Sunday
DANGER| Bahaya Minuman 3 Dalam 1
Minuman 3-in-1 boleh mendatangkan bahaya kerana ramai yang tidak
menyedari ia sebenarnya mengandungi gula yang berlebihan selain
digembar-gemburkan mampu menambah tenaga.
Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Shariza Abd. Razak berkata,
walaupun ada minuman itu dikatakan mengandungi ginseng atau tongkat ali
untuk menambahkan tenaga namun kandungannya amat sedikit.
“Ia tidak member sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan sebaliknya
ia mengandungi gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.
“Namun ramai yang tidak menyedarinya kerana ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.
Menurut Shariza, selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan
minuman 3-in-1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer susu
bukan tenusu iaitu yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit.
Katanya, krimmer tersebut merupakan sejenis lemak tepu yang boleh
membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah
dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.
Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius.
Sementara itu, Shariza menjelaskan, antara factor yang menyebabkan
minuman 3-in-1 menjadi pilihan ramai ketika ini adalah disebabkan kosnya
yang murah iaitunantara 50 sen hingga RM1 bagi setiap paket.
Menurutnya, gaya hidup masyarakat yang sering sibuk dan terikat
dengan jadual kerja harian turut memainkan peranan mempopularkannminuman
itu kerana ia mudah dibancuh walaupun di tempah kerja.
Beliau bagaimanapun menegaskan, pengambilan minuman tersebut bukannya
tidak dibenarkan tetapi perlu diambil secara sederhana dan turut
diseimbangkan dengan makanan lain.
Info Kandungan minuman 3-in-1:
- Mengandungi lebih tiga sudu the gula dalam setiap pek.
- Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
- Selain gula, krimmer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan
- Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
- Mengandungi lebih tiga sudu the gula dalam setiap pek.
- Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
- Selain gula, krimmer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan
- Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
- Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori.
- Jumlah kalori itu sama dengan dua keeping roti atau sepinggan nasi.
- Jika diambil tiga paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.
- Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperoleh.
Sumber:
- Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia
- Akhbar kosmo!
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih