Tuesday

10 Perkara bermanfaat yang dilaksanakan pada zaman nazi




1. AUTOBAHN
Idea bagi sistem lebuhraya telah diberi oleh nazi dan hingga hari ini mereka dikagumi kerana membahagi2kan jalan bagi membolehkan kita pergi ke suatu tempat dengan lebih cepat tanpa had laju. Selepas diambil alih oleh Nazi, Hitler menggerakkan idea sistem lebuhraya antara negeri dengan kejuruteraan yang canggih. Projek harapan ini adalah satu medium bagu membasmi penggangguran dan memenuhi keperluan mobiliti kenderaan darat.


2. KADAR JENAYAH YG RENDAH
Dalam usaha untuk menjadikan Nazi Jerman sebuah dunia impian seperti Disneyland, Adolf Hitler menggunakan semua cara bagi menjauhkan peselisihan dan unsur jenayah dari tanahnya. Bagi menggalakkan gaya hidup yang aman, Adolf Hitler mengharamkan rusuhan umum di jalan-jalan bandar. Mengikut ahli-ahli sejarah, sepanjang tempoh pemerintahan Nazi, orang ramai selamat berjalan kaki pada waktu malam kes pecah rumah sangat jarang terjadi. Pesalah atau penjenayah yang ditangkap dihantar ke kem tahanan.


3. ROKET V-2
Lebih dikenali sebagai A-4, di kenali kerana menjadi artifak pertama yang tidak menggunakan juruterbang dan peluru berpandu balistik jarak jauh pertama. Roket ini terdiri dari beberapa teknologi utama dalam inovasi yang masih digunakan dalam program angkasa Amerika dan Kesatuan Soviet. Hitler menamakanya “Senjata Dendam 2” kerana konsep roket ini adalah untuk menghapuskan sasaran bersaiz bandar.



4. MENGUTAMAKAN KELUARGA
Mengekalkan nilai tradisi keluarga adalah prinsip yang dipegang nazi kerana berpendapat terdapat keistimewaan pada kanak-kanak, keluarga dan perpaduan. Tidak dinafikan yang Hitler adalah satu tokoh yang kompleks, tapi sebagai orang awam, Hitler adalah pakar dalam menjaga keluarga. Hitler dikagumi kerana sifat keibuan(penyayang). Keluarga yang miskin dibantu diberi bantuan kewangan yang mana elaun keluarga, pinjaman kahwin dan subsidi kanak-kanak diberi sama rata kepada semua masyarakat.


5. PEMELIHARAAN HAIWAN
Pemimpin-pemimpin parti adalah penaung pelindung haiwan dan kerana itulah mereka mengikut paramiter standard bagi memastikan keselamatan haiwan dalam rejim mereka. Menganiaya haiwan dianggap sebagai satu jenayah yang kejam, jika seseorang itu didapati melayan binatang seperti sesuatu yang tidak bernilai, mereka akan dihantar terus ke kem tahanan, Hitler sangat meminati binatang dan beliau amat terkenal kerana hubungan rapatnya dengan Blondi, Anjing German Shepherdnya.

6. MISI ANTI TEMBAKAU
Kempen anti tembakau hari ini telah diinspirasikan oleh Nazi Jerman, Hitler percaya kepada kesucian badan dan meyakinkan rakyat Jerman yang mereka tidak boleh merosakkan diri mereka dengan dadah kerana Hitle bertanggungjawab kepada takdir rakyatnya. Semasa pentadbiran Nazi, merokok diharamkan dikawasan umum, cukai tembakau dinaikkan, ceramah kesihatan dianjurkan tentera dan pendidikan kesihatan diperkenalkan bagi mencapai gaya hidup yang lebih sihat.


7. EKONOMI YANG LEBIH MANTAP
Sebelum pemerintahan Hitler, Ekonomi Jerman sangat menyedihkan kerana keadaan kronik kerana Perjanjian Versailles dan industrialisme praperang. Kerana tekanan hebat itu, Hitler memansuhkan kadar faedah dan merumuskan beberapa idea yang gila bagi menambahkan peluang kerja bagi mengukuhkan pembangunan infrastruktur. Keusahawanan sangat dihargai dalam Rejim Nazi dan industri menerima faedah dari polisi ekonomi. Sebagai balasannya, pemilik perniagaan menyokong strategi ekonomi kerajaan Nazi.


8. PROGRAM KEBAJIKAN TOLONG ORANG SUSAH
Apa yang boleh digambarkan, rejim Nazi memupuk konsep liberal yang telus bagi menaikkan taraf kehidupan rakyat Jerman. Bagi meransang semangat integriti, setiakawan dan kebahagiaan, Adolf Hitler melaksanakan beberapa program dan peraturan ketat bagi membentuk mereka ke arah yang betul. Rakyat jeman diberi ganjaran percutian, tawaran kerja, kempen kesihatan awam dan pelbagai perkhidmatan berfaedah yang mereka tidak pernah dapat sebelum ini bagi memperbaiki hidup mereka.


9. MEMPROMOSIKAN MUZIK KLASIKAL (Perintis untuk aliran muzik di masa sekarang/hadapan)
Dalam usaha untuk menyelaraskan budaya pada platform muzik, Reichmusikkammer (Institut Muzik Negeri) telah ditubuhkan pada 1933, betul-betul selepas Nazi berkuasa. Institut ini digubal untuk mempromosikan hasil lagenda komposer hebat seperti Beethoven, Mozart, Brahms, Wagner dan lain-lain. Bagi mengekalkan kekayaan warisan Jerman purba, kerajaan Jerman menggalakkan anak-anak muda untuk menjadikan muzik sebagai kerjaya. Ia adalah satu hakikat yang muzik jazz, swing dan muzik berbentuk seksual di haramkan.
Beethoven berasal dari jerman



10. VOLKSWAGEN  VW, satu jenama yang terkenal hari ni.. kalau korang minat ngan kereta2 Waksegen(Volkswagen) berterima kasihlah kepada Hitler, kalau dulu keta Waksegen ni orang panggil kereta katak. Ianya berlaku pada 1934, Hitler terfikir untuk buat satu kereta keluarga yang membawa sekurang2nya 2 orang dewasa dan 3 kanak-kanak dengan kelajuan maksimum 100km/j. Bagi melaksanakan tugas ini dengan serta-merta, hitler bersama pegawai2 mahir dan pakar bekerja dan berjaya melaksanakan projek impiannya yang menggunakan enjin 25 kuasa kuda. Pada mulanya, Volkswagen dikenali sebagai “KDF Wagen” (KDFialah singkatan bagi Kraft Durch Freude- Kekuatan melalui Kegembiraan)


No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...