Thursday
Kisah cinta mujahid muda dan isterinya yang penyabar dari tanah Iran
Kisah benar ini diceritakan oleh seorang anggota Harakah Ansar Iran
(Kumpulan Mujahidin Ahlus Sunnah wal Jamaah dari Iran) melalui laman web
rasminya, tentang seorang mujahid dan isterinya yang penyabar. Ini
kisahnya:
Saya akan menceritakan kepada anda semua sebuah kisah yang indah tentang
seorang mujahid muda ketika ia baru pertama kali bergabung di barisan
Mujahidin, beberapa tahun lalu. Tahukah kamu, ia adalah seorang mujahid
yang cintanya terhadap Allah dan Jihad sangat besar. Ia berangkat untuk
menunaikan kewajipan pada waktu Subuh selepas sehari perkahwinannya.
Tetapi yang sangat luar biasa adalah apa yang isterinya katakan ketika
ia hendak pergi. Sang isteri berkata, "Aku akan sentiasa bersujud kepada
Allah hingga engkau kembali atau jasadmu kembali." Dengan dorongan
semangat ini, ia meninggalkan kesenangan duniawi, demi sebuah hidup
penuh kesukaran dan pengorbanan.
Pada suatu malam, pada saat perjalanannya dari satu kem ke kem yang
lain, ia merelakan dirinya sendiri untuk mencari bantuan makanan dekat
kampung berdekatan untuk para sahabat mujahidin. Mengetuk pintu dari
rumah ke rumah, ia disambut dengan sambutan yang sangat tidak ramah,
setiap rumah hanya mengatakan kepadanya bahawa para Mujahidin itu tidak
diterima di sini.
Pada saat ia tiba di rumah ke-10, ia mengangkat tangannya berdoa kepada
Allah dan berkata "Ya Allah! Engkau adalah saksiku bahawa Aku hanya
ingin mencari sisa makanan untuk saudara-saudaraku, sehingga kami dapat
menunaikan kewajipan kami lebih baik lagi demi Engkau. Dan engkau adalah
Maha Pemberi, Maha Pemurah! "
Terkejutlah ia, rumah terakhir ini sangat menyambutnya dengan mesra.
Sang pemilik menawarkan semua rotinya dan mengatakan, "Bagaimana mungkin
keluargaku boleh tidur, sementara para tentera Allah kelaparan?" Dan
kemudian dengan semua beg penuh makanan, ia kembali dengan sangat
gembira ke kem yang jauhnya beberapa kilometer.
Namun, di belakangnya ia mendengar suara tangisan dan jeritan yang
datang dari salah satu rumah di pinggiran kampung itu. Segera ia
meletakkan makannya di pinggir jalan dan masuk ke rumah itu untuk
memeriksanya - tidak ada persiapan untuk apa yang akan dihadapi.
Di sana ia melihat 5 hingga 6 laki-laki memperkosa salah satu gadis kampung itu.
"Hey!" ia berteriak tanpa ragu-ragu, memeranjatkan geng perogol itu.
"Jika kamu tidak berhenti sekarang dan pergi, Aku akan membunuh kamu
semua!" lanjutnya dengan pandangan tajam (yakin). Tetapi sebelum ia
boleh mengambil pistol yang ada di pinggannya, salah satu dari para
pemerkosa itu berada di bilik lain, mengeluarkan pisau dan menikamnya di
punggung dan kakinya - membuatnya tersungkur ke lantai.
Beruntungnya, meski dalam keadaan kalut, ia mampu mengeluarkan pistolnya dan menembak semua perogol itu (dengan rahmat Allah).
Dengan mengabaikan rasa sakitnya dan nyaris tak boleh berjalan, ia
mengenakan pakaian gadis muda itu, mengambil makanannya, dan membawanya
kembali ke kampung dengan selamat. Dan sebelum ada orang tahu siapa yang
telah menyelamatkan gadis muda itu, ia kembali ke kampungnya.
Ketika ia kembali, dengan bajunya yang bersimbah darah, ia akan disambut
oleh para Mujahidin dan menceritakan kepada mereka tentang peristiwa
yang telah terjadi. Para Mujahidin terkejut dan terkagum padanya, bahawa
mujahid muda yang belum berpengalaman ini mampu menangani geng perogol
itu sendirian.
Yang membuat bertambah kekaguman mereka adalah, pada saat itu mereka
juga mengetahui bahawa ia baru saja berkahwin dan datang ke tanah Jihad
ini sehari selepas perkahwinannya. Commander menghiburnya kerana
luka-luka yang ia derita, mendoakannya, dan menghantarnya kembali ke
rumahnya untuk meluangkan masa bersama isterinya hingga ia sembuh dari
lukanya.
Setelah tidak melihat isterinya selama beberapa minggu selepas
perkahwinannya, ia mengatakan kepada saya (Pemuda Yang Bercerita)
"Ketika Aku kembali kepada rumah, kepada isteri saya, seolah-olah Allah
telah meletakkan cinta satu sama lain di hati kami. Kami tahu bahawa
kami berkahwin untuk mencari redha Allah, dan kami akan membantu satu
sama lain untuk membina istana kami di Jannah, bersama. "
Kemudian, setelah ia sembuh, Alhamdulillah, dan telahpun kembali untuk
berjihad bersama isterinya yang penyabar yang menyokongnya dari rumah.
Semoga Allah memberikan kita Mujahidin seperti ikhwan ini, dan para isteri seperti akhwat ini, Aamiin.
halimislam.com
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih