Tuesday
Rakyat Syria mencari roti hingga ke Iraq utara dengan berjalan kaki
Derita rakyat Syria akibat perang yang berlaku di negara mereka bertambah buruk akibat cuaca sejuk yang melampau
Kelaparan dan kekurangan
bahan bakar menyebabkan warga Syria berbondong-bondong berpindah ke
Iraq Utara untuk bertahan dalam cuaca yang ekstrim itu. Dengan
keberanian yang tinggi, warga Syria berjalan dan mempertaruhkan nyawa
demi mendapatkan apa yang dicari.
Pasukan wartawan Anadolu
Agency (AA) memaparkan penderitaan warga Syria yang tinggal di sebuah
kampung kecil dengan cuaca sejuk dan salji. Ramai warga Syria yang
tinggal di desa kecil ini termasuklah bayi berumur satu tahun.
Warga Syria yang boleh
bergerask ke desa-desa di wilayah Zummar, sekitar 60 kilometer jauhnya
dari Dohuk-Iraq Utara. Mereka berlindung di bawah runtuhan rumah dan
cuba untuk melawan sejuk dengan sisa pakaian yang terbakar dan bantal.
Sementara anak-anak
kelihatan menggigil kedinginan, terlihat juga ibu dan ayah yang
melindungi bayi mereka di bawah kehangatan selimut. Ada
pemandangan yang cukup membuat hati tersentuh, jelas begitu besar
tragedi yang terjadi. Orang tua yang lemah kelihatan keletihan dalam
perjalanan, kanak-kanak berjalan kaki telanjang di atas lumpur dan tanah
sejuk, wanita berjalan hanya dengan sandal, wanita muda cuba untuk
melindungi bayi mereka dari sejuk, ada juga kanak-kanak yang pakaian
mereka dan rambut sebahagian membeku dan ada antara mereka memanaskan
semula makanan mereka di atas api.
Salah seorang pelarian Syria, Thoha Amin memberitahu bahawa situasi di Syria tidak lagi tertahan.
"Kami tidak dapat
mencari bahan bakar atau roti. Selepas konflik yang berlaku tidak juga
berhenti, kami sekarang dihadapkan dengan kelaparan, "tegas Amin.
"Hanya ada satu pilihan
untuk kami untuk terus hidup dari kelaparan dan cuaca sejuk yang membeku
adalah dengan berlindung di negara lain," ujarnya.
"Kami berjalan puluhan
kilometer dengan mempertaruhkan nyawa dalam cuaca sejuk. Kami harus
berjalan tanpa alas kaki, kerana kasut kami rosak oleh cuaca ekstrim
itu, "tambah Amin.
"Bashar al-Assad yang harus bertanggungjawab atas tragedi ini," tegasnya.
"Tuhan akan menghukum
mereka yang bertanggung jawab atas tragedi ini. Tidak ada yang ingin
meninggalkan rumahnya atau berjalan bersama dengan keluarga dan bayi
mereka di bawah cuaca sejuk. Semua orang sedih kerana harus meninggalkan
rumah mereka, tapi kami harus meninggalkannya jika ingin terus hidup.
Ketika insiden pertama kali bermula, orang ramai g boleh melarikan diri
menggunakan kereta. Tapi kini, semua kereta sudah rosak dan kami
terpaksa berjalan kaki, "tambah Amin.
"Kami sangat keletihan.
Kami hanya berhenti sekejap di sesebuah perkampungan untuk berehat dan
mengeringkan pakaian kami. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Zaho
dengan kereta atau berjalan kaki, "terang Amin.
Sejak insiden di Syria
bermula, lebih dari 60000 warga Syria menjadi pelarian di Dohuk-Iraq
Utara, Irbil dan bandar Sulaimaniyah. Lebih dari 30000 warga Syria kini
tinggal di kem Dohuk di bawah khemah yang dibina. Pemerintah daerah di
utara Iraq, membenarkan warga Syria untuk menyewa rumah dan bekerja di
kawasan tersebut. Namun, sebahagian besar daripada warga Syria masih
bergantung pada bantuan kemanusiaan untuk terus hidup.
Diterjemahkan dari sumber islampos
detik islam
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih