Friday
Jodoh, Antara Usaha Dan Taqdir
Jodoh, Antara Usaha Dan Taqdir:
Antara ungkapan para muda-mudi masa kini terutamanya dalam Facebook
yang tanpa mereka sedari mendekati aqidah Jabariah ialah apabila mereka
berkata: "ramai yang gatal berusaha mencari jodoh, sedangkan ia telahpun
ditentukan Allah".
Perkataan sebegini menyalahi aqidah Ahlus
Sunnah Wal Jamaah, bahkan ia sangat mendekati aqidah sesat Jabariah yang
melampaui batas menetapkan taqdir, bagi mereka semua perkara yang
berlaku adalah atas kehendak Allah semata-mata tanpa elemen usaha
dipihak manusia.
Bagi kita
Ahlus Sunnah Wal Jamaah, taqdir Allah itu berkait juga dengan usaha
manusia. Meskipun Allah telah menentukan taqdir atas seluruh hambaNya,
bukan bermakna hambaNya dibolehkan untuk meninggalkan usaha, kerana
Allah telah memberikan qudrah (kemampuan) dan masyii-ah (keinginan)
kepada hamba-hambaNya untuk mengusahakan taqdirnya.
Sebagai
contoh, selain jodoh, rezqi makan dan minum kita juga telah Allah
tentukan sejak kita masih embryo dalam uterus ibu. Ini tidak bermakna
apabila kita hendak makan atau minum, kita hanya perlu duduk berteleku
menunggu makanan dan minuman itu sampai kepada kita kerana ia telahpun
ditentukan Allah SWT!
Sebaliknya kita perlu berusaha, jika
hendak makan nasi contohnya, kita perlu berusaha kerja mencari duit,
dengan duit itu pula kita perlu berusaha membeli beras, dengan beras itu
pula kita perlu berusaha memasaknya dengan air atas dapur, maka barulah
kita mendapat nasi untuk dimakan, dan nasi yang kita makan itu
sememangnya telah ditentukan Allah sebagai rezqi makanan kita.
Begitu jugalah halnya dengan jodoh. Moga Allah menetapkan kita dalam
aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang sahih, dan menyelamatkan kita dari
fitnah-fitnah aqidah sesat kerana kejahilan
~ Fathi al-Sakandary ~
Jodoh, Antara Usaha Dan Taqdir:
Antara ungkapan para muda-mudi masa kini terutamanya dalam Facebook yang tanpa mereka sedari mendekati aqidah Jabariah ialah apabila mereka berkata: "ramai yang gatal berusaha mencari jodoh, sedangkan ia telahpun ditentukan Allah".
Perkataan sebegini menyalahi aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, bahkan ia sangat mendekati aqidah sesat Jabariah yang melampaui batas menetapkan taqdir, bagi mereka semua perkara yang berlaku adalah atas kehendak Allah semata-mata tanpa elemen usaha dipihak manusia.
Bagi kita Ahlus Sunnah Wal Jamaah, taqdir Allah itu berkait juga dengan usaha manusia. Meskipun Allah telah menentukan taqdir atas seluruh hambaNya, bukan bermakna hambaNya dibolehkan untuk meninggalkan usaha, kerana Allah telah memberikan qudrah (kemampuan) dan masyii-ah (keinginan) kepada hamba-hambaNya untuk mengusahakan taqdirnya.
Sebagai contoh, selain jodoh, rezqi makan dan minum kita juga telah Allah tentukan sejak kita masih embryo dalam uterus ibu. Ini tidak bermakna apabila kita hendak makan atau minum, kita hanya perlu duduk berteleku menunggu makanan dan minuman itu sampai kepada kita kerana ia telahpun ditentukan Allah SWT!
Sebaliknya kita perlu berusaha, jika hendak makan nasi contohnya, kita perlu berusaha kerja mencari duit, dengan duit itu pula kita perlu berusaha membeli beras, dengan beras itu pula kita perlu berusaha memasaknya dengan air atas dapur, maka barulah kita mendapat nasi untuk dimakan, dan nasi yang kita makan itu sememangnya telah ditentukan Allah sebagai rezqi makanan kita.
Begitu jugalah halnya dengan jodoh. Moga Allah menetapkan kita dalam aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah yang sahih, dan menyelamatkan kita dari fitnah-fitnah aqidah sesat kerana kejahilan

No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih