Sunday
Kisah Lelaki Meninggal Dunia Dalam Sujud Di Bangi
Kisah Lelaki Meninggal Dunia Dalam Sujud Di Bangi | “Saya terkilan tidak dapat berbual panjang dengan arwah. Insiden itu berlaku sekelip mata saja,” luah Mariani Zulkipky, balu kepada Siak Surau Al-Mujahidin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi, di sini, yang meninggal dunia dalam keadaan bersujud kelmarin. Mariani, 57, menyifatkan kematian suaminya, Rusli Ishak, 61 umpama mimpi yang berlaku serta-merta.
“Kami reda dengan pemergian arwah, cuma
kesal tidak dapat bercakap dengan arwah sebelum dia pergi. Kalau ada
salah silap saya pada suami, saya minta ampun pada ALLAH.
“Selama 36 tahun saya hidup bersama
arwah, tapi kini saya hanya boleh peluk baju dan kopiah arwah yang
ditinggalkan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya,
di sini, semalam.
Menurutnya, ketika kejadian, dia tiada
di rumah kerana mengambil anak perempuannya di Setia Alam, Shah Alam
pulang bercuti raya ke rumah mereka. “Sebelum keluar rumah pada waktu
pagi, arwah hanya tanya ‘kenapa kakak balik?’ dan kami tidak berbual
panjang. Kebetulan, semalam (kelmarin) jalan sudah mula sesak ketika
saya ambil anak. Selepas itu, saya mempunyai urusan lain di tempat lain.
“Selepas Zuhur kira-kira jam 2 petang,
anak saya di rumah menelefon memaklumkan suami saya strok. Masa itu saya
tidak tahu suami sudah meninggal dunia,” katanya.
Mariani yang juga Imam Pengurusan
Jenazah Muslimat di surau berkenaan berkata, arwah suaminya tidak
menunjukkan sebarang perubahan sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Cuma dalam tiga hari ini, dia
banyak diam dan tidak bercakap dengan kawan-kawannya. Namun, saya
bersyukur sebab saat-saat akhir arwah di situ (bersujud kepada ALLAH)
ketikan bersolat sunat selepas tunaikan solat Zuhur.
“Surau itu memang rumah kedua
arwah dan dia juga yang selalu membersihkan surau. Solatnya juga tidak
pernah lewat dan tidak pernah meninggalkan waktu berjemaah. Sebab itu,
kami tidak bawa balik arwah ke rumah, sebaliknya segala urusan
(pengurusan jenazah) diselesaikan di surau,” katanya.
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih