Saturday

Hubungan relatif Api dan Oksigen Sains&Al-Quran




                                                                Carl Wilhelm Scheele

Pada tahun 1771 ,seorang ahli farmasi Sweden,Carl Wilhelm Scheele,telah menemui satu unsur mengagumkan yang bertebaran meluas di muka bumi,Unsur tersebut mempunyai kepentingan sejagat dan menjadi nadi kepada kehidupan di dunia ini.

                                                                     Joseph Priestley

Bertilik tolak kepada penemuan itu,perspektif sains terhadap unsur tersebut mula berubah.Kajian demi kajian telah dilakukan oleh ilmuwan kuno untuk mengungkai sifat kimia serta mencari fungsi sebenar kewujudannya.Antara pengkaji terawal yang terlibat dalam kajian itu ialah seorang saintis Eropah,Joseph Priestley.
                                                           Antoine Laurent Lavoisier

Sehinggalah pada tahun 1774,ahli kimia terkenal dari Perancis,Antoine Laurent Lavoisier yang bertanggungjawab untuk mengelaskan unsure-unsur kimia mengikut kumpulan tertentu,telah menggelar unsure tersebut sebagai oksigen.Ia adalah gabungan daripada dua perkataan Greek iaitu oxus bererti asid dan gennan yang bermaksud ‘menghasilkan’.

Dari perspektif sains moden,umum mengetahui bahawa oksigen adalah sejenis gas yang mempunyai kepentingan meluas terutamanya kepada manusia dan haiwan untuk sisitem pernafasan.Ia juga turut merangkumi proses-proses penting yang lain seperti peredaran darah,fungsi otak,penghadaman,penyingkiran  bahan buangan,pertumbuhan sel tisu,proses pembiakan serta menjadi sumber tenaga segera bagi sistem metabolism tubuh.Dengan kata lain,kesemua proses ini tidak akan berlaku skiranya tiada oksigen.

Sekalipun ia sekadar merangkumi  20% daripada keseluruhan kandungan udara bumi,namun dek kerana kepentingan serta fungsinya yang pelbagai,oksigen adalah satu-satunya unsur yang diperlukan setiap saat dalam kehidupan ini.

Bukan itu sahaja,malah gas dengan formula  O2 ini juga merupakan sebatian penting di seluruh jagat raya,trmasuk menjadi spectrum oksigen yang terdapat dalam cahayatanpa oksigen yang terdapat dalam cahaya bintang.Bahkan,binatang tidak mampu untuk menghasilkan cahaya tanpa oksigen kerana ia membantu 
dalam proses pembakaran.

Konsep pembakaran tidak tertakluk kepada binatang semata-mata,tetapi ia merangkumi apa sahaja pembakaran yang melibatkan penyalaan api.Dalam konteks ilmu kimia,salah satu aspek yang berperanan dalam proses pembakaran,maka semakin lama pembakaran akan berlangsung.Tanpa oksigen,pembakaran tidak akan berlaku.

Sebelum sains mengungkai hubungan relative di antara oksigen dan api dalam fenomena pembakaran,Al-Quran sebenarnya terlebih dahulu telah menerangkan perkara tersebut kepada manusia.Namun,disebabkan pemahaman manusia terhadap ilmu pada ketika itu masih rendah,justeru penerangan saintifik ini tidak terlalu dititikberatkan.

Bagaimanapun,jika berdasarkan kepada piawaian sains moden,sepotong ayat dari surah Yaasin(ayat 80)secara jelas telah menerangkan hokum kimia tentang peranan unsur oksigen dalam proses pembakaran.Firman Allah yang bermaksud;

“Dia telah menjadikan untuk kamu api dari pohon kayu hijau(syajar),maka ketika seketika itu juga menyalakan api darinya (min)”.(Surah Yaasin;ayat 80)
Ada ulama yang menterjemahkan perkataan syajar itu sebagai kayu.Namun,secara harfiahnya,perkataan tersebut bermaksud pohon hijau atau dengan kata lain ia dalah pokok yang masih hidup.Jsuteru apa kaitannya antara api dan pohon hijau?


Di sinilah sains memaikan peranan untuk menerangkan fakta bahawa oksigen membantu dalam proses pembakaran.Kata kuncinya perkataan min yang bermaksud ‘dari’atau ‘sesuatu’yang berasal daripada.
Jelas bahawa sesuatu yang keluar daripada tumbuhan hijau itu adalah oksigen yang terhasilkan daripada proses fotosintesis.Ia adalah proses semula jadi yang dilakukan oleh tumbuhan hijau sahaja.Semua tumbuhan hijau di muka bumi ini mempunyai klorofil untuk membantu menukarkan cahaya matahari kepada tenaga biokimia-menguraikan air kepada oksigen dan hidrogen.Dengan kata lain,kayu-kayu kering atau ranting-ranting yang telah mati,tidak akan melakukan proses ini.

Antara surah lain yang turut member mesej jelas tentang proses ini ialah surah Al-Waqi’ah ayat 71&72 yang bermaksud;”Tidaklah kamu melihat api yang kamu nyalakan?Apakah kamu yang menumbuhkannya?”(Surah Al-Waqi’ah;ayat 71&72)

Dengan penjelasan tersebut membuktikan bahawa Al-Quran adalah sebuah kitab yang menakjubkan sehingga mendorong manusia untuk mengamati pelbagai fenomena alam yang terjadi di sekeliling kita.Ia masih kekal relevan dan sentiasa member informasi mutakhir kepada manusia.Sesungguhnya Al-Quran juga adalah sumber pengetahuan dan menyediakan petunjuk kepada manusia untuk mengenal Pencipta Alam semesta.


hubungan antara oksigen dengan pembakaran






No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...