Saturday

Filem 99 Kali Rindu

 
 
SAMBUTAN penonton terhadap filem bercorak Islamik sejak akhir-akhir ini, memberi keyakinan buat Metrowealth Production (MIG) untuk meneruskan penghasilan filem bergenre sama.
99 Kali Rindu merupakan filem yang dihasilkan berdasarkan kesinambungan filem 7 Petala Cinta. Filem ke-76 MIG ini diarahkan oleh Azhari Zain dan dijayakan oleh pendatang baru seperti Wawa Zainal, Aeril Zafril, Afiera Riana, Adey Syafrien, Eddy Rauf, Niezam Zaidi, Siti Aziz dan ramai lagi.
Namun, bagi mana-mana penonton yang belum pernah menonton 7 Petala Cinta, anda tidak perlu risau kerana 99 Kali Rindu masih boleh difahami.
 
Biarpun meletakkan cinta tiga sebagai konflik utama penceritaan, namun Azhari turut menyelitkan banyak memberi pengajaran tentang perjalanan penghijrahan kehidupan Attar yang penuh dengan dugaan hidup.
Ia sekali gus dapat memberi mesej dan kesedaran buat golongan remaja yang menonton.
Meskipun bukan cerita yang berat, namun Azhari telah meletakkan permainan emosi yang berat untuk watak Attar yang menyebabkan penonton akan berasa kasihannya dengannya.


p/s;babak yang paling tak tahan sekali,masa kat hospital...syahdu gila -___- ..aku harap ending ,dia kawin dgn dua2 pompan tuu...tapi...

Cinta dua wanita
Filem ini membawa penonton melayari kehidupan Fakhruddin Attar (lakonan Aeril Zafril) yang kematian isterinya Saidatul Nafisa. Attar bersedih selepas kematian isterinya dan mulai berhijrah untuk menghilangkan rasa sedih itu.
Semasa dalam proses penghijrahan itu dia telah bertemu dengan dua wanita secara tak sengaja, iaitu Fatin Qalbie dan Zazlena.
Pertemuan pertama dengan Zazlena ialah semasa Attar hendak menyeberangi jalan dan dia telah dilanggar oleh Zazlena dan kerana rasa bersalah, Zazlena telah merawat Attar di rumahnya sehingga sembuh. Miqdad abang kepada Zazlena telah menceritakan kisah adiknya yang sedang bertarung dengan sejenis penyakit.
Pertemuan kedua, Attar telah menyelamatkan Fatin Qalbie seorang DJ yang diserang oleh seseorang yang tidak suka kepadanya. Sejak itu Fatin Qalbie telah jatuh cinta kepada Attar. Apa yang menimbulkan konflik ialah apabila Fatin Qalbie akan ditunangkan dengan seorang pemuda (dilakonkan oleh Azrel Ismail).
Antara dua wanita ini, siapakah yang akan dipilih oleh Attar, Zazlena atau Fatin Qalbie? Adakah Hilma Aqila (Diana Amir) akan muncul semula untuk mencari cintanya semula dengan Attar?


Pengedar: METROWEALTH
Pengarah: Azhari Mohd Zain

Barisan Pelakon Filem 99 Kali Rindu: 
  • Aeril Zafrel, 
  • Wawa Zainal, 
  • Adey Syafrien, 
  • Fizo Omar, 
  • Diana Amir, 
  • Siti Aziz


No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...