Friday

Tak Perlu Jahit Lencana Sekolah Jika Anda Guna Cara Ini

Bahan-bahan:
  • Gam UHU
  • Kain basah saiz kecil (sapu tangan)
  • Kadbod saiz kecil atau kertas tebal
  • Seterika
Langkah-langkah:
1. Letakkan kadbod dalam poket baju untuk elakkan kain bahagian atas poket melekat dengan kain di bawahnya.
2. Atur kedudukan lencana seperti mana yang dikehendaki oleh pihak sekolah.
3. Apabila sudah puas hati dengan kedudukannya, picit gam UHU dan letakkannya di belakang lencana.
4. Tampal lencana di kedudukan yang telah dianggarkan tadi. Pada saat ini anda masih boleh mengubah kedudukannya.
5. Ambil kain basah saiz kecil dan bentangkan di atas bahagian kawasan lencana.
6. Seterika kain basah tersebut sehingga rata dan meliputi kawasan lencana.
7. Angkat kain basah yang mungkin sudah kurang kelembapannya kerana diseterika.
8. Siap! Lencana sudah cantik ditampal di atas poket baju.

Anda akan lihat lencana itu tertampal rapi, sungguh cantik dan kemas gitu.
Kepuasan? 10/10
Masa per lencana? Kurang dari 3 minit
Jika kita menjahit lencana di poket baju, ia mengambil masa 10 minit bagi setiap lencana. Malah, jangkaan masa itu tidak termasuk insiden terjahit poket, benang bersimpul dan masa nak cucuk benang masuk ke dalam lubang jarum.
Selepas 10 Bulan:
Gambar di atas adalah gambar yang ada lencana nama Danial yang telah dijadikan contoh sebelum ini. Hujung lencana nama sudah terkeluar dari tampalan SELEPAS 10 bulan nama itu di gam.
Baju yang dibasuh mesin setiap kali, lihat betapa lasaknya gam yang kita pakai ini.
Jadi, apa yang saya lakukan untuk melekatkannya balik ialah:
1. Sediakan tuala lembap (bukan wet tissue ya)
2. Ambil gam UHU dan lekatkan pada bahagian yang terkulai itu.
3. Ambil tuala lembap tadi dan letakkan ia di atas kawasan poket lencana.
4. Gosok di atas tuala itu dengan seterika panas.
5. Angkat tuala itu setelah dipastikan lencana nama itu sudah melekat.
6. Siap!
P/S: Anda akan encounter asap berkepul-kepul sikit bila seterika atas tuala lembap itu ya.
Jangan risau, unless terbakar – cepat-cepat la angkat.
Moga bermanfaat untuk semua.
Read more ...

Proses Melupakan Bekas Kekasih Di Media Sosial- Facebook Memperkenalkan Take A Break –


Berpacaran di dunia media sosial ini adalah amat sukar. Ketika masih bersama ratusan gambar akan diambil dan ribuan status memuji insan yang dicintai diletakkan di media sosial. Tetapi sekiranya perhubungan tidak menuju ke jinjang pelamin dan terhenti di tengah jalan ini membawa kepada beberapa masalah. Kesemua status dan gambar yang dimuat naik kemudian harus dibuang satu persatu. Ini bukanlah proses yang mudah dan dari pengalaman peribadi ianya hanya meningkatkan kemarahan. Melihat nama mantan kekasih di susur masa juga akan mendatangkan reaksi yang sama. Jadi apakah yang boleh dilakukan bagi mempercepatkan proses melupakan si dia dengan pantas?
Facebook-Take-A-Break-1
Take A Break ialah fungsi yang sedang dicuba di Facebook. Apabila Facebook mengesan berlaku perubahan status perhubungan dari “dalam perhubungan” ke “bersendirian” pilihan untuk menggunakan fungsi ini akan diberikan. Menerusi Take A Break anda boleh menapis status bekas kekasih dari muncul di susur masa. Terdapat juga pilhan untuk menghalang mereka membaca status yang ditulis  oleh ini. Ini dilakukan tanpa perlu “menyahkawan” ataupun menghalang mereka seperti yang dilakukan sekarang. Kesemua status yang pernah anda tulis berisi nama mereka kini boleh dihalang dari dilihat oleh orang ramai. Aneh sekali pilihan untuk memadam masih perlu dilakukan secara manual.
Fungsi ini akan dicuba pada aplikasi mobil pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu. Ianya adalah fungsi yang kami rasakan sepatutnya sudah lama wujud. Kita kini hidup di dunia di mana ramai yang menemui kekasih menerusi media sosial. Maka apabila berlaku berantakan memori cinta digital ini harus dipadamkan dengan segera. Syabas Facebook untuk fungsi ini.
Mungkin selepas ini akan ada pula fungsi Take A Break From Politics. Apabila fungsi ini dipilih, pengguna boleh menapis kata-kata kunci tertentu dan menghalang status politik dari muncul di Newfeed. Ianya amat menjengkelkan dan kerap menimbulkan kemarahan. Kami ada seorang makcik penyokong tegar parti A yang kerap memuat naik artikel berbaur perkauman yang memperjuangkan satu bangsa. Hendak di nyahkawan nanti beliau kecil hati. Kalau terus berkawan kami pula pedih ulu hati. Inilah masalah dunia pertama.
Facebook-Take-A--Break-2
Sumber : Amanz.my
Read more ...

Tuesday

Tips Jika Kereta Ditenggelami Air Banjira

3 Tips Jika Kereta Ditenggelami Air Ini Akan Menyelamatkan RM3,000 Duit Poket Anda
Semalam, hujan lebat telah menyebabkan banjir di kawasan Shah Alam dan Bandaraya Johor Bahru. Kalau kita lihat gamabr di mana-mana keratan akhbar dan media sosial, banyak kereta ditenggelami air
Kalau nak betulkan semula mesti memakan kos yang banyak kan? Sebab bukan semua insurans akibat bencana alam boleh dituntut. Oleh itu, kami nak kongsikan tips bagaimana nak selamatkan duit anda daripada melayang sehingga RM3,0000 dengan kereta anda sekali.

3 Tips Jika Kereta Ditenggelami Air Ini Akan Menyelamatkan RM3,000 Duit Poket Anda

Screen Shot 2015-11-17 at 12.40.51

1. Jangan BUKA PINTU Langsung

Screen Shot 2015-11-17 at 12.42.18

2. Jangan START KERETA Langsung

Screen Shot 2015-11-17 at 12.43.05

3. Jangan Lupa Minta Mekanik CHECK MINYAK ENJIN

Screen Shot 2015-11-17 at 12.43.59
Sumber: Facebook Rahim Auto
Read more ...

Sunday

Seorang Guru Cemerlang Berkongsi 5 Kunci Kekuatan Dan Kejayaan Sistem Pendidikan Korea

Artikel ini ditulis oleh Cikgu Hailmi 

Perkara yang saya sering ditanya mengenai sistem pendidikan di Korea adalah apakah rahsia atau ramuan khas yang menjadi kekuatan kepada kejayaan sistem pendidikan di Korea. Ceramah daripada Dr Namgi Park, seorang profesor daripada Gwangju National University of Education sedikit sebanyak memberi input berguna kepada saya. Saya pernah kongsikan apa yang dikatakan oleh beliau, tetapi kali ini lebih lengkap dengan dapatan daripada pemerhatian saya juga sepanjang berada di Korea.
korea-01
5 KUNCI KEKUATAN DAN KEJAYAAN PENDIDIKAN DI KOREA. CIKGU HAILMI

5 Kunci Kekuatan dan Kejayaan Pendidikan di Korea

  1. Guru mengajar semua subjek
    Ya! Homeroom teacher atau pun guru kelas bagi sekolah rendah di Korea (elementary school) berkebolehan mengajar semua subjek. Tujuan pendedahan kepada semua subjek ini adalah bagi tujuan membolehkan para guru mengintegrasikan pembelajaran dalam setiap subjek, terutamanya jika ada yang berkaitan.
    korea-02
    GURU SEKOLAH RENDAH DI KOREA MAMPU MENGAJAR SEMUA SUBJEK. CIKGU HAILMI
    Seperti yang dikehendaki dalam KBSM dahulu, penggabungjalinan antara subjek adalah sangat penting dan boleh membantu pelajar untuk belajar dan faham dengan lebih mudah. Malah pemahaman ini akan turut memudahkan lagi pelajar untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam kelas kepada kehidupan seharian.
    Cuba bayangkan dengan syarat yang dikenakan ini, maka untuk menjadi guru di Korea, anda mestilah merupakan seorang yang sangat bijak dan kuat berusaha. Apatah lagi untuk mempelajari dan menguasai 10 subjek yang berbeza! Maka inilah rahsia yang menyebabkan kenapa guru di Korea betul-betul sangat berkualiti.
  2. Teacher Rotation System
    Sistem pendidikan di Korea juga mengamalkan sistem pertukaran guru (re-deployment) bagi setiap 5 tahun. Alasan mereka adalah bagi tujuan membolehkan kesemua pelajar di seluruh Korea tanpa mengira tempat, status atau latar belakang turut mendapat pendidikan daripada guru yang hebat dan berkualiti.
    Saya juga sangat bersetuju apabila mereka sangat menekankan kepada hak pelajar di mana-mana sekolah untuk mendapatkan guru yang hebat dan cemerlang. Jadi tidak akan wujud, hanya sekolah tertentu yang mendapat segala keuntungan hasil daripada guru-guru tersebut. Semua pelajar dan sekolah pun akan merasa.
    korea-03
    PERSEMBAHAN MUZIKAL UNTUK OPENING CEREMONY BAGI DAEGU ARTS IN EDUCATION FESTIVAL 2015. CIKGU HAILMI
    Sistem rotation ini juga secara tak langsung akan meningkatkan kualiti guru dengan membolehkan mereka mendapat pengalaman yang banyak daripada sekolah yang pelbagai dan daripada murid yang bermacam-macam. Lain murid, lain ragamnya. Lain sekolah, lain juga persekitarannya.
    Selain itu, ini juga akan menyebabkan guru tidak berada di 'comfort zone' dan dapat mengelakkan daripada mana-mana guru rasa selesa menjadi senior di sesebuah sekolah. Maka, barulah guru tersebut menjadi mantap dan juga akan sentiasa produktif bekerja. Tidaklah hanya selesa pada satu tempat sahaja.
    Sisi lain juga membolehkan guru dan sekolah membina rangkaian komunikasi yang lebih luas. Jaringan kenalan antara guru dan sekolah akan membolehkan kolaborasi di peringkat lebih tinggi dapat dijalankan dengan lebih mudah!
    Bagi guru yang cemerlang hasil kerjanya, saya dimaklumkan pihak sekolah boleh 'menahan' guru tersebut untuk terus berada di sekolah tersebut, sehingga 7 tahun. Tambahan 2 tahun berbanding guru biasa. Dan juga sistemrotation ini juga hanyalah terhad kepada sekolah kerajaan sahaja. Manakala, sekolah swasta bebas mempunyai sistem mereka masing-masing.
  3. Guru Berkualiti Tinggi. Top 5%
    Kerjaya guru di Korea memang merupakan kerjaya yang menjadi rebutan para pelajar cemerlang di sini. Atas persaingan yang sangat tinggi, maka pemilihan guru adalah daripada kalangan pelajar lepasan peperiksaan awam yang mendapat keputusan yang paling cemerlang!
    Faktor utama tarikan pelajar cemerlang untuk menjadi guru adalah kerana:
    a. Gaji yang tinggi
    Gaji cikgu di Korea merupakan antara gaji yang tertinggi bagi pekerjaan di Korea. Dengan posting guru baharu nya yang mencecah RM10,000 jika di Malaysia, maka tentu lah ramai pelajar yang sangat mendambakan impian untuk menjadi guru. Gaji bekerja di Syarikat Samsung adalah merupakan gaji tertinggi di Korea.
    b. Elaun
    Selain daripada gaji yang tinggi, mereka juga diberikan beberapa keistimewaan elaun lain. Bagi guru yang menjawat jawatan Homeroom Teacher (guru kelas), elaun tambahan sebanyak W100,000 (RM350) bagi setiap bulan.
    korea-04
    ANTARA TUGAS HOME ROOM TEACHER. CIKGU HAILMI
    Manakala bagi guru yang bekerja lebih masa (selepas jam 5 petang/ Sabtu/ Ahad), mereka juga diberi elaun W10,000 (RM35) bagi setiap satu jam. Maksimum waktu kerja lebih masa adalah 4 jam untuk sehari. Dan elaun bekerja lebih masa ini, akan dibayar pada gaji setiap hujung bulan.
    c. Bonus Tahunan
    Pada setiap hujung tahun, guru-guru juga akan menerima bonus tahunan. Ianya berbeza mengikut prestasi kerja masing-masing. Penilaian prestasi adalah mengikut kriteria yang ditetapkan, termasuk bidang kerja, pencapaian murid, waktu bekerja (+ over time) dan lain-lain lagi.
    Bagi guru yang mendapat penilaian cemerlang, bonus tahunan sebanyak W 2,000,000 (RM7500) akan diberikan. Bagi yang sederhana, sebanyak W 1,500,000 (RM5600) dan bagi prestasi Baik, sebanyak W 1,000,000 (RM3500).
    d. Cuti
    Budaya kerja Korea yang sangat pantas bergerak dan sentiasa sibuk juga menyebabkan kerjaya cikgu sangat menjadi pilihan di Korea. Walaupun Syarikat Samsung menawarkan gaji yang lebih lumayan, tetapi kerjaya guru masih menjadi pilihan kerana faktor tarikan cuti yang jauh lebih panjang. 2 bulan cuti sewaktu musim sejuk (winter). Kalau tak salah saya, guru Korea juga masih perlu hadir ke sekolah pada waktu cuti, lebih kurang untuk 2 minggu.
    e. Pencen
    Satu lagi tarikan kenapa ramai pelajar Korea memilih untuk menjadi guru adalah disebabkan imbuhan yang lebih meyakinkan selepas saat persaraan. Bagi penduduk Korea, jaminan selepas masa persaraan semasa meniti usia tua adalah sangat penting dan diutamakan.
  4. Peranan Ibubapa Korea
    Disebabkan gaya hidup yang semakin meningkat dalam kalangan penduduk Korea, maka ibubapa semakin berlumba-lumba memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Tuntutan untuk mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang, bagi menjamin peluang ke universiti yang lebih cerah dan mendapat kerjaya yang menjamin masa depan.
    Ibubapa Korea memang sanggup berhabis duit, tenaga dan masa dalam memastikan anak mereka mendapat pendidikan terbaik. Kebiasaannya, pelajar akan mengikuti tuisyen selepas tamat waktu persekolahan (sekolah rendah pada jam 2 petang, sekolah menengah pada jam 5 petang). Macam-macam jenis tuisyen. Ada yang tuisyen akademik, ada yang tuisyen muzik, kemahiran komputer dan bermacam-macam lagi.
    korea-05
    GURU PERLU BERSEDIA UNTUK OPEN CLASS PADA SETIAP BULAN. CIKGU HAILMI
    Malah semasa lawatan saya di sekolah Hosan High School, sebuah bilik khas disediakan untuk pelajar belajar selepas waktu sekolah dan dijaga oleh guru dan ibubapa secara bergilir-gilir. Nampak tak, ibubapa Korea bukan setakat mampu sediakan duit, tetapi juga MASA dan TENAGA untuk memastikan kejayaan anak-anak mereka.
    Ibubapa juga dibenarkan untuk melawat sekolah semasa hari OPEN CLASS. Semasa hari ini, semua guru perlu bersedia dengan sebaik mungkin kerana sesiapa sahaja boleh masuk ke kelas mereka untuk mencerap! Kebiasaannya adalah diadakan sebulan sekali. Bagi OPEN CLASS skala besar, pegawai pelajaran dari pejabat akan turun dan memantau. Proses ini bagi 1 kali dalam 1 semester.
    Tapi saya lebih suka melihat kepada sejarah dan juga kebudayaan Korea sendiri jika mengupas mengenai isu peranan yang dimainkan oleh ibubapa. Jika dilihat dari sudut sejarah, peradaban Korea sudah telah lama wujud sistem peperiksaan dan juga tuntutan untuk mendapat masa depan yang cemerlang. Anak yang mendapat pekerjaan yang baik, akan menjadi tunjang utama kejayaan dan kesenangan kepada seluruh ahli keluarga. Jadi, budaya yang telah wujud bertahun-tahun ini telah sebati dengan masyarakat Korea.
    korea-06
    PENGURUSAN PEPERIKSAAN PERINGKAT SEKOLAH DI KOREA. CIKGU HAILMI
    Apatah lagi suatu ketika dahulu Korea merupakan sebuah negara yang sangat miskin dan juga sibuk dengan perang saudara. Maka, kesukaran dan kepayahan ini mendorong mereka untuk belajar dan bekerja dengan sekuat mungkin untuk menjamin survival hidup mereka.
    Dan harus kita tahu, negara Korea berubah menjadi maju dengan sangat pantas. Hanya mengambil masa 2 keturunan sahaja, iaitu lebih kurang dalam tempoh 50 tahun untuk merubah sebuah negara yang membangun kepada negara yang maju seperti sekarang. Terima kasih kepada Presiden Korea dahulu, Park Chung Hee yang banyak membawa pembangunan dan pemodenan Korea.
  5. Motivasi Pelajar
    Atas desakan hidup yang boleh dikira melampau juga untuk berjaya di Korea ini, maka pelajar juga sudah dididik untuk mempunyai semangat berdikari yang sangat tinggi dalam menuntut ilmu. Mereka tahu dan sedar, jika mereka malas berusaha, mereka akan hidup susah pada kemudian hari.
    korea-07
    GURU DAN PELAJAR DI KOREA SANGAT BEKERJA KERAS. CIKGU HAILMI
    Maka untuk itu, pelajar-pelajar Korea sangat berusaha keras untuk berjaya. Pelajar-pelajar Korea sanggup untuk masih berada di sekolah sekalipun jam sudah menunjukkan 9 malam semata-mata mahu belajar kelas tambahan dengan guru. Yang balik awal pada jam 5 petang pula biasanya akan terus ke kelas bagi aktiviti belajar kemahiran, seperti muzik, menari, komputer dan lain-lain.
    Dan motivasi ini juga dibantu oleh dorongan dan sokongan daripada ibubapa dan guru. Ibubapa Korea sangat memberi tumpuan pada pembelajaran anak-anak mereka. Guru juga sanggup bekerja sehingga ke malam (Ya! Saya sendiri yang saksikan) semata-mata untuk mengajar anak-anak murid ini.
    Pendapat saya, untuk kita mempunyai sistem pendidikan yang baik, ianya perlu disokong kuat pihak kementerian, yang disokong kuat oleh guru, yang disokong kuat oleh murid, yang disokong kuat oleh ibubapa, yang disokong kuat oleh masyarakat, yang disokong kuat oleh pihak kementerian. Sokong menyokong antara satu sama lain. Boleh faham? hu hu hu..
    Usaha ini tidak boleh hanya dimainkan oleh satu pihak. Ianya adalah kolaborasi sebanyak mungkin pihak dengan sesungguh azam mahu memperbaiki kelemahan diri. Bukan hanya menuding jari kepada satu-satu pihak. Sebaliknya bergerak bersama-sama. Dan yang paling penting adalah memastikan usaha murni untuk memperbaiki kelemahan itu secara beterusan tanpa sebarang kepentingan.
    Jom sama-sama kita sebarkan lagi aura positif dalam kalangan warga pendidikan. Selamat maju saya ucapkan untuk saya, dan juga rakan-rakan yang lain juga!

Cikgu Hailmi adalah merupakan salah seorang guru di Malaysia yang merubah lanskap pendidikan negara. Atas usaha sendiri, beliau sering berkongsi eksperimen sains melalui saluran Youtube beliau, Cikgu Hailmi.
Cikgu Hailmi kini berada di Daegu Girls Commercial High School, Korea bagi Program Pertukaran Guru Malaysia-Korea untuk 3 bulan, di bawah anjuran APCEIU-UNESCO dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagi yang mahu mengikuti perjalanan Cikgu Hailmi di Korea, boleh follow di blog, Cikguhailmi.com dan juga vlog harian beliau "80 Days in Korea" di Youtube.
Read more ...

Thursday

[VIDEO]HAKIKAT BAJET 2016:Tak Disiarkan Di RTM&TV3



BRIM NAIK  ,SUBSIDI POTONG, KELUARGA BAYAR GST SETIAP HARI!!!!BAJET PALING TERUK DALAM SEJARAH MALAYSIA..TAHNIAH NAJIB..




Dijangka Subsidi yang lain akan dipotong...


Bajet untuk Universiti AWAM IPTA juga dipotong ..paling tinggi UM


Read more ...

Sunday

Kisah Imam Muda Asyraf semasa belajar di UM

Diceritakan oleh IMAM MUDA Asyraf



Teringat sewaktu sy mula berkahwin dulu. Masih belajar di UM. Tiada pekerjaan tetap. Apapun Terima kasih kpd mertua yg sudi menerima insan yg serba dhaif ini menjadi menantu. Walaupun ketika itu mrk tahu sy tak mempunyai sumber kewangan yg utuh. Sy buat partime sbg imam rawatib di masjid sebab nak sara anak orang sbg isteri. Dgn gaji RM350 sebulan di Kuala Lumpur apalah sangat yg mampu dinikmati. Sedangkan sewa rumah ketika itu RM450 sebulan. Terpaksa berniaga cari duit tambahan jual kitab. Buat home tuition. Basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama utk pulang ke kampung.

Apa yg sy kagum dan sy akan ingat selamanya ialah pesanan dari seorang isteri : "Abang.. Ayang tak minta abang bawa balik kemewahan. Tapi cukuplah dgn bawa pulang kpd keluarga rezeki yg barakah"...
Beliau langsung tak pernah minta wang utk beli pakaian melainkan apa yg sy belikan. Beg tangan dan Kasut seadanya. Kadang terusik di dalam hati seorang suami utk membeli sesuatu utk menggembirakan isteri. Tp si suami tak mampu.

Rumah flat yg tiada katilnya beralas toto. Lantai simen tanpa tikar getah. Tiada meja makan, Kotak sebagai alas pinggan. Almari zip yg terkoyak di sisinya. Tapi saat itulah saat yg paling bahagia. Detik itulah yg paling sakinah. Payah namun indah. Rumah sempit namun hati lapang.

Perit dahulu menekan keangkuhan. Sakit dahulu mengingatkan kesombongan. Semua yg kita dapat sekarang adalah pemberian Tuhan. Dia beri pinjam hari ini, maka tak sukar utk Dia ambil semula esok hari. Beringat wahai si tuan badan.

Sy kongsi kisah ini bukan utk khabarkan sejarah diri semata. Krn sy tahu rasa sy ini pernah juga dirasai kebanyakan pasangan. Sy tidak berseorangan dalam merasai pengalaman ini. Ramai yg turut melalui. Bersyukurlah apa yg ada. Sebelum menangis bila dah tiada.

Mereka menerima kita saat kita bukan siapa-siapa. Mereka terima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka disisi saat tiada siapa mengenali. Mereka bangga dgn kita walau kita tiada nama. Mereka sudi disisi kita walau kita tidak berharta.

Semoga Allah mengAbadikan bahagia ini hingga ke syurga.




https://www.facebook.com/SukanStarTV/photos/a.561654463901576.1073741828.560420100691679/866118750121811/?type=3
Read more ...

Friday

Graduan ini Dedah Taktik Licik Scam Company !AWAS FRESH GRADS!

AWAS FRESH GRADS JANGAN TERPEDAYA!

Dibawah gambar staff yang banyak mempermainkan perasaan orang terutamanya fresh grads.ciskek.huhu*btw gmbr ambil dr blog.


Selepas beberapa bulan habis belajar,aku mendapat beberapa panggilan job inteview.Aku berharap untuk bekerja di sekitar KL/Selangor pada masa itu.Pada suatu hari,aku dapat panggilan interview.Mereka kata mereka dapat resume aku daripada jobstreet sedangkan aku tak mohon pun.Sebagai fresh grads yang tak ada pengalaman, itu suatu berita gembira untuk aku.Aku tanya ini company apa,mereka kata mereka servicing company.Okay,aku yang dungu ni pun pergi interview sebab ada interview lain di Bangsar.Pada hari interview,aku call company untuk minta tunjuk arah ke company.Kedudukan lokasi company di Tingkat 7,Blok 2A Plaza Sentral berdekatan Menara UEM,Stesen Sentral(Kl Sentral).Bila sampai di bangunan tu,aku cari direktori nama company yang ada di blok itu.Aku jumpa 3i Infotech.Tp aku interview bukan company tu.Soalan interview cukup senang sebab mereka cuma bertanyakan mengenai family background je.Aku memang doa supaya dapat tempat kerja yang senang nak pi boleh baik public transport.Allah makbulkan dan dapat kerja.

First day datang kerja,satu batch yang masuk sama dengan aku duduk dalam bilik meeting.Manager dan assistant manager yang begitu ramah
bagi briefing pasal company.Dia kata first week adalah training dan untuk first week company tak bayar gaji.Btw dia tawarkan gaji dari RM 2000-RM2800.Aku minta RM2500,dapat dengan position as Admin Executive.Manager,Emy kata company adalah menjalankan currency exchange investment(senang cerita forex investment).Hari2 aku disitu akan print graph,tanda graph 'High','Low',garis2,kena tahu theory sell and buy.

Ms Emy kata kerja kami adalah assist manager dan tak akan jumpa client.Kami kena sediakan proposal,come out with strategies.Selepas beberapa hari disitu,para manager akan push orang baru untuk kononnya tolong orang terdekat dengan mereka(ibu bapa,adik beradik,kawan rapat) secara financially dengan buat investment ni.Disebabkan kononnya kami ni company yang bekerja sbg customer service untuk HSBC Hong Kong(jual produk HSBC HK),bila kami yang handle account(ada orang buat investment dan kita handle investment tu),staff akan dapat Transaction Fee(baca:komisen)Konon minimum TF boleh dapat sebulan RM4000.Part lawak bila kata gaji staff dibayar oleh Microsoft sebab untuk buat sell/buy dalam investment ni guna Microsoft Silverlight.Padahal sebenarnya Microsoft Silverlight utk buat editing amenda ntah.Tak ada kena mengenai dengan investment tu.Kita orang dipush dan di-psycho gila2 untuk ada client.Untuk buat investment dengan harga staff(konon kita orang staff),RM 100,000.Manager akan tolong beri solution untuk kita untuk dapatkan client.Bila manager ni tak dapat membantu,manager lain dtg kt kita bagi solution lain.Setiap malam manager akan call tanya update kita sama ada kita dah berjaya dapat client ke belum.Waktu cuti pun call,mesej.Aku yang selalu tak ada credit ni tak reply mesej.Fon pun buat hal masa tu,aku pernah angkat sekali je.Malam2 lain aku sengaja tak angkat sebab rasa menyampah yang amat.Waktu lunch hour,aku tak dibenarkan berbual2 dan jalan2 sama dengan satu batch masuk dengan aku.Kebetulan awal2 dulu kita orang sempat kenal2.Kita orang ada kwn yang sama.btw kt situ,orang baru memang tak dibenarkan untuk contact sesama sendiri.

Kawan aku call aku mengadu stress kerja kt situ.Rupanya bukan dia je stress, aku pun!Kita orang ragui banyak benda dengan company ni sebab sampai kita orang berhenti kerja,kita orang tak tahu nama company tu apa.Serius!Kita orang selalu diugut,ingat kita orang boleh kerja ke kat situ kalau tak ada account.Senior staff kat situ konon semua ada account dan tolong family dia orang banyak.Depa selalu cerita beli barang mahal2,shopping ribu2==".Akhirnya aku decide berhenti.

Hari terakhir aku kat situ,aku baru tau classmate degree pun kerja kt situ tapi kita orang tak sempat cakap pape.Smpi satu masa,classmate aku tu whatsapp aku ckp stress kerja situ.Dia tnya manager kt situ mana aku,dia orang kata aku dah handle account.sebab tu tak ada kt office.Gila Menipu! Celah mana aku nak dapat rm100000?walaupun aku hampir menjerumuskan seseorang dan siap minta buat loan weh!gilaaaa!Lepas balik Johor,aku baru tahu nama sebenar scam company ni sbb classmate aku tu bagitau,dia baca daripada blog.Nama company ni tukar2,Pro Infinity la,Binary Indulgence la.

Bila aku fikir2 balik,ni memang pengalaman untuk aku.Kebetulan masa tu,fon aku rosak sebenarnya,aku tak boleh nk google lebih2 pasal company ni masa tu.Harapnya bilangan mangsa penipuan tak bertambah terutamanya dlm kalangan fresh grads.Cukuplah aku dah rasa,korang tak payah!

Blog lain yang cerita pasal perkara yang sama:

http://farahdoodles.blogspot.com/2014/06/binary-indulgence-penipu.html

http://amirmohdadham.blogspot.my/2014/02/scammed-company-beware.html?m=1

Mohon sebarkan kepada semua supaya tidak terperangkap dengan scam company.Jazakumullahu khairan

Read more ...

Wednesday

Amazon Buka Kedai Fizikal Pertama Lepas 20 Tahun Beroperasi Di Internet

Bermula sebagai kedai buku online, Amazon akhirnya membuka kedai fizikal pertama mereka selepas 20 tahun beroperasi di internet. Kedai yang diberi nama Amazon Books ini baru saja dibuka kepada umum pada selasa lepas (2 Nov 2015) di Seattle, USA.
Namun begitu menurut Amazon kedai buku fizikal mereka ini tidak akan kelihatan seratus peratus seperti kedai buku fizikal yang lain.
Dengan menggunakan kekuatan data pelanggan sedia ada yang telah dikumpulkan selama ini seperti  jumlah jualan, buku paling popular serta rating daripada pelanggan sedia ada akan digunakan sebaik mungkin untuk memutuskan buku manakah yang akan dijadikan stok dikedai fizikal tersebut.
amazon-books-2
Kindles, Fire tablet dan the Echo akan turut dipamerkan di rak-rak di sini.
Selain daripada meletakkan buku-buku yang akan dijual, Amazon juga akan turut menyediakan barangan elektronik mereka di kedai pertama mereka ini. Pengunjung yang datang ke Amazon Books berpeluang untuk mencuba Kindles, the Echo, the Fire TV, dan Fire Tablets.
Tapi ini tidaklah menjadikan Amazon Books sebuah kedai menjual barang-barang teknologi. Ia tetap sebuah kedai buku dengan menyediakan seksyen tambahan untuk barangan teknologi dan yang tidak begitu berkaitan dengan teknology – seperti Barnes & Noble.

amazon-books-3
Satu perkara yang menjadikan Amazon Books berbeza dan lebih menarik adalah setiap buku yang diletakkan di rak-rak buku akan turut dipamerkan rating daripada Amazon.com dan review sebenar daripada para pelanggan mereka. Harga di Amazon Books juga sama seperti harga di Amazon.com (dan jika ada perubahan harga, kemungkinan besar harga buku tersebut berubah sewaktu pelanggan sedang memegangnya).
Amazon Books yang beroperasi di Seattle’s University Village ini akan dibuka 7 hari seminggu kecuali pada hari perayaan umum. Menurut Amazon kedai buku mereka ini menjadi lokasi kedai fizikal yang kekal.
amazon-boks-4
amazon-books-6
Secara teorinya Amazon telah mula bereksperimen dengan kedai buku fizikal pada tahun ini, dan kemungkinan akan membuka lebih banyak lagi kedai buku di lokasi lain di masa depan.
Meskipun tiada khabar angin tentang pembukaan kedai buku fizikal ke 2 dan seterusnya, tetapi jika percubaan pertama ini berjaya membawa keuntungan kepada Amazon sudah semestinya mereka akan membesarkan lagi empayar perniagaan dengan membuka lebih banyak cawangan, sesuatu yang satu ketika dulu Amazon pernah cuba musnahkan – kedai buku fizikal.
Read more ...

Tuesday

Risiko Kereta Sambung Bayar Yang Ramai Tidak Tahu

Nota ini ditulis oleh Tuan Mohd Fadil Mohd Yusof, seorang peguam di Tetuan Dzul Iskandar & Co. Semoga nota ini membantu anda dalam membuat keputusan membeli kereta.
                                                    gambar sekadar hiasan


Kami mendapat banyak pertanyaan dari rakan-rakan berkenaan hal sambung bayar kereta.
Antara masalah yang dikongsikan untuk sambung bayar kereta adalah seperti berikut:
  • pinjaman mereka tidak lulus
  • nama berada dalam senarai hitam
  • tidak mempunyai cukup deposit
Melupuskan (disposed off), mengalihkan (removed) atau menjual kenderaan tersebut tanpa kebenaran bertulis daripada bank atau dengan mana-mana cara lain, fraud (menipu) atau mencuba untuk fraud (menipu) bank, adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 38 Akta Sewa Beli.
Jika disabitkan dengan kesalahan tersebut, pesalah akan dikenakan denda dalam jumlah tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan bagi tempoh tidak lebih dari 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Antara risiko kereta sambung bayar kepada pemilik asal

  • Anda mungkin disaman atas kesalahan orang yang sambung bayar kenderaan anda.
  • Anda mungkin disoal siasat oleh polis jika kenderaan tersebut terlibat dalam kes jenayah.
  • Anda mungkin disaman bank jika orang yang sambung bayar tidak membayar ansuran bulanan kepada bank. Akibatnya, anda mungkin diisytihar bankrap jika hutang penghakiman melebihi RM30,000.
  • Jika berlaku kemalangan ke atas orang yang sambung bayar dan kereta tersebut telah luput insuran dan cukai jalan, anda mungkin disaman atas kapasiti individu untuk kemalangan tersebut.

Antara risiko untuk orang yang sambung bayar kenderaan

  • Jika pemilik asal meninggal dunia, anda tidak dapat memperbaharui insuran dan cukai jalan. Kenderaan tersebut juga berkemungkinan akan dinamakan atas nama pewaris ketika proses perbicaraan probet.
  • Anda tidak dapat menukar nama anda setelah kereta tersebut sudah habis dibayar jika pemilik asal sudah berpindah ke tempat lain.
  • Ada kemungkinan anda akan disoal siasat jika pemilik asal membuat laporan kereta mereka hilang.
Read more ...

BAJET 2016:Najib Potong RM1.4 bilion Peruntukan (IPTA) Institut Pengajian Tinggi Awam

Salam semua,untuk sahabat-sahabat yang cuti sem dan baru habis exam...bad news gaiss: Najib Razak memotong biasiswa dan pinjaman pendidikan dalam‪#‎bajet2016‬ sehingga 23% berbanding tahun sebelumnya. Sebab itu yang cuba dapatkan biasiswa atau pinjaman MARA terus kempunan. manakala Peruntukan Bajet 2016 untuk IPTA juga jatuh merudum gedebuk!student uitm jangan terkejut beza peratus tahun 2015 dan 2016.,..paling tinggi UM ..macam mana negara nak baju kalau bajet bantuan untuk student dan bajet untuk ipta pun dikurangkan..mungkin najib boleh derma sikit....GST sudah lama dilaksanakan,bajet 2016 sangat mengecewakan..mahasiswa sangat kecewa :( dan bimbang apa akan berlaku pada masa akan datang
Bajet 2016 telah mengundang kontroversi apabila Dato’ Seri Najib Tun Razak memotong peruntukan kepada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebanyak RM1.4 bilion dengan Universiti Malaya mengalami potongan terbesar iaitu 27% berbanding peruntukan tahun 2015.
                                                              Peruntukan Bajet 2016 untuk IPTA


Walau bagaimana pun, potongan peruntukan kepada IPTA bukanlah satu-satunya potongan terhadap sektor pendidikan. Analisa lanjut belanja mengurus bagi tahun 2016 berbanding 2015 menunjukkan Dato’ Seri Najib Tun Razak juga telah memotong peruntukan untuk biasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajaran sebanyak RM812 juta (atau 23% berbanding 2015) seperti berikut:

20152016Potongan (%)
Perkara 41000
Biasiswa, Dermasiswa dan Bantuan Pelajaran

3,458,877,600

2,647,375,900

811,501,700
(23%)
Ini bermakna, potongan kepada pengajian tinggi iaitu peruntukan kepada IPTA dan biasiswa/dermasiswa serta bantuan pelajaran sebenarnya mencecah RM2.2 bilion dalam Bajet 2016. Ini adalah potongan mendadak yang akan membawa kesan kepada ratusan ribu keluarga di Malaysia.
Malangnya, pada masa yang sama perbelanjaan mengurus yang lain yang merugikan rakyat terus naik. Dua perkara perbelanjaan yang naik adalah “Perkara 44000: Tuntutan Insuran dan Pampasan” serta “Perkara 45000: Faedah, Dividen dan Bayaran Hutang Negara” dengan kenaikan seperti berikut:
20152016Kenaikan (%)
Perkara 44000
Tuntutan Insuran dan Pampasan

1,112,931,700

1,186,773,500

73,841,800
(7%)
Perkara 45000
Faedah, Dividen dan Bayaran Hutang Negara

27,073,231,400

32,465,115,900

5,391,884,500 (20%)

Kedua-dua kenaikan ini sebenarnya dalam kawalan kerajaan dan tidak akan meningkat begini sekiranya kewangan negara diuruskan dengan baik. Malah, sekiranya peningkatan belanja mendadak kos mengurus hutang dan tuntutan insuran/pampasan sebanyak RM5.5 bilion ini tidak berlaku, jumlah ini jauh lebih besar dari potongan kepada IPTA dan biasiswa sebanyak RM2.2 bilion seperti di atas.
Pengurusan kewangan negara di bawah Dato’ Seri Najib Tun Razak sudah sampai ke peringkat kritikal sehinggakan sektor pendidikan dan biasiswa (dua perkara yang dijamin di dalam Perlembagaan untuk orang Melayu dan Bumiputra) turut dikorbankan untuk menampung hutang dan pampasan, sedangkan perbelanjaan hutang dan pampasan itu ialah akibat kelemahan kerajaan Barisan Nasional sendiri.


Read more ...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...