Sunday
Lukisan Dibeli Dengan Harga RM21 Di Pasar Lambak Bernilai Lebih RM300,000.00
WASHINGTON:
Seorang wanita dari Virginia membayar AS$7 (RM21.24) untuk sebuah
lukisan Renoir yang dibeli di pasar lambak, akan menjual lukisan itu
dengan harga yang tinggi, bulan ini.
Lukisan
itu dinilai pada harga AS$75,000 hingga AS$100,000 (RM227,535 hingga
RM303,380) menurut pelelong Potomack Co, yang menguruskan penjualan
lukisan Paysage Bords de Seine oleh pelukis impresionis Pierre-Auguste
Renoir.
Ketika
membeli-belah di pasar lambak di Virginia Barat, dua tahun lalu, wanita
itu, yang enggan namanya didedahkan, menemui lukisan itu dalam sekotak
barang-barang lama.
Ketika dia membersihkan rumahnya daripada barang-barang yang tidak diperlukan lagi, baru-baru ini, dia terjumpa kembali lukisan yang dibeli. Ibunya menyuruh dia menilai harga lukisan itu.
Ketika dia membersihkan rumahnya daripada barang-barang yang tidak diperlukan lagi, baru-baru ini, dia terjumpa kembali lukisan yang dibeli. Ibunya menyuruh dia menilai harga lukisan itu.
Wanita bertuah itu bercadang untuk membawa ibunya ke Perancis selepas jualan lelong dan membawa sejambak bunga ke pusara Renoir.
www.queachmad.com
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih