taat untuk menemui Yang Maha Kuasa' ". 

Syeikh Ahmad menceritakan, "Kemudian ia berbaring dan menghadap kiblat. Di saat sebelum langit menguning beliau pun wafat ".
(Thabaqat As Syafi'iyah Al-Kubra, 6/201)
 
carian anda:adakah Orang Hampir Mati Menghadapkannya ke Arah Kiblat ,hukum Orang Hampir Mati Menghadapkannya ke Arah Kiblat?


2 comments:

  1. Replies
    1. ty~ u 2 .. aq x jd pndah g kolah tu ..tnggu result yg aq buat semakan uh~

      Delete

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...